Abcd Dan Rubrik

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

NAMA PELAJAR

ANGKA GILIRAN
NOMBOR KP
KUMPULAN UNIT
KOD/ NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

SEKALUNG BUDI
Assalamualaikum

Bersyukur

kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk .... Folio yang ini amat
penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus
subjek
Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya
sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada ........, Tuan ...
kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga
saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam
menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai
projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan
saya maklumat tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

SENARAI KANDUNGAN
2

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

BIL

PERKARA

MUKA
SURAT

Pengenalan

2
3
4
5
6
7

A. Pengertian dan konsep pentaksiran PSV


Jenis-jenis pentaksiran
Tujuan pentaksiran
B. Jenis-jenis Pentaksiran dan Tujuan
Pentaksiran
C. Kaedah pentaksiran dan Bentuk
pentaksiran
D. Penilaian Hasil Kerja dan Penilaian
Portfolio
RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK

Bibliografi

5
6
7
8-14
15-17
18-19
21-23
24

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

1.0

PENGENALAN

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan


dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar
`belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa,
pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti
pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa
pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Tanpa

pentaksiran,

bidang

pendidikan

tidak

mungkin

berkembang

sebagaimana

perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan
pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek
utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.1

A. PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN, JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DAN


TUJUAN PENTAKSIRAN
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu. Dalam erti kata yang lain pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang
perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.
la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan
1996. (Akta 550).
Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh
dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang
ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan
apa

yang

dihasratkan

dari

sesuatu

program
4

pendidikan.

Pentaksiran

merupakan

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.


Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan
Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat
keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran
maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada
sesuatu objektif pendidikan.
Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David
Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran
ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai
kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas
maklumat. Dodge et. al. (1994) pula mengatakan pentaksiran merupakan satu proses
pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan,

kemahiran

danperkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang
dilakukan oleh kanak-kanak.
Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul
maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka. Dalam
masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan dapat mengenalpasti signifikannya matlamat
dan objektif pendidikan serta rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program
yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan
bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu
melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan pengukuran yang
dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih bermakna untuk bakal generasi akan datang
Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan
secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan.
Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang
satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara
berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid,
5

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang
dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti.
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian.
Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar
penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru
kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.
Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran. Melalui
pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.
Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan dan
potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam
konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi
maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran
membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu
guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;

Proses
Maklumat
Penghakim
an
Produk.

Langkah / tindakan / operasi


yang digunakan untuk
mendapatkan hasil yang
dikehendaki
Bukti tentang prestasi pelajar
dalam sesuatu perkara yang
ditaksir
Proses pertimbangan tentang
pencapaian pendidikan pelajar

Pengetahuan, kemahiran dan


nilai yang pelajar perolehi
setelah melalui proses
pendidikan
6

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

1.2

A Jenis-jenis Pentaksiran

Terdapat lapan jenis pentaksiran dalam Pendidikan seni Visual. Antara pentaksiran berikut
ialah;

1.3

Bil

Jenis Pentaksiran

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran Performance Baced

Pentaksiran Tindakan dan Penambahbaikan

Pentaksiran Pembentukan Watak

Pentaksiran Motivasi

Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah

Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran Berbantukan Komputer

A. Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang


pembelajaran.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.


Mendapatkan maklumat secara berterusan
pembelajaran.

prestasi seseorang dalam

tentang pengajaran dan

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.


Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan
sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara


efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan

menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

2.0

B. JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DAN TUJUAN PENTAKSIRAN


Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan

secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan.
Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang
satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara
berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid,
melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang
dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti.
2.1.1

Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan

pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam
konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah dan amalan yang
digunakan di kebanyakan sekolah maka amat wajar pentaksiran autentik. Ringkasnya
pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai
satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan di sekolah dengan rasional lain seperti di
setiap sekolah perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan murid. Selain itu pentaksiran ini perlu diperkenalkan secara telus untuk ibu bapa
dan anak-anak mereka serta perlu ada program jambatan dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
Pihak yang tertentu seperti Kementerian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam pendidikan
di sekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis
panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat
bergantung kepada bagaimana untuk menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan
8

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

oleh pelbagai strategi, kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pelaksanaan sama ada yang
telah atau bakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, dan
mengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama
pendidikan di sekolah.

