ANALISIS VARIASI BAHASA DI MALAYSIA NORHAFIZAH (Task 3)
ANALISIS VARIASI BAHASA DI MALAYSIA NORHAFIZAH (Task 3)
ANALISIS VARIASI BAHASA DI MALAYSIA NORHAFIZAH (Task 3)
SBLM 4023
PROVIDED FOR :
PROVIDED BY :
0
BAHASA DAN VARIASI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
1.0 Pengenalan
Bahasa ialah alat komunikasi yang digunakan oleh manusia dalam masyarakat kehidupannya
serta generasi penerusnya. Beberapa orang tokoh bahasa memperincikan pengertian bahasa kepada
beberapa definisi iaitu menurut Sapir (1921), bahasa ialah suatu kaedah bukan naluri (noninstinct)
bagi manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi, dan keinginan melalui simbol-simbol
yang lahir secara sedar. Selain itu bahasa juga disebut sebagai Suatu sistem lambang-lambang
bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi
(Bloch., & Trager, 142). Suatu sistem yang terdapat dalam bahasa termasuklah lambang-lambang
bunyi vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi
dan bahasa juga adalah merupakan satu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan
menggunakan satu set unsur yang terhad. Manakala, menurut Asmah Haji Omar, (1988) pula,
bahasa ialah firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Bahasa mencerminkan kebudayaan
penuturnya iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut.
Kajian terhadap variasi bahas bermula daripada kajian sosiolinguistik yang berfokus kepada
mencerminkan kwujudan variasi bahasa. Variasi bahasa dirujuk sebagai dialek atau kelainan
bahasa. Dengan perkataan lain, sesebuah bahasa secara keseluruhannya tidak seragam dan
ketidakseragaman itu digambarkan menerusi dialek atau variasi bahasa. Dalam konteks ini, bahasa
1
boleh dianggap sebagai sebuah sistem terbuka yang mengandungi beberapa bahagian dan sistem
Perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi
tertentu. Makin besar jumlah penutur sesuatu bahasa, makin luas daerah penyebarannya, dan
makin banyak perbezaan dari segi penggunaannya (Kamus Dewan, 1997). Dalam bahasa Melayu,
pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah,
Negeri Sembilan, dan Johor, dan sebagainya, menunjukkan wujudnya kelainan-kelainan itu.
Penggunaan bentuk bahasa yang berlainan berdasarkan faktor pengguna (orang yang
menggunakan bahasa) dan penggunaan (kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan).
Kelainan bahasa disebabkan faktor-faktor sosial, antaranya latar belakang pendidikan, jenis
pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza. Variasi bahasa terbahagi
kepada pengguna dan penggunaan dimana pada pengguna variasi bahasa terbahagi kepada dua
kategori iaitu dialek daerah dan ideolek manakala untuk penggunaan variasi terbahagi kepada
beberapa dielek sosial seperti dialek, pijin, kreol, slanga, bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa
halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa basahan, bahasa baku, bahasa mesra dan bahasa pasar.
Bahasa formal membawa maksud bahasa surat iaitu bahasa yang digunakan untuk tujuan-
tujuan rasmi, khususnya dalam konteks tulisan. Variasi perbahasaan yang lazim digunakan
dalam konteks tulisan, atau bentuk bersurat (bertulis) yang termasuk dalam kategori bahasa
baku dan bahasa istana. Ciri-ciri bahasa formal ialah bahasa terkawal dari segi perkataan, frasa
2
dan ayatnya yang lengkap, tersusun dan tinggi serta halus sifatnya. Selain itu, Perkataan dalam
binaan ayat tidak dipotong-potong sebagaimana yang kerap berlaku bagi variasi bahasa
Melayu lisan (Za’ba, 1965) dan menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang
bersifat rasmi.
