Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7
LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP
Nama Pelajar : Shahmi Hakim Bin Tajudin
Program : PISMP Ambilan Januari 2011 Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bakap Indah Nama Projek : Projek Keceriaan Surau Sekolah Tempoh Pelaksanaan : 14 Julai 2014 25 Julai 2014 Objektif : 1. Menceriakan surau Sekolah Kebangsaan Bakap Indah. 2. Menambah bahan maklumat yang berkaitan dan menghias surau sekolah. 3. Mewujudkan suasana kondusif untuk guru dan murid semasa menggunakan surau sekolah. Strategi Pelaksanaan : 1. Mengadakan perbincangan awal bersama pihak pentadbiran mengenai projek yang dirancang. Perbincangan ini diadakan bertujuan untuk mengambil pendapat dan pandangan pihak pentadbiran sekolah terhadap projek yang akan dilakukan di surau sekolah.
2. Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing mengenai aktiviti yang akan dilakukan. Perbincangan yang dibuat meliputi kerja-kerja yang akan dilakukan sepanjang projek keceriaan surau sekolah dilaksanakan. Selain itu, perbincangan mengenai anggaran perbelanjaan turut dilakukan bertujuan untuk menilai kos yang akan digunakan di dalam projek yang dibuat.
3. Menyediakan kertas kerja untuk pelaksanaan projek keceriaan surau sekolah.
4. mendapatkan kelulusan dari pihak pentadbiran sekolah iaitu Guru Besar, Puan Noor Farizah Bt Abdul Rahman bagi menjalankan projek yang telah dirancang setelah disemak oleh guru pembimbing.
5. Membuat lawatan ke surau sekolah untuk meninjau keadaan surau sekolah sebelum melaksanakan projek keceriaan surau. Lawatan ini turut dibuat bertujuan untuk membuat perancangan dan menyediakan bahan yang diperlukan untuk projek keceriaan ini.
6. Memaparkan maklumat yang berkaitan dengan surau sekolah di sudut bacaan dan dinding surau seperti ;
- Carta organisasi pengurusan surau sekolah - Peraturan surau - Jadual bertugas - Visi dan misi surau sekolah - Maklumat-maklumat mengenai agama Islam
7. Menampal arah kiblat dan garisan saf solat di dalam surau bagi memudahkan guru dan murid-murid untuk menunaikan solat dalam keadaan yang teratur dan sempurna.
8. Menyediakan buku laporan penggunaan surau di dalam surau sekolah. Buku laporan ini penting bagi memastikan semua pihak yang menggunakan surau sekolah sentiasa menjaga kebersihan surau sekolah dengan sebaiknya.
9. Membuat pemantauan secara berkala di dalam surau sekolah bagi memastikan keadaan di dalam surau sekolah diurus dengan baik dan tersusun. Selain itu, segala kerosakan yang berlaku di dalam surau sekolah turut dicatatkan untuk tindakan selanjutnya.
Refleksi : 1) Kekuatan Projek : terdapat beberapa kekuatan yang dapat diambil hasil daripada pelaksanaan projek ini. Antaranya ialah saya dapat mempelajari tentang cara-cara untuk menguruskan sesuatu projek atau program di sekolah. Saya juga turut dapat mengetahui tentang cara-cara untuk merangka dan menyediakan kertas kerja bagi melaksanakan program yang hendak dilakukan. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada pembelajaran ini membantu saya dan rakan-rakan Intership saya yang lain mengetahui tentang prosedur-prosedur yang perlu dilakukan dalam menjalankan sesuatu program atau projek.
Pelaksanaan projek keceriaan surau ini turut membantu memberi kesedaran kepada guru dan murid-murid di sekolah tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan surau sekolah dengan baik. Ini adalah kerana, surau sekolah banyak kali digunakan sebagai tempat untuk warga sekolah untuk mengerjakan ibadah seperti membaca al-Quran dan mendirikan sembahyang zohor. Jika kebersihan dan keceriaan di dalam surau sekolah tidak dijaga dan diuruskan dengan baik, ini akan membuatkan semua warga sekolah yang menggunakan kemudahan surau sekolah ini berasa kurang selesa untuk mengerjakan ibadah dengan sebaiknya.
