Bahasa Menunjukkan Bangsa
Bahasa Menunjukkan Bangsa
Bahasa Menunjukkan Bangsa
bahasa orang dapat mengenal kita. Makna ini sangat luas. “Bahasa” dalam peribahasa ini
tidak hanya bererti bahasa sebagai sistem linguistik yang terdiri daripada lambang-
lambang bunyi (fonetik atau fonem) yang disusun dalam bentuk perkataan dan seterusnya
dalam bentuk kalimat atau ayat. Bahasa merujuk lambang budaya dan fungsi atau
peranan bahasa sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Ahli
antropologi budaya dan antropologi sosial lebih tertarik untuk mengkaji bahasa dari
Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi
pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut beliau bahasa merupakan
firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa
mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta
sosial masyarakat tersebut. Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk
kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval
seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)
sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan
Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Haji Omar (2000) mengaitkannya
2
dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan
menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Dalam
masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya
msayarakatnya yang berpegang pada adat resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam
yang dianuti.
peribadi mulia yang perlu kita amalkan sebagai salah satu cara hidup. Bersopan-santun
boleh berlaku di dalam lakuan bahasa yang formal atau tidak formal. Lakuan bahasa juga
boleh disamakan dengan fungsi butir pertuturan atau tutur kata. Kesantunan dalam
bahasa dan komunikasi memerlukan dua kawalan tindakan iaitu pertuturan dan mengawal
perilaku. Mengawal pertuturan bermakna kita tidak kerap menggunakan perkataan yang
bernada tanda seru, atau menyergah. Bagaimanapun, kita pula perlulah tahu membezakan
ketidaksantunan dengan faktor-faktor seperti idiolek dan dialek. Walaupun dari daerah
atau latar belakang sosial yang sama, tetapi tetap berlaku perbezaan pertuturan yang
dikenali sebagai idiolek yang mungkin disebabkan oleh sifat fisiologi atau alat pertuturan
individu itu sehingga menyebabkan sebutan yang sengau, tabiat pertuturan yang
akibat faktor sosial dinamakan dialek sosial. Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam,
(1985) menjelaskan bahawa “dialek sosial juga disebut register atau laras bahasa iaitu
definisi-definisi tersebut jelaslah dialek sosial wujud hasil daripada hubungan sosial yang
berlaku dalam kehidupan individu seharian. Selain itu, ia melibatkan variasi bahasa yang
3
mengambil kira kepada faktor-faktor sosial seperti umur, jantina, pekerjaan, pendidikan,
dipengaruhi satu atau lebih komponen sosial berikut iaitu pemeran (siapa yang bertutur
dan siapa lawan tutur), latar belakang, tempat, topik, dan fungsi.
Bahasa Melayu mempunyai sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa-
bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menguasainya dan menggunakannya dengan
betul dalam konteks yang sesuai dengan lawan tutur mereka. Kesalahan penggunaan
sapaan dan rujukan ini boleh menimbulkan suasana yang tegang dan tidak harmoni di
antara penutur dan lawan tutur. Kata-kata bukan sahaja berfungsi untuk merujuk
bahasa tersebut. Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi,
iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, kebiasaannya
penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur.
Penggunaan bahasa formal lebih mesra dan tinggi sifatnya berbanding dengan
bahasa tidak formal. Lazimnya penggunaan bahasa tidak formal mempunyai ragam
bahasa yang bebas iaitu tidak mementingkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu, dan
sebagainya. Bahasa tidak formal terdiri daripada bahasa slanga, kolokial, bahasa pasar,
dan sebagainya. Di dalam hubungan formal, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan
dan rujukan tersendiri berbeza daripada situasi tidak formal. Dalam situasi formal
hormat terhadap lawan tutur mereka. Pengguna bahasa Melayu tidak boleh
bahasa formal merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap, dan
4
memerlukan semua strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat hormat
Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah bentuk
bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan
seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata,
dan dalam situasi apa dia berkata. Orang Melayu menggunakan bahasa sapaan dan kata ganti
nama diri ketika berkomunikasi. Status merupakan faktor penting dalam penggunaan bahasa
sapaan dan kata ganti nama diri digunakan terutamanya dalam pergaulan dengan orang berdarjat
tinggi, manakala dalam konteks pergaulan biasa, umur dan jarak perhubungan menjadi faktor
kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan dan kedudukannya dalam masyarakat.
