Sains - Dadah
Sains - Dadah
Sains - Dadah
Folio KESAN PENYALAH GUNAAN DADAH TERHADAP KEORDINASI BADAN DAN KESIHATAN
Disediakan: MUHAMMAD HAFIZIKRY BIN MOHAMAD HASAN
KANDUNGAN
Muka Surat 1.0 2.0 Pendahuluan Kesan Penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3.0 4.0 5.0 Contoh-contoh dadah Penyalahgunaan dadah Kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan badan Langkah-langkah mencegah penyalahgunaan dadah
1.0
Pendahuluan Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya secara salah kerana dadah yang disalah gunakan mampu mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja, dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Tanpa disedari, anda juga mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti "paracetamol " dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, "Drug" bermaksud ubat-ubatan tetapi takrif penyalahgunaan dadah adalah "drug abuse" atau "misuse of drug" yang menjadi kesalahan dalam undang-undang negara Malaysia. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila tidak digunakan mengikut peraturan perubatan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. Namun demikian, beberapa jenis dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan mendatangkan masalah-masalah kepada kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" boleh mengubah perasaan dan pemikiran seseorang individu. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Bahan yang tertakluk dibawah akta ini adalah diharamkam penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
1.1 Dadah dan Ciri-cirinya Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psiko-aktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologi dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang
1.2 Jenis-jenis Dadah Dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Opiat (candu) dan Opiat sintetik Stimulan/perangsang memberikan stimulasi atau rangsangan yang bersifat bersemangat, gembira, berkhayal tinggi, percaya diri besar dan mempunyai tenagai tak terbatas. Ganja (Cannabis sativa syn. Cannabis indica) adalah tumbuhan penghasil serat, namun lebih dikenal karena kandungan zat narkotik pada bijinya. Halusinogen yang dapat menimbulkan kesan halusinasi yang bersifat mengubah perasaan, fikiran dan sering kali menciptakan daya pandang yang berbeza sehingga seluruh perasaan dapat terganggu Depresan yang menekan susunan saraf pusat dengan kesan rasa tenang dan mengantuk, termasuk kelompok ubat penenang dan minuman beralkohol. Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna
2.0
Kesan Penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan dan kesihatan 2.1 Contoh-contoh dadah
Pokok popi
Methamphetamine
Candu
Amfetamin
Opiat Sintetik
Kokain
Mdma + estacy
Ganja/ kanabis
ketamin
Inhalan
2.2
Penyalahgunaan dadah
Kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi. Kini, setelah 30 tahun berlalu, gejala ini masih belum dapat dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Penyalahgunaan dadah kini merangkumi jenis dadah bukan sintetik (seperti heroin, morfin, candu dan ganja) dan jenis sintetik (seperti syabu, pil psikotropik, ecstasy dan amphetamine). Jumlah penagih dadah terkumpul yang direkodkan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (A.D.K.) terus meningkat saban tahun yang membawa pelbagai kos dan kesan kepada negara. Dadah-ditakrifkan sebagai bahan kimia (bahan psikoaktif) yang apabila diambil ke dalam badan, boleh mengubah suai satu atau lebih fungsi badan terutamanya sistem saraf. Dadah dengan diskripsi doktor adalah untuk tujuan perubatan biasanya digunakan sebagai ubat mencegah, mendiagnosis dan merawat contohnya aspirin melegakan sakit kepala yang teruk. Dadah boleh memasuki badan kita apabila ditelan, disuntik ke dalam vena atau melalui luaran pada kulit. Namun dadah digunakan berlebihan mengganggu penghantaran mesej kimia kepada sel-sel saraf dan akhirnya menggangu otak kita yang sensitif kepada dadah. Individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sering kemurungan iaitu mempunyai kerisauan tinggi, rasa tidak puas hati, putus asa, panik, takut dan kecelaruan mental. Mereka dalam khayalan di mana tidak sedar diri dan tidak peka kepada persekitaran. Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat membimbangkan dan ianya berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara ini banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosiobudaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan, kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
2.3
Koordinasi merupakan tindak balas badan kita ke arah mana-mana rangsangan dari dalam dan di luar badan. Terdapat dua jenis koordinasi badan iaitu Koordinasi Saraf dan Koordinasi Kimia (hormon). Koordinasi saraf melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk impuls saraf di sepanjang serabut saraf yang berjalan di antara reseptor dan effector yang menyelaras aktiviti harian seperti berjalan, berlari, menulis dan lainlain. Saraf tunjang adalah bertanggungjawab untuk menghubungkan reseptor dan effektor dalam bahagian-bahagian lain badan ke sistem saraf pusat. Saraf kranial bertanggungjawab untuk menghubungkan reseptor dan effektor di kepala dan leher pada sistem saraf pusat yang terdiri daripada sistem saraf autonomik dan sistem saraf somatik. Saraf autonomik merupakan sistem saraf yang biasanya kita tidak mempunyai kawalan misalnya degupan jantung, hati, otot licin, organ-organ dalaman, paru-paru dan lainlain Contoh: degupan jantung, peristalsis, rembesan peluh yang tidak dapat dikawal oleh otak. Saraf somatik membolehkan kita untuk mengawal otot dimana ia membawa impuls dari organ-organ deria kembali ke saraf tunjang dan otak. Proprioceptors boleh mengesan pergerakan, perubahan dalam kedudukan, regangan otot atau ketegangan. Perubahan ini akan merangsang proprioceptors dan impuls saraf akan dihantar ke otak. Apabila kita bergerak, terdapat perubahan dalam ketegangan otot, tendon dan sendi. Otak akan mentafsirkan mesej dan menghantar impuls ke bahagian badan untuk koordinasi dan tindak balas. Oleh itu, adalah sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan kordinasi badan. Dadah seperti yang semua maklum memberi kesan kepada sistem saraf manusia. Terdapat tiga kumpulan dadah yang memberi kesan kepada koordinasi badan manusia. i. Dadah kumpulan stimulan seperti kokain, kafein, nikotina dan amfetamin merangsang sistem saraf. Ketagihan dadah boleh mengaktifkan sistem saraf menyebabkan degupan jantung, tekanan darah dan aras glukosa meningkat. Dadah jenis ini juga mengurangkan selera makan dan menyebabkan sukar tidur. Dadah kumpulan depresan pula memperlahankan aktiviti sistem saraf pusat. Dadah seperti heroin, morfin, opium, kanabis, barbiturat dan alkohol menyebabkan rasa mengantuk dan mengurangkan rasa bimbang. Namun, dadah kumpulan ini juga boleh mengakibatkan hilang kawalan serta pertimbangan diri.
