Makna Denotatif Dan Konotatif Dalam Simpulan Bahasa

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Makna Denotatif dan Konotatif dalam Simpulan Bahasa

Dalam bidang linguistik, semantik merupakan bidang yang mengkaji makna atau erti
dalam bidang bahasa. Semantik atau kajian makna adalah sesuatu bidang yang luas iaitu
mencakupi kebanyakan daripada struktur bidang yang luas iaitu mencakupi kebanyakan
daripada struktur dan fungsi bahasa serta masalah dalam bidang psikologi, falsafah dan juga
antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu itu sendiri. Antaranya ialah
makna konseptual, makna konotatif, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, makna
stilistik dan juga makna tematik. Semantik boleh ditafsirkan sebagai bidang kajian makna
istilah. Perkataan semantik ini berasal daripada perkataan Greek iaitu semantikos yang
membawa maksud erti yang penting Abdullah Hassan menjelaskan bahawa semantik
merupakan satu istilah yang merujuk kepada bidang kajian makna. Semantik menjadi
sebahagian daripada bidang linguistik berikutan daripada makna yang merupakan sebahagian
daripada bahasa.
Kajian makna kata dalam bahasa melayu menurut sistem penggolongan semantik
merupakan salah satu cabang linguistik yang berfungsi untuk menneliti makna kata, asal-usul
permulaannya perkembangannya dan punca-punca yang mendorong berlakunya perubahan
makna dalam sejarah bahasa. Bidang semantik ini terhad kepada usaha meneliti dan mengkaji
proses transposisi makna kata dalam penggunaan bahasa. Abdul Chaer menjelaskan bahawa
semantik merupakan satu bidang kajian linguistic yang memfokuskan kajiannya terhadap
makna bahasa. Makna bahasa menjadi pelbagai jika ditinjau dari sudut pandangan yang
berbeza. Semantik telah dibahagikan kepada pelbagai jenis oleh pakar-pakar linguistik,
Abdul Chaer misalnya telah membahagikan jenis-jenis makna sebagai makna leksikal,
gramatikal, kontekstual, asiosiatif,kata istilah, idiom serta makna peribahasa. Aspek denotatif
dan konotatif merupakan bidang yang berada di bawah ilmu semantik. Oleh itu, dalam kajian
yang dibuat tentang simpulan bahasa dari segi makna denotatif dan konotatif merupakan
kajian tentang bidang ilmu semantik yang menjurus kepada perkembangan bidang bahasa
Melayu.

Makna Denotatif, Konotatif dan Simpulan Bahasa


Makna Denotatif
Makna denotatif juga disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Makna
denotatif pada dasarnya mempunyai persamaan makna dengan makna referensial. Hal ini
adalah kerana makna denotatif ini lazimnya merujuk kepada penjelasan sebagai makna yyang
sesuai dengan pemerhatian, penglihatan, pendengaran, perasaan atau juga melalui
pengalaman. Malahan makna denotasi menurut Abdullah Hassan ( 1997: 271 ) ialah benda
atau idea yang sebenarnya dirujuk oleh sesuatu perkataan. Ia juga memberi maksud makna
yang disebut di dalam kamus. Tanpa dipengaruhi oleh faktor emosi. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa makna denotasi adalah makna yang bebas daripada sebarang konteks.
Selain itu, Abdullah Yusof di dalam buku semantik dan pragmatiknya mendefinisikan
makna denotatif sebagai makna yang pada dasarnya sama dengan makna rujukan iaitu yang
dijelaskna sebagai makna yang sesuai dengan hasil pemerhatian. Oleh itu, makna denotatif
juga disebut sebagai makna yang sebenar, makna asal dan juga makna mutlak. Pendapat ini
turut disokong oleh Nik Safiah Karim yang telah mengaitkan makna denotatif dengan
penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif dan disebut juga makna sebenar, makna
asal, makna mutlak atau makna dasar. Dengan kata lain makna denotatif ialah makna asli atau
makna sebenarnya yang dimiliki oleh sesuatu kata tersebut.
Denotasi merupakan proses yang timbul akibat daripada denotatif. Denotasi
merupakan perkataan yang mempunyai makna teras atau makna asas dalam sistem bahasa
yang bebas daripada konteks. Maksudnya, perkataan tersebut diterjemahkan mengikut
maksud yang sebenar dan bukannya melalui konteks penggunaan yang dilihat.. kamus dewan
edisi keempat ( 2007: 337) menjelaskan makna denotatif adalah ebrkaitan dengan denotasi
iaitu makna eksplisit sesuatu perkataan.
Umpamanya simpulan bahasa kaki bangku bermakna denotatif yang bermaksud kaki
kerusk bergerak. Makna inti perkataan kaki ialah anggota badan manusia atau binatang
digunakan untuk bergerak. Namun apabila berlaku perluasan makna perkataan kaki seperti
kaki langit, kaki bukit, kaki kain dan lain-lain lagi maka masih mendapati bahawa makna
denotasi masih lagi wujud
kaki bukit= bermakna bahagian bawah bukit

kaki langit= bermakna bahagian bawah lagit yang bertembung dengan bumi
kaki kain=bahagian hujung kain.

