Bahan Folio Internship

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

BIODATA PELAJAR

NAMA

MUHAMAD BIN SMAIL

OPSYEN

BAHASA MELAYU 2 (SR)

NO KAD
PENGENALAN

781201015925

NO H/P

0127595345

NAMA
SEKOLAH

SK TAMAN INDAHPURA 1, 81000 KULAIJAYA

ALAMAT
RUMAH
NAMA
PENILAI
JABATAN/UNI
T

13357, JLN RAJAWALI 8, BANDAR PUTRA


81000 KULAIJAYA, JOHOR DARUL TAKZIM
PN ROHAYA BT A. RAZAK
PENGAJIAN MELAYU

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJELMAKAN NILAI DAN


MENULIS ULASANDALAM KALANGAN MURID-MURID
TAHUN 64IMPIAN

MENGGUNAKAN TEKNIK 3 MENARA


oleh
MUHAMAD BIN SMAIL
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menangani
permasalahan menulis ulasan nilai murni daripada petikan.
Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid
dari Tahun 6 Impian yang memperoleh markah terendah dalam
ujian sebelum intervensi. Data dikumpul melalui ujian sebelum
dan selepas intervensi, pemerhatian dan soal selidik. Hasil
analisis data mendapati bahawa semua peserta kajian
menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian
selepas berbanding sebelum intervensi. Di samping itu, berlaku
perubahan tingkah laku yang positif dalam kalangan peserta
kajian. Mereka menganggap Teknik 3 Menara yang
diperkenalkan mudah diikuti dan sangat membantu dalam
menjelmakan nilai murni dan menulis ulasan nilai murni
daripada petikan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
kaedah yang diperkenalkan sangat berkesan dalam membantu
murid menjelmakan nilai dan menulis ulasan nilai murni
daripada petikan.
1.0 PENGENALAN
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran
bahasa yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa
Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum yang disemak semula
pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003.
Dalam KBSR ini, kemahiran menulis merupakan salah satu
kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid
kerana merupakan kemahiran yang paling kompleks.
Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang
perlu diajar kepada murid-murid sekolah rendah. Menurut
Noorazman Mahat (2009), murid5perlu mahir menulis kerana

hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan


murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang
memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.
Mata pelajaran bahasa Malaysia pula merupakan mata
pelajaran teras di sekolah. Setiap murid perlu menguasai
bahasa Malaysia dengan baik. Ini kerana Bahasa Malaysia
merupakan salah satu mata pelajaran yang diuji dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid-murid perlu
menduduki ujian tersebut dan wajib untuk lulus.

Lantaran itu, pengkaji telah memperkenalkan Teknik 3


Menara dan berusaha untuk melaksanakannya dengan sedaya
upaya dan sebaik mungkin. Teknik yang cuba diperkenalkan ini
diharap mampu untuk merungkai permasalahan dan
membantu guru Bahasa Melayu yang lain dalam mengembang
dan menajamkan kemahiran menulis nilai murni dalam
kalangan murid.

Menurut John Elliott (1995, seperti dinyatakan dalam Lim


Chong Hin, 2001) kajian tindakan yang baik ialah menumpukan
kepada mengubah amalan atau pengajaran agar ianya lebih
konsisten dengan nilai-nilai pendidikan yang ingin dicapai.
Selain itu juga, kajian tindakan itu haruslah mengumpul
maklumat, bukti dan data mengenai sejauh mana amalan atau
pengajaran yang sesuai dengan nilai-nilai pendidikan yang
ingin dicapai.

Selain itu juga, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia.
Sistem pendidikan negara sebenarnya telah menganjakkan diri
pada kedudukan hadapan dengan menjelaskan prinsip dan nilai
asas yang membentuk sistem pendidikan Malaysia secara
ansur maju dari peringkat sekolah ke peringkat yang lebih
tinggi seperti di menara gading.

2.0

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji ialah membantu murid-murid tahun


enam mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran
menjelmakan nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang
tersurat daripada petikan yang diberikan. Sewaktu pengkaji
menyemak jawapan dalam buku latihan menulis ulasan yang
diberi kepada murid-murid, pengkaji mendapati 50 peratus
daripada murid-murid menghadapi masalah untuk mencari dan
menyatukan nilai-nilai murni tersebut.

Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni


tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai
dengan menggunakan ayat sendiri. Keprihatinan saya ialah
murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni
tersebut dengan ringkas, tepat dan sesuai serta penulisan
mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu
ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan.
7

Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni


juga seringkali memberikan masalah kepada para guru. Dalam
bahagian C penulisan ini, murid perlu mengesan dan mengulas
nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan.
Pelbagai strategi biasanya digunakan oleh guru untuk
memastikan murid-murid boleh menulis ulasan tersebut
dengan betul. Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah
yang dihadapi oleh murid-murid pengkaji tetapi pengkaji hanya
memfokuskan aspek berkenaan sebagai fokus kajian pengkaji.

