Contoh Apresiasi Karya

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 47

[Type text]

ABSTRAK

Kajian karya catan Dzulkifli Buyong ini merupakan sebuah hasil kajian mengenai karya
catan yang telah dihasilkan oleh beliau. Kajian ini berdasarkan beliau mengaplikasikan
asas seni reka dan organisasi rekaan dalam aliran pemikiran seni visual pada
zamannya.

Pilihan karya catan beliau yang bertajuk “Kelambu”, 1964 telah digunakan sebagai
kajian untuk menunjukkan bahawa bagaimana beliau menggunakan kesemua aspek
seni bagi menghasilkan sebuah catan yang menarik.

PENGENALAN

Melihat dari segi penghasilan sesebuah karya, faktor kebudayaan masyarakat


sebenarnya jelas menjadi tunjang serta akar umbi penceritaan makna sesebuah karya
tersebut. Begitu juga dalam kesenian di Malaysia, bermula dengan kewujudan kesenian
kraf Melayu seperti ukiran kayu, songket, batik, permainan tradisional serta kesenian
Malaysia dari sudut seni tampak terus berkembang sehingga ke hari ini. Salah seorang
pengkarya dari Wednesday Art Group, Dzulkifli Buyong sering kali menggunakan imej-
imej figura di dalam karyanya dan beliau menerapkan unsur-unsur kebudayaan melayu
di dalam karya beliau. Terdapat beberapa karya beliau yang telah menjadi catan
sejarah seni moden Malaysia seperti “Murid Sekolah”,1962, “Kelambu”, 1964, “Kapal
Kertas”,1966, “Membakar Semut”,1967.

DISKRIPSI KARYA “KELAMBU”,1967.

Di dalam salah satu karya beliau iaitu “Kelambu”,1964 dapat dilihat dengan jelas
bahawa beliau gemar menggunakan watak-watak figura yang naif di dalam karyanya.
Apa yang ternyata di dalam karya adalah imej lima figura wanita dan juga imej kelambu
yang menjadi subjek utama di dalam karya beliau. Setiap figura yang ditampilkan di
dalam karyanya membawa watak yang tersendiri. Empat figura di dalam karya tersebut
membawa watak sebagai anak gadis manakala seorang lagi figura memainkan peranan
1
[Type text]

sebagai ibu menjelaskan bahawa kesemua figura di dalam karya tersebut adalah
sebuah keluarga. Kebarangkalian catan ini menggambarkan sebuah keluarga ibu
tunggal. Selain itu, figura-figura di dalam catan tersebut memperlihatkan pergerakan
yang mendorong kepada visual yang menjelaskan bahawa mereka sedang melakukan
tugas masing-masing. Catan tersebut juga menampilkan suasana di dalam bilik di mana
situasi yang rakamkan ketika sebuah keluarga sedang membuat persiapan sebelum
tidur bersama. Figura yang berperanan sebagai ibu dilihat sedang memasang ubat
nyamuk bagi mengelakkan dari gigitan nyamuk dan kemungkinan si ibu tidur di
bahagian luar. Figura-figura yang berperanan sebagai anak gadis pula menunjukkan
sedang melakukan tugas masing-masing, seorang daripada mereka sedang menutup
jendela, seorang lagi sedang memasang tali kelambu , terdapat seorang yang sudah
berada di dalam kelambu sambil membaca buku dan seorang lagi mendamparkan
badan ke atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati
suasana ketika itu. Warna yang digunakan pula lebih kepada warna-warna coklat serta
mempunyai ton yang gelap. Karya catan ini juga memaparkan beberapa identiti
masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain
batik, baju kurung, pelita dan juga motif seperti sulaman pada bantal. Selain itu
perwatakan serta karakter figura tersebut juga memperlihatkan nilai kemelayuan dari
apa yang dilihat pada rambut figura ibu yang bersanggul.

APLIKASI ASAS SENI REKA DAN ORGANISASI REKAAN DALAM ALIRAN


PEMIKIRAN

SENI VISUAL

2
[Type text]

ASAS SENI REKA

Melalui karya Dzulkifli Buyung ini, beliau telah mengaplikasikan asas seni reka dan
organisasi rekaan di dalam karya “kelambu”. Aspek-aspek formal dalam menghasilkan
karya dapat dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan
elemen serta prinsip dalam karyanya.

Beliau telah menerapkan unsur-unsur seni di dalam catan “Kelambu” mengikut 6


elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual itu. Aplikasi
berbagai-bagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton corak serta menimbulkan
gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Di dalam karya catan ini,
terdapat pelbagai garisan yang dihasilkan antaranya adalah garisan nipis, tebal, dan
beralun. Di sini dapat dilihat garisan nipis terdapat di bahagian lantai, pintu, dan
bahagian tepi kelambu, manakala garisan tebal terdapat pada langsir dan tali kelambu.
Selain itu, garisan beralun terdapat pada bahagian corak kain batik yang tersidai di
sebelah pintu. Seperti contoh di bawah:

3
[Type text]

Garisan Nipis Garisan Tebal Garisan Beralun

Unsur rupa adalah garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Apa yang
dapat dilihat melalui catan ini rupa yang dihasilkan merupakan rupa yang positif kerana
ia adalah rupa sebenar yang berwarna. Dapat dilihat rupa geometri yang wujud di
dalam karya ini pada bahagian kain figura di dalam catan “kelambu” ini. Selain itu,
terdapat juga rupa organik yang mana mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada
bentuk yang khusus. Seperti contoh gambar di bawah:

rupa geometri (bujur) rupa geometri (empat segi)

Bentuk pula mempunyai struktur jisim dan isi padu. Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk
konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau
ilustrasi. Catan “kelambu” ini menggunakan bentuk ilusi kerana ia bersifat rata dan
dihasilkan melalui catan. Antara contoh bentuk yang terpapar adalah figura manusia
iaitu watak kanak-kanak itu sendiri dan ibunya.

Unsur jalinan pula merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu
objek. Ia dapat menunjukkan kesan rata dan ekspresi sesuatu objek kepada kita.
Jalinan terbahagi kepada 2 iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Oleh sebab catan ini
mempunyai permukaan rata oleh itu jalinan yang boleh ditafsirkan adalah jalinan
tampak. Antara jalinan yang terdapat dalam catan ini adalah corak pakaian pada figura-
figura. Contohnya :
4
[Type text]

jalinan tampak (pada daun)

Seterusnya adalah unsur ruang yang mana ruang merupakan kawasan yang dikelilingi
oleh garisan, atau kawasan kosong sekeliling objek atau jarak antara dua objek.
Kebiasaannya lukisan catan mempunyai unsur ruang kerana kewujudan ruang itu yang
akan menampakkan bentuk yang hendak dihasilkan. Karya ini mempunyai banyak
unsur ruang yang boleh dilihat.

Unsur warna adalah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Warna
mempunyai fungsi dan juga nilai keindahan yang menjadikan dunia ini lebih cantik.
Warna terbahagi kepada 3 jenis iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.
Dzulkifli Buyong memilih warna tertier sebagai warna yang utama di dalam karyanya ini.
Warna tertier dihasilkan dengan cara mencampurkan satu warna asas dan satu warna
sekunder. Warna ini ialah warna yang ketiga hebat kuasanya. Karya catan “kelambu” ini
digunakan oleh beliau merupakan warna-warna yang mendapat pengaruh coklat yang
melambangkan warna tanah serta warna yang menimbulkan warna suasana kampung.

ORGANISASI REKAAN

Melalui karya Dzulkifli Buyong ini, aspek-aspek formal dalam menghasilkan karya dapat
dilihat dengan jelas dan beliau banyak mengaplikasikan penggunaan elemen serta
prinsip seni dalam karyanya. Komposisi yang digunakan jelas memperlihatkan
keseimbangan simetri di mana figura disusun dengan seimbang di sebelah kiri dan
kanan serta imej kelambu yang berada di tengah-tengah komposisi menguatkan lagi
keseimbangan di dalam karya tersebut. Selain itu, penggunaan perspektif telah
mewujudkan komposisi yang jelas di dalam karya di mana terdapat imej yang berada di
5
[Type text]

hadapan, di tengah dan juga berada di belakang. Bayang pada kelambu dan juga
dinding bilik lebih menjelaskan komposisi hadapan, tengah, dan belakang melalui
pencahayaan yang diterapkan.

keseimbangan simetri

Kesan harmoni timbul dalam seni tampak apabila semua unsur-unsur seni dalam
sesuatu karya seni mempunyai tema yang sama atau disusun dengan teratur. Ia dapat
dihasilkan melalui olahan unsur-unsur seni , termasuk susunan objek, warna, garisan,
rupa, bentuk, jalinan, saiz objek, dan ton. Warna yang digunakan oleh beliau telah
mewujudkan keharmonian di dalam karya ini. Tona yang digunakan pula lebih ke arah
tona gelap bagi menimbulkan suasana malam. Namun tidak kesemua warna yang
digunakan adalah warna yang bersifat bosan kerana masih terdapat penggunaan warna
lain. Selain itu susunan objek serta keseimbangan di dalam catan jelas menunjukkan
komposisi yang seimbang. Oleh itu karya ini memang wujudnya kesan harmoni.

