PRAGMATIK

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PRAGMATIK

KONSEP
CIRI
ASPEK

CONTOH

PENGENALAN PRAGMATIK
Pragmatik diperkenalkan oleh seorang filosofi yang

bernama Charless Morris tahun 1938.


Morris ketika membicarakan bentuk umum ilmu tanda
(semiotic) telah menjelaskan dalam (Levinson, 1983:1)
bahawa semiotik memiliki tiga bidang kajian, iaitu
sintaksis (syintax), semantik (semantics), dan
pragmatik (pragmatics).
Sintaksis merupakan kajian linguistik yang mengkaji
hubungan formal antara tanda. Semantik ialah kajian
linguistik tentang hubungan tanda dengan penutur
yang menginterpretasikan tanda tersebut.
Pragmatik adalah subbidang linguistik yang mengkaji
cara konteks menyumbang kepada makna.

DEFINISI PRAGMATIK
Kamus Dewan Edisi ke-4 :
cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang
makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa
dalam situasi tertentu.
(mempunyai sifat atau pendirian yang) lebih mementingkan
(mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciriciri teori dsb, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan
keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan
timbul: walau bagaimanapun, pelaksanaannya harus bersifat
~ supaya tidak menimbulkan kesusahan di kalangan rakyat.

Yule (1996) mengemukakan 4 definisi pragmatik :

Bidang yang mengkaji makna pembicara


2. Bidang yang mengkaji makna menurut
konteksnya
3. Bidang yang melebihi kajian makna yang
diujarkan, mengkaji makna sesuatu komunikasi
4. Bidang yang mengkaji bentuk ekspresi menurut
jarak sosial yang membatasi partisipan yang
terlibat dalam percakapan tertentu.
Raminah Haji Sabran et al, 2013:79
Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam
konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun
penggunaan bahasa dalam hubungan sebenar.
1.

Thomas (1995) menyatakan 2 kecenderungan

dalam pragmatik :
1. Menghubungkan pragmatik dengan makna
penutur (speaker meaning)
2. Menghubungkan pragmatik dengan
interpretasi ujaran (utteranceinterpretation)
Thomas (1995) mengandaikan bahawa pemaknaan
merupakan proses dinamis yang melibatkan tolak
ansur antara penutur dengan pendengar serta
antara konteks ujaran (fizikal, sosial dan
linguistik) dan makna ujaran.
Beliau mengandaikan pragmatik sebagai bidang
yang mengkaji makna dalam interaksi (meaning in
interaction)

Leech (1983: 6 )
Pragmatik sebagai bidang kajian dalam

linguistik yang mempunyai kaitan dengan


semantik.
Keterkaitan ini disebut semantisisme, iaitu
melihat pragmatik sebagai bahagian dari
semantik; manakala pragmatisisme, iaitu
melihat semantik sebagai bahagian dari
pragmatik; dan komplementarisme, atau melihat
semantik dan pragmatik sebagai dua bidang
yang saling melengkapi.

Levinson (1983)
Pragmatik - kajian bahasa yang bereferensi atau

berhubungan dengan faktor dan aspek-aspek


kontekstual.
Levinson (1983:21-24) menjelaskan dua pengertian
pragmatik.
1.

Pertama, Pragmatics is the study of the relation between


language and context that are basic to an account of language
understanding.

Pengertian ini menunjukkan bahawa untuk memahami


makna bahasa seorang penutur, pendengar perlu
mengetahui makna kata dan hubungan gramatikal
antara kata tersebut juga menghubungkan apa yang
dikatakan dengan apa yang diandaikan atau apa-apa
yang telah dikatakan sebelumnya.

2. Kedua, Pragmatics is the study of the ability of


language users to pair sentences with the
contexts in which they would be appropriate.
Pengertian kedua ini lebih menekankan pada
pentingnya kesesuaian antara kalimat-kalimat yang
diujarkan oleh pengguna bahasa dengan konteks
tuturannya.

Ringkasnya pragmatik ialah


Pragmatik ialah bidang ilmu linguistik yang

menjalankan kajian tentang makna ungkapan yang


ingin disampaikan oleh ahli sesuatu masyarakat
dalam aktiviti perhubungan mereka.
Kajian tentang cara pengungkapan (baik secara
literal atau kiasan) digunakan dalam perbuatanperbuatan komunikasi.
Kajian hubungan antara simbol atau perkataan
dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang
sebagai reaksi kepada perkataan-perkataan yang
ditujukan kepadanya.

