Rawatan Kepada Penagih Dadah

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NAZIFI BIN SHAMSUDIN

D2011109236
SEMINAR: KEMPEN KESEDARAN PENYALAHGUNAAN DADAH
TEKS UCAPAN PANEL

Kesan kepada penagih dadah.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya tujukan kepada tuan
pengerusi majlis, yang say hormati dif-dif kehormat yang sudi hadir ke forum
ini, barisan rakan-rakan panel yang saya sanjungi serta hadirin- hadirat
sekalian. Antara 8 kesan dadah terhadap kesihatan adalah seperti berikut.
Pertama iailah, dari segi mental dan emosi.Penagih akan mengalami
masalah atau gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh
diri , gelisah , cepat marah , gementar , kebingungan , fikiran terganggu dan
boleh bersifat ganas . Pada dos yang tinggi / berlebihan mampu menaikkan
suhu badan ke tahap membahayakan dan boleh mengakibatkan sawan dan
akhirnya maut .Selain itu, terdapat juga kesan dadah terhadap kepala iaitu
penagih akan mulut kering , berpeluh berlebihan , anak mata menjadi besar ,
menggeletar dan sakit kepala , dopamine pada otak kurang aktif , urat saraf
pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh . Dari segi fizikal
pula, penagih boleh tidak tidur 3 sehingga 15 hari , hilang selera makan dan
berat badan menurun , berpeluh , pucat , pengabaian kesihatan diri , badan
berbau , gigi kekuningan , berparut dan luka di badan . Kudis jelas kelihatan
akibat penggunaan syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan
serangga yang disangka berada pada kulitnya . Kurang daya tahan melawan
penyakit akibat pengabaian kesihatan . Lumpuh .
Disamping itu juga,sistem saraf juga akan mengahdapi kerosakan dan
otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson ( dengan
gangguan pergerakan anggota badan ) dan penyakit Alzheimer ( dengan
fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk ) . Kesan dadah terhadap jantung
dan salur darah pula seperti kerosakan pada jantung akibat degupan jantung
kencang , tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga
mengakibatkan sakit jantung dan maut . Saluran darah pecah akibat bahan
kimia syabu menghakis dinding salur darah . Kesan dadah terhadap perut
dan sistem penghadaman pula adalah penagih akan mengalami gangguan
saluran pemakanan dan kebuluran berlanjutan kerana tidak makan ketika

