Unit Pengajian Am
Unit Pengajian Am
Unit Pengajian Am
TARIKH SERAH:
TANDATANGAN:
(MUHAMMAD SAIFUL AKMAL BIN ALIZAL)
berkualiti termasuk menggalakkan kepulangan pakar tempatan yang telah berhijrah supaya
berkhidmat di tanah air, memperluas aspek pendidikan, dan memantapkan nilai perkhidmatan.
Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi berkembang dengan pesat. Pelbagai peranti dan
aplikasi berkembang dengan pesat. Digunakan dalam pelbagai tujuan termasuk perniagaan dot
com atau e-dagang, iaitu perniagaan secara atas talian. Hampir semua perniagaan yang berjaya
kini menggunakan ICT dalam urusan harian. Aktiviti perniagaan semakin berkembang dan
mudah melintasi sempadan. Peniaga dan pembeli hanya bertemu dan melakukan transaksi
secara maya. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang banyak mendatangkan keuntungan
kepada negara. Kerajaan dapat mengurangkan kos pengerusan, tetapi memperoleh banyak
pendapatan. Sejajar dengan itu kerjaan menambah baik Dasar Telekomunikasi Negara, sentiasa
menyokong Dasar Langit Terbuka dan menggalakkan operator telekomunikasi meningkatkan
mutu perkhidmatan.
Rancangan Malaysia ke-10. Semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri giat
memperkasa keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan
melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Bidang
tumpuan NKRA adalah mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada
pendidikan bermutu dan termampu, meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah,
memperkasa prasarana luar bandar dan pendalam, daan menambah baik pengangkutan awam.
Cabaran negara yang terbesar adalah dari segi ekonomi. Antara cabaran tersebut ialah,
menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020, dan mentransformasikan Malaysia ke
arah sesebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Kerajaan memasarkan Pendapatan
Negara Kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang RM23 700 pada tahun 2009 ke lebih
kurang RM48 000 pada tahun 2020. Pada 30 Mac 2010 dan 10 Jun 2010, Model Ekonomi Baru
dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) telah dibentangkan. RMK-10 telah memberi asas yang
kukuh bagi penggubalan Model Ekonomi Baru. Agenda Transformasi Ekonomi melalui pelbagai
strategik dan langkah untuk menggalakan pelaburan swasta dan memperkukuhkan pembangunan
modal insan dan produktiviti dapat dipercepatkan melalui Bajet 2011.
memelihara
keamanan
negara
ialah,
dari
segi
Pergerakan
Yayasan
JENIS CABARAN YANG DIHADAPI OLEH NEGARA PADA MASA DULU DAN MASA
HADAPAN
1.1 CABARAN MASA DAHULU MALAYSIA
Cabaran utama negara adalah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengakui hasrat untuk mencapai
taraf negara maju akan terbantut dan boleh dipintas oleh negara lain jika semua pihak tidak
bersungguh-sungguh untuk menjayakan. Keadaan ekonomi pada masa kini berbeza berbanding
dengan ketika pengumuman Wawasan 2020 oleh Tun Mahathir pada 28 Februari 1991. Pada
waktu itu, pertumbuhan ekonomi dunia amat memberangsangkan. Keadaan dunia pada masa
sekarang sudah jauh berubah dengan pelbagai krisis ekonomi yang berlaku seperti krisis Asia
1997 dan krisis ekonomi global pada tahun 2011 yang menyebabkan kadar pertumbuhan
ekonomi negara menjunam dan menguncup dengan ketara. Cabaran besar yang dihadapi oleh
negara pada hari ini ialah dasar terbuka negara Cina, India dan Vietnam yang telah berubah
secara drastik ke arah yang lebih positif untuk menarik pelaburan asing ke negara mereka. Kita
juga menghadapi cabaran globalisasi yang telah membuka ruang dan peluang luas untuk kegiatan
jenayah sedia ada beroperasi selain menjadi pemangkin kepada kewujudan jenayah baharu,
termasuk keganasan, memperdagangkan manusia dan masalah dalam negara. Ancama keganasan
memberi impak kepada perkara yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan dalam dan
luar negara. Kestabilan politik dalam negara boleh tergugat akibat daripada campur tangan asing
dan sikap keterbukaan kepada media Barat yang sentiasa memcari peluang dan ruang dalam
mencampuri urusan dalam negara atas alasan hak asasi manusia dan amalan demokrasi.
