Muhammad Haji Salleh
Muhammad Haji Salleh
Muhammad Haji Salleh
meminati puisi kerana baginya sebuah makna yang menjadikan seseorang itu lebih bijaksana
apabila membacanya iaitu menyetujui pendapat sama yang dikemukakan oleh Robert Frost.
Hal ini kerana penyair menyedarkan kita kepada sesuatu masalah, dan memastikan sesuatu
persoalan itu betul-betul diselesaikan. Beliau juga berpendapat puisi adalah suatu bentuk
sastera yang kental muzik bahasa dan kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Sesebuah puisi
atau pantun adalah susunan muzik bahasa yang mengindahkan bahasa itu serta pembacaan
oleh pendengaran. Justeru, bagi Muhammad Haji Salleh, puisi haruslah ditulis dengan
ungkapan yang bermakna tidak hanya dengan ungkapan yang romantik semata-mata.
Di samping itu Muhammad Haji Salleh mempunyai kemampuan bahasa yang kuat untuk
menterjemahkan pelbagai bahasa selain daripada bahasa Melayu.Beliau juga turut menulis
buku Puitika Sastera Melayu, yang merupakan buku teori dan kritikan sastera yang sering
menjadi rujukan para pengkritik karya kesusasteraan. Oleh itu, tidak hairanlan mengapa
Panel Anugerah Sastera Negara memutuskan untuk memberikan anugerah Sasterawan
Negara kepada beliau di usia paling muda. Muhammad Haji Salleh juga dilihat sebagai tokoh
yang turut menulis pantun dan sastera sejarah serta telah melibatkan diri dalam menghasilkn
teori sastera melayu lama. Puisi-puisinya selalu dikaitkan dengan intelektualisme, idea dan
pemikiran yang cuikup serius. Muhammad haji salleh melihat kehidupan dengan sikap
intelektual seorang pencari dan pemikir. Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen
dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat.
Indonesia dan terjemahannya pula telah diterbitkan di United Kingdom, Amerika Syarikat,
Australia, Russia, Italy, Thailand, Jepun dan Korea.Muhammad telah menerbitkan lapan buah
kumpulan puisi perseorangan di samping puisi yang terbit dalam kumpulan bersama. Kumpulan
puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang bukan saja sejumlah puisi yang dicipta sewaktu beliau
mengembara di luar tanah air malah ia merupakan satu kumpulan puisi yang kukuh, berbeza
daripada puisi-puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau. . Panel
Hakim Karya Sastera telah memilih Buku Perjalanan Si Tenggang II sebagai kumpulan puisi
Muhammad yang terbaik bagi tahun 1975. Kumpulan ini dikatakan dengan jelas memperlihatkan
bukan saja stail dan peribadi penyair, bahkan konsep puisi yang secara tegas mengelak daripada
ungkapan romantik dengan menggunakan kata-kata secara tepat,berfungsi dan berkesan.
Keseluruhannya antara karya-karya Muhammad Haji Salleh ialah, karya berbentuk puisi seperti
Himpunan Sajak (Antologi Bersama) (1969), Sajak Pendatang (1973), Buku Perjalanan Si
Tenggang II (1975), Ini Juga Duniaku (1977), Times and Its People (1987), The Travel Jounals
of Si Tenggang II (1979), Pilihan puisi Baru Malaysia Indonesia (1980), Puisi-Puisi Nusantara
(antologi bersama) (1981), Sajak-sajak Dari Sejarah Melayu (1981), Pinta Pena (1981), Dari
Seberang Diri (1982), Antologi Puisi ASEAN (1983), Lagu Kehidupan (1983), Bintang
Mengerdip (1984), Bunga Gerimis (1984) dan Puisi Rama Merdeka.
Manakala kajian-kajian yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Tradition and Change In
Contemporary Malay-Indonesian Poetry (1977), Selection From Contemporary Malaysian
Poetry (1978) dan Pengalaman Puisi (1984). Dari segi penulisan esei dan kritikan pula ialah
Kritikan Sastera Di Malaysia (antologi bersama) (1974), Bahasa dan Kesusasteraan kebudayaan
(1976), Kesarjanaan Melayu (1977), Penulisan Kreatif (1980), Imej dan cita-cita iaitu Hasil
kertas kerja Hari sastera (1980), Warisan ASAS 50 (1981) dan Cermin diri (1986).
Bahagian esei dan kritikan yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah Kritikan Sastera di Malaysia
(antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm,
Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama), Kuala Lumpur:Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm, Kesarjanaan Melayu (antologi bersama), Kuala
Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977, 368 hlm, Penulisan Kreatif (antologi
bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm, Imej dan Cita-cita: Kertas
Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981,
87 hlm dan Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 208 hlm.