panggilannya yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri
tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai
dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban perhubungan. Bahasa halus mengikut
Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib. Cara
sapaan lisan atau bertulis menurut Bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak
dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Sebagai contoh, kita menggunakan
sapaan “saudari” untuk menegur seorang gadis yang belum kita kenali, atau rujukan
hadirin pada sesuatu majlis. Ketika berjumpa kadi, imam atau penghulu, kita akan
Dalam masyarakat Melayu, sistem sapaan boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu
kata ganti nama, kata panggilan umum dan kata panggilan dalam keluarga Melayu.
5
Ketiga-tiga sistem panggilan ini berbeza mengikut konteks penggunaannya. Kata ganti
nama dan sapaan dititikberatkan untuk ganti nama diri pertama dan kedua. Menurut Teo
Kok Seong (2003) mengatakan bahawa penggunaan kata ganti nama orang kedua amat
bergantung pada dua kekangan, kekuasaan dan keakraban. Bahasa sapaan berdasarkan
pangkat atau status seseorang dalam masyarakat merujuk kepada gelaran pergaulan formal,
gelaran warisan, gelaran kurniaan kerajaan, gelaran kurniaan ikhtisas, dan gelaran keagamaan.
Dari segi komunikasi, amalan protokol yang mesti dipraktikkan ialah adab berbual, sapaan,
penggunaannya dalam upacara rasmi ataupun pengacaraan bagi sesuatu majlis yang berasaskan
gelaran diraja, gelaran turun-temurun, gelaran kurniaan darjah kebesaran, gelaran kurniaan
ikhtisas, dan gelaran keagamaan. Masyarakat Melayu mempunyai satu aturan atau sistem tertentu
berhubung dengan bahasa sapaan dan panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi
Kita sebagai bangsa Melayu haruslah mengetahui sedikit sebanyak mengenai asal
usul bahasa kita sendiri. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu,
Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia
digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa
Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura
yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada zaman
penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia
Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri
Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu
Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air
Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah
kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek
yang tidak bermoral. Contohnya kita dapat lihat pada remaja zaman sekarang. Banyak
faktor yang mempengaruhi remaja menggunakan bahasa yang kurang sopan dalam
pertuturan seharian. Faktor emosi serta cara didikan keluarga dan persekitaran boleh
perkataan yang tidak baik, kasar atau mencarut merupakan gambaran situasi jiwanya yang
resah, kusut dan memberontak. Semasa pembesaran remaja, didikan keluarga yang tidak
ini. Ibu bapa yang tidak berlemah lembut dan menggunakan perkataan yang tidak sesuai
apabila bercakap dengan anak-anak mereka boleh mendidik anak-anak mereka menjadi
begitu. Kadang kala ibu bapa yang bergaduh di hadapan anak-anak juga cenderung untuk
menggunakan bahasa dan nada yang kurang baik dan ini meninggalkan contoh yang tidak
Selain itu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran juga menyumbang kepada
masalah ini. Sesetengah remaja cenderung menggunakan bahasa yang kesat dalam
pergaulan seharian. Hal ini amat jelas terutamanya apabila mereka bergaul dengan rakan-
7
rakan sebaya. Sebagai contoh, perkataan seperti “sial” sering diungkapkan oleh
sesetengah remaja kita bagi mengungkapkan rasa tidak puas hati atau memberi kritikan
terhadap sesuatu. Namun sebenarnya perkataan sedemikian dan banyak lagi perkataan
lain yang berbaur kesat serta mencarut adalah amat tidak manis didengar walaupun
diungkapkan antara sesama rakan sebaya. Persoalannya adakah mereka mengerti akan
maksud perkataan yang diungkapkan serta kesannya terhadap perilaku diri dan sensitiviti
orang lain? Sungguh pun pertuturan itu hanya berlaku sesama mereka sendiri, adalah
tidak mustahil untuk mereka menuturkannya apabila berbicara dengan orang lain.