ii.
iii.
Dadah kumpulan halusinogen iaitu marijuana, ekstasi dan LSD boleh mengubah haluan impuls melalui otak yang menyebabkan seseorang melihat sesuatu yang tidak wujud. Kesan halunisasi ini menjadikan perlakuan individu tidak menentu, keliru, gangguan jiwa dan kadang-kala bertindak ganas.
2.4
Dadah memberi kesan kepada koordinasi badan akan menjejaskan kesihatan. Apabila seorang individu menjadi penagih maka diri mereka tidak terurus. Ini akan mengakibatkan kesihatan mereka terganggu kerana terdedah kepada virus seperti aids dan bakteria kerana tidak menjaga kebersihan diri yang menjurus kepada pelbagai penyakit berjangkit seperti kudis. Selain itu, terdapat juga dadah yang boleh memberi kesan kepada jantung, kandungan gula dalam darah dan tekanan yang menyebabkan penagih terdedah kepada penyakit darah tinggi, jantung, masalah buah pinggang, diabetes, strok dan lain-lain berkaitan. Selain penyakit yang boleh menyebabkan kematian, mereka juga kemungkinan menghadapi penyakit mental yang menjejaskan keseluruhan kehidupan diri sendiri serta keluarga. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.
Gambar rajah: Kesan Penyalahgunaan Dadah Antara kesan lain yang dapat kita lihat kepada individu yang terlibat dengan dadah ialah dari segi tingkah laku diri penagih itu sendiri. Si penagih akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan berada dalam khayalan. Selain itu, penagih juga akan kehilangan tenaga seks, mudah pitam, pengsan, ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
2.5
Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin berleluasa, ibu bapa merupakan pihak yang utama yang perlu memainkan peranan dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah ini. Mereka perlu meluangkan masa bersama anak-anak, menunjukkan sikap ambil berat, bertanggungjawab serta penyayang agar anak-anak sentiasa berada di samping keluarga. Ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah kerana rasa tertekan dan memerlukan perhatian. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal termasuk didikan agama dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap penyalahgunaan dadah. Pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu mengawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi agar tidak bergaul dengan kumpulan yang tidak betul.
Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dengan memberi pendidikan berkenaan gejala dadah. Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ianya menjadi parah. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Program-program seperti kem-kem ini dapat memenuhi masa senggang para remaja dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mendidik dengan mengadakan kempen anti-dadah yang di siarkannya melalui media massa seperti akhbar, televisyen dan juga radio. Selain itu, undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-
Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali. Akhir sekali, kesedaran diri remaja itu sendiri untuk menjauhi najis dadah amat penting. Kesedaran diri ini dapat membentuk minda yang positif serta membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah maka mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Mereka juga perlu mencari rakan yang berkualiti dalam membantu diri remaja menjadi berkualiti juga. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk dan tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'.
3.0
Kesimpulan
Dadah ternyata lebih banyak membawa kesan negatif ataupun padah berbanding kesan positif. Hal ini demikian dapat dilihat akibat daripada penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa dan amat sukar untuk diatasi oleh semua pihak. Keadaan ini perlu diatasi dengan segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai selama ini akan berkekalan selamanya. Masalah penyalahgunaan dadah ini bukan sekadar merosakkan diri individu, malah menjejaskan institusi kekeluargaan dan kestabilan ekonomi serta pembangunan negara. Kesimpulannya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negara dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita hidup bahagia tanpa dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita adalah contoh dalam kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahgunaan dadah ini mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya. 4.0 Rujukan
remaja.
2. Contoh-contoh dadah, http://acreda.usim.my 3. Dadah dan kesannya, www.slideshare.net 4. Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan. Elmoolover.wordpress.com 5.