Penegasan bermaksud sesuatu yang menjadi fokus dan kelihatan lebih ketara apabila
dibandingkan dengan objek yang lain. Penegasan diwujudkan bertujuan untuk menarik
perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu. Ianya dapat diwujudkan melalui ruang, objek,
tema dan gaya. Fungsi Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk
memberi tumpuan dan menarik perhatian. Di dalam karya ini, penegasan yang wujud
adalah objek kelambu kerana saiz objek ini telah memberi kesan kepada pemerhati
untuk melihat. Selain itu, warna objek kelambu itu juga telah memberi penegasan
warna kerana warnanya lebih cerah berbanding warna objek yang lain.
6
[Type text]

penegasan melalui saiz objek kelambu

Kontra ialah keadaan apabila salah satu daripada unsur seni bercanggah dengan
unsur-unsur seni yang lain. Watak figura wanita yang sedang mendamparkan badan ke
atas kelambu dengan memaparkan ekspresi muka yang begitu menikmati suasana
ketika telah mewujudkan unsur-unsur yang kontra. Ini kerana bentuk figura itu yang
berada di tengah-tengah kelambu dengan keadaan yang memberi perhatian kepada
pemerhati. Bentuk figura wanita itu lebih menunjukkan kontra apabila ia terdampar di
atas kelambu dan objek kelambu itu sendiri telah menunjukkan penegasan. Oleh itu
secara tidak langsung figura wanita itu menunjukkan kontra dari segi bentuk.

kontra dari olahan bentuk figura

Pergerakan adalah perlakuan unsur seni yang berulang-ulang dan tidak tetap
kedudukannya seperti keadaan bergetar, bergoyang, bergegar, berpancar dan
sebagainya. Gerak-geri kanak-kanak dihasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu
dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan.

Kombinasi unsur jalinan ,rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya merupakan prinsip
kepelbagaian di dalam seni visual. Kombinasi yang pelbagai akan membentuk gagasan

7
[Type text]

dan persembahan yang membentuk satu gubahan. Di dalam karya “kelambu” ini
wujudnya prinsip kepelbagaian kerana kombinasi unsur seni dari segi, jalinan pada
corak baju, pelbagai bentuk rupa pada kain sarung yang dipakai, bentuk keadaan
figura, warna yang memberi sentuhan suasana malam dan sebagainya.

Gubahan unsur-unsur yang mempunyai satu tema atau idea yang sama dan
menyeluruh merupakan prinsip kesatuan. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini
berlaku secara seimbang, harmoni, dan saksama ia mewujudkan kesatuan. Karya
“kelambu” ini mempunyai tema apabila pelukis memperlihatkan suasana di dalam bilik
di mana situasi yang dirakamkan adalah persiapan keluarga tersebut sebelum tidur
bersama. Di dalam karya catan tersebut juga memaparkan beberapa identiti
masyarakat Melayu dengan jelas seperti pakaian yang dikenakan pada figura iaitu kain
batik, baju kurung, pelita dan juga motif sulaman pada bantal.

Kebanyakan karya-karya catan Dzulkifli Buyong seperti “Murid Sekolah”,(1962),


“Kelambu”, (1964), “Kapal Kertas”, (1966), “Membakar Semut”, (1967) tidak jauh
bezanya. Media yang digunakan karya “kelambu” dan hampir kesemua karya beliau
adalah pastel. Melalui penggunaan media itu sendiri, telah terlihat karakter yang ingin
disampaikan oleh beliau iaitu tema zaman kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai
visual yang ditampilkan oleh beliau dalam setiap karyanya adalah pengolahan imej
figura yang lebih menjurus ke arah imej kanak-kanak dan berbentuk seni naif. Beliau
juga telah membentuk sebuah identiti tersendiri bagi dirinya dan juga bagi seni tampak
moden. Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa karya tersebut berjaya
mencapai darjah yang tinggi di dalam tahap nilai estetika kerana telah meliputi
kecemerlangan dari segi aspek formal, serta makna yang terkandung.

KESIMPULAN

Dzulkifli Buyong merupakan salah seorang pengkarya yang banyak memainkan


peranan di dalam menjadikan keindahan budaya Melayu sebagai sebuah inti pati
8
[Type text]

pengisian makna di dalam karya beliau. Beliau melihat bahawa keindahan terdapat di
dalam kehidupan harian masyarakat Melayu biarpun dari ruang lingkup aktiviti yang
sangat mudah serta kenangan dari zaman kanak-kanak.

Proses menggambarkan kehidupan sosial masyarakat di dalam karyanya telah


menjadikan karya beliau mempunyai identiti sendiri lebih-lebih lagi apabila beliau lebih
ke arah mengstailisasikan karakter di dalam karyanya menjadi bentuk figura naif dan
kelihatan seperti watak kartun. Beliau masih lagi menggambarkan di dalam karyanya
namun apa yang berbeza adalah subjek atau tema telah berubah kepada situasi, cara
hidup serta kenangan zaman kanak-kanak.

Karya yang dihasilkan oleh beliau merupakan suatu dokumentasi yang amat penting
kepada masyarakat seta generasi kini serta akan datang kerana ianya terkandung
keindahan bentuk serta makna seni Melayu dan Malaysia.

 
Menggambar (‘Description’)Warna
Penggunaan warna yang gelap mengambarkan suasana waktu malam.Pastel yang digunakan amat berkesan
untuk menggambarkankehidupan di kampung pada masa itu.
Garisan
Mengikut ton yang sesuai dengan suasana malam di dalam rumah.
Ruang
Objek dilukis memenuhi ruang.
Rupa
Menggunakan empat figura manusia . Dilukis dengan aksi yang berbeza pergerakan.
Prinsip Rekaan

9
[Type text]

Penegasan – dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapatdifokuskan dan menjadi tumpuan oleh
pemerhati.
Imbangan
Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.
Kesatuan
Masyarakat melayu yang menpunyai nilai kasih sayang.(b)
Menganalisa (‘Analyse’)Subjek 
Manusia
Unsur-unsurseni
1. Warna2. Rupa3. Bentuk 
Prinsip Rekaan
Keseimbangan gemetri- figura disusun dengan seimbang sebelah kiridan kanan. Kelambu yang berada di tengah-
tengah menguatkan lagikeseimbangan. 
KualitiEkspresif 
1. Mood – kasih sayang ,bekerjasama2. Suasana – harmoni dan aman.
Bahan /Teknik /Kaedah
Menggunakan pastel pada kanvas memberi fokus pada ton. Warnadan media amat berkait rapat

Tafsiran (‘Interpretation’)Makna/Mesej
Keindahan budaya melayu
Subjek 
Manusia
Simbol
Kasih sayang
Unsur-unsur Seni
Warna, rupa dan bentuk.ruang
Prinsip Rekaan
keseimbangan dan kesatuan.
Metafora/Analogibagi menjelaskanmakna

10
[Type text]

 Nilai sentiment kasih sayang di dalam sebuah keluarga. Selain itunilai pergorbanan seorang ibu demi anak-
anaknya, melalui visual inikemungkinan si ibu tidur diluar sebaliknya anak-anak gadis pulatidur dalam kelambu
tersebut . Selain itu kesusahan hidup merekakerana tiada katil dan hanya beralaskan tilam dapat dilihat.(d)
Penilaian (‘Evaluation’)KriteriaKeaslian
Berdasarkan kepada pengalaman.
Gubahan
Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalamkehidupan seharian mereka.
Teknik 
Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau semasa zaman kanak-kanak di
dalam karya ini. Nilai estatik yang tinggi kerana dapat menggambarkan sebenar sebuahkeluarga apabila malam
tiba.
Fungsi
Menyedarkan masyarakat bahawa kasih sayang amat penting dalamkeluarga untuk menimbulkan suasana
harmoni dan bahagia. Budayamasyarakat melayu mempunyai sentiment yang tinggi

11
[Type text]

“Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya”

Karya Abdullah Ariff

Tahun 1960

Cat air

36.4 x 54.1 cm

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini
merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun
ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi
tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman
diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting
sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia
juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi
akan datang.

Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan
seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air.
Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia
(Pioneer artists of Malaysia).

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik ‘wash’ dan bersifat konsisten adalah
ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti
dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang
dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

Stail:

LATAR RUANG

Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti
melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan

12
[Type text]

keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan
‘wash’ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu
di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang
datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi
tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik
beratkan.

Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang
mencangkul dan mengandar bijih.

KECAIRAN

Penonjolan ‘wash’ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang
tersendiri ini adalah sifat ‘wash’ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan.
Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada
kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di
komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang
basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan
berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu
sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas
komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu
dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang
perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada
dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan
warna.

Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung
kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.

Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu
diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika
kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan
akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.