Cabaran kepada Pertahanan Negara, Malaysia terletak dalam kawasan yang strategik dari
sudut geopolitik di rantau Asia Pasifik. Malaysia terletak di persimpangan dua jalan yang
penting, iaitu Lautan India dan Lautan Pasifik yang kaya dengan sumber galian seperti minyak
dan gas asli. Kedudukan Malaysia sangat strategik dari segi kestabilan dan keselamatan di rantau
Asia Pasifik. Ekonomi Malaysia berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahanbahan mentah serta barangan yang diproses. Keadaan politik Asia Tenggara yang sentiasa
bergolak dengan permasalahan politik boleh mengancam kedudukan ekonomi dan politik
Malaysia. Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu(PBB), iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman
dan damai. Negara kita memainkan peranan yang aktif dan memberikan sumbangan yang
bermakna terhadap PBB melalui penyertaan dalam agensi-agensi pertubuhan tersebut seperti
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO) dan United
Nations Conference on Trade and Development(UNCTAD). Malaysia juga memberikan
sokongan terhadap orde baru Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-negara 77
untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama ini memihak kepada negara
maju sahaja. Malaysia sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai
anggota Komanwel. Pada tahun 1989, Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah
persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel(CHOGM). Kemudian, pada September 1998,
Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Komanwel. Sebagai sebuah negara yang
menjadikan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia telah menjalinkan hubungan erat dengan
negara-negara Islam yang lain. Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam
Pertubuhan Persidangan Islam(OIC). Malah, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Setiausaha Agung pertam OIC. Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap
hubungan negara-negara Islam sebagai salah satu usaha hubungan luarnya.
1.2 CABARAN KEPADA MASA HADAPAN MALAYSIA
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad, mewarwarkan Malaysia
dijangka akn mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengikut acuannya sendiri.
Disebabkan oleh Wawasan 2020, aktiviti ekonomi Malaysia menerima impak melalui
transformasi Malaysia dari negara pertanian ke negara perindustrian. Melalui Wawasan 2020
juga, banyak projek pembangunan telah dilaksanakan agar selari dengan Wawasan 2020, seperti
pembinaan projek mega Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah membawa kepada
pembinaan Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur(KLIA) dan Cyberjaya. Projek-projek tersebut merupakan antara projek-projek
terpenting dalam usaha mentransformasikan ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada
masa itu.
Berdasarkan Indeks Daya Saing Global atau Global Competitve Index, kita berada ditangga ke25. Persoalan yang ingin dilontarkan ialah adakah pencapaian tangga ke-25 itu menunjukkan
kepada kita satu petanda yang baik kepada Malaysia dari segi keupayaan negara dalam mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020? Atau dimanakah bahagian yang harus Malaysia beri
perhatian sepenuhnya dalam usaha melicinkan perjalanaan ke arah status negara maju? Bagi
menjawab persoalan-persoalan tersebut, terdapat banyak cabaran yang harus Malaysia tempuhiu
dalam usaha membina sebuah negara maju. Jadi, semuanya bermula dari kekuatan ekonomi.
Seperti yang sedia maklum pada tahun-tahun sebelumnya, Malaysia telah menghadapi pelbagai
pahit getir dalam konteks pembangunan ekonomi. Seperti yang kita tahu, krisis ekonomi yang
berlaku pada tahun 1997-1998 telah memberi impak yang besar kepada hamper kesemua negaranegara Asia termasuklah Malaysia. Biarpun Malaysia berjaya mengatasi cabaran kelembapan
ekonomi pada waktu itu, persoalannya, bagaimana masa depan ekonomi Malaysia? Krisis
ekonomi telah menjadi satu trend dalam jangka masa 10 tahun disebabkan oleh berlakunya lagi
krisis ekonomi yang serius pada tahun 2008 selepas itu. Apabila berlakunya krisis ekonomi yang
melanda seluruh dunia, adakah Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi
persekitaran yang tidak dijangka dalam kelembapan ekonomi?