2.1.1.1 Tujuan Pentaksiran Autentik


a) Untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian.
b) Memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan muridmurid.
c) Sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstuktif.
d) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
e) Guru diharap berupaya membuat keputusan serta bersedia untuk melakukan refleksi
kritikal.
2.1.2

Pentaksiran Perfomance Base

Pentaksiran perfomance based adalah penilaian yang mengkehendaki murid untuk


menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan kriteria yang
lebih spesifik. Pentaksiran performance based membekalkan guru dengan maklumat mengenai
bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya. Mereka boleh
menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di perhatikan dan dinilai
dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai lebih dari satu

penyelesaian

selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran secara perfomance based. Guru akan
membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir seperti kajian dan analisis. Contohnya
adalah seperti

memberikan ilmu, menulis kertas kajian, mencuba peralatan, dan membina

serta mengelola eksprimen sains.


Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita perlu tahu
bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran Performance Based.
Peringkat pertama adalah memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi
mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua pula adalah setelah definisi diberikan atau
di temui, guru dan murid menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat. Setelah peringkat
tadi selesai, seseorang yang berkecuali akan melaksanakan proses tersebut secara individu
untuk mengetahui ketepatan penilaian yang dilaksanakan. Dengan kata lain, penulisan kriteria
9

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

persembahan akan membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam


kemahiran mentaksir.
Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara
keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi
sebenar).Pentaksiran

akan

dibuat

berdasarkan

kepada

penglibatan

murid

dan

keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.


3. Mengukur berdasarkan keupayaan.
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-

Bahan penulisan

Persembahan

Gerak kerja projek

Tujuan Pentaksiran Performance Based


a. Memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan
yang diberikan.
b. Guru dan murid dapat menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat.
c. Membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran
mentaksir.
d. Menyimpan maklumat berkaitan dengan pencapaian murid itu sendiri.

2.1.3

Pentaksiran Hasil dan Pembelajaran


Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang

memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada
mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi
perubahan kepada individu yang terlibat.

10

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

Tujuan Pentaksiran Hasil dan Pembelajaran


Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik.
Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah
ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian
bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk
individu.

2.1.4

Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan


Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas

yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan
perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.
Tujuan Pentaksiran dan Penambahbaikan
a) mencari kelemahan murid.
b) membuat penambahbaikan guru dan murid.
c) Guru dapat merancang Pdp berikutnya dengan lebih berkesan.
d) Murid dan guru dapat memahami kehendak masing-masing.

2.1.5

Pentaksiran dan motivasi


Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri

individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah
suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan
manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan. Motivasi
berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Tujuan Pentaksiran dan Motivasi
Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi. Motivasi bertujuan;

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama


ada secara negatif atau positif
11

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan


Darjah Kesungguhan
Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi


i. Motif Primer :

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar


Faali/psikologis
Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar


Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

2.1.6

Tumbuh sebagai hasil proses belajar


Tidak berhubungan dengan proses faali
Kebutuhan berprestasi & berkuasa

Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah


Pentaksiran berbentuk nilai merupakan proses di mana murid dan guru dapat

melakukan sesuatu hasil dengan lebih baik. Guru boleh membuat penambahbaikan dari segi
penilaian nilai dan sahsiah yang terkandung dala karya mahupun murid tersebut. Dengan
pentaksiran nilai dan sahsiah, guru dapat membantu murid yang mempunyai kelemahan
berbanding murid yangmempunyai kemahiran yang tinggi.
2.1.7

Pentaksiran Pembentukan Watak


Pentaksiran

pembentukan

watak

ialah

merupakan

salah

satu

proses

mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk


sesuatu proses pendidikan. Terdapat empat komponen utama dalam mencorakkan
pentaksiran ini iaitu melalui proses, maklumat, produk dan penghakiman.
Tujuan Pentaksiran Pembentukan Watak

12

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

a) Proses Proses bagaimana penghasilan produk itu berlaku atau dengan kata
lain sebagai satu cara seorang seniman itu bekerja.
b) Maklumat mendapatkan maklumat bagaimana sesuatu produk itu, cara
penghasila asas bagi seni tersebut dan bagaimana ianya digunakan. Selain
itu, ia sebagai satu proses mencari tema sesebuah karya.
c) Produk ialah satu produk yang dihasilkan berdasarkan maklumat dan proses
yang dilalui.
d) Penghakiman penilaian dan pentaksiran produk.
Terdapat lima ciri pentaksiran pembentukan watak yang akan dinilai melalui;
i)
ii)

Sikap pencipta karya tersebut.