13
[Type text]

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya
penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan
di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang
titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan
tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih
komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair
mengembang dan menyerlahkan imej.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam.
Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama
menikmati keindahan alam.

Apresiasi Karya Pelukis Barat Aliran Impresionisme Claude


Monet – Impression Sunrise

Claude Monet
Impression Sunrise (1872)
14
[Type text]

Oil on canvas (48 cm × 63 cm)

Karya Claude Monet yang bertajuk Impression Sunsrise ini merupakan karya
agung bagi aliran impresionisme. Karya ini menggambarkan pemandangan landskap
sebuah lautan di Le Harve. Pemandangan lautan ini kelihatan seperti berkabus tetapi
dipancarkan oleh terik matahari terbit. Kelihatan dua buah bot yang sedang di dayung.
Jelas kelihatan dua orang di atas bot bahagian hadapan dan bot belakang agak kabur. 
Di belakang karya ini kelihatan seperti kargo atau dermaga yang tersusun di pinggir laut
tetapi dikaburi oleh kabus pagi.

          Warna  yang digunakan kelihatan suram. Namun monet tetap berpegang pada
prinsip aliran ini yang mementingkan cahaya dengan memalitkan warna oren
kekuningan untuk menunjukkan suasana waktu fajar. Warna oren yang mewakili
matahari senja menembusi lautan lalu membiaskan cahayanya pada air laut  yang
kelihatan tenang itu dan meninggalkan kesan yang romantis pada karya
tersebut.  Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang berjaya menunjukkan realiti dan
keajaiban tentang perubahan atmosphera di langit dan kesan yang terjatuh pada
permukaan air . Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga
telah digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat impresionisme
sebagai pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis. Garisan dalam
karya ini di tonjolkan melalui kesan sapuan berus terutamanya pada bahagian
pergerakan air yang tenang. Manakala garis halus dilakar untuk menunjukkan objek
kabur iaitu tiang-tiang kargo yang diselindungi kabus pagi. Jalinan terhasil melalui
kesan sapuan berus dan warna yang tebal pada bahagian langit dan permukaan air.

              Karya ini menggambarkan mengenai kedamaian suasana lautan di waktu pagi
dimana masyarkat mula mendayung sampan untuk melakukan aktiviti harian. Warna
terang yang melambangkan matahari pagi menggambarkan kepada kita bahawa setiap
hari disuluhkan dengan semangat baru untuk melakukan aktiviti seharian. Laut yang
tenang dengan garapan warna yang lembut menunjukkan kebersihan dan ketenangan
alam semulajadi dimana setiap hari manusia dapat menghirup udara yang segar.  

              Karya ini menarik perhatian dari segi pencahayaan yang terang untuk
menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria terbit.  Namun yang lebih penting,
pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan yang indah dan cantik.
Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang dilihatnya sendiri. Karya ini
dapat menyedarkan individu bahawa bumi kita sebenarnya indah dengan kurniaan
semulajadi daripada tuhan. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat
Impresionisme yang mahu merakamkan  kesan visual dari realiti. Ada pergerakan,

15
[Type text]

cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan
secara realiti.

Apresiasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Impressionisme

Peter Harris
“Rumah Rakit Sungai Pahang”(1956)
38.2 x 48.2 cm.
Karya Peter Harris ini bertajuk Rumah Rakit Sungai Pahang. Karya ini bersaiz
38.2cm x 48.2cm dan menggunakan cat guac. Karya ini bertemakan pemandangan
landskap tempatan. Ini jelas kelihatan  perumahan rakit di Kuala Lipis yang diambil dari
atas tebing. Karya ini telah dihasilkan pada tahun 1956 iaitu sebelum merdeka. Air
sungai kelihatan mengalir tenang dengan lambaian redup pohon-pohon di tebing sungai
tersebut. Catan gaya impresionis ini mempunyai gubahan seolah-olah telah
dibingkaikan oleh dahan-dahan pokok di sebelah tepi kiri dan kanan. 

Beliau telah menggunakan warna sewarna iaitu kumpulan warna hijau dan
kuning iaitu  warna  alam  semulajadi. Teknik wash dan sapuan yang terkawal ini
digunakan serta pengunaan warna yang tebal dari kebiasaanya. Gabungan  kesemua 
elemen-elemen  seni  telah membantu beliau menyampaikan mesej dengan baik.
Beliau juga berjaya memasukkan perasaan harmoni dalam karya ini, kesan pergerakan
pada permukaan air dan kesan imbangan yang baik terhadap objek-objek yang dilukis.
Kadar banding diantara imej yang berada di belakang dengan imej yang berada
dihadapan mewujudkan suatu ruang pemisah antara objek. Sebagai contohnya rumah

16
[Type text]

rakit berada pada kedudukan yang rendah berbanding pokok kayu telah membentuk
ruang.

Pengunaan garisan tebal dan kasar boleh dilihat pada batang pohon yang
terdapat diatas tebing sungai. Cahaya yang datang dari hadapan dan warna yang
monokromatik kehijauan menunjukkan keindahan dan ketenangan alam semulajadi
tempatan yang belum tercemar oleh arus pemodenan. Jalinan terhasil dari sapuan
berus dan warna yang tebal boleh dilihat pada permukaan sungai. 

               Imej pergerakan sungai yang membentuk garis pepenjuru ini dikatakan oleh
beliau sebagai pemecah kepada kebuntuan format empat segi bujur karya tersebut.
Kesan garisan membantu dalam menyampaikan rupa dan bentuk imej yang
digambarkan  oleh  pengkarya.  Warna  yang  digunakan  juga  adalah  warna  yang 
baru diperkenalkan kepada pengikut WAG pada masa tersebut dan jarang digunakan
pada masa sekarang. Kesan warna berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik dan
cantik serta kemas kelihatan. 

                  Karya diatas merupakan salah satu karya yang dihasilkan dengan
menggunakan pendekatan baru dalam stail, teknik dan tema dengan menggunakan
berus yang lebih besar dan keras serta bahan dan teknik yang lebih tebal daripada cat
air. Muliyadi Mahmood dalam bukunya yang betajuk Seni Lukis Moden Malaysia (2001-
2004) menyatakan bahawa Peter Harris telah mengolah suatu konsep komposisi yang
agak dinamik dan bernyawa terutamanya pada aliran sungai yang bersifat diagonal.

              Karya ini  mengambarkan suasana sebenar yang diambil pada awal merdeka
di Malaysia oleh seorang pelukis yang berasal dari barat yang mengambil berat akan
suasana tempatan untuk dirakamkan di dalam karyanya. Ini menunjukkan pada masa
itu bahawa orang tempatan di negeri Pahang tinggal di sungai Pahang terutamanya
diatas rumah rakit. Mungkin kerana sumber makanan dan bekalan air mudah diperolehi
disana.

17
[Type text]

Nilai yang cuba diterapkan oleh pelukis ialah kebersihan dan kedamaian di
mana  suasana perkampungan di sungai Pahang yang terpelihara dari pencemaran dan
bersih dari kesibukkan kota. Keindahan dan keharmonian penduduk disitu dirakam oleh
Peter Harris. Ini menunjukan karya ini berjaya dalam menyampaikan perasaan dan
mesej Peter Harris perhadap apa yang ingin beliau ingin rakamkan dan dikongsi untuk
tatapan umum.

Perbandingan Catan Impresionisme Barat dan Malaysia

Nama Karya Impression Sunrinse Rumah Rakit Sungai Pahang


Aliran Impresionisme Impresionisme
Tema Pemandangan landskap tempatanPemandangan landskap tempatan
iaitu lautan iaitu sungai
Alat dan Bahan Cat minyak Cat guac
Teknik Teknik impasto dengan kesan berusTeknik wash dan sapuan yang
terkawal

Unsur Seni Garisan garisan


  kesan sapuan berus terutamanya   garisan tebal dan kasar pada
pada bahagian pergerakan air yang bahagian pokok
tenang.   Kesan garisan membantu dalam
  garisan halus dilakar objek kabur menyampaikan rupa dan bentuk imej

iaitu tiang-tiang kargo yang


diselindungi kabus pagi.

Jalinan melalui kesan sapuan Jalinan terhasil dari sapuan berus dan
berus dan warna yang tebal pada warna yang tebal boleh dilihat pada
18
[Type text]

bahagian langit dan permukaan permukaan sungai.


air.
Warna – Warna – warna sewarna iaitu
     suram. kumpulan warna hijau dan kuning
Warna oren yang mewakili iaitu  warna  alam  semulajadi
matahari senja menembusi lautan
lalu membiaskan cahayanya pada
air laut 

Prinsip rekaan pergerakan – Permukaan air yangImej pergerakan sungai yang


bergerak dan bersinar denganmembentuk garis pepenjuru ini
warna merah jingga. dikatakan oleh beliau sebagai
pemecah kepada kebuntuan format
empat segi bujur karya tersebut.
Kadar banding diantara imej yang
berada di belakang dengan imej yang
berada dihadapan mewujudkan suatu
ruang pemisah antara objek.
nilai Keindahan alam semula jadi iaituKebersihan dan kedamaian di
lautan tanpa sebarang pencemaran. mana suasana perkampungan di
sungai Pahang yang terpelihara dari
pencemaran dan bersih dari
kesibukkan kota

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran Impresionisme   diatas, jelas


menunjukkan terdapat beberapa persamaan dan  perbezaan antara dua karya. Kedua-
dua karya diatas menggunakan tema yang sama iaitu keindahan landskap tempatan
dimana Karya 1 menggunakan subjek Lautan di La Harve manakala karya 2
menggunakan Sungai Pahang. 