Bahasa baku ialah bahasa standard dan variasi yang dipilih mewakili sesuatu bahasa secara
menyeluruh. Variasi yang digunakan oleh orang daripada pelbagai dialek ketika berkumpul
dan berbincang secara rasmi dengan menggugurkan sebahagian besar ciri atau unsur dialek
masing-masing supaya wujud keadaan saling memahami dalam hal yang diperkatakan. Bahasa
sebegini telah mengalami proses penghadaman iaitu diterima oleh masyarakat, dan menjadi
norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu (Nik Safiah Karim, et al. 2015). Ciri-ciri bahasa
baku ialah sering dikaitkan dengan golongan berpendidikan dimana ia igunakan dalam acara-
acara rasmi, seperti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, temu duga,
sama ada dalam tulisan atau lisan. Selain itu, bahasa baku mempunyai keseragaman dari segi
ejaan, sebutan, tatabahasa, kosa kata, istilah, perkamusan, dan laras bahasa. Keseragaman
ditentukan oleh pihak yang melaksanakan proses perancangan bahasa serta ayat dibina
mengikut struktur gramatis, iaitu yang mengikut peraturan yang telah ditentukan. Ia juga
menggunakan perkataan yang lengkap dan tidak disingkatkan atau dipendekkan, menggunakan
imbuhan yang tepat dan, penggunaan frasa sendi nama yang tepat.
3
3.1.2 Bahasa Istana
Bahasa istana ialah bahasa diraja yang juga disebut sebagai bahasa dalam iaitu bahasa khas
untuk kalangan keluarga diraja dan untuk acara rasmi yang melibatkan raja dan kerabat diraja.
Ia termasuk juga sebagai bahasa halus serta pengucapan yang lembut, lunak, beradat dan
terhormat. Ciri-ciri bahasa istana ialah berbentuk jumud iaitu rutin dan tidak berubah semenjak
dahulu. Bersifat baku iaitu mematuhi tatabahasa, dan rasmi iaitu digunakan juga dalam urusan
rasmi dengan rakyat, penggunaan kosa kata khusus (daripada bahasa Sanskrit). Selain itu,
panggilan dan kata ganti nama diri diraja digunakan dengan meluas, akhiran -nda dan -anda
digunakan dalam konteks kekeluargaan, sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang,
ungkapan hormat dalam komunikasi rasmi, perkataan atau perbuatan menyanjung raja dengan
meletakkan raja pada taraf tinggi berbanding rakyat biasa serta penggunaan perkataan
Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi. Juga disebut sebagai bahasa bebas yang
tidak mementingkan peraturan bahasa. Terdiri daripada dialek, bahasa slanga, bahasa pasar, dan
bahasa basahan, dan sebagainya, dan yang tidak digunakan dalam keadaan formal. Ciri-cirinya
ialah bertentangan dengan bahasa formal dan bahasa baku. Kerana perkataan dalam bahasa tak
formal sering disingkatkan dan terdapat percampuran kod atau bahasa bercampur-campur.
3.2.1 Dialek
Dialek ialah neka tempatan, loghat, atau bahasa daerah. Variasi tidak standard,
kerana digunakan dan difahami oleh lingkungan masyarakat atau kawasan yang
mengamalkannya sahaja (Brennan, 1996). Merujuk jenis bahasa yang digunakan dalam
4
percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang
khas, yang berbeza daripada sebutan-sebutan umum (standard) yang digunakan di negara
ini. Satu bentuk yang menyimpang daripada norma yang betul atau standard, tetapi tidak
sampai menjadikannya sebagai satu bahasa yang lain. Ciri-ciri bagi dialek ialah dialek
mempunyai sebutan yang berlainan, dengan maksudnya masih sama, bentuk kata yang
berbeza dengan variasi standard, tetapi maksudnya masih sama serta terdapat kelainan
perkataan bagi kata ganti nama dan kata umum (Nik Safiah Karim, et al 1995)
Bahasa slanga ialah sejenis bahasa terhad, iaitu penggunaan bahasa yang khusus
bagi sesuatu golongan atau kelas tertentu bagi sesuatu masa dengan pengertian tertentu. Ia
juga disebut sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker (Nik Safiah, 1981). Ciri-ciri bahasa
slanga ialah kosa kata daripada perkataan biasa tetapi membawa makna yang berbeza
daripada perkataan asal. Terdapat juga gabungan perkataan Melayu dengan bahasa asing,
tidak dapat difahami oleh orang yang bukan ahli kumpulan, boleh menimbulkan identiti
kumpulan dan membentuk dialek sosial. Lazimnya perkataan tidak kekal, diubah mengikut
Pengertian bahasa basahan ialah bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian,
antara ahli keluarga, teman rapat atau perbualan di kedai kopi. Ia juga merupakan bahasa
cakap mulut, yang digunakan sesama orang Melayu (Nuwairi, 1997). Ciri-cirinya ialah
terdapat kependekan perkataan yang ketara, perubahan bunyi, perkataan berbeza daripada
neka baku tetapi maknanya masih sama. Selain itu, ayatnya juga bersusunan mudah dan
5
ringkas dan menggugurkan imbuhan dan kata sendi nama. Hal ini dipengaruhi oleh
kata bantu di belakang kata kerja serta pengguguran kata hubung dalam ayat majmuk.