Perwatakan umum dan perkembangan emosi - Perkembangan Perwatakan
pengkarya dan perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi produk
yang dihasilkan. Contohnya pengkarya menghasilkan karya yang berkaitan

iii)

dengan kehidupan atau perasaan dalaman mereka.


Minat dan keutamaan Lazimnya pengkarya lebih suka menghasilkan karya

iv)

mengikut minat dan dan keutamaan mereka.


Trait tingkahlaku- Tingkah laku pengkarya mampu mempengaruhi produk.

v)

Contohnya cara bekerja, dan stail mereka dalam menghasilkan karya.


Konsep kendiri Pengkarya mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya
dengan menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.

Teknik Pentaksiran Watak


1

Projektif -

beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman).


Skala kadar - (darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini boleh

3
4
5

dilakukan di dalam kumpulan.


Laporan Kendiri - Refleksi tentang produk sendiri.
Pengukuran situasi
Prosedur pemerhatian

2.1.8

(Skala pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur

Pentaksiran Berbantukan Komputer


Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium

untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga membolehkan data
yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik. Melalui kaedah pentaksiran
ini, beberapa kebaikan telah dikenalpasti seperti, data dapat disimpan lebih lama, lebih
sistematik dan tersusun, dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun
maklumat

pentaksiran

murid

serta

dapat
13

memotivasikan,

meningkatkan

kefahaman,

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan


tahap pembelajaran murid.
Tujuan Pentaksiran Berbantukan Komputer
a) Faham kehendak hasil pembelajaran yang diinginkan oleh guru.
b) Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.
c) Pentaksiran yang konsisten dan telus.
d) Murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran
yang terbaik seperti yang diinginkan

2.1.9

Pentaksiran Kendiri
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia

menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri
dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi
keyakinan dan harga dirinya.
Tujuan Pentaksiran Kendiri

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap


kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau
disiplin ilmu;

memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya;

memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai


perkembangan diri dan pencapaiannya;

mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan


kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan

3.0

membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

C) KAEDAH PENTAKSIRAN DAN BENTUK PENTAKSIRAN


14

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

3.1

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)


Penilaian ini memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,

kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil
penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian
yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS.
PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu
peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan
murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan
dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di
samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan
serta potensi murid. Melalui PKS, guru dapat :

mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;


mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari

semasa ke semasa;
mengetahui keberkesanan pengajarannya;
merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
PKS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi

masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan
tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula
diperkukuh dan diperkaya.

Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat

membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh


pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.
3.2

Bentuk Pentaksiran

a)

Penilaian Formatif
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
Ciri-ciri pentaksiran:

dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.


15

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan

secara terus menerus.


bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi

murid dalam mengikuti pembelajaran.


dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran

dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya
Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.

b)

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/

akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian
formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk,
penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal
persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.
Ciri- ciri:

lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran
untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan
digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan

c)

Pemerhatian
Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik. Ragbir Kaur

Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik
yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan
mereka secara individu. Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan
menggunakan senarai semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak
atau rekod anekdot untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan
persekitaran.

Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian murid-murid

selepas satu jangkamasa tertentu.

Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada

murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan
untuk penilaian bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan.
d)

Portfolio
16

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri
daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan dengan hasil pembelajaran murid
dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio biasa mendokumentasikan semua hasil kerja
murid dan mungkin termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid,
penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Oleh kerana portfolio disediakan oleh muridmurid dalam masa bebas mereka, ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk
menunjukkan pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru mesti
menentukan tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan dalam portfolio mereka.
e)

Hasil Kerja
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid

yang diperlihatkan pada hasil kerja.

Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah

gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga
boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.

Semasa proses

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan


adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan
kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru
berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni,
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran
berfikir.

4.0

D. PENILAIAN HASIL KERJA DAN PENILAIAN PORFOLIO

4.1

Penialaian Hasil
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru

berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni,
kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran
berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual,
teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.

Perkara-perkara yang boleh dinilai

secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran


berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan
mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

17

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan
pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk
folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara
logikal, kritikal dan analitikal.

Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta

membuat perancangan.Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan,
pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara
keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan

Taxonomy Bloom seperti

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

4.2

Portfolio
Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi

proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru,
bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung
dengan hasil yang hendak dibuat.Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan
mengandungi 4 aspek :
Kajian

Pemerhatian dan pengamatan


Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran

Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif

Pewujudan Idea .
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk.