Makna Konotatif
Nik Safiah karim ( 2004 ) mendefinisikan makna konotatif sebagai makna yang ada
kaitannya dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif. Menurutnya lagi, sekiranya nilai
rasa itu tidak wujud maka sifat perkataan itu mungkin tidak memihak kepada mana-mana
aspek. Contohnya perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang
sama tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan
perempuan mempunyai nilai rasa rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa
tinggi. Konotasi merupakan makna lain daripada asalnya yang sering digunakan untuk
memberi makna kepada hasil karya kreatif memerlukan makdsud tersirat agar daya pemikiran
pendengar ataupun pembaca bebas memberi tafsiran terhadap maksud yang ingin
disampaikan oleh penyair.
Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktorfaktor tertentu. Perkataan khalwat contohnya membawa maksud mendekati Allah, duduk
bersendirian iaitu perbuatan mengasingkan diri atau memencilkan diri kerana menenangkan
fikiran, bertafakur pada asalnya kini telah berubah maksud menjadi perbuatan pengasingan
diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau bersembunyi antara lelaki dan perempuan
yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga boleh dianggap sebagai sesuatu
perbuatan yang sumbang. Makna konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu
makna konotatif yang tidak spesifik kepada aspek bahasa tetapi dikongsi bersam sistem
komunikatif seperti seni visual dan muzik. Contohnya barangan atau produk yang diiklankan
di televisyen tidak sama dengan barang yang diilustrasikan.
Makna konotatif yang kedua ialah yang bersifat peripheral iaitu tidak stabil, bervariasi
menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Individu yang terpelajar atau orang
yang menimba ilmu dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat
sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza. Makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat
arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar tepat dan sesuai pada
masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkataan

kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil sedikit
kuih-muih sahaja iaitu kudap=kudap sahaja dan sekadar mengalas perut.
S Nathesan ( 2001 ) menyatakan bahawa makna konotasi adalah tidak tepat dan sentiasa
berubah-ubah mengikut konteks peggunaan kata dan sosiobudaya dalam sesebuah
masyarakat pengguna. Selain itu, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ) menyatakan
bahawa makna konotatif tadi yang berkait rapat dengan nilai rasa dari orang atau kelompok
manusia yang menggunakan kata tersebut. Makna konotatif terbahagi kepada dua iaitu;
i)

Konotasi positif-merupakan kata yang memiliki makna yang dirasakan lebih

ii)

baik dan sopan


konotasi negatif-merupakan kata yang bermakna kasar atau tidak sopan.

Contoh konotasi dalam simpulan bahasa seperti kaki bangku yang membawa
maksud seseorang yang tidak pandai bermain bola sepak. Contoh ayat ialah Zulkifli
merupakan seorang kaki bangku kerana dia tidak pandai bermain bola sepak.

Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan seni keindahan bahasa dan khazanah turun temurun yang
terdapat dalam bahasa Melayu. Simpulan bahasa juga merupakan salah satu cabang
peribahasa yang amat luas penggunaannya dan amat diminati oleh masyarakat melayu.
Namun terdapat perbezaan pendapat antara pengkaji-pengkaji bahasa mengenai klasifikasi
simpulan bahasa. Sesetengah pengkaji berpendapat bahawa simpulan bahasa hendaklah
diasingkan daripada peribahasa da nada juga sesetengah pengkaji yang memasukkan
simpulan bahasa sebagai salah satu cabang yang tergolong dalam peribahasa. Perbezaan
pendapat ini sehingga hari ini belum ditetapkan kebenarannya.
Mohd Norizam Jaminan ( 2012 : vii ) menjelaskan bahawa simpulan bahasa adalah
kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang
membawa maksud tertent. Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan
mempunyai maksud yang khusus. Maksud simpulan bahasa bukan terdapat daripada apa yang
tersirat atau tersembunyi dan bukan sebaliknya. Secara umumnya, erti simpulan bahasa
berlainan daripada perkataan yang digunakan. Menurut Ainon Mohd. & Abdullah Hassan
( 2008: vi ) dan Kamus peribahasa lengkap utusan, simpulan bahasa merupakan ungkapan

yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga makna asal perkataan-perkataan tersebut. Sebagai
contohnya, buka mulut, jalan tengah, langkah kanan dan sebagainya.
Menurut Mohd Tajuddin Hj Abd Rahman ( 2006 : vi ) istilah simpulan bahasa
merujuk kepada kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan
tertentu yang membawa maksud tertentu. Pengarang menjelaskan bahawa simpulan bahasa
mengandungi makna yang tersirat atau tersembunyi berdasarkan susunan yang telah dibuat.
Makna yang tersirat atau tersembunyi itu kadangkala mempunyai makna dua lapis di mana
tidak semua orang mampu untuk memahaminya dengan lengkap dalam konteks penggunaan
simpulan bahasa tersebut. Secara ringkasnya, simpulan bahasa mempunyai makna yang
berbeza daripada maksud asal. Beliau juga membahagikan simpulan bahasa kepada dua jenis
iaitu simpulan bahasa yang mempunyai dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan
tetapi mempunyai makna yang sama.
Analisis makna simpulan bahasa dari aspek denotatif dan konotatif
Dalam bahasa melayu terdapat pelbagai simpulan bahasa yang kaya dengan unsurunsur nasihat dan mempunyai makna yang pelbagai. Oleh itu rujukan telah dilakukan
terhadap kamus simpulan bahasa dan kamus peribahasa untuk mengenal pasti simpulan
bahasa yang mempunyai makna denotative dan makna konotatif yang memperlihatkan
keunikan simpulan bahasa tersebut. contoh-contoh simpulan bahasa di bawah merupakan
peribahasa yang mempunyai manka denotatif dan konotatif.;
1) Lipas kudung
Makna Denotatif : Lipas yang tidak ada kaki.
Makna Konotatif : cepat membuat kerja
Contoh ayat : Pok lah ibarat lipas kudung dalam menyiapkan kerja yang tertangguh
lamanya.
2) Tangkai jering
Makna denotatif : tangkai yang terdapat pada buah jering.
Makna Konotatif : orang yang kedekut
Contoh ayat : Sikap tangkai jering Pak Abu menyebabkan beliau tidak mempunyai
kawan.
3) Banyak Akal
Makna denotatif : Akal yang ada banyak
Makna Konotatif : Banyak helah
Contoh Ayat : Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.

4) Banyak mulut
Makna Denotatif : mulut yang ada banyak
Makna Konotatif : Orang yang suka berleter.
Contoh ayat : Halijah banyak mulut sehingga pening kepala saya mendengarnya.
5) Batu api
Makna denotatif : batu yang panas ada api
Makna Konotatif : Orang yang suka menghasut.
Contoh ayat : Akibat daripada sikap aminah yang menjadi batu api dalam hubungan
amir dan siti menyebabkan hubungan mereka beretakan.
6) Rabun Ayam
Makna denotatif : Seekor ayam berkaki dua yang kabur penglihatan
Makna konotatif : mata yang rabun menjelang senja
Contoh ayat : Ali tidak boleh memandu kereta pada waktu malam kerana dia
mempunya rabun ayam.
7) Buta Huruf
Makna Denotatif : tidak Nampak huruf a,b,c
Makna Konotatif : Tidak tahu membaca
Contoh ayat : Ali mengalami masalah buta huruf dalam kelas.
8) Buruk siku
Makna denotatif : siku yang luka atau cedera menjadi buruk
Makna konotatif : Meminta barang yang telah diberikan
Contoh Ayat : Amir buruk siku kerana meminta semula pen yang diberikan kepada
Abu.

9) Buaya Darat
Makna denotatif : buaya yang tinggal di atas darat
Makna Konotatif : Orang yang suka mempermainkan perempuan
Contoh Ayat : Perangai Pak Ya seperti buaya darat kerana sering bertukar-tukar
kekasih.
10) Besar kepala
Makna Denotatif : kepala yang besar
Makna Konotatif ; Tidak mahu mendengar nasihat, degil
Contoh ayat : Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.
11) Buta warna
Makna denotatif : tidak Nampak warna
Makna Konotatif : Tidak dapat membezakan warna
Contoh ayat : Satu daripada syarat untuk menjadi seorang pegawai polis ialah tidak
boleh mempunyai masalah buta warna.
12) Busuk hati