Antara kekuatan lain hasil daripada pelaksanaan projek ini ialah dapat mewujudkan suasana yang kondusif dan ceria di dalam surau sekolah. Keadaan surau sekolah yang kondusif dan selesa akan dapat membantu dan membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang diadakan di surau berjalan dalam keadaan selesa dan lancar. Selain itu, keadaan surau sekolah yang kondusif turut dapat membantu menarik minat murid-murid di sekolah untuk datang ke surau sekolah bagi mengerjakan ibadah selain menjalani proses pembelajaran mengenai pendidikan Agama Islam.
Melalui projek ini, saya juga turut dapat mewujudkan dan merapatkan hubungan yang lebih erat dengan pihak sekolah. Perjalinan hubungan yang erat antara guru Intership dan pihak sekolah dapat membantu dalam memastikan projek yang dilakukan ini mendapat sambutan dan kerjasama yang baik supaya projek ini dapat mencapai sasaran dan objektif yang telah ditetapkan.
Projek keceriaan surau sekolah ini turut membantu dalam menyebarkan dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekolah secara tidak langsung mengenai agama Islam. Paparan maklumat yang berkaitan seperti cara- cara mendirikan solat, bacaan dalam solat, akibat meninggalkan solat, kepentingan menutup aurat, contoh akhlak mulia dan sebagainya dapat memberi info dan maklumat yang berguna kepada murid-murid dalam usaha untuk melahirkan generasi yang tidak hanya berjaya di dalam bidang akademik malah turut berjaya dalam bidang kerohanian.
Murid-murid sekolah juga turut dapat mempelajari dan mengetahui tentang adab- adab semasa berada di dalam surau sekolah melalui projek yang dijalankan ini. Melalui maklumat mengenai peraturan di dalam surau sekolah yang dipaparkan di sudut bacaan, murid-murid sekolah dapat mengetahui tentang peraturan yang perlu dipatuhi dan diikuti semasa berada di dalam surau sekolah. Hasil daripada peraturan yang ditetapkan ini akan dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berakhlak mulia selain sentiasa menjaga adab semasa berada di tempat ibadah.
Projek keceriaan surau sekolah ini turut menggalakkan guru pelatih yang menjalani Intership untuk sentiasa berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti selain memupuk semangat bekerja dalam pasukan bagi menjayakan sesuatu perkara dengan sebaiknya.
2) Kelemahan Projek : Terdapat beberapa kelemahan yang didapati semasa melaksanakan projek ini. Antaranya ialah kurangnya kesedaran dalam kalangan murid-murid untuk menjaga kebersihan dan keceriaan surau sekolah. Ini dapat dilihat dari sikap segelintir murid- murid yang membuang sampah merata-rata di dalam surau selepas digunakan. Selain itu, terdapat juga murid-murid yang tidak menyimpan dan menyusun kembali naskah al-Quran yang digunakan dengan elok dan teratur. Keadaan ini menyebabkan susunan al-Quran menjadi berselerak di atas rak.
Selain itu, masalah sistem pengairan di tempat mengambil wuduk yang tersumbat turut menjadi masalah dalam melaksanakan projek keceriaan surau sekolah ini. Ini disebabkan kerana keadaan air yang bertakung dan tersumbat membuatkan lantai menjadi kotor dan tercemar. Keadaan ini boleh mendatangkan perasaan kurang selesa kepada warga sekolah yang menggunakan kemudahan ini. Selain itu, keadaan ini turut boleh membahayakan keselamatan khususnya murid-murid kerana keadaan lantai yang basah dan licin disebabkan oleh air yang bertakung.
Kekurangan kemudahan di dalam surau sekolah seperti meja dan papan rehal turut menjadi masalah dalam melaksanakan projek ini. Kebanyakkan papan rehal yang terdapat di surau sekolah sudah rosak dan patah. Keadaan ini membuatkan murid- murid terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan rehal yang elok bagi memudahkan proses mempelajari al-Quran.