Bahasa pasar ialah bahasa kacukan yang terdiri dalam bentuk bahasa Melayu yang
digunakan dalam percakapan antara orang Melayu dengan bangsa lain, atau antara dua
pihak yang bukan sebangsa. Asalnya, orang asing yang menggunakan perkataan Melayu
dalam susuk ayat bahasa asing, tetapi orang Melayu turut menggunakan tatabahasa asing
supaya mudah difahami oleh orang bukan Melayu. Bahasa pasar juga wujud akibat
daripada pergaulan masyarakat yang berbilang kaum supaya saling memahami pertuturan
serta bahasa yang dituturkan apabila berlaku pertembungan antara dua pihak yang tidak
mempunyai satu bahasa perantaraan yang dapat difahami oleh kedua-dua pihak itu. Ciri-
cirinya ialah penggunaan perkataan punya khususnya dalam perbualan yang melibatkan
orang Cina dan India, penggunaan kata ganti nama diri yang berbeza daripada bahasa
baku, pengabaian penggunaan kata penjodoh bilangan, mengabaikan Hukum D-M dan
Pengertiannya ialah bahasa yang menunjukkan hubungan yang rapat antara penutur
dan pendengar. Ciri-ciri bahasa mesra ialah gelaran atau panggilan tidak lengkap,
menggunakan nama sendiri sebagai kata ganti nama diri orang pertama, kependekan kata
6
3.3 Bahasa Halus
Bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. Bahasa halus ialah bahasa
yang menggunakan perkataan atau ungkapan lain yang lebih lembut menggantikan perkataan yang
dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Ciri-ciri bahasa halus melibatkan
penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai dengan suasana formal dan tidak formal, perkataan
dan ungkapan berciri sopan iaitu kebanyakan bahasa halus menunjukkan ketinggian budi
penuturnya, pemilihan bahasa kiasan dalam ayat seperti bahasa berlapik atau bahasa beralas,
melibatkan penggunaan perkataan daripada bahasa Arab dengan menggambarkan kehalusan budi
dan hati penutur serta berkait dengan Islam yang sentiasa mementingkan akhlak yang tinggi.
Pengertian bahasa kasar membawa maksud bahasa yang tidak mempunyai adab atau
kurang ajar, tidak sopan dan tidak manis. Terdiri daripada bahasa kasar biasa (bahasa tidak sesuai
dengan tempat dan konteks), dan bahasa kasar kesat (bentuk bahasa ketika sedang marah dengan
maki hamun, mencarut, mengutuk, dan sebagainya). Ciri-ciri bahasa kasar iaitu mengandungi
perkataan atau frasa yang digunakan relatifnya kasar, kata-kata makian atau cacian terutama ketika
Bermaksud bahasa yangg terdiri daripada campuran unsur dua atau lebih bahasa lain yang
digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Ia
berkaitan dengan bahasa pasar. Contohnya bahasa peringkat awal yang digunakan oleh keturunan
Baba di Melaka merupakan gabungan bahasa Melayu dan bahasa Cina boleh dianggap sebagai
bahasa pijin. Ciri-ciri bahasa pijin dipermudah, agar saling difahami kedua-dua pihak, terdapat
percampuran kod.
7
3.6 Bahasa Kreol
Bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui
pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu. Ia berkembang
daripada bahasa pijin. Contohnya, bahasa Baba menjadi bahasa kreol apabila digunakan secara
tetap oleh golongan Baba-Nyonya. Ciri-ciri bahasa kreol ialah akan berlaku pertambahan kosa
kata, struktur tatabahasa menjadi lebih kompleks dan wujudnya penutur jati.
