Teori Pembelajaran Jerome Bruner

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teori Pembelajaran Jerome Bruner

Jerome Bruner merupakan seorang ahli psikologi pendidikan terkenal yang


telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran dan pemahaman
bermakna terhadap proses pengajaran dan pembelajaran matematik rendah.
Jerome.Bruner telah mengemukakan perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagi
kepada 3 peringkat iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun)
dan peringkat simbolik (5-7 tahun).
Beliau berpendapat bahawa seseorang murid belajar dengan cara menemui
struktur konsep-konsep yang dipelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan
mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu,
pengajaran didasarkan kepada perangsang murid terhadap konsep itu dengan
pengetahuan sedia ada.
Jerome Bruner berpendapat bahawa kegiatan belajar akan berjalan baik dan
kreatif jika murid dapat menemukan sendiri suatu aturan atau kesimpulan tertentu.
Dalam hal ini Bruner membahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap
informasi, iaitu tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru.
Tahap transformasi atau dikenali tahap memahami, mencerna dan menganalisis
pengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin
bermanfaat untuk hal-hal yang lain merupakan tahap kedua. Tahap ketiga ialah tahap
evaluasi atau penilaian, iaitu untuk mengetahui apakah hasil tranformasi pada tahap
kedua tadi benar atau tidak.
Antara implikasi pengajaran dan pembelajaran Jerome Bruner ialah:
a. Memupuk motivasi intrinsik pelajar.
b. Membimbing pelajar menyusun konsep-konsep yang berkaitan secara hierarki.
c. Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan kaedah inkuiri-penemuan dan
kaedah induktif.
d. Menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan
kognitif pelajar.
e. Memberi peneguhan selepas aktiviti penilaian.

Teori Pembelajaran David Ausubel


David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia
memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi yang
bermakna dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model
Pembelajaran

Ekspositori.

Ausubel

juga

mengemukakan

pembelajaran

lisan

bermakna, termasuklah pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea
yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Walau bagaimanapun, hafalan tidak
dianggap sebagai pembelajaran bermakna.
Prinsip pembelajaran dan pengajaran David Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran

dengan

memberikan

perhatian

kepada

dua

perkara.

Ausubel

mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi (penerimaan) atau


model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang
lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Menggunakan
penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula
konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan
dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu
tajuk pelajaran.
Implikasi pengajaran dan pembelajaran David Ausubel termasuk:
a. Mengulang isi yang penting supaya murid ingat.
b. Sentiasa membuat rancangan untuk mengajar di dalam kelas.
c. Memberi peluang murid untuk mencari jawapan atau mengeksploitasi isi yang
akan diajar.

You might also like