Antara kelemahan lain ialah kekurangan dari segi kewangan untuk membeli peralatan yang sesuai bagi menghias dan menceriakan surau sekolah. Keadaan ini membuatkan kami terpaksa menggunakan duit poket sendiri untuk membeli barang- barang yang berkaitan untuk menceriakan surau.
Penambahbaikan : Terdapat beberapa cadangan penambaikan yang boleh dibuat untuk memastikan projek keceriaan surau ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan pada masa akan datang. Antaranya ialah ; - Membuat jadual pemeriksaan surau sekolah secara berjadual. Pemeriksaan secara berjadual ini penting untuk memastikan surau sekolah berada dalam keadaan bersih, teratur dan selamat untuk digunakan. Segala kekurangan atau kerosakan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak yang berkaitan untuk memastikan surau sekolah dalam keadaan ceria dan selesa untuk digunakan.
- Menyediakan hadiah dan ganjaran kepada murid-murid yang melibatkan diri secara aktif dalam projek keceriaan surau sekolah ini. Ganjaran dan peneguhan perlu diberikan kepada murid-murid yang sentiasa menjaga adab dan kebersihan semasa berada di dalam surau sekolah. Melalui cara ini, ianya akan dapat menarik minat murid-murid lain untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan surau sekolah dengan baik.
- Memberi peringatan kepada murid tentang kepentingan beradab dan menjaga kebersihan surau sekolah. Peringatan kepada murid-murid perlu dilakukan secara berterusan oleh guru-guru apabila menggunakan kemudahan surau sekolah. Peringatan yang berterusan ini penting dalam memastikan objektif yang ditetapkan dapat dicapai dengan sebaiknya iaitu hendak mewujudkan suasana surau sekolah yang kondusif dan selesa untuk digunakan dalam sebarang aktiviti kerohanian.
- Menyediakan kemudahan yang selengkapnya di dalam surau sekolah untuk kegunaan warga sekolah. Antara kemudahan yang boleh disediakan adalah seperti alatan membersih, papan rehal, kitab al-Quran, kain pengesat kaki dan sebagainya. Penyediaan kelengkapan di dalam surau sekolah yang mencukupi dapat membantu murid-murid dan guru untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dengan selesa. Kesimpulan : Banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan baru dan bermanfaat yang saya perolehi hasil daripada pelaksanaan projek keceriaan surau sekolah ini. Antaranya, saya telah mempelajari tentang cara menulis dan menyediakan kertas kerja untuk projek ini. Selain itu, saya juga turut dapat mempelajari tentang cara-cara untuk mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik dan teratur. Pengalaman dan pengetahuan yang bermanfaat seperti ini amat penting dan berguna kepada saya sebagai seorang bakal guru yang akan memberikan perkhidmatan dalam bidang pendidikan kepada anak bangsa pada masa akan datang. Selain itu, saya juga turut dapat mempelajari tentang kepentingan bekerja dalam satu pasukan. Kerjasama yang diberikan dalam kalangan setiap ahli akan memberikan kesan yang positif dalam melakukan sesuatu perkara atau aktiviti. Melalui pelaksanaan program ini, saya juga turut dapat memupuk nilai murni dalam diri saya sebagai seorang bakal guru seperti sentiasa memberikan pertolongan, saling tolong-menolong antara satu sama lain serta sentiasa menjaga penampilan dan kebersihan diri. Walaupun tempoh pelaksanaan projek ini tidak begitu panjang iaitu selama dua minggu namun, saya berharap semua warga sekolah dapat mengambil manfaat dan maklumat yang berguna sepanjang projek keceriaan surau sekolah ini diadakan. Saya juga turut berharap agar segala ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang saya perolehi hasil daripada pelaksanaan program ini, dapat saya amalkan dan aplikasikan dalam kehidupan seharian saya pada masa akan datang.