Laporan Keceriaan Surau

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014

LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP


NAMA PELAJAR

1. Nur Syamera binti Mohammad Hizan


2. Nur Izzati binti Shuhaimi
PROGRAM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Oran


NAMA PROJEK / AKTIVITI

Program Keceriaan Surau Al-Ikhwan Sk Oran 2014


TEMPOH PELAKSANAAN

16-23 Julai 2014 (18-25 Ramadhan 1435 Hijrah)


OBJEKTIF

1. Menceriakan surau sekolah.


2. Menambah bahan maklumat dan menghias surau.
3. Mewujudkan suasana kondusif untuk guru dan murid semasa menggunakan surau.
STRATEGI PELAKSANAAN

1. Perbincangan dengan Guru Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru
Penasihat Surau dan Mentor
Berjumpa dan berbincang dengan guru kanan pentadbiran; Pn. Ruzaida bt Ahmad,
ketua panitia Pendidikan Islam; Pn. Basitoh bt Mahmud, guru penasihat surau; Cik
Noorhidayah bt Sabit dan mentor; Pn. Nafisah bt Awang untuk mendapatkan
cadangan, idea serta maklumat yang diperlukan untuk menceriakan surau.

2. Menentukan sudut/tempat untuk dihias

Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014

Menentukan sudut/tempat yang sesuai untuk dihias serta dicantikkan. Sudut/tempat


yang dipilih kerana memudahkan murid untuk membaca informasi dengan mudah.

3. Membuat rekaan
Selepas pemilihan tempat dilakukan, kami telah membuat kiraan terhadap saiz dan
dinding yang perlu dihias. Selepas bahan dipilih, kami telah mencetak bahan
tersebut dan laminatkannya.

4. Membuat kertas cadangan


Kami membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua panitia
Pendidikan Islam dan Guru Besar Sk Oran. Selepas kertas kerja disahkan, kami
membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan berdasarkan anggaran perbelanjaan
yang dibuat.
5. Menceriakan surau
Kami menghias surau dengan pelbagai maklumat seperti asmaul husna, namanama malaikat, pesanan imam syafie, pesanan luqman hakim, kata-kata hikmah,
rukun iman dan rukun islam, hadis-hadis dan lain-lain.

REFLEKSI

KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI
1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis
kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan guru-guru demi memupuk
semangat kerjasama dan berpasukan .
2. Menyediakan satu tempat beribadah dan menuntut ilmu yang ceria, selesa, dan
kondusif untuk murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk
menunaikan tanggungjawab kepada Allah dalam keadaan yang baik. Selain itu,
pelbagai ilmu mengenai agama Islam yang dilekatkan di surau dapat meningkatkan
kesedaran semua tentang kewajipan kepada Allah.

Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-murid
sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-pekerja turut
membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.
4. Dalam proses menghias surau ini, kemahiran seni dan kreativiti amat diperlukan maka
secara tidak langsung ia dapat mencungkil kreativiti dan kesenian kami guru pelatih.
KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI
1. Kerja kami selalu diganggu kerana projek ini dilaksanakan di surau. Selalu ada murid
dan cikgu membawa murid ke surau untuk mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa
mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami
untuk menyelasikan tugas.

2. Memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan projek ini. Dari proses memilih
bahan, melakar plan, mereka grafik dan sebagainya memerlukan ketabahan dan
kesabaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Membuat perancangan masa supaya lebih sistematik dan dapat dijalankan dengan
lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan
kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek
dengan cepat.
2. Membuat jadual kerja berdasrkan tarikh-tarikh untuk menjalankan projek agar ianya
menjadi licin dan tersusun mengikut jadual.
3. Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tidak kompleks.

KESIMPULAN

Melalui projek menceriakan surau ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh
banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis
kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik.
Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong

Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014

dan bekerjasama dengan rakan untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek
ini, keadaan perpustakaan menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk
belajar. Di samping itu, pelbagai informasi juga dapat memberi satu kesedaran kepada
murid-murid tentang kepentingan memenuhi tanggungjawab kepada Allah.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek
ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh
semua warga SK Oran dan rakan-rakan saya. Dengan itu, kami akan mengguna dan
mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan
datang.

You might also like