Terdapat juga murid yang hanya menyalin semula petikan


yang diberi dan terdapat juga segelintir daripada mereka yang
hanya menulis semula nilai murni yang dijumpai di dalam
petikan dalam bentuk urutan nombor. Namun begitu, yang
pastinya ialah kegagalan murid menulis ulasan nilai murni juga
merupakan kegagalan seorang guru yang mengajar. Jika guru
Bahasa Melayu mengajar menggunakan kaedah yang betul,
pengkaji berpendapat murid-murid tidak akan menghadapi
masalah besar untuk menjawab soalan pada bahagian ini.
Dengan demikian, pengkaji berasa terpanggil untuk
mempertingkatkan kemahiran murid ketika membuat ulasan
nilai-nilai murni agar mereka tidak menghadapi kesukaran pada
bahagian ini dalam UPSR nanti.

Rumusannya, masalah yang pengkaji kenal pasti di sini


ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat atau
menjelmakan nilai daripada pernyataan yang diberi melalui
petikan. Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing
oleh guru. Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian
8

ini pula, murid tidak akan mendapat sebarang markah bagi


setiap nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat menepati
pernyataan yang diberi.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan


kemahiran menulis ulasan nilai murni daripada petikan dalam
subjek Penulisan Bahasa Melayu Kertas 2 bagi murid-murid
Tahun 6 Impian di SK Taman Indahpura 1, Kulaijaya.

3.2 Objektif Khusus


i.

Memastikan sekurang-kurangnya 10 orang murid


Tahun 6 Impian mendapat sekurang-kurangnya
markah 10/20 dalam Bahagian C, Penulisan Bahasa

ii.

Melayu dengan teknik 3 MENARA


Meningkatkan penguasaan dan kemampuan murid
dalam membina lima ayat yang mengaitkan lima nilai

iii.

murni daripada pernyataan isi dalam petikan.


Memudahkan murid tahun 6 di SK Taman Indahpura
1 menjawab bahagian C menggunakan teknik 3
MENARA yang dihasilkan.

3.3 Soalan Kajian


i.

Adakah prestasi murid-murid bagi Kertas Bahasa


9 ditingkatkan dengan Teknik 3
Melayu Penulisan dapat

ii.

MENARA?
Adakah murid menguasai dan mampu membina lima
ayat yang mengandungi lima nilai murni daripada

iii.

pernyataan isi dalam petikan?


Apakah terdapat perubahan tingkah laku yang positif
murid ketika menulis ulasan nilai murni dengan
menggunakan teknik 3 Menara?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 10 orang murid Tahun 6 Impian di


Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1 yang terdiri daripada
murid-murid lemah dalam bahasa Malaysia. Majoriti muridmurid di dalam kelas ini mempunyai tahap pencapaian
akademik yang lemah. Mereka berada di kelas ini kerana gagal
dalam salah satu mata pelajaran teras pada peperiksaan akhir
tahun lalu.

Saya mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke


atas peserta ini adalah berdasarkan hasil keputusan ujian pra
yang dijalankan terhadap murid Tahun 6 Impian. Sepuluh orang
murid yang mendapat markah terendah dalam ujian tersebut
dimasukkan ke dalam kumpulan sasaran.

Kajian ini juga sebenarnya melibatkan 10 orang murid


Tahun 6 Impian. Mereka terdiri daripada lima orang murid
perempuan dan lima orang murid lelaki. 5 orang daripada
mereka adalah datangnya daripada
keluarga yang tahap
1

pendidikan ibu bapanya sederhana dan 5 orang lagi agak


terpelajar. Mereka datang ke sekolah dengan dihantar oleh van
sekolah yang disewa oleh keluarga masing-masing setiap
bulan.

5.0 TINDAKAN
5.1

PROSEDUR TINDAKAN

Kajian ini dilaksanakan mengikut proses dan prosedur


kajian tindakan mengikut model Lewin (1946). Kajian Tindakan
Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali
sebagai Kurt Lewins Action Research Spiral yang menunjukkan
penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran
mengenai perkara yang telah dikaji. Kajian tindakan ini
memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah bermula
daripada merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.
Kitaran ini saling berkaitan dan berterusan.

5.2 PERANCANGAN PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah penting dalam sesuatu kajian


tindakan yang dilaksanakan . Pelbagai data dapat dikumpul
melalui kaedah-kaedah yang tertentu bersesuaian dengan
kajian yang dijalankan. Dalam pelaksanaan kajian ini,
pengumpulan data telah dibuat berdasarkan soal selidik , temu
bual, pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Sepanjang
menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa
1

kaedah pengumpulan data. Berikut merupakan kaedah-kaedah


pengumpulan data yang telah digunakan:
i

Soal selidik

ii

Pemerhatian

iii

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

6.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Pengkaji telah merancang cara menganalisis data yang


akan digunakan dalam kajian tindakan ini bagi memberikan
gambaran awal serta memudahkan data-data yang bakal
diperolehi nanti untuk diproses dengan baik, secara saintifik
dan sistematik. Kaedah yang pengkaji gunakan dan cara
menganalisis data-data adalah seperti di bawah:i) Soal selidik
Bagi data yang telah dianalisis dan dikodkan mengikut
kesesuaian tema akan dimasukkan pula ke dalam jadual
analisis seperti di bawah:-

BIL

SOALAN

YA

TIDA

JUMLA

TIDA

PAST
I

Apakah tahap
penguasaan anda tinggi
1

terhadap kemahiran
menjelmakan nilai

murni?
Adakah anda
mengetahui kesemua 17

nilai murni yang utama?