Penggunaan bahasa kasar di dalam SMS dan blog juga tidak terlepas daripada
menjadi punca kepada permasalahan ini. Kadang kala, akibat menjadi mengambil mudah
akan hal ini, sensitiviti orang lain tidak dijaga. Selain itu, media juga berperanan besar
dalam hal ini. Penggunaan perkataan yang tidak sesuai yang ditonjolkan di dalam drama,
filem dan juga lagu-lagu sedikit sebanyak menjadi ikutan remaja masa kini. Akibatnya,
remaja terbawa-bawa dalam kehidupan seharian. Pertuturan seharian kita juga mampu
mempengaruhi minda separa sedar kita lalu mewujudkan tabiat berfikir yang boleh
menjurus ke arah pemikiran positif atau negatif. Hal ini selanjutnya mampu mencorakkan
sikap dan emosi kita terhadap perkara yang berlaku di sekeliling. Maka apabila kita
sentiasa bertutur dengan perkataan yang kasar atau negatif, kita sebenarnya secara tidak
langsung memprogramkan minda kita ke arah pemikiran negatif. Kesannya, kita bakal
Cara kita menggunakan bahasa Melayu atau ragam tertentu bahasa Melayu
menunjukkan kelakuan budaya, sosial atau taraf sosial kita dalam masyarakat. Orang
Melayu melihat bahasa sebagai sistem budaya. Status sosial dan kelakuan budaya atau
adat mereka dapat diketahui melalui bahasa. Inilah yang dimaksudkan dengan perkataan
8
bangsa dalam peribahasa ini, yakni jenis atau kelas sosial orang itu. Kedua, bahasa ialah
penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa. Bangsa tidak lagi bererti kelas sosial atau
adat orang itu tetapi sebagai entiti atau kesatuan sosiopolitik atau tamadun supraetnik
yang dalam bahasa Inggeris disebut nation. Kita mengenal bangsa Melayu berdasarkan
bahasa yang mereka miliki dan gunakan. Bahasa inilah yang menjadi alat pembentuk
tamadun bangsa Melayu sepanjang sejarahnya. Bahasa inilah yang digunakan sebagai alat
pemikiran untuk menghasilkan ilmu dan karya-karya besar kesusasteraan dan seni bangsa
Melayu.
kecekapan berbahasa dari segi penguasaan peraturan linguistiknya sebagai salah satu
tanda kekuatan jati diri atau kemajuan tamadun bangsa Melayu. Banyak contoh di dunia
yang menunjukkan sesuatu bangsa itu tidak maju adalah kerana mereka tidak pandai lagi
menggunakan bahasa sendiri sebagai alat pemikiran, alat ilmu dan kemajuan bangsa dan
membiarkan fikiran atau minda mereka terus dijajah oleh budaya bahasa asing, terutama
masalah tersebut. Rata-rata orang Melayu lebih banyak menggunakan bahasa Melayu
yang bercampur baur dengan bahasa Inggeris, dalam lebih 75% komunikasi lisan setiap
hari, baik dalam komunikasi sosial yang biasa mahupun dalam komunikasi formal.
Menurut Scrhrammn (seperti yang dipetik dalam Ahmad Kamil Mohamed, 1992)
mendefinisikan komunikasi sebagai usaha untuk berkongsi maklumat, satu idea dan
sikap. Menurut beliau lagi komunikasi memerlukan tiga elemen iaitu sumber, mesej, dan
Sekiranya rangsangan itu tidak dipedulikan oleh seseorang, jadi tidak akan berlaku
9
komunikasi. Hal ini menunjukkan bahawa komunikasi yang baik dapat menunjukkan
keperibadian bangsa Melayu kita. Apabila kita menggunakan bahasa yang baik yang
penuh dengan kesantunan, proses perantaraan dengan pihak penerima akan berlaku
dengan baik. Bahasa yang kita gunakan mencerminkan keperibadian kita sebagai bangsa
Melayu. Jika buruk bahasa yang kita gunakan, maka buruklah perspektif penerima yang
mungkin dari bangsa lain. Bahasa itu sangat penting kerana merupakan peranan utama
Wabak yang melanda dan menjejaskan kesantunan bahasa kita pada masa kini
ialah bahasa rojak. Bahasa rojak merupakan bahasa Melayu yang dicampuradukkan
dengan bahasa lain seperti Bahasa Inggeris. Isu bahasa rojak kembali mendapat perhatian
umum ekoran pengharaman lagu seperti Seksis dan Diva nyanyian Anita Sarawak dan
Tipah Tertipu nyanyian Ruffedge oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kerana
mempunyai unsur bahasa rojak. Kerajaan perlu bertegas dalam menangani isu bahasa
rojak jika mahu kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikekalkan.