pengambilan syabu . Bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan


bahan lain menyebabkan gangguan pada perut dan sistem penghadaman .
Rawatan kepada penagih dadah.
Berkaitan rawatan kepada masalah dadah, isu penyalahgunaan dadah ini sudah menjadi
semakin meruncingkan dan semakin hari semakin tinggi. Rawatan pertama yang patut dilihat dan
di titikberatkan adalah aspek atau elemen pencegahan pada semua peringkat kerana jika tidak
pasti lebih banyak kerugian yang akan dialami tidak kira dalam segi kewangan malah dari segi
akhlak. Melihat perkara ini, dadah- dadah yang sintetik akan datang dalam bentuk yang pelbagai
dan kegunaannya juga pelbagai bukan sahaja pada golongan yang tidak berpelajaran malah turut
kepada golongan yang profesional. Aspek pemulihan dan rawatan juga sangat penting, cuma
yang perlu difahami pemulihan dan rawatan ini memerlukan kemahiran, ilmu dan maklumat
yang tinggi serta khusus. Tidak semua individu yang boleh melakukan pencegahan dapat
melakukan pemulihan dan sebaliknya Ini kerana dadah yang ada bukannya sedikit tetapi pelbagai
dan kesan yang dialami oleh penagih adalah pelbagai.
Kesan dadah bukan hanya pada fizikal malah turut mempengaruhi aspek rohani dan
kerjaya yang mana semua aspek ini melibatkan semua jaringan yang ada seperti keluarga,
komuniti dan bukan tertumpu kepada individu sahaja. Pemulihan dan rawatan ini lebih rumit .
Manusia sememangnya unik, dan apabila kita melihat setiap penagih itu mestilah berbeza antara
satu sama lain. Sebagai contoh, katakan terdapat 10 orang pesakit atau klien yang terlibat dengan
heroin, maka tidak boleh kita klasifikasikan setiap penagih itu melalui kesan yang sama
bersadarkan beberapa kriteria yang ketara seperti cara pengambilan, tujuan dan alasan
pengambilan yang pasti berbeza. Tambahan pula, walaupun amaun dadah yang sama dan diambil
oleh individu yang berbeza sudah tentu kesan juga akan berbeza.
Rawatan yang digunakan adalah cold turkey iaitu sejenis rawatan membersihkan dadah
daripada tubuh badan penagih tanpa menggunakan sebarang dadah gantian atau ubat.Dengan
cara ini,penagih ditahan daripada menggunakan dadah dan terpaksa mengalami gejala
tarikan.Kesakitan atau kehebatan gejala tarikan ini bergantung kepada tahap ketagihan sebelum
rawatan.Walau bagaimanapun,langkah-langkah tertentu diambil untuk menentukan bahawa
kesihatan dan nyawa penagih tidak terancam kerana rawatan ini.Penagih terpaksa menjalani
pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk menentukan ia tidak menghidap penyakit tertentu dan
tidak ketagih kepada barbiturat.Rawatan Cold Turkey dijalankan di negara ini bertujuan untuk
menyedarkan para penagih betapa pahit,sengsara dan seriknya hidup apabila ketagih.Dengan
keinsafan ini,adalah diharapkan bahawa mereka tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Rawatan yang lain adalah menggunakan gantian dadah iaitu Metadon. Metadon,adalah
sejenis bahan kimia dalam kumpulan dadah opiat sintetik merupakan salah satu dadah gantian
yang digunakan sebagai rawatan ditoksifikasi secara saraan (maintenance).Ia mempunyai kesan

yang serupa dengan heroin /morfin untuk mencegah daripada berlakunya gejala tarikan kerana
ketiadaan heroin,serta memenuhi keinginan fizikal seseorang penagih dadah untuk mengambil
heroin.Walau bagaimanapun,metadon mempunyai kesan jangkamasa bertindak yang lebih lama
daripada heroin(24 jam) apabila ditelan/diminum.Namun walaupun kesan nya libih kurang
heroin tetapi kesan ketagihan adalah sedikit dan metadon diambil sehinggalah ketagihan kepada
dadah hilang. namun rawatan ini dihentikan kerana penyalahgunaan metadon telah berlaku
.
Rawatan seterusnya adalah Opioid antagonists contohnya naltrxone dan neloxone,adalah
bahan-bahan yang mempunyai struktur kimia yang menyerupai morfin tetapi tidak
mengakibatkan kesan-kesan yang menagihkan seperti morfindan heroin.Malh jika digunakan
dengan sendiri ia tidak mempunyai apa-apa kesan yang ketara. Naltrexone berguna untuk
mencegah penagihan semula kerana heroin yang diambil tidak menimbulkan apa-apa
kesan.Akan tetapi penagih-penagih yang dirawat menggunakan naltrexone perlulah mereka yang
terdiri daripada motivasi yang kuat untuk sembuh kerana mereka masih perlu menggunakan
naltrexone walaupun kesan-kesan subjektif tidak dapat dirasakan.Penggunaan naltrexone di
Malaysia masih dalam peringkat ujian dan satu kajian sedang dijalankan di seluruh negara
sekarang.Adalah didapati bahawa sokongan dalam bentuk kaunseling atau lain-lain adalah perlu
untuk menjayakan rawatan menggunakan naltrexone.
Selain itu, rawatan bercorak kaunseling juga penting dalam membantu pemulihan dan
rawatan penagih. Beberapa pendekatan lain telah dilakukan untuk membantu pemulihan penagih
dadah seperti menggunakan pendekatan keagamaan, rawatan tradisional dan herba, pendekatan
perubatan, terapi tingkahlaku serta sokongan sosial.Sokongan moral ahli keluarga juga penting
dalam membantu memulihkan penagih dadah dari kembali menagih dadah setelah keluar
daripada pusat pemulihan.

You might also like