Perbezaan kedua-kedua karya ini adalah bahan yang digunakan dimana karya 1
iaitu “Impresion Sunrise” menggunakan cat minyak dengan teknik impasto dengan
kesan sapuan beru . Manakala , karya 2 “Rumah Rakit Sungai Pahang” menggunakan
cat guac dengan teknik wash dan sapuan terkawal.  

Kedua-dua karya ini telah mengaplikasikan prinsip yang dipegang oleh aliran
Impresionisme iaitu lukisan yang dihasilkan berdasarkan apa yang dilihat di depan mata
dan bukan imaginasi yang ditafsirkan oleh minda dimana pelukis  menghasilkan catan
19
[Type text]

berdasarkan objek sebenar tanpa melakukan penambahan atau pengubahsuaian.


Subjek utama yang dilakarkan adalah landskap dan alam semula jadi kerana mereka
berpendapat alam semula jadi adal ciptaan yang tiada tandingannya. Jadi prinsip ini
jelas di aplikasi oleh kedua-dua pelukis yang menggambarkan keindahan landskap
tempat masing-masing. 

Pada era ini cahaya merupakan unsur yang sangat penting dalam penghasilan
karya kerana dapat menimbulkan mood dan suasana sesuatu keadaan. Prinsip
impressionisme ialah cahaya adalah penentu sesebuah keadaan dan suasana. Prinsip
ini jelas pada karya 1 dimana walaupun catan yang dihasikan menggunakan warna
yang suram untuk menggambarkan suasana pagi yang diselubungi oleh kabus, tetapi
unsure cahaya dimasukkan dengan meletakkan warna terang dan pembiasan warna
telah dijatuhkan pada warna yang suram. Bagi karya kedua, pelukis memfokuskan
cahaya pada tengah-tengah karya dengan sekelilingi kanvas di bingkaikan oleh dahan
pokok. Maka fokus cahaya terus jatuh pada bahagian tengah karya. 

Apreseasi Karya Pelukis BARAT Aliran Post


Impressionisme(psv3110)

Vincent Van Gogh


The Starry Night (1889)
Oil on canvas 29” x 36/4”

“The Starry Night” hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika
menjalani proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan

20
[Type text]

pemerhatian beliau pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar
dan gereja tempat beliau menjalani proses tersebut.

Berdasarkan karya ini, apa yang dapat dilihat ialah suasana malam dimana
langitnya dipenuhi dengan awan yang membentuk pusaran. Bintang-bintang pula
berkilauan dan bulan sabit memancar cerah. Manakala dibawah kaki bukit kelihatan
sebuah Bandar yang kecil. Bandar ini kelihatan  begitu aman. Di tengah-tengah Bandar
ini terdapat sebuah gereja yang mempunyai ceracak diatasnya iaitu merupakan tempat
pemerintahan yang terbesar berbanding bangunan-bangunan lain yang kecil
disekeliling gereja ini.

Di sebelah kiri karya ini terdapat satu bentuk yang besar yang lebih besar
melebihi saiz bentuk-bentuk yang lain. Bentuk ini merupakan pokok cypress. Pokok ini
mewakili kehidupan masyarakat Eropah pada ketika itu. Pada masa itu, kebanyakkan
pokok cypress ini akan ditanam di persekitaran tanah perkuburan sebagai tanda. Di
kawasan kaki gunung juga terdapat rimbunan semak yang kelihatan sangat luas dan
mempunyai pelbagai isi di dalamnya.
Penggunaan garisan dalam lukisan ini begitu menonjol terutamanya pada
bahagian langit disamping titik-titik  untuk menunjukkan bintang. Garisan yang kelihatan
adalah garisan melengkung, garisan berpusar dan garisan menegak. Pelukis telah
menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang dialaminya
ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun
disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol
sekali dengan garisan yang berpusar

 Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan.
Beliau menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada
permukaan kanvas. Pelukis ini tidak menggunakan begitu banyak warna. Warna yang
begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada
bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren
digunakan untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada
waktu malam. Warna pada bahagian lain seperti pokok cypress digunakan melalui
tindihan warna biru gelap dan kuning untuk menampakkan warna seakan-akan warna
kulit pokok.
Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post
impressionisme. Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis
terkenal pada era ini. Ciri lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada
karya ini adalah penggunaan garisan kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus
yang tepat.  Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang

21
[Type text]

logik dan nyata. Ini sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini
berdasarkan pemerhatian terhadp keadaan sekeliling pada waktu malam.
 Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa
dari hati terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya “ Starry Night” ini
dihasilkan ketika pelukis menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis
ini menggambarkan luahan hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang
menyebabkan lukisan ini begitu kasar sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah
suasana yang sangat aman.

            Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai
hubung kait dengan perasaan atau deria pelukis  namun sesetengah individu suka akan
karya ini. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada
yang mengatakan tidak.Ini kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini
dianggap gila ekoran daripada kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah
konflik jiwa.Bagi saya lukisan ini sangat menarik. Walaupun lukisan pada waktu malam
sebegini sepatutnya dalam keadaan yang tenang dan damai namun pelukis berjaya
mencipta kelainaan. Bagi saya lukisan ini menggambarkan perasaan marah kerana
apabila terpandangnya lukisan ini kelihatan begitu kasar, dan melambangkan sifat yang
agresif.
Apreseasi Karya Pelukis Malaysia Aliran Post
Impressionisme(psv3110)

 Karya Lai Foong Moi


Waktu pagi di Kampung (1959)

22
[Type text]

Karya di atas bertajuk “ Waktu Pagi di Kampung” dihasilkan oleh Lai Foong Moi.
Beliau menggunakan cat minyak. Catan ini bertemakan pemandangan keindahan
kampung di Malaysia. Beliau menggambarkan waktu pagi yang cerah di kawasan
perkampungan yang dipenuhi dengan pohon-pohon kelapa yang tinggi di sekitar
kawasan perumahan. Rumah yang digambarkan dalam catan ini ialah rumah kayu dan
kedudukan rumah dekat antara satu sama lain. Kelihatan seorang wanita bersanggul
memakai berbaju kurung dan kain sarung yang berada di halaman rumah sedang
memegang sebuah bakul. 

Pengkarya menggunakan warna sejuk dan juga warna panas. Pengolahan karya
ini menggambarkan pengaruh tradisi seni lukis Cina dimana stroke berus kelihatan
seperti catan cina. Karya ini  lebih mengutamakan garisan daripada bentuk. Susunan
rupa bentuk mengikut format-format timur jauh, pembahagian ruang formal dan
jelas.   Beliau menggunakan sapuan berus yang pantas dan spontan pada pohon dan
tanah menunujukkan persamaan dengan keseronokkan dan kedamaian hidup
dikampung. Penggunaan ruang dalam karya ini amat baik dimana pelukis merakamkam
perspektif yang tinggi. Ruang langit jelas menunjukkan begitu tinggi daripada mata
pemerhati.

Berdasarkan warna yang digunakan , pelukis ingin menunjukkan kedamaian


pada waktu pagi di kampung. Warna biru pada bahagian lagi menggambarkan
kesegaran dan kedingin embun pada waktu pagi dimana penduduk akan menghirup
udara yang segar. Watak perempuan yang memegang bakul melambangkan seawal
pagi wanita sebagai surirumah sudah mula melakukan aktiviti seharian seperti
membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya. 

Nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini adalah  suasana indah, damai , dan
kehidupan tenteram di kampung atau desa.