Adakah Teknik 3 MENARA
3

ini berkesan untuk


menjelmakan nilai?
Adakah Teknik 3 MENARA
mudah digunakan?
Apakah Teknik 3 MENARA
dapat membantu anda

meningkatkan
kemahiran penulisan
ulasan nilai murni ?
Adakah Teknik 3 MENARA
ini boleh meningkatkan
pencapaian anda dalam

Bahasa Melayu Kertas


Penulisan Ujian
Pencapaian
Sekolah Rendah
(UPSR)
6.1

Jadual Soal Selidik

ii) Pemerhatian
Mengkategorikan Data
Cara ini akan digunakan dalam pemerhatian analisis
kandungan dan data-data dalam bentuk kualitatif. Kebanyakan
data yang akan diperolehi adalah dalam bentuk teks yang
banyak dan bertimbun-timbun. Maka data akan dikategorikan
mengikut kehendak dan keperluan persoalan kajian.
Tema-tema dalam bentuk persoalan yang diperolehi
daripada responden dengan tujuan untuk mendapatkan
kekuatan dan frekuansi tema iaitu Teknik 3 MENARA. Analisis ini
1

dapat memberikan gambaran kekuatan dan kelemahan Teknik


3 MENARA ini.
iii)

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Dalam analisis data ini juga, pengkaji akan menganalisis


dapatan ujian pasca menggunakan pendekatan kuantitatif
secara peratus. Ini adalah untuk melihat pencapaian yang
dicapai oleh setiap responden yang terlibat. Seperti ujian
sebelum, soalan selepas intervensi juga meminta murid
membina ulasan nilai murni. Ujian ini sangat penting bagi
mengukur keberkesanan Teknik 3 MENARA dalam
meningkatkan kemahiran murid tahun enam membina ulasan
nilai murni.

Kajian susulan akan dilakukan serta ditentukan melalui


hasil analisis dan keputusan yang diperoleh dari penyelidikan
yang akan dijalankan. Kajian susulan bertujuan untuk
menambahbaik tindakan intervensi yang dijalankan. Kajian
tindakan dijalankan dalam bentuk gelungan ke-2 dengan empat
peringkat dalam penyelidikan tindakan.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU


Tarikh
Masa

:
:

16 April 2015

8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)

Mata Pelajaran :

Bahasa Melayu

Kelas

5 Impian

Bilangan Murid

31 orang

Tema

Keselamatan

Tajuk

Catatan Perkhemahan

Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan

lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1
(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
Fokus Sampingan :
8.1

Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.


Aras 2
(ii). Menyusun perkataan untuk membina ayat tunggal dan ayat

majmuk.
Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
membaca petikan bertajuk `Catatan Perkhemahan dengan
sebutan dan intonasi yang betul serta lancar
menulis ulasan daripada nilai murni yang terdapat dalam petikan
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : ayat tunggal, sebutan dan intonasi.
Kosa kata : perayaan, kebangsaan, meriah, pertunjukan, perarakan.
Pengisian kurikulum :
Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral
Nilai : kesyukuran, kerjasama
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):

1. Kemahiran belajar cara belajar


2. Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, muzik

Pengetahuan sedia ada :


Murid pernah menyertai perkhemahan di sekolah

Bahan Bantu mengajar :


Komputer, LCD, Alat pembesar suara, klip video perkhemahan, petikan,
lembaran kerja,

Langkah
/masa

Isi pelajaran

Set
Paparan
Induksi gambar
(5 minit) perkhemahan

Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran

1) Murid dipaparkan
dengan gambar
perkhemahan
2) Guru menyoal
a) Apakah
murid tentang
yang kamu
gambar yang
telah lihat?
dipaparkan
b) Siapakah
3) Guru mengaitkan
yang terlibat
tayangan gambar
dengan
dengan tajuk
perkhemahan? pelajaran pada hari
ini iaitu:
`Perkhemahan.
Langkah Petikan
1) Guru
1
`Catatan
mengedarkan
(15
Perkhemahan lembaran petikan
Minit)
yang bertajuk
Catatan
Perkhemahan
kepada murid.
Penilaian :
2) Murid membaca
1 petikan
Guru
lembaran

Catatan

BBM:
Komputer riba, LCD

Ilmu :
Pendidikan Sivik dan
kewarganegaraan

Nilai :
Kerjasama

BBM:
Lembaran petikan,
KBT :
Kemahiran belajar cara
belajar- kemahiran
membaca

membetulkan
secara luncuran
sebutan dan
dan senyap.
intonasi pelajar. 3) Murid kumpulan
a, dan b membaca
petikan berkenaan
dengan sebutan
dan intonasi yang
betul dan lancar.
4) Kemudian, guru
mengarahkan
kumpulan c, dan d
membaca petikan
berkenaan dengan
sebutan dan
intonasi yang betul
dan lancar.
8) Guru
membetulkan
sebutan dan
intonasi murid .

