Pendeta Zaaba
Pendeta Zaaba
Pendeta Zaaba
Pendeta Zaba
Zaba atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Ahmad dilahirkan pada 16 September
1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Zaba lahir daripada
keturunan berkacukan minangkabau iaitu dari ibunya, Intan Awaluddin dan bapanya yang
berketurunan Bugis Linggi. Bapa beliau merupakan orang yang berharta, berpengetahuan
agama, dan satu- satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.
Pendidikan awal Za'ba bermula semenjak di rumahnya sendiri lagi, iaitu mengenai pelajaran
asas agama dan tulis-menulis seperti tulisan jawi. Kemudian, Za'ba telah dihantar belajar ke
Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia telah bersekolah di Linggi pada Julai
1907. Za'ba pernah muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah
Lima ketika menuntut di Linggi, Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau
untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah
Inggeris di Seremban dan beliau berjaya muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang
calon. Zaba memilih untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's
Institution, Seremban dan menuntut ilmu selama enam tahun dari 1910 hingga 1915 sehingga
memperoleh sijil Senior Cambridge. Zaba banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan
pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama
berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebelum Zaba memasuki perkhidmatan perguruan di
English College, Johor Bharu iaitu pada Jun 1916. Hasilnya, beliau telah ditawarkan bekerja
sebagai guru sementara di sekolahnya.
Kerjaya Zaba sebagai pendidik bermula apabila beliau ditawarkan menjadi guru di
Maktab Melayu Kuala Kangsar pada Oktober 1918 hingga April 1923. Kemudiannya, pada
April 1924 hingga September 1939 Zaba melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Zaba pernah berkhidmat sebagai penterjemah dan
juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan
Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura dari Oktober 1939 hingga Januari 1941. Za'ba juga
berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta
menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo- ka dari Mac
1942 hingga Julai 1945 iaitu semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selepas
perang dunia kedua tamat, beliau mula bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah Tinggi
dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur pada September 1945 sehingga Julai
1946, kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu dan
pengarang buku teks di Pejabat pelajaran yang terletak di negeri Kuala Lumpur selama
setahun bermula pada Ogos 1946. Selain itu, beliau juga merupakan pensyarah Bahasa
Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London. Za'ba juga
merupakan pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di
Universiti Malaya, Singapura pada April 1953 sehingga Januari 1959. Pada tahun 1953, Za'ba
memperoleh Sarjana Muda Sastera pada umur 58 tahun di University of London. Sepanjang
kerjayanya, Za'ba juga turut bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai
kegiatan sosial serta politik tanah air selama hampir 40 tahun. Sumbangan besar Zaba dalam
usaha perkembangan Bahasa Melayu menyebabkan beliau dikurniakan pelbagai anugerah
seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan
pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan
Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta pula dikurniakan ketika berlangsungnya
Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.
Antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu
Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam
penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu manakala rencana beliau yang terkenal pula ialah