23
[Type text]

Perbandingan Karya Aliran Post Impresionisme

Karya 1 Karya 2

Nama Karya Starry Night Waktu Pagi di Kampung


Aliran post impresionisme menggabungkan pengaruh post
impresionis dan struktur gambar
cina dalam karyanya.
Tema Kesengsaraan  Kedamaian
Alat dan cat minyak Cat minyak
Bahan
Teknik Impasto Scrambling
(sapuan agresif) (sapuan berus yang pantas dan
spontan)
Unsur Seni  Garisan yang kelihatan adalah garisanKarya ini  lebih mengutamakan
melengkung, garisan berpusar dan garisan garisan daripada bentuk.
menegak Susunan rupa bentuk mengikut
format-format timur jauh,
24
[Type text]

garisan kontur yang jelas pada rupa dan pembahagian ruang formal dan
sapuan berus yang tepat jelas.   
Warna – Warna sejuk dan juga warna
1)  warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap panas
dan biru cerah pada bahagian langit untuk
mewujudkan suasana malam.
2)  warna kuning dan oren digunakan untuk
bintang dan bulan untuk menampakkan
cahaya yang memancar pada waktu malam.
3)  Warna pada bahagian lain seperti pokok
cypress digunakan melalui tindihan warna
biru gelap dan kuning untuk menampakkan
warna seakan-akan warna kulit pokok.
Prinsip pergerakan – Imej pergerakan sungai yang
rekaan melalui sapuan berus pada bahagian awan membentuk garis pepenjuru ini
menggambarkan pergerakan berpusar.
Penegasan diberikan pada ruang langit Kadar banding diantara imej
dengan menonjolkan awan yang berpusar.  yang berada di belakang
dengan imej yang berada
dihadapan mewujudkan suatu
ruang pemisah antara objek.
Nilai Kehidupan penuh dengan pelbagai liku dan Kebersihan dan kedamaian di
cabaran. mana  suasana perkampungan

Berdasarkan kedua-kedua karya aliran post Impresionisme diatas, jelas


menunjukkan beberapa persamaan dan perbezaan. Persamaan di lihat melalui jenis
bahan yang digunakan. Tema jelas menunjukkan perbezaan iaitu Karya 1  mengenai
kesengsaraan manakala Karya 2 mengenai kedamaian. Gaya persembahan catan
menunjukkan perbezaan yang begitu ketara, apabila karya 1 kelihatan begitu agresif
dengan teknik sapuan impasti berbanding Karya 2 yang begitu halus dengan teknik
Glazing

Jika dinilai, karya 1 iaitu “Starry Night” lebih memenuhi ciri-ciri post
impresionisme kerana menekankan penggunaan sapuan berus yang agresif disamping
penggunaan warna yang tidak di campur. Kebanyakan sapuan warna yang asli serta
bertindih antara satu sama lain. Selain itu juga warna yang pekat digunakan bagi
mewujudkan kesan tekstur pada permukaan.

25
[Type text]

Bagi karya 2 “Waktu Pagi Di Kampung” agak kurang menonjol aliran


impresionisme kerana pelukis telah menggabungkan pengaruh post impresionis dan
struktur gambar cina dalam karyanya. 

Walaubagaimanapun, kedua-dua pelukis tidak membuat peniruan tetapi


mencipta bentuk. Mereka memenuhi ciri post impresionisme dengan memilih subjek
utama yang berkaitan  landskap dan  aktiviti seharian masyarakat setempat.

Karya Monet yang bertajuk “Corner of the Garden at Montgeron” di atas


dihasilkan antara tahun pada 1876 dengan 1877. Dalam lukisan Monet adalah cat
minyak yang dikerjakan di atas kanvas berukuran 67-3/4 x 76 inches.
Teknik yang digunakan ialah impastor iaitu teknik untuk menghasilkan kesan
pokok-pokok dalam karya seperti dalam karya yang bersudut di kanan. Karya tersebut
dapat memberi tugasan yang baru kepada Claude
Monet untuk melukis empat panel hiasan untukinterior rumah grand baru, Chateau de R
ottembourg di Montgeron.Beliau menggunakan musim panas di sana untuk mecari
motif berdasarkan landscaped grounds dan melukis di luar bilik dengan menggunakan
warna yang terang.
Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-objek
semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok. Setiap objek tersebut ditampilkan secara
impressionism dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan
26
[Type text]

perwarnaan. Perkarya membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang
terhadap objek tersebut.
Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistic iaitu unsur-unsur seni dan
prinsip rekaan. Dari segi warna, beliau memberi warna harmoni yang menimbulkan
suasuna menarik dan gambaran tersebut dengan jarak yang ada
iaitu brushstrokes untuk berasing warna murni yang diliputi dengan siang hari dan hawa
seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut .
Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang
ilusi yang baik. Sebagai contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk
menimbulkan kesan ruang iaitu jarak yang di hadapan atau di belakang. Dalam karya
yang bersudut kanan iaitu sungai tersebut dapat menonjol dari warna gelap
menimbulkan gambaran menjunam lebih dalam manakala warna putih boleh
menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain itu, menggunakan warna sejuk untuk
memberi suasana yang tenang dan nyaman.
Seterusnya, unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam
karya Claude Monet. Sebagai contoh, jalinan pada langit telah menghasilkan karya
lebih menarik, bergaya dan secara tidak berlangsung dapat menimbulkan kesan
pergerakan. Dalam unsur-unsur seni, garisan merupakan paling penting dalam setiap
karya kerana ia dapat mencipta rupa, jalinan dan corak. Karya ini mempunyai garisan
melintang pada air. Ia dapat menggambarkan ketenangan dan ketenteraman.
Dalam karya Monet, objek-objek tersebut menonjolkan prinsip rekaan. Terutama
iaitu imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri.
Bagi saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, air dan
langit dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian, Claude Monet berjaya
menunjukkan karya yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi.
Tambahan pula, kontra ditonjolkan dalam karya ini dalam perbezaan warna
seperti, kuning dengan hitam di karya tersebut. Beliau juga menggunakan salah satu
prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti bunga tersebut berwarna
putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna kuning dan hitam sebagai
menimbulkan kesan tersebut.

27
[Type text]

Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkan kepelbagaian. Dari segi warna
dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan dalam karya
yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga
mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang.
Secara keseluruhan, mesej yang Claude Monet hendak menyampaikan kepada
kita ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat tersebut, suasana
yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kejernihan air  yang bersih pada
waktu tersebut.
Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Claude Monet memang
menarik melalui kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam
karya tersebut memberi perasaan yang tenang dan selesa kepada saya dalam
kecantikan suasana tersebut. Selepas kritikan karya tersebut, karya yang seterusnya
memang menarik perhatian saya untuk memerhati karya beliau.

Jaafar TaibAkrilik Sang JuaraTema: Realistik


Jaafar Taib merupakan seorang pengkarya yang dikatak sebagai seorang seniman
yangmampu menguasai hampir kesemua genre dalam seni. Beliau mempunyai
banyak karya dalamcatan, karikatur, potrait dan banyak lagi. Menurut Dr. Mohd Johari Ab.
Hamid dalam
bukunyay a n g   b e r t a j u k   A s p r e s i a s i   d a n   K r i t i k a n   S e n i   V i s u a l   ( 2 0 0 8 : 1 4 0 ) ,   J a a f
a t   T a i b   d i k a t a k a n   m u l a memberikan perhatian secara serius kepada spesis
burung dan ayam hutan dalam karya beliau. Jaafar Taib berpendapat ini merupakan
tanggungjawab beliau dalam merakamkan semula spesis-spesis tersebut keatas kanvas
sebagai suatu himpunan khazanah untuk tatapan generasi akan datang.Karya
realistik diatas merupakan karya yang  telah dihasilkan oleh Jaafar Taib
dengantajuk ‘Sang Juara’ dengan menggunakan akrilik di  atas kanvas.
Daripada karya ini kita dapatmelihat karya yang begitu menarik apabila pengkarya berjaya

28
[Type text]

menyampaikan imej tersebut


padas k a l a   y a n g   b e t u l .   P a d a   p a n d a n g a n   s a y a   k a r y a  
i n i   m e r u p a k a n   k a r y a   y a n g   m e m p u n y a i  perkaitannya dengan
kehidupan masyarakat desa masyarakat Melayu khususnya yang
sinonimd e n g a n   b u d a y a   m e m p e r l a g a k a n   a y a m .   T a j u k   ‘ S a n g   J u a r a ’   m e
r u p a k a n   s u a t u   k a r y a   y a n g menyampaikan mesej bahawa ayam tersebut
mempunyai kekuatan yang luar biasa berbanding ayam-ayam lain. Pengkarya
melukiskan sang juara tersebut sedang berada di suatu tempat yangtinggi dengan suatu
pemandangan alam semulajadi. Saya berpendapat bahawa sususnan imejseperti ini
memberikan gambaran bahawa suatu kelompok masyarakat yang besar yang
begitu bangga dan mengiktiraf sang juara ini sebagai seekor ayam yang kuat dan membawa
kebanggankepada tuannya.

 
Perkara yang sangat menarik perhatian adalah dari aspek penggunaan warna.
Pengkaryat e l a h m e n g g u n a k a n w a r n a s e b e n a r y a n g a d a p a d a s e e k o r a y a m
jantan dan warna flora yangsesuai  bagi
menghidupkan lagi suasana tersebut. Kesan ton warna pada ayam jantan j
u g a memberikan suatu kesan realistik dan membantu pelukis membezakan setiap
jalur-jalur bulua y a m   y a n g   a d a .   K a r y a ini kelihatan sangat menarik dan
s a n g a t   b e r t e n a g a .   K e s a n g a r i s a n ditimbulkkan melalui kesan warna yang disapu
pada bahagian badan ayam jantan terutamanya  pada bahagian ekor ayam
tersebut. Selain daripada itu, dengan menggunakan warna pengkaryamampu
menampakkan bahawa ayam tersebut mempunyai kekuatan dan kelihatan sangat sihat.Karya
yang sangat menarik ini harus diteruskan kerana karya ini bukan sahaja membantukita
mengenali alam dengan lebih dekat tetapi juga membantu kita menganalisis diri kita
setakatmana kemampuan kita sebagai seorang orang seni terutamanya dalam kalangan pelajar
seni. 