Langkah
2
(20
minit)

Soalan
pemahaman
petikan
Catatan
Perkhemahan
Kosa kata:
perayaan,
kebangsaan,
meriah,
pertunjukan,
perarakan

Langkah Ayat tunggal


3

1)Murid-murid dan
guru
membincangkan isiisi penting dan kosa
kata yang terdapat
dalam petikan
dengan pelajar.

BBM:
Lembaran kerja,
buku latihan
KBT:
1. Kecerdasan pelbagai
verbal linguistik

2) Murid
dikehendaki
2. Kemahiran belajar
menjawab lima
cara belajar
soalan pemahaman
kemahiran menulis

1) Guru menerang
1
penggunaan
Teknik

BBM:
Perisian multimedia,

(15
minit)

Ayat majmuk

Penutup 1. Rumusan isi


(5 minit) pelajaran dan
nilai

3 Menara dalam
membina ulasan.
2) Murid mengisi
jadual Teknik 3
Menara
3) Murid menyalin
ulasan
selengkapnya

borang pengurusan
grafik

1)Murid membuat
rumusan isi
pelajaran.
2)Guru
merumuskan nilai
yang dipelajari
pada hari ini.

BBM:
Gambar Perkhemahan

Sistem bahasa:
Tatabahasa:- ayat
tunggal dan majmuk
Nilai :
Kerjasama

KBT:
Kecerdasan pelbagai
verbal linguistik

LAPORAN PROJEK INOVASI

NAMAPELAJAR

MUHAMAD BIN SMAIL

781201015925

PROGRAM

PPG AMBILAN JUN 2011

NAMASEKOLAH

SK TAMAN INDAHPURA 1

NO.KADPENGENALAN

NAMAPROJEK

INOVASI MENJELMAKAN
NILAI MENGGUNAKAN
TEKNIK 3 MENARA

TEMPOH PELAKSANAAN

4 MINGGU

1.

OBJEKTIF
i.

Memastikan murid-murid Tahun 6 Impian mendapat


sekurang-kurangnya markah 10/20 dalam Bahagian

ii.

C, Penulisan Bahasa Melayu dengan teknik 3 MENARA


Meningkatkan penguasaan dan kemampuan murid
dalam membina lima ayat yang mengaitkan lima nilai

iii.

murni daripada pernyataan isi dalam petikan.


Memudahkan murid tahun 6 di SK Taman Indahpura
1 menjawab bahagian C menggunakan teknik 3
MENARA yang dihasilkan.

2.

STRATEGIPELAKSANAAN

BIL

TARIKH

PERKARA

22.03.2015

BERJUMPA DAN BERBINCANG DENGAN


PENSYARAH SERTA GURU PEMBIMBING DAN
MEREKA MENCADANGKAN SAYA
MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN YANG
TELAH DIBUAT DALAM SUBJEK BAHASA
MELAYU

29.03.2015

MENYIAPKAN SEGALA BAHAN-BAHAN


SEPERTI CARTA, SLIDE DAN LEMBARAN
KERJA

3.

16.4.2015

MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN YANG MELIBATKAN TEKNIK
INOVASI 3 MENARA DAN MEMBUAT
RAKAMAN VIDEO
1

4.

19.4.2015

MENDAPATKAN PANDANGAN DAN


CADANGAN DARIPADA GURU PEMBIMBING
TENTANG RAKAMAN VIDEO YANG TELAH
DIBUAT

5.

20.4.2015

MENYUNTING VIDEO YANG TELAH DIRAKAM


SERTA MENYIAPKAN LAPORAN YANG PERLU
DIHANTAR

6.

23.4.2015

MENGHANTAR LAPORAN YANG TELAH


LENGKAP KEPADA UNIT PRAKTIKUM DAN
PENSYARAH PEMBIMBING UNTUK
PENILAIAN

3.

REFLEKSI
a)

KekuatanProjek:

1. Melalui projek ini, saya dapat mengetahui dan


mempelajari
tugas seorang guru kelas kerana ini bukan
suatu kerja yang senang. Saya juga mendapat banyak
pengalaman seperti
menguruskan sesuatu pertandingan
ko-akademik.

2. Saya dapat lebih memahami tahap kreativiti dan latar


belakang
murid-murid tahun. Secara langsungnya
hubungan kami dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama
dalam mempelbagaikan
reka cipta untuk lebih menarik
dan kreatif.

3. Dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam


mengendali sesuatu kelas P&P.
2

4. Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama


dengan
semua guru dalam menjayakan projek ini.
Walaupun projek ini
tidak sebesar peringkat sekolah
namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak
tunjuk ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk
menjalankan projek inovasi ini.

b)

KelemahanProjek:

1.. Masa untuk mengadakan pertandingan singkat kerana saya


mengikut jadual waktu penggunaan bilik komputer. Segalanya
perlu dilakukan tepat pada masa bagi mengelakkan masa
pengajaran dan pembelajaran seterusnya terganggu atau terlewat.

2. Penyediaan tempat kurang saya titik beratkan di mana


kurangnya kerusi menyebabkan murid tidak dapat untuk duduk.
Saya terpaksa mencari kerusi dalam kelas lain.

