Folio Arca

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

APRESIASI

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat kesihatan kepada
saya untuk menyiapkan folio tugasan amali yang menghendaki setiap pelajar menghasilkan
satu arca yang bertemakan kraf tradisional. Selama satu bulan tempoh yang diberikan iaitu
bermula pada 1 september dan tamat pada 28 september. Pada tempoh itu saya telah
membuat beberapa kajian tentang tema dan bentuk arca yang hendak saya hasilkan. Akhirnya
setelah berhempas pulas arca yang bertajuk selepas berperang siap di hasilkan. Arca selepas
berperang ini menggunakan bahan yang major iaitu polisterin dan kayu. Penghasilannya
tidaklah begitu susah dan tidak juga begitu mudah kerana ia menuntut sedikit kesabaran.
Antara bahan dan alat yang digunakan ialah seperti yang dinyatakan diatas iaitu kayu dan
polisterin, kemudian kertas warna, hot glue gam, pemotong plosterin, pisau, cat putih, pembaris
dan kertas pasir
Arca selepas berperang ini dihasilkan kerana ingin menonjolkan dan menceritakan suasana
selepas berperang, dimana keris yang patah dah tonjolan-tonjolan tajam keris bermaksud orang
yang terkorbang. Begitu juga keadaan perisai yang tercalit sedikit darah yang melambangkan
semangat yang berkobar-kobar ingin mati sebagai pejuang daripada mati bertahan. Dari segi
pewarnaan saya tidak menggunakan warna yang yang banyak hanya mengguna dua jenis
warna sahaja iaitu warna emas, gangsa dan merah, saya memilih warna ini kerana saya fikir
warna ini mempunyai nilai seni yang sesuai diketengahkan untuk arca saya.
Eleman kraf tradsional yang saya masukkan ialah daripada bentuk keris, perisai dan corak
pucuk rebung. Kombinasi elemen-elemen bentuk ini sesuai dengan entiti masyarakat dan
budaya kita di Malaysia.

REFLEKSI
Alhamdullilah segala puji bagi Allah S.W.T atas kurniaan kesihatan sepanjang
melakukan tugasan folio dalam menghasilkan arca kraf tradisional. Terima kasih tidak terhingga
diucapkan kepada En Zakarai bin Awang, YM Raja Zaid bin Raja Kadir, En Abdullah bin
Deraman selaku pensyarah pendidikan seni visual untuk subjek ini kerana telah banyak
memberi saya idea dan maklumat tambahan sepanjang dalam menghasilkan arca yang
bertemakan kraf tradisional. Kepada rakan-rakan engkaulah yang menjadi tempat luahan hati,
kerana ketegangan dalam menyiapkan tugasan ini sedikit sebanyak menipiskan sabar yang
sekian lama dibina. Atas semangat dan nasihat, sabar yang kian nipis kembali menebal. Terima
kasih juga kepada pihak perpustakaan Al Basuti yang menjadi wadah mencari ilmu bagi yang
kekeringan.
Penghasilan arca dan folio ini, banyak memberikan ilmu kepada saya untuk menjadi insan guru
yang kreatif. Hal ini kerana dalam menyiapkan tugasan ini saya dapat mengetahui bahan dan
alat yang sesuai untuk menghasilkan arca. Selain itu juga, dalam setiap penghasilan arca juga
kita tidak seharusnya menghasilkan arca terus tetapi perlu ada perancangan awal melalui
sumber idea, olahan, lakaran awal, kajian warna dan reka letak. Semua ini disiapkan terlebih
dahulu barulah ia diterjemahkan dalam bentuk 3d iaitu arca yang sudah disiapkan. Selain
perancangan awal, saya juga dapat belajar bagaimana ingin membuat arca yang menggunakan
konsep pemiuhan iaitu penghasilan yang arca yang tidak seratus peratus bentuk arca yang
betul. Melalui konsep ini, orang akan lebih tertarik untuk mengetahui disebalik penceritaan arca
yang dihasilkan.
Antara kesusahan yang dilalui yang sudah tentu menjadi guru kepada saya ialah apabila
kesusahan dalam membentukkan arca itu untuk menjadi bentuk keris. Saya terpaksa
meluangkan sedikit masa untuk mengikis dan menggosok dengan kertas pasir secara perlahan
dan teliti agar bentuk keris dapat dihasilkan dengan sedikit sempurna. Selain itu, untuk
melakukan pemiuhan dalam arca yang sedikit mengganggu proses dalam pembuatan arca,
kerana bentuk pemiuhan yag saya hasilkan perlulah mempunyai maksud dan perlu menarik
minat orang ramai untuk mengetahui maksud disebalik arca yang dihasilkan itu.
Kesimpulannya saya berharap folio dan arca yang dihasilkan ini dapat menjadi aspirasi dan
manfaat kepada setiap pengkarya dan pencinta seni keindahan. Penghasilan ini juga membawa
saya selangkah bersedia menjadi seorang guru kelak.

You might also like