3.7.1 Idiolek
Idiolek ialah kelainan antara invididu dalam daerah dan latar belakang sosial yang sama.
Penyebab wujudnya idiolek adalah sifat fisiologi pada alat pertuturan individu. Misalnya,
sepatutnya tiada. Selain itu, idiolek terjadi disebabkan tabiat pertuturan yang lain, seperti
percakapan yang terlalu cepat atau lambat, gagap, tertahan-tahan serta cara bercakap,
seperti penekanan nada suara, atau pemanjangan dan pemendekan bunyi-bunyi tertentu.
3.7.2 Diaglosia
Diaglosia ialah dua variasi bahasa dalam sesuatu bahasa yang digunakan mengikut situasi
tertentu. Variasi tersebut terdiri daripada variasi yang lebih tinggi kerana digunakan
dalam situasi formal, dan digunakan dalam situasi tidak formal. Dalam kalangan
masyarakat di Malaysia, lazimnya bahasa standard digunakan dalam keadaan atau majlis
formal atau ketika berhubung dengan penutur daripada dialek lain, manakala dialek daerah
digunakan dalam perhubungan tidak formal atau dalam kalangan dialek yang sama.
8
3.7.3 Isoglos
Isoglos ialah garis pemisah atau sempadan antara satu dialek dengan satu dialek yang lain
dalam sesuatu bahasa dimana bentuk dialek di kawasan itu bercampur antara dua subdialek
yang berlainan. Contoh isoglos ialah tempat yang menjadi sempadan antara dialek Negeri
Sembilan dengan dialek Melaka, juga sempadan bagi dialek Kelantan dengan dialek
Terengganu.
3.7.4 Subdialek
mSubdialek merupakan variasi bahasa yang terdapat dalam sesuatu dialek. Contohnya, di
Perak terdapat beberapa dialek Perak, seperti di Parit, di Kuala Kangsar, di Tanjung Malim,
dan di Taiping, atau di Kelantan, terdapat dialek yang dituturkan di Pulai Chondong yang
3.7.5 Dwibahasa
Dwibahasa ialah penguasaan dan penggunaan dua bahasa oleh seseorang penutur.
Contohnya, penutur menguasai dan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
3.7.6 Multibahasa
Multibahasa ialah pengetahuan dan penggunaan lebih daripada dua bahasa oleh seseorang
penutur. Contohnya, penutur yang boleh bercakap dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
9
4.0 Analisis dan Perbincangan
Kemudian yang empunya padi itu berkata lagi, “Nyahla kamu dari sini! Kami sekali-kali
tidak akan mengizinkan jikalau makanan kami ini hendak dibawa ke bumi. Kamu hanya
boleh makan makanan itu di kayangan ini.
Perkataan ‘Nyahla’ bermaksud ‘berambuslah’ atau arahan tegas supaya seseorang itu
beredar. Bahasa kasar membawa maksud bahasa yang tidak mempunyai adab atau kurang ajar,
tidak sopan dan tidak manis. Terdiri daripada bahasa kasar biasa (bahasa tidak sesuai dengan
tempat dan konteks), dan bahasa kasar kesat (bentuk bahasa ketika sedang marah dengan maki
hamun, mencarut, mengutuk, dan sebagainya). Ciri-ciri bahasa kasar iaitu mengandungi perkataan
atau frasa yang digunakan relatifnya kasar, kata-kata makian atau cacian terutama ketika sedang
marah serta Kata-kata untuk menghina atau menimbulkan kemarahan (Kamus Dewan, 1997).