29
[Type text]

Mohd Hoessein EnasCat minyak Gadis KoreaTema: figuratif


Mohd Hossein Enas terkenal sebagai bapa potrait Malaysia kerana kepan
d a i a n n y a  berkarya dalam menghasilkan potret manusia. Mohd Hossein Enas merupakan
seorang
pengasasA n g k a t a n   P e l u k i s   S e m e n a n j u n g   ( A P S )   y a n g   m e n j a d i k a n   p o t r e t   d a n  
landskap sebagai tematerpenting dalam berkarya. Seni catan potret meru
p a k a n   m e d i u m   y a n g   p e n t i n g   s e b e l u m wujudnya kamera untuk merakamkan diri
seseorang. Potret bukan sahaja menjadi suatu bentuk rakaman tetapi juga dihasilkan
untuk menjadi kenangan kepada pengkarya dan yang dilukis,  berupaya menunjukkan
profesion, perwatakan atau kedududukan seseoramng dalam masyarakattetapi juga menjadi
bahan dokumentasi visual yang mampu dijadikan rujukan dalam banyak   perkara
seperti potret “Monalisa” yang menjadi kajian dan rebutan kepada pencinta-
pencintasejarahwan seni masa
ini.K a r y a   d i a t a s   m e r u p a k a n   k a r y a   y a n g   d i h a s i l k a n   o l e h   M o h d .   H o s s e i n   E n a
s   d e n g a n menggunakan media cat minyak dan menggunakan tema figuratif sebagai tema
utama. Karya inimenrakamkan gambar seorang anak gadis berpakaian baju
kebudayaan masyarakat korea. Jikadilihat dari aspek paras rupa perempuan
tersebut, raut wajah perempuan tersebut menghampiri raut wajah anak gadis
masyarakat Melayu. Karya ini mungkin juga dirakamkan oleh pengkarya
dengan mengaplikasikan pakaian tradisional orang Korea keatas orang M
e l a y u   p a d a   m a s a tersebut.P e n g o l a h a n   a s p e k   k e d u d u k a n   a t a u   t a t a t e r t i b   d u d u
k   f i g u r a   b e g i t u   d i t e k a n k a n   o l e h  pengkarya dengan mengambil kira aspek
keseimbangan karya disamping menampilkan nilai-nilai lemah lembut dan
bersopan. Selain daripada itu Mohd Hossein Enas juga menggunakan warana terang
iaitu merah sebagai penegasan kepada mesej yang ingin beliau sampaikan melalui pakaian
tradisional masyarakat Korea pada masa tersebut. Setiap garisan-garisan yang ada pada baju
30
[Type text]

disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur pergerakan walaupun figuratif


tersebutdalam keadaan duduk untuk menampakkan ketidakkakuan dalam potret
tersebut.Karya-karya Mohd Hossein Enas merupakan suatu warisan dalam seni
kerana karya-karya tersebut banyak membantu sejarawan-sejarawan seni
meneruskan penyelidikan
merekat e r h a d a p   p e r k e m b a n g a n   s e n i   d i   M a l a y s i a   k h u s u s n y a .   K a r y a   i
n i   b u k a n   s a h a j a   m a m p u mengantikan peranan kamera tetapi juga memiliki
nilai keindahan yang sangat tinggi dari segicalitan warna dan penampilan figuratif
utama serta perkembangan budaya dalam masyarakat yang berbilang dengan
masyarakat asing yang pernah datang ke Tanah Melayu

Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan Berjaya menimbulkan pandangan
fokus kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah gadis
tersebut juga menimbulkn pelbagai takrifan dan dapat dijadikan bahan dokumentasi visual dan
rujukan dalam banyak perkara seperti potret ‘Monalisa’.

 
MENGGAMBAR
Pelukis menggunakan garisan yang lembut pada karya ‘Gadis Melayu’ ini
danmenampakkan kelembutan pada rambut, bulu kening, bulu mata an bibir gadis
tersebuttetapi pelukis menggunakan garisan tebal pada kolar baju kemeja dan
menampakkanelemen bayang-bayang.Pelukis juga mengguna unsur rupa pada telinga gadis
31
[Type text]

tersebut dan menggunakanbentuk pada hidung, mata dan kolar baju gadis tersebut yang telah
menampakkan bentuk 3dimensi pada karya yang dinyatakan ini. Jalinan pada garis halus yang
digunakan olehHossein Enas menampakkan rambut gadis tersebut tampak lebat dan
sihat.Warna yang digunakan juga menunjukkan kematangan pada raut wajah gadistersebut dan
menggambarkan ciri-ciri gadis melayu yang berkulit sawo matang. Campuranwarna yang digunakan
menimbulkan kesan ruang pada karya tersebut dan menampakkangadis tersebut berada di hadapan
dan dibelakangnya terdapat satu ruang yang bolehditakrifkan sebagai dinding ataupun
pemandangan yang dikaburkan.
MENGANALISA
Hoessein Enas merupakan pengkarya yang banyak menghasilkan karya figuratif yangbersifat
realistik dan bijak menggunakan warna. Warna yang digunakan beliau dalam karyaini menunjukkan
kelembutan pada gadis tersebut walaupun gadis tersebut berpakaiankemeja dan moden pada
zamannya.Jalinan garisan halus juga menimbulkan pergerakan pada rambut gadis
tersebut.Manakala mata yang agak besar dan bibir yang sedikit terbuka menimbulkan mood
yangtenang dan selesa. Gabungan elemen-elemen ini menimbulkan perasaan harmoni.
Kesanwarna Berjaya diolah oleh beliau dengan begitu baik. Beliau juga menggunakan
warnasekunder iaitu hijau, oren dan ungu yang dicampur halus dan menampakkan kesan
ruang.Walaupun pada karya tersebut, pemberatan ruang kosong adalah disebelah kanankarya,
tetapi karya tersebut tidak nampak cacat dan kelihatan kadar banding warna yangdigunkan
menampakkan keseimbangan dan tidak bosan kerana terdapat ciri kemodenan

pada karya tersebut. Penggunaan ton warna yang bersesuaian dapat menghasilkankawasan yang
terang dan gleap dengan baik sekali dan begitu neutral dan semula jadi.Stail yang digunakan oleh
pengkarya ini bersifat realistik iaitu karya yangmenggambarkan sepertimana objek atau situasi asal
melibatkan imitasi, peniruan daripadabentuk asal. Beliau juga menggunakan bahan cat minyak iaitu
bersifat legap dan danmenggunakan teknik sapuan berus yang pelbagai yang menjadikan
karya tersebut kelihatanhidup dan menarik.Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas
dapat dilihat pada penggunaanwarna yangdihasilkan. Pelukis pandai memainkan warna agar
kelihatan bersahaja dansantai. Dari segi penegasan, peukis membuat enegasan dari segi warna iaitu
di manaterdapat warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu pelukis menggunakan
warnayangagak gelap untuk menimbulkan satu suasana kontra dan menjadikan karya
32
[Type text]

yangdihasilkan lebih menarik.Dalam karya ini, Hossein memberi makna ekspresif iaitu beliau telah
melahirkan rasabangga dan kagum beliau terhadap identiti gadis-gadis melayu dengan dengan
fesyennyapada masa itu dengan mengabadikannya di dalam potret agar boleh dilihat dan terus
kekalselagi hasil karyanya ini masih ada.
TAFSIRAN
Dalam karya yang telah dihasilkan oleh Hossein Enas ini, apat dilihat warna baju gadistersebut
melambangkan kesederhanaan tetapi masih mengikut fesyen pada zaman
tersebut.Warna tersebut juga dapat mencerminkan perbezaan zaman dahulu dan sekarang di
manapada zaman sekarang warna baju yang menjadi kegemaran adalah warna yang lebih
terang.Dalam potret ini juga, dapat dilihat bahawa gadis tersebut memakai anting-anting.
Inimenunujukkan bahawa gadis tersebut dari keluarga yang berada tetapi masih mengekalkanciri-
ciri kesederhanaan dan kesopanan kerana pakaian tersebut tidak mencolok mata.
PENILAIAN
Jika dilihat dengan teliti, karya Hossein Enas ini dilihat teknik yang digunakan begitu telitisehinggakan
perasaan gadis tersebut dapat dirasai olehorang lain. Teknik yang digunakaniaitu teknik sapuan
lembut menghasilkan struktur warna yang sangat berkesan danmenampakkan keaslian gadis
melayu terutama pada bahagian wajahnya.Gambar potret seorang gadis yang berambut hitam,
bersanggul, bibir yang tebal,beranting-anting memandang ke satu tempat dengan
pandangan mata yang galak dan
memakai baju kemeja bukannya sekadar potret kosong tetapi memberi makna
yangmendalam.Karya potret ini secara keseluruhannya dapat dinilai membawa makna seorang
gadisMelayu yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Pemakaian kemeja
jugamerupakan fesyen gadis Melayu paa zaman tersebut. Disini beliau cuba menimbulkanidentiti
kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.Setiap garisan-
garisan yang ada pada karya juga disampaikan dengan baik bagimenimbulkan unsur pergerakan
terutama pada wajah gadis tersebut walaupun figuratif tersebut hanya menampakkan
separuh badannya tetapi tidak menampakkan ketidakkakuandalam potret tersebut

Membuat Apresiasi Dan Kritikan Karya Seni Sebelum Dan Selepas Merdeka.