3. Kebersihan semasa tamat sesi P&P adalah kurang memuaskan


walaupun telah dipesan supaya mengemaskan meja kumpulan
masing-masing..

4. Langkah keselamatan kurang dititikberatkan kerana terdapat


murid yang bermain dengan alatan komputer dan ini boleh
mendatangkan kecederaan terhadap murid lain. Seharusnya
aspek keselamatan hendaklah saya utamakan

5. Semasa P&P berlaku gangguan bekalan elektrik menyebabkan


2

P&P terhenti seketika.

4.

CADANGANPENAMBAHBAIKAN
1. Saya berharap agar mendapat masa yang lebih untuk
mengadakan P&P ini kepada murid murid tahun 4, 5, & 6 pula.
Hal ini kerana saya akan dapat menilai keberkesanan teknik
yang saya perkenalkan kepada murid-murid yang berbeza

2. Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksaan juga penting


jika saya mahu mengadakan projek inovasi yang melibatkan
semua tahap.

3. Saya akan meningkatkan tahap P&P kepada suatu tahap yang


lebih baik jika diberi peluang lagi.

4. Jika saya mahu melaksanakan sesi P&P, saya haruslah cekap


dalam menguruskan kewangan untuk pembelian bahan.

5. Pengurusan masa juga akan ditingkatkan kerana masa


permulaan sesuatu P&P akan memainkan peranan yang
penting. Jika lewat maka guru akan tergangu emosinya kerana
banyak lagi perkara lain yang harus dilakukan selepas itu.

6. Persediaan yang rapi haruslah dirangka dahulu sebelum


memulakan sesuatu P&P.

5.

KESIMPULAN

Melalui aktiviti P&P melibatkan bahan inovasi ini, saya mendapat


banyak pengalaman dan pengetahuan yang berharga. Selama
tempoh ini, saya mengambil bahagian dalam menyediakan kumpulan
murid-murid. Ini merupakan pengalaman baru untuk saya. Selain itu,
saya berpeluang meningkatkan tahap kreativiti murid tahun 4 Unggul
yang saya telah pilih untuk subjek kajian saya. Atas sebab
kesingkatan masa dalam menjalankan aktiviti pertandingan ini, hanya
tahun 4 sahaja yang terlibat dalam penggunaan Teknik 3 Menara
tersebut dan saya berharap agar boleh diberikan peluang pada masa
akan datang untuk melaksanakan kepada hampir semua murid tahap
dua pula. Saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman
dan pengetahuan yang dipelajari dengan sepenuhnya pada masa
hadapan. Saya berharap agar dapat lebih memahami tahap kreativiti
dan latar belakang murid-murid. Secara langsungnya hubungan kami
dapat dieratkan. Kami sentiasa bekerjasama dalam mempelbagaikan
reka cipta untuk lebih menarik dan kreatif. Selain itu saya berharap
dapat meningkatkan pengurusan masa saya dalam mengendali
sesuatu P&P kerana pengurusan masa adalah sangat penting.Saya
juga mempelajari sesuatu bahawa penyediaan tempat hendaklah
dilakukan awal kerana perkara tersebut akan memakan masa dan
menyebabkan P&P bermula lewat. Kekuatan yang saya perolehi ialah
dapat bekerjasama dengan semua guru dalam menjayakan projek ini.
Banyak tunjuk ajar dan cadangan telah saya perolehi untuk
mengadakan pertandingan ini. Kesimpulannya, projek inovasi ini telah
dapat menarik minat murid terhadap subjek Bahasa Melayu dan
meningkatkan kebolehan menjelmakan nilai murni.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar)
MINGGU PERTAMA

MASALAH
Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya
lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang
saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat
apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah
satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang
memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.
Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid
yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak
bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak
menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai
untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran
saya.
Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah
menggunakan pendekatan bermaian walaupun ia tidak terdapat di
dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini
berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya.
Howard Gardner (1943), seorang pensyarah kecerdasan di
Universiti Havard, Amerika Syarikat, berpendapat bahawa setiap orang
dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk
boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Mengikut Gardner (1991),
potensi manusia mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya, iaitu :
muzik, ruang, linguistik, logikal-matematikal, tubuh kinestetik,
interpersonal (sosial), dan intrapersonal (kendiri).
ANALISIS MASALAH
Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang
tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan
yang timbul di dalam fikiran saya iaitu :

Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang


lemah ?

2
Apakah yang menyebabkan murid-murid
ini tidak memberi

perhatian semasa

pengajaran saya ?

Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ?

Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ?

Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan muridmurid ini di dalam pengajaran saya ?

Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk


mengatasi semua masalah ini ?
Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan
yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan :

Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan


kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang
digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang.

Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu


dicungkil

Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan


kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama.

Murid-murid tidak berminat dengan subjek Penidikan Islam.


Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini,
diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui
tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.

CADANGAN
Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar :
- Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid
- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa
2
dihargai

- Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa


mereka sedang diperhati
- Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid
- Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung
ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya.
- Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa
gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan.
Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu
mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu :
- Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif.
Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau
sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak
pandai
- Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang,
tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan
kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
- Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh
memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar
- Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti
menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid
yang pandai sahaja.