Perkataan ‘bagai nak gila’ melambangkan perbuatan yang terlalu melampau dan melebihi
batasan. ‘Gila’ yang diletakkan dihujung setiap ayat melambangkan setiap kata kerja yang terdapat
dihadapan perkataan tersebut akan menjadikan ia sebagai perbuatan yang melampau. Pengertian
bahasa kasar membawa maksud bahasa yang tidak mempunyai adab atau kurang ajar, tidak sopan
dan tidak manis. Terdiri daripada bahasa kasar biasa (bahasa tidak sesuai dengan tempat dan
10
konteks), dan bahasa kasar kesat (bentuk bahasa ketika sedang marah dengan maki hamun,
Apabila orang kampong datang nak beli, kau cakap gula dah habis. Padahal kausorokkan
barang-barang itu di dalam stor dekat belakang kedai tapi ada suatu masa pula,
kaukeluarkan dan menjualnya dengan harga yang paling tinggi. Kau kaut untung daripada
orang kampong, sampaikan orang kampong terpaksa berhutang dengan kau. Hutang itu
pula kau kenakan bunga. Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kau
melingkup. Apabila orang kampong dah tak percaya akan kau dan perniagaan kau mula
tak laku, kau salahkan kelahiran Lim Meng kerana Lim Meng lahirlah perniagaan kau
rosak. Tak ada onglah. Macam-macam lagi kau tuduh.Lim Meng tak bersalah. Yang
bersalahnya diri kau sendiri.
(Mohd Helmi, 2012: 59)
Perkataan ‘tak’ adalah singkata daripada perkataan ‘tidak’. Bahasa basahan ialah bahasa
yang digunakan dalam pertuturan seharian, antara ahli keluarga, teman rapat atau perbualan di
kedai kopi. Ia juga merupakan bahasa cakap mulut, yang digunakan sesama orang Melayu
(Nuwairi, 1997). Ciri-cirinya ialah terdapat kependekan perkataan yang ketara, perubahan bunyi,
Perkataan ‘ong’ membawa maksud untung. Perkataan yang berasal dari perkataan kaum
berbangsa cina selalu digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu pada masa kini kerana sudah
terbiasa dan selalu didengari. Bahasa pasar ialah bahasa kacukan yang terdiri dalam bentuk bahasa
Melayu yang digunakan dalam percakapan antara orang Melayu dengan bangsa lain, atau antara
dua pihak yang bukan sebangsa ( Za’ba, 1965). Asalnya, orang asing yang menggunakan perkataan
Melayu dalam susuk ayat bahasa asing, tetapi orang Melayu turut menggunakan tatabahasa asing
supaya mudah difahami oleh orang bukan Melayu. Bahasa pasar juga wujud akibat daripada
pergaulan masyarakat yang berbilang kaum supaya saling memahami pertuturan serta bahasa yang
11
dituturkan apabila berlaku pertembungan antara dua pihak yang tidak mempunyai satu bahasa
Lim Meng tidak tega lagi menyimpan dendam. Demdam ini suatu penyeksaan. Namun,
apabila memikirkan tindakan yang pernah dibuat oleh papanya dia merasakan bahawa
papanya adalah orang yang paling kejam di dunia ini.
Perkataan ‘tega’ bermaksud sanggup atau sampai hati. Ia berasal dari perkataan dari Negara
Indonesia yang sering digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya dalam lirik
lagu. bahaasa pasar bermaksud bahasa kacukan bentuk bahasa Melayu yang digunakan dalam
percakapan antara orang Melayu dengan bangsa lain, atau antara dua pihak yang bukan sebangsa
untuk ‘suka-suka’ dan bukannya untuk penulisan berbentuk formal (Za’ba, 1965).
Dua bulan belakangan ini, bayaran asrama anakanda tidak beres sepenuhnya, anakanda
masih berhutang dengan pihak sekolah sebanyak empat puluh ringgit. Oleh itu, anakanda
telah membuat keputusan untuk pulang ke kampong buat sementara waktu. Sekiranya
anakanda terus berada di asrama ini tentulah masalah kita akan bertambah.
Perkataan ‘Begheh atau bereh’ bermaksud beres atau sudah siap. Ia adalah salah satu
perkataan yang termasuk dalam bahasa dialek dari Kelantan. Perkataan ini digunakan
mengikut keadaan semasa sebagai contoh ‘Bereh Boh’ ataupun bila ada soalan ditanya seperti
ini, ‘Macam mana dengan keadaan mesyuarat semalam?’,yang kebiasaannya akan dijawab
dengan ‘Bereh Boh’. Dialek ialah neka tempatan, loghat, atau bahasa daerah. Variasi tidak
standard, kerana digunakan dan difahami oleh lingkungan masyarakat atau kawasan yang
mengamalkannya sahaja (Brennan, 1996). Merujuk jenis bahasa yang digunakan dalam
12
percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas,
yang berbeza daripada sebutan-sebutan umum (standard) yang digunakan di negara ini. Satu
bentuk yang menyimpang daripada norma yang betul atau standard, tetapi tidak sampai
Bahasa istana ialah bahasa diraja yang juga disebut sebagai bahasa dalam iaitu bahasa khas
untuk kalangan keluarga diraja dan untuk acara rasmi yang melibatkan raja dan kerabat diraja.