Makna denotatif : hati yang busuk


Makna Konotatif : Orang yang berhati jahat.
Contoh ayat : Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.
13) Mati Katak
Makna Denotatif : seekor katak yang mati
Makna Konotatif : Mati sia-sia
Contoh ayat : Mat rempit yang mati terlanggar tiang lampu itu ibarat mati katak.
14) Buah tangan
Makna Denotatif: buah yang dibawa dengan tangan
Makna Konotatif : Hadiah
Contoh ayat : Kami membawa buah tangan semasa melawat zaini di Hospital.
15) Bawa Mulut
Makna denotatif : Perbuatan membawa mulut
Makna Konotatif : Bercerita tentang keburukan orang lain
Contoh Ayat : Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.
16) Berat Lidah
Makna denotatif : Lidah yang berat
Makna Konotatif : Tidak dapat berkata-kata
Contoh Ayat : Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.
17) Cakar Ayam
Makna Denotatif : perbuatan Ayam yang sedang cakar di tanah
Makna Konotatif : tulisan yang buruk
Contoh Ayat : Tulisaan kejol seperti cakar ayam sehinnga tidak mampu dibaca oleh
gurunya.
18) Pekak bedak
Makna Denotatif : badak yang tidak dengar
Makna Konotatif : Kurang jelas pendengaran
Contoh ayat : kejol mempunyai masalah pekak badak apabila bercakap dengannya.
19) Telinga lintah
Makna Denotatif : telinga seekor lintah
Makna Konotatif : tajam pendengaran
Contoh ayat : Ijat mempunyai pendengaran yang tajam seperti telinga lintah.
20) otak udang
Makna denotatif : otak seekor udang
Makna Konotatif : bebal atau bodoh
Contoh ayat : Guru memarahi ali yang otak udang sehingga tidak mampu nak
mengeja perkataan ayam.

21) Kaki ayam


Makna denotatif : kaki kepada seekor ayam
Makna Konotatif ; tidak berkasut
Contoh ayat : Ali berkaki ayam ketika bermain bola.
22) Kaki bangku
Makna denotatif : kaki kepada sebuah bangku
Makna Konotatif : tidak pandai bermain bola
Contoh ayat : Husin digelar kaki bangku oleh kawan-kawannya kerana tidak pandai
bermain bola.
23) kepala batu
Makna denotatif : kepala yang keras seperti batu
Makna Konotatif : degil dan tidak mendengar nasihat
Contoh ayat : Sikap kepala batu Syakira menyebabkan beliau dimarahi ayahnya.
24) lintah darat
Makna denotatif : seekor binatang penghisap darah di atas darat
Makna Konotatif : ambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan.
Contoh ayat : Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam duit dari
lintah darat
25) Makan angin
Makna denotatif : perbuatan memakan angin masuk dalam perut.
Makna konotatif : bersiar-siar untuk berehat.
Contoh ayat : Pada hujung minggu ayah membawa kami sekeluarga jalan-jalan makan
angin di kawasan pantai.
26) durian runtuh
Makna denotatif : durian yang telah masak jatuh ke bawah
Makna Konotatif : keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka.
Contoh ayat : Perniagaan Pak Samada hari ini ibarat durian runtuh apabila mendapat
keuntungan yang berkali ganda tidak seperti sebelumnya.
27) Mulut murai
Makna denotatif : mulut burung murai
Makna kontatif : suka bercakap dan berbuat bising
Contoh ayat : Murni dikenali sebagai mulut murai sebab banyak bercakap dalam
kelas.
28) Mulut tempayan
Makna denotatif : mulut sebuah tempayan yang terbuka
Makna Konotatif : tidak dapat menyimpan rahsia
Contoh ayat : Perbuatan Aminah yang mulut tempayan menyebabkan segala rahsia
rakannya terbongkar.
29) muka tembok
Makna denotatif : muka yang ada pendinding

Makna konotatif : tidak berasa malu.


Contoh ayat : Halim seorang yang muka tembok
30) pisau cukur
Makna denotatif : pisau yang tajam digunakan untuk mencukur
Makna konotatif : perempuan yang suka habiskan harta lelaki
Contoh ayat : Disebabkan sikap ayu yang suka menggoda lelaki yang kaya
menyebabkan dia digelar sebagai pisau cukur.
31) Mandi kerbau
Makna denotatif : perbuatan kerbau yang mandi
Makna Konotatif : Mandi yang tidak bersih
Contoh ayat :Semasa mengikuti kursus pengakap, peserta terpaksa mandi kerbau
kerana kekurangan air
32) Mati akal
Makna denotatif : sudah tiada lagi akal
Makna konotatif : buntu fikiran
Contoh ayat : Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah
rumah tangga yang sedang dihadapinya.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada analisis dalam kajian tentang makna simpulan bahasa dari aspek
makna denotatif dan konotif menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang boleh dilihat
antara kedua-dua aspek tersebut iaitu makna denotatif ini lebih bersifat positif dan
memperlihatkan ciri sebenar perkataan tersebut seperti mulut murai-anggota badan murai.
Manakala makna konotatif pula, kadangkala mempunyai sifat negatif dan tidak
memperlihatkan ciri yang sebenar perkataan tersebut seperti mulut murai-mempunyai
maksud tersirat di sebaliknya . .

Bibliografi :

You might also like