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar)
MINGGU KEDUA
Masalah

Setelah 2 minggu mengajar bahasa Melayu saya


mendapati beberapa orang murid-murid di bahagian belakang
kelas telah membuat bising semasa pengajaran saya.
kalanya saya

Ada

terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan

murid-murid ini di dalam

kelas akan menganggu pengajaran

sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada


pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih
kecil maka unsur kenakalan mesti wujud. Walau bagaimanapun
sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan menjejas pengajaran
pembelajaran.
Gangguan daripada kebisingan kelas amat ketara semasa
pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong (1998) pelajar
mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap, bergerak
dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggukan.
Dalam pada itu Wong (1998) turut menjelaskan bahawa
prosedur dan rutin akan memberi keyakinan kepada pelajar
kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap
masa.
Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini.
Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana
percakapan

dua

Kebisingan

yang

menjadi

masalah

hala

boleh

disebabkan
tetapi

menjejaskan
oleh

pembelajaran.

pembelajaran

kebisingan

yang

tidaklah

mengganggu

pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan


sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi
murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada
semua murid-murid yang lain.
Analisis Masalah
Saya

terpaksa

menyiasat
2

punca-punca

masalah

kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid di belakang.


Setiap

kali

saya

mengajar,

beberapa

murid-murid

akan

bercakap atau bermain di belakang. Mereka akan berbuat


demikian sepanjang masa pengajaran saya. Beberapa soalan
berlegar dalam minda saya:
- Apakah murid-murid ini sudah bosan dengan pengajaran
saya?
- Apakah yang menjadikan mereka bosan?
- Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
- Kenapakah ia berlaku dalam pengajaran saya?
- Adakah saya menjadi punca berlakunya?
- Bolehkah faktor-faktor lain yang terlibat dalam hal ini?
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu
bual dan soal selidik serta pemerhatian, beberapa dapatan
telah dapat saya senaraikan:
- murid-murid ini adalah dari kumpulan lemah.
- Murid-murid ini tidak faham apa yang disampaikan dalam
kelas
- Murid-murid

ini

tidak

berminat

dalam

pembelajaran

bahasa Inggeris
- Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka
Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya
berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya
murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana
mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian.
Selepas membuat refleksi saya rasa
andaian ini tidak berasas
2

kerana guru sebagai


Pendidik
membolehkan

perlu

memikul

murid-murid

ini

tanggungjawab
belajar.

untuk

Kemampuan

saya

sebagai guru telah dicabar. Dari suatu perspektif yang lain saya
boleh melihat peristiwa ini sebagai suatu percanggahan dari
segi kerelevanan mata pelajaran yang diajar dengan realiti
mereka.

Murid-murid

dari

sekolah

luar

bandar

tidak

menganggap bahasa Inggeris sebagai penting dan relevan


dalam kehidupan mereka. Kenapakah mereka belajar sesuatu
yang mungkin tidak berguna pada masa depan?
Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa
dan percakapan di antara satu sama lain adalah pembelajaran
juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk
berinteraksi memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja
bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang diadakan pada
setiap

hari,

telah

mengurangkan

masa

untuk

mereka

berkomunikasi dengan satu sama lain. Murid-murid perlu


bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan
dunia mereka.
Adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan
terhadap pembelajaran? Adakah kebisingan kelas sesuatu yang
buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah
hilang minat belajar?
Cadangan Penambahbaikan
Untuk mengelakkan murid-murid membuat bising saya ingin
mencadangkan langkah-langkah berikut:
- menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam
kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut
3

tahap kebolehan yang berbeza


- membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian
kemahiran / topik yang dikuasai oleh murid yang
membuat bising
- menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai
dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan
pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang
mudah berbeza dengan murid-murid lain
- memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini
dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan
secara berterusan
- memberi motivasi dengan memberi pujian dan
penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya
dilakukan

Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui


tinjauan literatur supaya tindakan yang diambil lebih mantap
dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan
dengan perkara ini supaya dapat mengenal pasti tindakan yang
paling sesuai.
- menyedia aktiviti permainan apabila berkongsi bacaan
teks,
- menarik perhatian pelajar melalui mod pendengaran aktif
- memberi ulasan dan ringkasan dengan cepat serta
petunjuk pemahaman
3

- memberi sokongan kepada pelajar yang mungkin


bertingkah laku masalah kerana menghadapi masalah
membaca

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar)
MINGGU KETIGA
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya berada di
SK Taman Indahpura 1, saya tidak pernah menjalankan
aktiviti berpasangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran saya. Jadi, selepas memperkenalkan tajuk
anggaran saya bercadang untuk menjalankan aktiviti
berkumpulan sebagai aktiviti pengukuhan kepada
pengenalan konsep yang saya perkenalkan.

Bagi proses pembahagian pasangan, saya lakukan


mengikut tempat duduk masing-masing memandangkan
mereka sudah secara berpasangan. Pada mulanya, saya
menghadapi kesukaran apabila terdapat beberapa orang
murid tidak mahu pasangan yang telah saya tetapkan.
Namun selepas itu, saya berasa lega sedikit kerana mereka
akur dengan arahan saya.