Ekonomi
Cabaran
Cabaran pertahanan
Malaysia terbahagi
kepada dua faktor
ancaman keselamatan
iaitu ancaman
keselamatan/politik
yang meliputi
ancaman dari negara
jiran, negara serantau
dan negara
antarabangsa dan
kemudian ancaman
bukan ketenteraan
yang meliputi lanun,
jenayah, pelarian dan
penyeludupan
Hiburan melampau
dalam kalangan muda,
masalah dadah,
peningkatan domisasi
kaum dalam sesuatu
bidang, cabaran
memantapkan
perpaduan, pebezaan
budaya sebagai aset
negara dan lain-lain
Kegawatan ekonomi
yang menyebabkan
pertumbuhan ekonomi
negatif dalam
kebanyakan sektor
seperti sektor
perkilangan, sektor
pengangkutan, sektor
perniagaan dan runcit.
Banyak firma terpaksa
Punca
Antara punca
berlakunya ancaman
ketenteraan/politik
adalah ketidakstabilan
politik, dasar
keselamatan dan
perluasan kuas. Bagi
ancaman bukan
ketenteraan, punca
berlakunya adalah
disebabkan
pengawasan dilaut
terhad, kekurangan
penguatkuasaan,
faktor kemiskinan dan
sebagainya
Pengaruh
persekitaran,
penggunaan teknologi
telekomunikasi seperti
telefon pintar yang
boleh mengakses
maklumat dan
melayari laman web
sosial seperti
facebook, kurang
pergaulan dan
interaksi sosial
Pengeluaran wang
keluar dari negara
melebihi kemasukan
mata asing dan
kegiatan spekulasi
mata wang Ringgit
Malaysia(RM) oleh
perdagang mata wang
sehingga menyebakan
kejatuhan nilai mata
Penyelesaian
Antara langkah
mengatasi ancaman
terhadap Malaysia
adalah dengan
memperkukuh Dasar
Luar Malaysia,
melaksanakan Dasar
Pertahanan
Malaysia(DPM) dan
memodenkan sistem
dan aset pertahanan
Malaysia.
Melaksanakan
penguatkuasaan
undang-undang yang
berkesan dan
pelaksanaan pelbagai
aktiviti
kemasyarakatan
seperti bergotongroyong dan majlis
sambutan perayaan
Meningkatkan
perbelanjaan kerajaan
bagi menghidupkan
firma-firma,
menggalakkan rakyat
supaya berbelanja
agar dapat
meningkatkan
pertumbuhan ekonomi
dan memantapkan
menutup operasi
kerana wujud keadaan
penawaran produk
yang melebihi
permintaan
Politik
wang
Antara cabaran
pengaplikasiaan
bidang sains dan
teknologi adalah, asas
sektor pembuatan
negara terlalu sempit
dan sebahagian besar
eksport barangan
pengeluaran
bergantung pada
produk elektrik dan
elektronik sahaja
Faktor yang
mempengaruhi
strategi sains dan
teknologi,
pembangunan,
keselamatan dan
kesejahteraan sosial,
perkaitan dasar sains
dan teknologi negara
dengan dasar-dasar
lane, peningkatan
perkhidmatan
saintifik, dan berdikari
Langkah
penyelesaian,
meperuntukan
sebanyak RM 414 juta
di bawah Majlis
Penyelaras dan
Kemajuan Sains
Negara(MPKSN)
dalam Rancangan
Malaysia Keenam,
memperuntukan
sebanyak RM600 juta
dalam Rancangan
Malaysia Keenam,
dan memajukan dan
menyelaraskan Projek
Penyelidikan dan
Pembangunan untuk
meningkatkan
keupayaan teknologi
tempatan
Integrasi &
Perpaduan
Proses mewujudkan
satu kebudayaan
nasional mengambil
masa yang lama untuk
diterima dan diserap
oleh rakyat. Identiti
kewarganegaraan dan
seni budaya jelas
terlibat dalam
perayaan-perayaan
rasmi dan tidak rasmi
Mengukuhkan
perpaduan bangsa dan
negara melalui
kebudayaan bersifat
kemalaysiaan,
memupuk dan
memelihara
keperibadian
kebangsaan yang
wujud daripada
kebudayaan
kebangsaan
Memenuhi keperluaan
sosiobudaya,
memenuhi taraf dan
mutu kesenian,
meningkatkan taraf
dan kualiti kesenian
melalui kerjasama
penyelidikan,
pendidikan dan
hunbungan budaya,
dan memperbanyak
pertunjukan
kebudayaan untuk
memupuk perasaan
bangga selain menarik
minat masyarakat
terhadap aktiviti
kebudayaan