Ulasan Jurnal PJ Suaian
Ulasan Jurnal PJ Suaian
Ulasan Jurnal PJ Suaian
Khas
Oleh
Safani Bari Hamdan Mohd Ali ,Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia
Aktiviti pendidikan jasmani suaian merupakan satu aktiviti yang sangat penting
kepada semua pelajar di sekolah termasuk pelajar berkeperluan khas. Di dalam
jurnal ini,penulis menulis hal berkaitan aktiviti pendidikan jasmani suaian pelajar
berkeperluan khas. Penulis menggunakan 36 orang guru di sekolah menengah di
Wilayah dan Selangor sebagai sampel kajian. Penulis membuat kajian melibatkan
pemerhatian dan temubual terhadap pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani di
tujuh buah sekolah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Penulis menyatakan kajian
menunjukkan hanya 50% daripada guru yang mengajar pendidikan jasmani pelajar
khas mempunyai latihan khusus dalam pendidikan jasmani dan tiada format yang
standard digunakan di antara satu sekolah dengan satu sekolah yang lain.
Menurut penulis, pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk
murid-murid dengan keperluan khas. Penulis menyatakan murid-murid berkeperluan
khas ialah murid-murid yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran,
pembelajaran dan juga termasuk murid-murid pemulihan. Matlamat pendidikan
murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan kepada kebolehan, kefungsian,
kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid-murid untuk
menjadikan mereka insan yang dapat berdikari dan berjaya dalam kehidupan
(Jabatan Pendidikan Khas, 1997). Penguasaan dan pencapaian dalam kemahirankemahiran melibatkan kebolehan kognitif, perkembangan tingkahlaku, sosial,
penguasaan bahasa lisan, membaca, matematik, berdikari serta meningkatkan
kemahiran fizikal.
Tujuan penulis membuat kajian ini ialah untuk mengkaji dari aspek pelaksanaan
aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani suaian di sekolah, kesesuaian aktiviti pengajaran
dan pembelajaran pendidikan jasmani, mengenalpasti masalah pelaksanaan dari
aspek keperluan tenaga pengajar serta kesesuaian kemudahan dan peralatan
pengajaran pendidikan jasmani suaian di sekolah-sekolah menengah khas.
Jumlah sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah 7 buah sekolah iaitu terdiri
daripada 2 buah sekolah menengah khas dan 5 buah sekolah menengah khas
program percantuman. Terdapat seramai 36 orang guru yang mengajar pendidikan
jasmani kepada pelajar khas. Hanya 50% (18) daripada guru-guru tersebut adalah
guru-guru pendidikan jasmani memiliki kelayakan. Tidak semua daripada mereka