Pelbagai ragam dan kerenah setiap pelajar di dalam kelas


tersebut. Hal ini mungkin berlaku kerana jumlah bilangan
pelajar yang ramai di dalam kelas tersebut iaitu 30 orang.
Namun jauh di sudut hati saya, saya begitu terhibur dengan
setiap karenah yang ditunjukkan oleh mereka. Walaupun
bagaimanapun,masih banyak lagi personality murid-murid
saya yang belum saya terokai dan temui memandangkan
minggu ini merupakan minggu pertama saya mengajar
mereka. Mungkin ini yang dialami oleh guru-guru saya
dahulu.

Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak


dapat dinafikan semua pelajar memberikan tumpuan dan
perhatian. Namun apabila tiba kepada peringkat untuk
pembahagian kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising
kerana murid-murid bersama pasangan masing-masing.
Saya telah member sehelai kertas kepada setiap pasangan.
Seterusnya, saya berikan arahan tentang apa-apa yang
perlu mereka buat. Oleh kerana mereka sangat bersemangat
untuk menjalankan aktiiviti, tiada soalan yang dikemukakan
untuk kekeliruan arahan.

Selepas saya memberikan masa selama 15 minit, keadaan


kelas mula bising kerana meraka mula berbincang Saya telah
memberikan arahan supaya mereka memperlahankan suara.
Namun suasana kelas masih bising. Setelah saya teliti,
pasangan tersebut terdiri daripada pelajar lelaki. Selepas ini,
saya akan pastikan setiap pasangan mahupun kumpulan
3

perlu bercampur.

Bagi memastikan pelajar-pelajar faham tentang aktiviti


yang dijalankan, saya berjalan ke setiap pasangan untuk
member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas tentang
arahan yang diberikan.Kesedaran Kini saya sedar bahawa
menjalankan aktiviti berpasanganbaru / Harapan bukanlah
suatu perkara yang mudah. Walaupun saya hanya perlu akui
bahawa aktiviti berpasangan ini lebih memberikan peluang
kepada setipa murid untuk terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan berbanding dengan aktiviti berkumpulan.

Apa yang paling penting, saya perlu menyediakan diri


saya untuk memberi arahan yang jelas dan pada masa yang
sama mengawal kelas dengan baik bagi mengelakkan bunyi
bising seperti di pasar ikan. Arahan perlu diberikan sebelum
menyerahkan peralatan kepada murid- murid. Hal ini bagi
mengelakkan mereka tidak memberi tumpuan ketika saya
memberi arahan. Selain itu, saya sepatutnya memberi
arahan dengan jelas dan ringkas supaya para pelajar mudah
memahaminya.

Selepas ini, saya juga perlu

mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas agar pelajar lebih


tertarik untuk menimba ilmu.

Sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke kelas 5


Impian ini, saya dapat rasakan saya berhadapan dengan
satu cabaran yang besar kerana kelas ini merupakan kelas
3

terakhir dalam senarai pencapaiannya. Murid-murid dalam


kelas ini aktif dan pintar serta begitu semangat terutama
apabila melakukan aktiviti. Saya perlu menyediakan bahan
pengajaran yang lebih menarik perhatian mereka. Saya juga
perlu mempelbagaikan sumber pengajaran supaya mereka
tidak berasa bosan.

Namun pada masa yang sama, saya perlu


mempertingkatkan cara pengawalan kelas supaya keadaan
kelas kondusif dan tidak terlalu bising. Saya perlu lebih
banyak melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran agar
semua murid berpeluang untuk menyertai P&P dan tidak
hilang fokus serta lebih berminat mengikuti pengajaran.
Selain itu, penegasan perlu dipertingkatkan agar setiap
daripada mereka memberi tumpuan sepenuhnya. Bagi
kumpulan yang bising, saya perlu lebih tegas untuk
mengarahkan mereka untuk diam atau mengenakan denda
seperti tidak dapat membuat aktiviti ataupun berdiri
sepanjang kelas.

Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada


kesan yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan
mengulangi perkara yang sama. Saya akan mengaplikasikan
setiap teguran yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya
dan guru pembimbing untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Saya juga akan merefleks dan
menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi
melakukan penambahbaikan pada masa akan dating.
3

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN &


PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang
dijalankan oleh pelajar)
MINGGU KEEMPAT
Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru
sepanjang minggu ini agakmemberansangkan kerana setiap aktiviti
3

dapat dilakukan mengikut perancangan yang telahdibuat dengan teliti


dan mengikut fokus dan objektif yang ingin dicapai. Penglibatan murid
pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti nyanyian. Walau
bagaimanapun, sayamendapati satu masalah yang dihadapi oleh kanakkanak prasekolah, iaitu ramai antara mereka yang tidak menulis nama
pada hasil kerja masing-masing

