Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2
Nama: YOK WEI LIANG
Kumpulan: PISMP1B1
Soalan tutorial bab 3: Peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak dan
teori perkembangan yang berkaitan perkembangan bahasa dan kognitif 1. Piaget merupakan seorang ahli psikologi terkemuka yang telah banyak memberikan sumbangan kepada pengetahuan dan kefahaman kita tentang perkembangan kognitif kanak-kanak. a) Jelaskan konsep skema dan perkaitannya dengan proses asimilisasi. Skema merupakan struktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan mental seseorang untuk memahami dan menyusun maklumat baharu. Skema dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal di persekitarannya. Semakin kanak-kanak membesar, skema baharu akan terbentuk dan skema sedia ada akan diubah suai dan bertambah luas. Asimilasi pula merupakan proses kognitif mengintegrasikan maklumat baharu ke dalam skema sedia ada. Contohnya, kanak-kanak belajar konsep kereta melalui pengalaman dan pemerhatian ciri-ciri kereta yang dipandu oleh ayahnya. Asimilasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal pasti kereta berjenama atau berwarna lain yang berada di jalan raya sebagai kereta Kanak-kanak ini berjaya mengasimilasikan maklumat baharu ke dalam skema sedia ada dengan mudah. b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan konflik kognitif atau ketidakseimbangan (disequilibrium) yang dialami kanak-kanak semasa cuba memahami sesuatu yang sedang dipelajarinya. Konflik kognitif berlaku semasa kanak-kanak cuba memahami maklumat baru tetapi tidak dapat asimilasi atau akomodasi ke dalam skema sedia ada. Apabila konflik kognitif ini dapat diatasi maka ekuilibrasi dicapai dan pemikiran berada dalam keadaan seimbang. Misalnya, seorang kerani yang menggunakan komputer sebagai alat pemprosesan maklumat mengalami konflik kognitif semasa mempelajar bahawa komputer juga berfungsi sebagai kamera web (webcam) dan membolehkan telekonfrens antara manusia dari sudut dunia yang berlainan. Bagi memastikan ekuilibrasi tercapai, kerani tersebut perlu menggunakan banyak tenaga kognitif untuk memahami fungsi baharu komputer, iaitu membentuk skema baharu.
2. Menurut teori behavioris, pembelajaran ialah hasil daripada pelaziman melalui
rangsangan dan gerak balas yang diperkukuh melalui peneguhan.
Nama: YOK WEI LIANG
Kumpulan: PISMP1B1
a) Jelaskan proses penguasaan sesuatu bahasa berdasarkan teori pemerolehan
bahasa behavioris. Berdasarkan teori pemerolehan bahasa behavioris, penguasaan sesuatu bahasa merupakan hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Pengamal teori behavioris menekankan pembelajaran bahasa sebagai tingkah laku verbal yang perlu diulang-ulang sehingga perkaitan rangsangan dan gerak balas menjadi kebiasaan. Bahasa yang berjaya dipelajari perlu diperkukuhkan melalui pemberian peneguhan. Contohnya, guru menggunakan teknik latih tubi, menyuruh murid-murid mengulang perkataan yang disebut oleh guru. Pembelajaran bahasa ini dapat diperkukuhkan melalui pemberian ganjaran kepada tindak balas yang betul. Hal ini mendatangkan kesan menyeronokkan dan kebarangkalian kanak-kanak tersebut mengulangi tingkah laku sedemikian akan meningkat. Berdasarkan teori pemerolehan bahasa behavioris. Para behavioris memberi penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik terutamanya aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain. b) Bagaimanakah pengetahuan tentang Peringkat Operasi Konkrit (Piaget) dapat membantu guru dalam perancangan pengajarannya? Pada peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun), kanak-kanak tidak lagi bersifat egosentrik. Mereka boleh berfikir secara logik tetapi masih bersifat konkrit. Namun, mereka boleh menjalankan operasi kognitif seperti mengklasifikasikan, seriasi, kekekalan dan kebalikan. Dengan ini, guru boleh menyediakan pembelajaran yang menggunakan bahan maujud dan menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk membuat penerokaan terhadap sesuatu konsep yang dikaji. Strategi pengajaran dan pembelajaran perlu mencabar pemikiran murid supaya dapat mencetuskan proses asimilasi dan akomodasi, seterusnya memperluaskan skema kognitif sedia dan membolehkan skema kognitif yang baharu dibina. Aktiviti pembelajaran perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid-murid untuk memudahkan mereka mengintegrasikan pengetahuan baharu dengan yang sedia ada dan seterusnya membetulkan konsep-konsep yang salah.
Pendidikan Prasekolah Adalah Pendidikan Asas Yang Penting Dan Telah Mendapat Perhatian Oleh Semua Peringkat Masyarakat Kerana Pendidkan Prasekolah Merupakan Pendidikan Awal Dalam an Hidup Seseorang Individu