Rangka Sebenar

Merangka reka cadang atau model


Menentukan alatan dan bahan
Prototaip (jika berkaitan)

18

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

Persembahan Portfolio

Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat


Mengikut urutan
Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian,
lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk,
bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan
yang ada kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

Jurnal

Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan
portfolio secara umum.

19

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

BORANG RUBRIK DALAM BIDANG


MENGGAMBAR

RUBRIK PEMARKAHAN : HOLISTIK


PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5
BIDANG

: MENGGAMBAR

TEMA

: ALAM SEMULAJADI

TAJUK: PEMANDANGAN DI TEPI KOLAM


TEKNIK

: TON WARNA DAN KERING

KEMAHIRAN: Menggambar dengan bebas menggunakan warna krayon


OBJEKTIF

: Pada akhir pembelajaran murid dapat :


1. Menghasilkan lukisan pemandangan di tepi kolam

20

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

2. Mewarna dengan menarik dan kemas

KRITERIA PEMARKAHAN (HOLISTIK)


KEMAHIRAN DIUJI

1. Pemilihan Teknik

CEMERLANG

BAND 6 & 5
Pengaplikasian pelbagai jenis
teknik penghasilan karya
dengan jelas dan rnantap,
Teknik
yang
digunakan
menepati tema tugasan serta
kelihatan merarik dan kreatif,

SEDERHANA

CEMERLANG

2. Aplikasi Alat &


Bahan

BAND 6 & 5
Pemilihan alat dan bahan
yang
sangat
bertepatan
dengan karya.
Boleh
nenguasai
dan
berkemnahiran
dengan
menggunakan pelbagai jenis
alat dan bahan.

3. Pengelolaan dan
Sumber idea

RUBRIK

: PEMARKAHAN ANALITIK
21

Pen
tekn
sah
ma
Tek
me

BAND 3
Pernilihan alat dan bahan yang
bertepatan dengan karya.
Boleh menguasai dan
Berkemahiran
menggunakan
beberapa alat dan bahan.

Pem
kur
kar
Kur
me

SEDERHANA

BAND 6 & 5
Perpelolaan
sumber
idea
dengan sangat menarik dan
kreatif.
Dapat menghasilkan idea baru
yang amat menarik dan kreatif
daripada Pelbagai jenis rujukan.

SEDERHANA

CEMERLANG

BAND 3
Pengaplikasian beberapa jenis
teknik
penghasilan
karya
dengan jelas"
Teknik
yang
digunakan
menepati tema iugasan.

BAND 3
Pengekrlaan sumber idea yang
menarik dan kreatif.
Dapat menghasilkan idea baru
yang menarik dan kreatif
daripada rujukan.

Kur
idea
sum
Lem
idea
yan

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN


SENI VISUAL 2014

BIDANG

: MENGGAMBAR

TAJUK

: PEMANDANGAN DI TEPI KOLAM

TAHAP/PERATUS
(%)

CEMERLANG
80 100

BAIK
50-79

SEDERHANA
40-49

LEMAH
1-39

PROSES &
TEKNIK

PEILIHAN &
KOMBINASI
WARNA

ASAS SENI REKA

- Menggambar
- Menggunakan
3 - Mengandungi
3
dengan
teknik
warna
asas
jenis unsur seni.
3
yang betul dan
dengan
tepat - Mengandungi
jenis
prinsip
menarik.
dan betul.
rekaan.
Mengandun
- Menggambar
- Menggunakan 3
gi 3 jenis unsur
- warna asas dengan
dengan teknik
seni
tepat
tetapi
agak
Mengandun
yang betul.
pudar
gi 2 jenis prinsip
dan rekaan.
- Menggambar
- Menggunakan 2
- Mengandungi
2
warna
asas
dengan teknik
jenis unsur seni
dengan
tepat - Mengandungi
2
yang hampir
tetapi pudar.
jenis
prinsip
tepat.
rekaan.
- Menggarnbar
- Menggunakan 2
- Mengandungi 1
warna
asas
dengan teknik
jenis unsur seni
dengan
tepat - Mengandungi 1
yang tidak tepat.
tetapi
sangat
jenis prinsip
pudar.
rekaan.

BIBLIOGRAFI

22

KEMASAN

Mengambar
- S
dengan sangat
kemas, bersih
dan teliti.

Menggambar
-k
dengan kemas,
bersih dan teliti.

Menggambar
-K
dengan kurang
kemas, bersih
dan teliti.

Menggambar
-T
dengan
tidak
kemas, bersih - b
-m
dan teliti.

You might also like