Buku Rekod Profil Murid yang dikeluarkan pada tahun 2009 ada
menyenaraikan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid pada
awal semester tahun persekolahan, salah satu daripada kemahiran
tersebut adalah kemahiran menulis nama sendiri. Kemahiran ini adalah
penting bagi memupuk nilai kendiri murid dan awal permulaan bagi
murid mengenali diri mereka sendiri. Di samping itu, ia akan
memudahkan guru memeriksa hasil kerja yang telahdilakukan oleh
murid bagi membuat penilaian dan penaksiran secara berterusan

Analisis

Pemerhatian telah dilakukan di sepanjang minggu ini dan minggu yang


sebelumnya. Berikutmerupakan hasil daripada pemerhatian yang telah
dilakukan ;

a. Empat orang murid dapat menulis nama dengan betul, iaitu


mengikut ejaan

dan huruf yang betul tetapi tidak kemas.

b. Ada murid yang sudah menguasai kemahiran memegang


pensel tetapi

tidak dapat mengenal


ejaan nama mereka walaupun
3

sudah mengenal huruf

a hingga z.

c. Guru memakan masa yang banyak dalam membina garisan


putus-putus

untuk membantu murid menulis nama pada hasil kerja

mereka. d. Ada murid

yang menulis pada ruangan nama tetapi

ejaan tersebut bukan nama mereka

sendiri melainkan susunan

huruf secara rawak.

e. Apabila guru memberi arahan untuk menulis nama, kanakkanak yang

belum pandai menulis nama akan meminta bantuan

rakan yang sudah mahir untuk menulis nama mereka.Berdasarkan


pemerhatian ini, dapat dilihat

dengan jelas bahawa kemahiran

menulis namasendiri ini amat penting dalam

memupuk nilai

kendiri murid iaitu bukan sahaja mengenal namamereka malah


juga tahu menulis nama mereka pada hasil kerja masing-masing.
Hal ini

secaratidak langsung membantu kanak-kanak menghargai

diri mereka

dengan mengenal dan menulis nama mereka sendiri.

Guru pula membuang masa untuk menilai hasil kerja murid yang
laindengan membantu golongan murid yang belum pandai menulis
nama sendiri dengan membinagarisan putus-putus pada ruangan
nama. Ini mengakibatkan proses penilaian dan penaksiransecara
berterusan tidak dapat berjalan dengan licin dan lancar. Guru tidak
dapat memeriksa hasil kerja murid secara terus (on the spot) selepas
muridmenyiapkan kerja mereka kerana kekangan masa untuk slot
yang seterusnya.

Oleh itu guru menghadapi kesukaran mengenalpasti tahap


3

penguasaan kemahiran kanak-kanak apabila tibawaktu memeriksa


hasil kerja murid pada akhir tempoh persekolahan kerana hasil kerja
tidakdapat dikenalpasti (unknown).

Cadangan Untuk Memperbaiki


Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat
kolaborasi dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal
ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, gurupembimbing juga
bersetuju dengan masalah menulis nama dalam kalangan kanakkanakprasekolah. Berdasarkan pengalaman yang lalu, guru
pembimbing mencadangkan agar latihanmenulis nama dilakukan
pada setiap awal pagi sebaik sahaja murid sampai dalam bilik
darjah.Saya berpendapat bahawa kaedah latih tubi ini dapat
membantu kanak-kanak untuk menulisnama mereka dalam setiap
kerja yang diberikan.
Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan


bagi mengatasi masalahmenulis nama ;

a. Menyediakan lembaran menulis nama bagi semua murid.


b. Mengarahkan murid menulis nama sendiri pada lembaran yang
diberikan pada setiap awal pagi sebelum rutin bermula ataupun pada
renggangan masa selepas waktu rehat.
c. Latihan menulis nama ini akan dijalankan setiap hari sehingga
3

semua murid boleh menulis nama mereka pada lembaran kerja yang
diberikan.
d. Bagi mengenalpasti sama ada kemahiran ini sudah dikuasai, guru
memberikan name- tag yang kosong kepada semua murid dan
meminta mereka menulis nama mereka masing-masing dengan
ejaan yang betul dan kemas.
e. Setiap murid yang sudah boleh menulis nama dengan betul dan
kemas akan diberikan ganjaran berupa hadiah, token ataupun pujian.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemahiran menulis nama ini adalah


merupakan satu kemahiran yang penting dikuasai oleh kanak-kanak
prasekolah pada sesi awal semester persekolahan lagi. Ini bukan
sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan
penaksiran yangdilakukan oleh guru, tetapi juga penting bagi kanakkanak mengenal dan menghargai diri mereka melalui tulisan nama
sendiri. Penilaian akan mudah dijalankan secara terus apabilawaktu
mengajar tamat, dan guru tidak perlu mengingat semula siapa kanakkanak yang telahmenyiapkan hasil kerja dengan mengecam tulisan
atau karya yang mereka lakukan. Sebagai seorang guru pelatih, saya
menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira
ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu
muridmenguasai kemahiran menulis tetapi juga membantu murid
dalam kemahiran membaca namamereka sendiri. Pendek kata
buang yang keruh, ambil yang jernih, amalan yang baik perlu
diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan
4
kegemilangan generasi bakalpemimpin

RAKAMAN VIDEO INOVASI

You might also like