Ia termasuk juga sebagai bahasa halus serta pengucapan yang lembut, lunak, beradat dan
terhormat. Ciri-ciri bahasa istana ialah berbentuk jumud iaitu rutin dan tidak berubah semenjak
dahulu. bersifat baku iaitu mematuhi tatabahasa, dan rasmi iaitu digunakan juga dalam urusan
rasmi dengan rakyat, penggunaan kosa kata khusus (daripada bahasa Sanskrit). Selain itu,
panggilan dan kata ganti nama diri diraja digunakan dengan meluas. Perkataan ‘anakanda’
adalah perkataan yang mempunyai akhiran -nda dan -anda yang digunakan dalam konteks
kekeluargaan, sebagai tanda penghormatan dan kasih sayang, ungkapan hormat dalam
Apabila anakanda pulang nanti, anakanda akan menatap potret ayahanda yang tentunya
masih tergantung pada dinding ruang tamu rumah kita itu. Anakanda selalu teringat akan
arwah ayahanda.
Perkataan ‘arwah’ selalunya digunakan untuk roh atau seseorang yang telah meninggal
dunia. Disebut juga sebagai bahasa halus atau bahasa yang beradat, bersopan santun dan
berbudaya tinggi. Bahasa halus ialah bahasa yang menggunakan perkataan atau ungkapan lain
yang lebih lembut menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan
13
orang lain. Ciri-ciri bahasa halus melibatkan penggunaan kata ganti nama diri yang sesuai
dengan suasana formal dan tidak formal, perkataan dan ungkapan berciri sopan iaitu
kebanyakan bahasa halus menunjukkan ketinggian budi penuturnya, pemilihan bahasa kiasan
dalam ayat seperti bahasa berlapik atau bahasa beralas. Perkataan ‘arwah’ melibatkan
penggunaan perkataan daripada bahasa Arab dengan menggambarkan kehalusan budi dan hati
penutur serta berkait dengan Islam yang sentiasa mementingkan akhlak yang tinggi (Kamus
Dewan, 1997).
14
5.0 Rumusan
Secara keseluruhannya teks dalam komsas ‘Kuingin Berterima Kasih’ ini, terdapat
beberapa variasi bahasa yang didapati berbeza dalam pelbagai cara. Salah satu cara untuk
mencirikan variasi tertentu ialah dengan menyatakan bahawa penutur sesuatu bahasa tertentu
kadang-kadang menuturkan beberapa variasi serta ragam bahasa seperti bahasa pasar, bahsa
pijin, bahasa slanga, bahasa, bahasa basahan dan lain-lain lagi. Walaupun penggunaan variasi
bahasa ini tidak menggunakan bahasa yang formal dan baku namun ia adalah salah satu teknik
untuk mempelbagaikan lagi cara penulisan supaya lebih menarik dan untuk mengelakkan rasa
bosan pembaca dan yang yang paling penting untuk membawa jalan cerita itu lebih hampir
lagi dengan para pembaca. Namun, dalam penulisan formal, variasi bahasa tidak boleh ditulis
tepat.
15
Rujukan
Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu Mutakhir. Edisi Kelima, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Chambers & Peter Trudgill. Dialektologi. (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim., Farid M.Onn., Hashim Haji Musa., Abdul Hamid Mahmood, (2015).
Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nuwairi Hj. Khaza’ai. (1997). Laras Sosial: Konsep dan Dapatan Kajian Lapangan dlm
Monograf Jabatan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya.
Rosmani Omar. ( 2014). Kuingin Berterima Kasih : Antalogi Teks Komponen Sastera
(KOMSAS). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
16