Tokoh akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat (Berita
Harian - 29/04/2004), jika tidak dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa Bangsa’ akan
Komunikasi Universiti Putera Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Musa Abu Hassan
(Berita Harian - 29/04/2004, hlm. 4) semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha
menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis rasmi kerajaan.
Bahasa Inggeris berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada campuran atau dirojakkan,
jadi kita mesti menunjukkan bahasa Melayu yang sebenar dalam urusan kita. Jangan
10
juga bahasa Inggeris. Bahasa yang rosak mencerminkan bangsa yang rosak. Lebih teruk,
golongan itu tidak sedar mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara. Pakar bahasa dan linguistik Melayu,
Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim (Berita Harian - 29/04/2004, hlm.4) berkata,
badan khas tersebut sangat penting sebelum masalah bahasa Melayu semakin rumit dan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr. Siti Zobidah Omar berkata (Berita
individu tanpa disedari. Katanya, penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian
juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan bahasa Melayu kaya dengan
unsur tersebut.
Kesimpulan di sini, adalah sangat penting untuk kita saling menjaga kesantunan
bahasa Melayu kita supaya dapat memartabatkan bangsa Melayu sebagai satu bangsa
yang sungguh unik dan harmonis di mata dunia. Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa,
Dr. Teo Kok Seong (Berita Harian - 29/04/2004, hlm.4) berkata penilaian tentang
kesantunan bahasa ditentukan secara mutlak oleh pihak yang mendengar atau diajak
bercakap. Katanya lagi, untuk berfungsi sebagai anggota komuniti bahasa Melayu yang
cekap, seseorang mestilah menguasai bahasa Melayu yang melewati komponen linguastik
dan struktur bahasa. Ini adalah kerana kebolehan berbahasa Melayu bukan setakat
pengetahuan tentang apa yang dilafazkan, kepada siapa dan dalam situasi bagaimana serta
cara melafazkannya. Sebagai penutup, apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai
lagi, maka lambat-laun hilanglah bangsa itu. Sikap meminggirkan bahasa akan
11
melenyapkan bangsa sendiri dalam negara bangsa yang dibina sejak berkurun lamanya.
Bak kata pepatah, “bahasa melambangkan jiwa bangsa” dan “bahasa menunjukkan
Rujukan Utama
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan, Universiti Utara Malaysia. (2007). Siri
Nuraiji Yusoff, Hishamudin Isam, Faizah Ahmad, Phat a/l Awang Deng, Rohaya Md. Ali,
Nor Hafizah Ibrahim, Mashetoh Abd. Mutalib, Yusniza Yaakub. (2007). Bahasa Melayu
Rujukan Tambahan
Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Raminah Hj. Sabran, & Rahim Syam. (1985). Kajian bahasa untuk pelatih maktab
Teo Kok Seong. (2003). Bentuk panggilan sebagai penyataan hubungan sosial. Dalam
Muhammed Salehuddin Aman. Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri orang.
Utusan Online. (2003, March 14). Kesantunan bahasa dan Komunikasi, from
http:www.utusan.com.my
Mohd Farid Md. Alias. (2007, Disember 12). Kesantunan bahasa di kalangan
Mohd Farid Md. Alias. (2008, Disember 27). Remaja dan Bahasa ibunda, Utusan
Wan Marzuki Wan Ramli. (2002, September 11). Bahasa Melayu akan terus kukuh,
Prof. Madya Dr. Musa Abu Hassan. (2004, April 29). Kerajaan perlu tegas tangani isu
http://www.bharian.com.my
Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. (2004, April 29). Kerajaan perlu tegas
tangani isu bahasa rojak. Berita Harian. Retrieved January 11,2009 from
http://www.bharian.com.my
Dr. Siti Zobidah Omar. (2004, April 29). Kerajaan perlu tegas tangani isu bahasa rojak.
Prof. Madya Dr. Teo Kok Seong. (2004, April 29). Kerajaan perlu tegas tangani isu
http://www.bharian.com.my
Universiti Kuala Lumpur. (2009, Jan 11). Asal-usul Bahasa Melayu, Retrieved January