CIRI PRAGMATIK
Pragmatik seperti juga semantik mengkaji makna

ujaran berdasarkan penggunaan bahasa sesuatu


masyarakat.
Kajian pragmatik lebih luas daripada kajian
semantik.
Selain sumber linguistik, kajian pragmatik
melibatkan sumber falsafah bahasa,
sosiolinguistik, dan antropologi.

ASPEK KAJIAN PRAGMATIK


Kajian pragmatik bahasa Melayu mengkaji bahasa

dalam konteks budaya Melayu.


Bahasa dalam konteks budaya Melayu ialah bahasa
yang digunakan dalam masyarakat Melayu untuk
menyampaikan maksudnya untuk sesama ahli
masyarakat.
Kajian pragmatik dalam budaya Melayu meliputi
hal-hal yang berikut:

Peribahasa
Ragam bahasa
Bahasa santun

Konsep pragmatik akan mudah difahami merujuk kepada tafsiran dan analisis
dialog yang berikut.

Mei! Ada telefon hello Mei ! Kata syahid agak susah mahu mendengar
suara di hujung sanaaku ingin mendengar suara mukata syahid lagidia
tersentap dia pun suka dengannya.
Dari segi makna struktur, perkataan ingin bermaksud berkehendakkan
sesuatu. Iaitu syahid terlalu berharap untuk mendengar suara Mei menerusi
telefon.
Dari segi konteks, ayat penyata Dia juga ingin menyimpan hasrat untuk
bertemu dengan Mei dan ingin mencurahkan segala isinya hatinya kepada Mei.
Di sebalik ungkapan tersebut, syahid sebenarnya mempunyai niat untuk
menghilangkan rasa rindu dan kesunyian. Walaupun tidak bersua muka , suara
Mei berupaya untuk mencetuskan perasaan gembira buat syahid.
Dari sudut lain, tujuan syahid untuk mendengar suara Mei adalah untuk
mengetahui kedudukan dirinya dalam hati Mei.
Demikianlah, cara makna dikenal pasti menerusi pendekatan pragmatik.
Sesuatu ungkapan dinilai maknanya berdasarkan konteks dan rasionalnya.
Sesuatu ungkapan pasti mempunyai niat yang khusus dan sebenar ungkapan
tidak dapat dinilai dari sudut struktur semata-mata. Di sinilah disiplin
pragmatik diaplikasikan.

RUMUSAN
Semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu

yang dipelajari dalam kajian linguistik.


Dalam semantik kita mengklasifikasi makna, hubungan
makna, perubahan makna, analisis makna, dan makna
pemakaian bahasa.
Dalam pragmatik kita mengkaji interaksi dan sopan santun,
implikatur percakapan, pertuturan, referensi dan inferensi
serta deiksis.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa semantik
adalah subdisiplin linguistik yang membicarakan makna iaitu
makna kata dan makna kalimat.
Pragmatik pula berhubungan dengan pemahaman kita
terhadap hal-hal di luar bahasa. Akan tetapi, hal-hal yang
dibicarakan di dalam pragmatik sangat erat kaitannya
dengan hal-hal di dalam bahasa.

Pragmatik adalah kajian yang menelaah makna


ujaran dalam situasi/konteks sosial.
Semantik adalah kajian yang menelaah makna
kata.
Perbezaan pragmatik dan semantik:
1. Pragmatik menelaah kata secara eksternal,
sedangkan semantik menelaah makna kata
secara internal.
2. Pragmatik terikat dengan konteks, sedangkan
semantik bebas konteks.
3. Pragmatik menelaah makna yang dimaksudkan
penutur, sedangkan semantik menelaah makna
sesuai dengan ilmu linguistik.

CONTOH
Kalau semantik bertanya Apa makna X?
Maka pragmatik bertanya Apa yang anda
maksudkan dengan X?
Makna di dalam semantik ditentukan oleh
leksikal dan konteks Makna di dalam
pragmatik ditentukan oleh konteks, yakni
siapa yang berbicara, kepada siapa, di mana,
bila, bagaimana, dan apa fungsi ujaran itu.

You might also like