Konsep Kesediaan Belajar

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Konsep Kesediaan Belajar

Kesediaan pembelajaran memastikan murid-murid memperoleh ilmu


daripada apa yang dipelajari.
Kesediaan ialah istilah yang merupakan satu bentuk proses yang
melibatkan pengintegrasian aspek fizikal, mental, dan emosi (kejiwaan)
seseorang insan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
Seseorang murid mampu menghayati dan memahami sesuatu pelajaran
dengan lebih mudah.
Guru dapat memperkenalkan sesuatu yang menarik, mengagumkan atau
sesuatu yang boleh menimbulkan minat murid-murid bagi ingin
mengambil tahu sesuatu topik yang akan diperkenalkan dan mendapatkan
kepuasan dalam pembelajaran.
Kepentingan Kesediaan Belajar
4.1 Guru dapat menyelesaikan masalah perbezaan.
a) Perbezaan individu.
b) Perbezaan jantina.
c) Perbezaan keyakinan diri.
d) Perbezaan perkembangan mental.
e) Perbezaan perkembangan fizikal.
4.2 Guru dapat mengambil langkah-langkah berikut untuk
memenuhi perbezaan kesediaan belajar pelajar yang berlainan.
a) Strategi pembelajaran.
Antara strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan seperti pengajaran
berkumpulan, pengajaran individu untuk melayani perbezaan individu,
teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif murid, teknik menyoal
dan kaedah inkuiri penemuan.
Membangkitkan naluri ingin tahu murid, serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif.
b) Isi kandungan pembelajaran.
Guru dapat merancang isi kandungan pembelajaran yang berkaitan
dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat
memberi kemahiran asas yang kukuh .
c) Pemeringkatan isi pelajaran.

Perkembangan intelek seseorang pelajar adalah berkadar secara terus


dengan pertambahan umurnya.
Guru perlu menyusun isi pelajaran mengikut perkembangan kognitif
(mudah kepada kompleks, pengalaman sedia ada kepada pengalaman
baru, dekat kepada jauh, umum kepada spesifik) .
d) Pelbagai alat bantuan mengajar.
Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik
perhatian, mengekalkan minat dan menambah penumpuan pelajar.
Perhatian dan penumpuan merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi kesediaan belajar pelajar bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru.
4.3 Murid-murid dapat bersedia diri untuk belajar
Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal juga boleh mempengaruhi
pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya.
Terdapat tiga jenis kesediaan belajar yang utama iaitu, kesediaan kognitif,
kesediaan fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum
menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Jenis Kesediaan Belajar

Kesediaan fizikal:

Dari segi perlakuan serta tindakan, keadaan sekitar seperti kebisingan


atau kekurangan peralatan atau bahan yang boleh menggugat kesediaan
untuk belajar.
Sebagai contoh seseorang murid yang masih berbual dengan rakan ketika
guru sedang mengajar atau tidak menyediakan peralatan belajar seperti
buku dan alatulis menunjukkan murid tersebut masih belum bersedia
untuk belajar.
Keadaan kesihatan seseorang murid juga memberi kesan yang besar
terhadap proses pembelajaran.

Kesediaan mental:

Kesediaan mental merujuk kepada kemampuan memberi fokus, penetapan


matlamat, kesanggupan dan kematangan berfikir secara kritis dan kreatif
dalam penyelesaian sesuatu masalah tanpa mengikut nafsu semata-mata.
Seseorang murid yang bersedia dari segi mental mudah menerima
pelajaran, bersifat rasional serta bijak membuat keputusan yang
menguntungkan semua pihak.

Kesediaan emosi (kejiwaan):

Ketenangan jiwa mampu menstabil serta mengawal diri daripada terlibat


dengan perlakuan yang boleh membinasakan diri kita sendiri.
Ketenangan jiwa dapat memandu murid supaya lebih fokus, yakin dan
bersemangat untuk belajar.
Membolehkan murid mendapat ilmu dengan lebih mudah serta memahami
topik pembelajaran yang diajar oleh guru.

You might also like