Edup 3063
Edup 3063
Edup 3063
SOALAN 1
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia ialah proses
mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan. Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah
pentaksiran autentik, pentaksiran”performance based”, pentaksiran dan
hasil pembelajaran, pentaksiran berbantukan komputer dan pentaksiran
motivasi.
Selain itu, penilaian rakan sebaya juga adalah salah satu alat pentaksiran
yang bagus dalam menilai tahap hasil pembelajaran aktiviti. Penilaian rakan
sebaya merupakan salah satu cara yang membolehkan murid menghayati
ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti dengan menilai kerja rakan mereka.
Penilaian rakan sebaya ini bukanlah sesuatu penilaian yang dilakukan atas
dasar sebagai menaikkan moral rakan-rakan sahaja tetapi ia adalah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Hal ini kerana melalui penilaian rakan sebaya, ia dapat memberikan
satu penilaian atau komen yang tepat terhadap hasil kerja rakan dan melalui
penilaian yang diberikan akan mewujukan satu kepercayaan yang tinggi
dalam diri seseorang murid untuk terus memperbaiki hasil kerja yang
dilakukan selain mampu meningkatkan pembelajaran murid. Sebagai
contohnya, untuk aktiviti pembelajaran melafazkan dialog yang mengandungi
simpulan bahasa, murid akan diberikan masa untuk berlatih menyebut
simpulan bahasa dengan betul dan murid akan melafazkannya di dalam bilik
darjah dan murid-murid yang lain akan mendengar dan menghayati apa yang
dilafazkan. Kemudian, murid-murid yang lain akan menilai dan memberikan
komen terhadap hasil kerja yang dilakukan iaitu dari segi sebutan yang betul
dan jelas. Melalui penilaian rakan sebaya ini, dapat memberi peluang
kepada pelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada
masa hadapan serta dapat merangsang pelajar menggunakan kombinasi
kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Hal ini
dapat dilihat melalui aktiviti perbincangan secara berkumpulan dan aktiviti
pembentangan. Ketika aktiviti ini dijalankan, pelajar dapat berinteraksi dengan
rakan-rakan mereka bagi menyelesaikan persoalan yang dibincangkan serta
menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh rakan-rakan mereka
dan secara automatiknya, pelajar akan cuba menggunakan pemikiran kritis
dan kreatif mereka bagi menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.
BIBLIOGRAFI
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063
Bloom, B.S., J.T. Hasting and G.F. Madaus (1971). Handbook on Formative
and Summative Evaluation of Student Learning, McGraw-Hill Book Co,
New York.
Kamus Dewan. (4th ed.).(2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhyiddin Yassin. 2014. Kenyataan Media YAB Menteri Pendidikan Tan Sri
Muhyiddin Yassin Mengenai Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122
Noraini Mat Lodin & Suhaida Abdul Kadir. (2013). Penerimaan Guru
Terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Dengan Komitmen Guru
Dalam Melaksanakan PBS Sekolah Rendah. Seminar Pasca Siswazah
Dalam Pendidikan (GREDUC 2013)
SOALAN 2
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063
= 90+85+85+80+80+75+70+65+50+40+40
12
= 70
Item 1 ; P = 7
12
= 0.58
Item 3 ; P = 9
12
= 0.75
Item 5 ; P = = 7
12
= 0.58
RA RB
1
( jumlah murid dalam RA dan RB)
Indeks diskriminasi, d = 2
D = Indeks diskriminasi
RA = Bilangan murid yang menjawab betul daripada kalangan murid
bepencapaian tinggi
RB = Bilangan murid yang menjawab betul daripada kalangan murid
bercapaian rendah
Item 1 :
NO ANGKA GILIRAN: 2018192340097 KOD KURSUS: EDUP 3063
30
d
1
(3 3)
2
= 1 (diskriminasi positif)
Item 4 :
3 1
d
1
(3 3)
2
0.67(diskrimin asi positif)
Ini bermaksud item 4 boleh disimpan ke dalam Bank Soalan
Oleh itu, item 1 dan item 4 merupakan item yang baik.Kedua-dua item ini boleh
disimpan ke dalam Bank Soalan kerana mempunyai indeks diskriminasi positif 1 dan
0.67.
SOALAN 3
Antara isu yang dihadapi dalam perlaksanaan PBS ialah beban tugas
guru itu sendiri semakin meningkat. Hal ini kerana perlaksaan PBS
memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru dan pihak sekolah selari
dengan perlaksanaan KSSR dan PBS. Kemahiran dan penggunaan alatan
ICT yang tinggi diperlukan untuk melaksanakan PBS di sekolah. Guru
menggunakan kemahiran penggunaan dan peralatan ICT seperti komputer,
alat cetak, mesin imbas dan pelbagai perisian seperti microsoft word,
powerpoint, excel, paint dan internet untuk membina instrumen.
Akhir sekali, aktiviti PDP sedikit terganggu dan objektif PDP sukar
dicapai. Hal ini kerana melalui pelaksanaan PBS, didapati guru
memperuntukkan masa yang banyak dalam PBS berbanding tugas mengajar
di sekolah. Guru menggunakan masa yang banyak untuk membina eviden,
menanda eviden, merekod eviden, menyimpan eviden dalam fail serta
merekod keputusan. Dapatan kajian Yazi (2006) mendapati guru
menggunakan masa 52.40 jam seminggu bagi melaksanakan tugas akademik
manakala 31.86 jam seminggu bagi tugas bukan akademik. Ini menunjukkan
dalam sehari guru menggunakan lebih 10 jam untuk tugas akademik.
Berdasarkan tugas pengurusan PBS yang banyak seperti mengurus eviden,
membuat pentaksiran dan merekod eviden, maka tugas akademik guru
semakin bertambah dan ianya akan melebihi penggunaan 10 jam sehari
berbanding tahun 2006. Ini menyebabkan guru merasakan masa tidak
mencukupi dan menyebabkan guru terpaksa melakukan tugas sekolah di
rumah. Situasi ini mewujudkan beban tugas disebabkan kekurangan masa
untuk melaksanakan semua tugas tersebut.
sekolah dan di luar sekolah. Kepercayaan dan harapan yang tinggi dari
kementerian, JPN, PPD dan pihak sekolah terhadap prestasi guru sedikit
sebanyak meningkatkan keresahan dan tekanan terhadap guru.
BIBLIOGRAFI
Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009. School-
based Assessment. Enhancing Knowledge and best Practices. University
Publication Centre UTM Shah Alam.