Teks Pengerusi Majlis Sanjungan Budi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH

Tarikh
: 23 April 2014
Masa
: 10.30 pagi
Tempat
: Dewan Seri Setia, SK Kota Setia
PERKARA/
PEMBACA
Ketibaan
Tetamu
Hariff

BUTIRAN

CATATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis
kita akan bermula sebentar lagi.
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali
dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam
dewan. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Pagi yang indah penuh ceria
Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis PERPISAHAN

DAN

Lambaian Kasih sempena perpisahan Pn Hajah Latifah


bt mohd yusof , pengetua SMK Dharma.

Ucapan Ketua
pk1

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian
Majlis menjemput Pn Chan Meng Pheng, Penolong Kanan
Tadbir dan kurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Ucapan YDP
MGB
&
PPD
Hariff

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd


Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul
Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi
menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj.


Adam atas ucapan sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan
kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid
Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembahan
Multimedia

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd


Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Jue

Para Hadirin yang kami muliakan,


Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok.
Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul
Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt.
Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana.
Dipersilakan.
*** Persembahan multimedia

Ucapan
Yang Dirai
GB
Hariff

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul
Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS
dan individu yang menjayakan persebahan tersebut.
Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat
kita semua.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.
Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh
Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati
En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan
diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara
tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron


Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj
Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.
Hadirin yang dimuliakan,
Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari
ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
selamat hari jadi untuk beliau.
Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru
Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas
untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut
ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.
Hadirin yang dimuliakan,
Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu
Karim.
Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat
hari jadi
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok
yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada
semua hadirin.
Seterusnya,
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b.
Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat
di hadapan dewan. Dipersilakan.

Persembahan
Khas Gurindam
Jiwa
Jue

Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu
ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.
***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas
ucapan itu tadi.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan


Buat kenangan sepanjang hayat
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada
murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul Gurindam
Jiwa. Dipersilakan.
**** persembahan
Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam
Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih
diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt.
Hussin.

Penyampaian
Watikah
Hariff

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan
yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.
Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd
Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan
Daerah Perak Tengah naik ke pentas utamauntuk
menyempunakan penyampaian watikah tersebut.
Dipersilakan.
Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b.
Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD.
Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok


menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En.
Mohd Lotiffi b. Haron Noh RashidPenolong Pegawai
Pendidikan Daerah Perak Tengah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan
Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan

Hadiah &
cenderamata

yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b.
Munok.

Jue

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata
daripada wakil-wakil kelas.
Rujuk senarai hadiah

Penutup
Hariff

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang
Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan
terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi
bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
penyampai cenderamata sebentar tadi.
Umpama memanjat dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk cikgu Karim.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu-rinduan


Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup
Jue

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b.
Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersamasama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih
ini.
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok
dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk
menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan
kantin sekolah.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq
walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

You might also like