33
[Type text]

Apresiasi dan kritikan sebelum merdeka.

3.1 Apresiasi pertama:

Tay Hooi Keat


Fishermen Village Oil 1956

Karya ini dihasilkan olej Tay Hooi Keat pada 1956. Karya ini bertajuk Fisherman Village
Oil, dengan menggunakan media cat minyak.Tema dalam karya ini menunjukkan
suasana nelayan-nelayan dikampung yang berusaha mencari rezeki. Dalam karya
tersebut dapat dilihat bahawa pelukis telah mengaplikasikan gaya post-impresionisme.
Gaya pada karya tersebut dapat dilihat pada cara gubahan gaya yang kelihatan seolah-
olah telah dibingkaikan oleh darat. Gaya catan menunjukkan penggunaan warna biru
sangat sinonim dengan kehidupan penangkap ikan dan menimbulkan keindahan
apabila memandang.

Unsur seni dalam karya ini ialah unsur jalinan ,ruang dan warna. Dari segi warna, karya
ini menggunakan warna harmoni sebagai penarik, penggunaan warna harmoni sangat
sinonim dengan karya-karya yang berlatarkan laut dan sungai. Unsur ruang pula ialah
ruang dalam digunakan iaitu daripada warna yang cerah seterusnya beransur gelap.
Jalinan tampak dalam karya ini juga menunjukkan kesan yang mendalam kepada
penonton. Hal benda yang menjadi subjek utama adalah sampan yang dihasilkan
dengan warna garang,

 3.2 Apresiasi kedua :


34
[Type text]

Chuah Thean Teng

Di Tepi Pantai 1952

Karya ini dihasilkan oleh Chuah Thean Teng pada 1952 yang bertajuk Di Tepi Pantai,
Media yang digunakan adalah batik. Aliran dalam karya ini ialah kiubisme.

Tema bagi karya ini ialah pemandangan landskap kehidupan nelayan di pantai laut.
Dalam karya ini prinsip seni reka yang digunakan ialah warna, warna yang digunakan
dalam karya ini ialah menggunakan warna panas bagi menunjukkan kesibukkan
suasana ketika itu.

Warna tersebut juga menunjukkan bahawa waktu telah senja, penggunaan lilin bagi
menampakkan keretakkan adalah betujuan sebagai penarik dalam teknik garisan,
ruang dalam karya ini dapat ditunjukkan pada bahagian hadapan dan bahagian
belakang.

3.3 AprIsiasi ketiga

Peter Haris

Rumah Rakit Sungai Pahang 1995

Karya ini dihasilkan oleh Peter Haris pada tahun 1995 yang merupakan pengasas The
Art Wednesday Group, Karya beliau menenkankan Gaya impresionisme . Tema karya
35
[Type text]

ini ialah landskap pemandangan di tepi sungai. Asas seni reka yang digunakan adalah
penggunaan warna manokromatik kehijauan yang dapat menimbulkan keindahan dan
ketenangan dari arus permodenan yang kian tercemar. Penggunaan warna hijau jelas
menunjukkan keserasian pada alam sekitar,

Ruang yang digunakan adalah ruang dalam dan saiz rumah dan pokok yang dilukis
jelas menunjukkan jarak antara rumah dan pokok adalah jauh. Keindahan catan
diserikan lagi dengan unsur keseimbangan, pokok yang dilukis pada sebelah kanan dan
kiri menyerikan lagi pemandangan, penggunaan warna yang terang di bahagian
hadapan dan gelap dibelakang menunjukkan teknik bayangan yang betul digunakan,
Selain itu jalinan pada daun pokok menampakkan daun pokok sedang bergoyang ditiup
angin.

4.0 Apresiasi dan kritikan seni selepas merdeka

4.1 Apresiasi Pertama

Shahril Bin Awang

Royal Belum 2009

Karya ini dihasilkan artis seni baru tanah air iaitu Shahril Bin Awang pada 2009, Tema
karya ini merupakan keindahan alam semula jadi dan pemandangan alam sekitar.
Karya ini mengunakan cat akrilik sebagai media dan aliran yang dihasilkan ialah aliran
realisme. Penggunaan warna makarotik sangat menarik tumpuan penonton dan seolah-
olah hidup.

Asas seni reka yang diaplikasikan ialah dari segi warna, penggunaan warna hijau
sangat sinonim dengan tema dalam karya ini, warna-warna harmoni yang digunakan
berjaya menampakkan bentuk-bentuk daun dan ranting-ranting pada pokok. Ruang

36
[Type text]

yang dihasilkan ialah ruang ilusi iaitu ruang dalam, penggunaan warna gelap pada
penghujung pokok berjaya menampakkan jarak dan laluan dikawasan tersebut, unsur
jalinan pada pokok berjaya menunjukkan dahan-dahan pokok tersebut ditumbuhi
parasite-parasit kecil.

4.2 Apresiasi Kedua

Ismail Mustam

Hang Tuah Dan Hang Jebat (1961)

Karya ini dihasilkan oleh Ismail Mustam pada 1961 yang bertajuk Hang Tuah dan Hang
Jebat. Media yang digunakan dalam catan ini ialah cat minyak. Dalam karya tersebut
aliran yang digunakan ialah impressionisme, gaya dalam karya ini ialah berbentuk
figura yang disusun mengikut sudut pandangan yang menimbulkan suasana
pertempuran hebat dan sengit, suram dan garang. Calitan warna putih di sekeliling
figura menimbulkan kesan pergerakan.

Tema karya ini ialah mengenai semangat patriotik Pahlawan Melayu iaitu diantara Hang
Tuah dan Hang Jebat. Teknik yang digunakan ialah teknik campuran warna, warna-
warna yang dicampurkan menghasilkan lukisan yang bermutu dan tampak hidup.

37
[Type text]

Pertarungan antara Tuah dan Jebat Nampak hidup dengan adanya garisan melintang
dan melengkung di sekeliling figura tersebut..

Warna-warna panas digunakan untuk menonjolkan ketegangan dalam lukisan, setiap


sudut menampakkan ruang cetek antara figura.

4.3 Apresiasi Ketiga


Mohd Sallehuddin

Membeli Belah (1958)

Karya ini dihasilkan oleh Mohd Sallehuddin yang bertajuk Membeli Belah pada tahun
1958. Catan ini bertemakan masyarakat yang digambarkan dalam sosio-ekonomi
masyarakat pada masa itu. Lima karekter dalam lukisan jelas menunjukkan bahawa
terdapat pelbagai kaum masyarakat di Malaysia.

Catan ini menggunakan cat minyak dan aliran yang digunakan ialah realisme. Unsur
seni yang jelas digunakan ialah ruang, ruang yang luas dapat ditunjukkan melalui
perspektif.

Pada bahagian belakang kelihatan sebuah rumah yang agak jauh daripada kedai
ditunjukkan dengan melukis dengan saiz yang kecil dan kedudukan figura berbangsa
india menunjukkan dia sedang bejalan menghala ke kawasan kedai tersebut. Garisan

38
[Type text]

melintang digunakan untuk menghasilkan keharmonian. Warna penyejuk banyak


digunakan dalam gambar ini agar dapat menampakkan keindahan dalam lukisan ini.

