Teks Ucapan Pengerusi Karnival BM

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Sebelum ketibaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sidang hadirin yang dimuliakan,
Salam hormat dan Selamat datang ke karnival Bahasa
Melayu Zon Bandar bagi tahun 2013. Majlis kita akan
bermula sebentar lagi, iaitu sebaik sahaja ketibaan
Perasmi kita iaitu Tuan Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar
SK Laksamana yang merupakan Pengerusi Zon Bandar..
Perhatian kepada sidang dewan, apabila majlis
mengumumkan ketibaan ketua pengarah, diminta
kerjasama hadirin, untuk berdiri ketika Pengerusi diiringi
masuk.

Mengumumkan Ketibaan Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif,


Guru besar SK Laksamana selaku pengerusi Zon Bandar

diiringi oleh Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang,


barisan guru Besar, dan Guru-guru penolong kanan untuk
masuk ke dalam dewan.
Megah berarak indah berseri,
Dipuput bayu ke pohon ara
Pemanis kalam senyuman diberi
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin,
wabihi nastain, wa ala alihi wasahbihi ajmain.
Yang dihormati Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar
SK Laksamana selaku Pengerusi Zon Bandar..
Yang Berusaha Pengerusi pengelola, En Rajendran A/L
Kannan, Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang,Yang
dihormati barisan guru besar, guru-guru penolong kanan,
barisan guru dan anak2 pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana
dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk

berkumpul bagi mengikuti karnival Bahasa Melayu Zon


Bandar bagi Tahun 2013. Selamat Datang diucapkan
Doa
Sidang hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita
bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan
dipimpin oleh __________________. Dengan segala
hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
________________atas bacaan doa sebentar tadi.

Siri Ucapan pada hari ini dimulakan dengan menjemput


dan mempersilakan Ketua Hakim Pertandingan Karnival

Bahasa Melayu Zon Bandar,


En. ..................................................
untuk menyampaikan untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan...
Terima kasih diucapkan kepada
En. .......................................... atas ucapan dan ulasan
yang membina itu tadi.
Ucapan aluan
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan
daripada Pengerusi Pengelola En Rajendran A/L Kannan ,
Guru Penolong Kanan 1, SK Bukit Lintang. dengan segala
hormatnya dipersilakan

Terima kasih kepada En K Rajendran atas


ucapan sebentar tadi.
Ucapan Perasmian Penutup
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Majlis kali ini diteruskan lagi dengan ucapan Perasmian
Penutup Karnival Bahasa Melayu Zon Bandar bagi tahun
2013 yang akan disampaikan oleh Pengerusi Zon Bandar,
Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, Guru besar SK Laksamana.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Dengan Bismillah, kita mulai,
Alhamdulillah kita syukuri,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pihak majlis
ucapkan kepada Yang berhormat Tuan Hj Mohd Tahir b.
Sharif atas kesudian memberi ucapan dan merasmikan
Perasmian penutup Karnival kita pada hari ini.

Sijil Penyertaan
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Agenda majlis berikutnya ialah majlis penyampaian sijil
penyertaan kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Majlis
dengan ini menjemput En K Rajendran untuk
mempersilakan dan mengiringi Tn Hj Mohd Tahir b Sharif
bagi menyampaikan sijil. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Dipersilakan wakil daripada

1) SK Bandar
2) SK Bukit Lintang
3) SK Semangar
4) SK Tun Dr. Syed Nasir
5) SK Sungai Telor
6) SK Felda Linggiu
7) SK Datuk Usman Awang
8) SK Taman Kota Jaya
9) SK Seri Saujana
10) SK Laksamana

Penyampaian hadiah

Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu


penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Acara dimulakan dengan Pertandingan Bercerita
Tahap 1..
Seterusnya bagi Pertandingan Bercerita Tahap 2 ...
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada
pemenang Pertandingan Pidato ...
Seterusnya bagi acara terakhir yang dipertandingkan,
iaitu Pertandingan Berbalas Pantun ....
Tahniah diucapkan kepada para pemenang, dan kepada
yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada masa akan
datang.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis
menjemput dan mempersilakan En K Rajendran selaku
Pengerusi pengelola untuk menyampaikan cenderahati

kepada Tn Hj Mohd Tahir b Sharif di atas kesudian beliau


menyempurnakan majlis pada hari ini. Dipersilakan
Ribuan terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Tuan Hj
Mohd Tahir b. Sharif atas kesudian beliau menyampaikan
hadiah kepada para pemenang sebentar tadi.
Negaraku
Majlis kita pada petang ini diakhiri dengan nyanyian lagu
Negaraku.
Para hadirin diminta berdiri,
NYANYIAN LAGU
Dengan nyanyian lagu tersebut sebentar tadi, maka
berakhirlah Majlis Perasmian Penutup Karnival Bahasa
Melayu Zon Bandar bagi tahun 2013 . Bagi pihak majlis
saya ingin menyusun 10 jari memohon jutaan kemaafan

andai sepanjang majlis ini berlangsung terdapat kesilapan


dan kelemahan yang disedari ataupun tidak.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.
Majlis menjemput Tuan Hj Mohd Tahir b. Sharif, barisan
Guru Besar, Guru2 penolong kanan, guru2 dan anak2
pelajar sekalian ke kantin bagi menikmati jamuan yang
telah disediakan.
Sekian sahaja dari saya ,Wabilahitaufik walhidayah
wassalam mualikum warahmatullahiwabarakatuh

You might also like