Karya Abdullah Ariff bertajuk ‘Coconut Plantation - Dawn’ menggunakan media cat air
yang menggambarkan aktiviti di sebuah dusun kelapa.. Dalamcatan ini, kelihatan
pokok-pokok kelapa , binatang peliharaan seperti kambing, beruk, figura manusia, dan
beberapa buah rumah Melayu.
Secara analisisnya, unsur seni yang ketara dapat dilihat dalam catan iniialahgarisan
dan jalinan melalui lukisan pokok kelapa serta rumpun semak-samun.Selain daripada
itu, bentuk ditonjolkan pada pokok kelapa , figura danrumah.Catan ini juga menekankan
unsur ruang dan warna.Ruang dalam catan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu ruang
depan, ruangtengah dan ruang belakang. Ruang Dalam juga diperjelaskan
melalui aplikasi perspektif warna di mana warna objek-objek di bahagian depan lebih
jelas danterang; tetapi beransur kabur di bahagian belakang catan.Aplikasi ruang dalam
dan perspektif warna menimbulkan suasanaketenangan dan hening dalam catan.
Penggunaan unsur seni yang berulang-ulang dalam catan seperti bentuk , warna dan
jalinan pokok kelapamenimbulkan kesan harmoni dan kesatuan dalam catan.Secara
keseluruhannya, pelukis berjaya menyampaikan suasana tenangdan mendamaikan di
kampong

39
[Type text]

Tajuk : Gadis Penumbuk Padi


Tahun : 1959
Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas

Karya Hossein Enas yang bertajuk ‘Gadis Penumbuk Padi” di atas memberi gambaran
wanita atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di
kampung.Gambaran wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jati diri
yang ada pada seorang isteri atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi
menyara keluarga dalam masyarakat setempat.

Lukisan ini juga pada saya, menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak
gadis melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara
kehidupan. Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat
yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan
aturan kehidupan masyarakat dan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam
menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan. Warna
tanah yang dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau
seorang yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu
suasana tradisi yang dapat kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan
tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan gelap terang garisan menampakkan
kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana
hasil karya ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam
masyarakat melayu yang mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi
jalinan pula,dalam karya ini lebihmenjurus kepada jalinan tampak pada catan yang
dihasilkan.
40
[Type text]

Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton
warna yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan
baik sekali dan begitu neutral dan semulajadi.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan
warna yang dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan
santai.

Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat
warna yang agak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak
gelap untuk menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang
dihasilkan lebih menarik.

ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI CATAN DI BARAT.

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk menggambarkan
kisah-kisah keagamaan.
a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel
b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik,
Naturalisme 
c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting
d. Abad ke-18. Aliran Romantisme
e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni
Nouveau 
f. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,
Surelesme, Abstrak Ekspresionisme
g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni
Konseptual, Seni Land.

CIRI-CIRI DAN KARYA

Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni
sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan
permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah
geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.
41
[Type text]

Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan
keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam.
Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang
dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang
kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna
tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna
bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian warna/cahaya serta
watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya pagi, petang, malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang
dilukis.

Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan
tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum pembalikan
cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri.

Seni Baraque dan Rococo: Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi.
Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan
kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap. Karya
tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme: Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap


media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme: Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik. Pergerakan


yang dinamik.

Surealisme: Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah
sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak
logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan
pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa
kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah
medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga
merupakan penciptaan’.

Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi
kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal
42
[Type text]

juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop ialah ialah
warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New Realist
merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan
teknologi.

Teori Apresiasi Edmund Burke Feldman (PSV 3110)


Pengenalan
Menurut Edmund Burke Feldman 1994, kita mesti mengelak dari konflik sewaktu
membuat kritikan. Antaranya, elakkan membuat kritikan pada kerja-kerja sendiri atau
rakan yang terdekat atau sahabat karib. Ini tidaklah bermaksud kritikan tidak boleh
dilakukan kepada seseorang artis atau kawan sesama artis. Yang sepatutnya
merapatkan perhubungan di mana dapat melahirkan kritikan yang adil dan saksama.

Selain itu Edmund menghuraikan bahawa pengkritik tidak boleh menggunakan


komen yang boleh merosakkan reputasi seseorang atau sesuatu kumpulan. Semua
hasil karya seni boleh menjadi senjata kepada seseorang atau kumpulan tertentu untuk
melemahkan semangat kumpulan lain yang merupakan suatu tindakan yang kurang
sihat.

 terdapat 4 langkah dalam proses kritikan seni iaitu :

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman

Berdasarakan terori pengalaman pelbagai Dr Edmund Feldman , terdapat 4 langakah


dalam proses kritikan seni iaitu :

1   1)    Deskripsi
Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata
tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat  Gambaran berdasarkan apa yang
dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam
erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.
       
            Penekanan diberikan kepada asas seni reka

         Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya
seni    tampak
          
        Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas
         Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsure-unsur seni
dinilai      dengan mendalam
          
43
[Type text]

        Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.
         Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistic, suruelistik dan lain-lain.

2   2)    Analisis
Maksud :
penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui
pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam

Ciri-ciri:
         Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,
         Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsio seni
digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna
serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam
sesebuah karya.
         Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna
         Kesesuaian objek dalam objek
         Kontra dan imej

3  3)    Interpretasi
Maksud : tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi
sesuatu perkara.

      Ciri-ciri :
         Mengkaji kualiti ekspresif seniman
         Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya
         Merujuk kepada penyataan perasaan
         Melibatkan mood dan idea dalaman
         Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

4   4)    Pertimbangan

Maksud : renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai
dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.

   Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap


sesuatu karya.
  Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-
bukti kajian yang lengkap dan terperinci.
 Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi
   Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.

44
[Type text]

 Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan


  Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.

  Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya


sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara,

5.0 Bahagian B : Membuat perbandingan antara dua kumpulan atau persatuan dalam
memberi sumbangan terhadap perkembangan seni visual tanah air.

5.1 Sejarah The Arts Council Penang And Province Wellesley

The Arts Council of Penang and Province merupakan pertubuhan seni yang bergiat aktif
di Plau Pinang. Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 31 Desimber 1954 dibawah
ordinan persatuan tahun 1949. Ahli jawatankuasa terdiri daripada J.P Souter, James
Mandy dan Tay Hooi Keat. Penglibatan pelbagai kaum dilaksanakan dalam pertubuhan
ini, undang-undang dan peraturan bertulis yang lengkap. Bagi mengalak dan membina
pengetahuan yang mendalam mereka melaksanakan :

i) Meningkatkan kesedaran kesenian kepada masyarakat umum.

ii) Memperbaiki kualiti rancangan kesenian.

iii) Menasihat dan bekerjasama dengan jabatan kerajaan, badan kuasa tempatan

iv) Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk


menjayakan objektif tersebut.

v) Melakukan pekara pekara yang tidak bercanggah dengan cita-cita dan hasrat objektif
tersebut.

Persatuan ini juga medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu
usaha untuk menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar. Tujuan
persatuan adalah untuk menarik ramai ahli pada masa akan datang dan menawarkan
keistimewaan kepada setiap ahli.

5.2 Wednesday Art Group

45
[Type text]

Penglibatan guru-guru dalam pertubuhan seni di Pulau Pianang telah diakui


menyemarakkan lagi kesedaran visual di utara tanah air. Dalam hal ini Kuala Lumpur
juga tidak ketinggalan melibatkan kaum kaum pendidik seni dan golongan yang lain
bergiat dibawah satu bumbung persatuan yang dikenali sebagai Wednesday Art Group.
Peter Haris merupakan selaku penyelia Seni Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dan
menubuhkannya pada 1952.

Penang Teachers’ Art Circle dan Wednesday yang muncul pada tahun yang sama
mempunyai banyak persamaan.

Peter Haris telah membawa konsep baru dalam seni visual tanah air yang menekankan
konsep penyataan kendiri dalam berkarya , Karya kebanyakkan nya dihasilkan dengan
teknik gouche.

Pertubuhan tersebut bukan sahaja menjadi pertubuhan seni yang mengemukakan


pelbagai golongan yang ingin mengendalikan aktiviti rakreasi seperti berkelah dan
aktiviti luar studio.

4. Sumbangan

- medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk
menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar.
- Mengadakan dan menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk
menjayakan objektif tersebut.
- Meningkatkan mutu pembelajaran seni disekolah
- Merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada hari ini

5.4 Penulisan lmiah

Terdapat banyak penubuhan kumpulan seni di Malaysia antaranya ialah The Arts
Council Penang And Province Wellesley dan The Wednesday Art Group. Perbandingan
antara The Arts Council Penang And Province Wellesley (TACPAPW) dan The
Wednesday Art Group (TWAG) ialah penubuhnya J.P Souter sebagai presiden dan bagi
penubuhan The Wednesday Art Group ialah Peter Haris. Post impressionisme
merupakan aliran bagi TACPAPW, manakala impresionisme bagi TWAG.

46
[Type text]

Teknik yang dikemukakan oleh kumpulan TACPAPW ialah bebas kerana terbuka
kepada pelbagai lapisan masyarakat dalam mengiatkan hasil seni, manakala kumpulan
The Wednesday Art Group menggunakan aliran impressionisme dalam setiap karya
yang dihasilkan. Terdapat banyak sumbangan bagi kumpulan TACPAPW iaitu bagi
medekatkan diri dengan golongan yang menjadi pelapis sebagai satu usaha untuk
menyiapkan diri kanak-kanak kepada dunia yang lebih mencabar dan mengadakan
serta menguruskan tabung sumbangan tabung sumbangan untuk menjayakan objektif
yang dicapai, manakala The Wednesday Art Group pula ialah bagi Meningkatkan mutu
pembelajaran seni disekolah dan merupakan pembimbing seni lukis di Malaysia pada
hari ini.

47

You might also like