SPP 4 200p Kesan Cuti

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 27

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) No.

Siri:

KERAJAAN MALAYSIA
_____________________________

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009


________________________________

KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG


DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI
DAN CUTI TANPA GAJI

TUJUAN

1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas


perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan
Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua
Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut
peraturan yang berkuat kuasa.

LATAR BELAKANG

2. Peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang


bercuti terdapat dalam pelbagai peraturan seperti berikut:

(a) Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti) 1974;

1
(b) Akta Pencen 1980 (Akta 227);

(c) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980


(Akta 239);

(d) Peraturan-Peraturan Pencen 1980;

(e) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan


Tempatan 1990; dan

(f) P.U.(A)176/ 2005 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,


Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Selain itu, peraturan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang bercuti juga
dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan
seperti di Lampiran A.

3. Memandangkan peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi


pegawai yang bercuti dijelaskan tidak secara spesifik dan tidak menyeluruh serta
dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu di atas, maka wujud keperluan
mengeluarkan satu panduan khusus yang menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan
kepada pegawai yang bercuti. Panduan ini juga merupakan kompilasi peraturan-
peraturan sedia ada yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada agensi atau
pegawai.

2
KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEGAWAI

4. Bagi maksud Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, senarai Cuti Bergaji


Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji yang sedang berkuat kuasa bagi
pegawai lantikan tetap adalah seperti di Lampiran B.

5. Kesan ke atas perkhidmatan seseorang pegawai berbeza mengikut cuti yang


diluluskan.

Cuti Bergaji Penuh

5.1 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji


Penuh adalah seperti berikut:

(a) layak menerima gaji penuh bulanan;

(b) layak menerima imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap


Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap
Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas. Bagi
pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)
dengan biasiswa, mereka boleh memilih sama ada untuk
menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau Elaun Bantuan
Sewa Rumah yang disediakan bawah pakej biasiswa;

(c) layak menerima elaun dan kemudahan mengikut syarat


kelulusan cuti dan peraturan yang berkuat kuasa. Sebagai
contoh, layak Elaun Perumahan Wilayah kecuali pegawai
yang berkursus melebihi tiga (3) bulan;

3
(d) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira sebagai sebahagian
daripada tempoh percubaan;

(e) layak dipertimbangkan menduduki Penilaian Tahap


Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang berkuat kuasa;

(f) layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)


sebenar sama ada Pergerakan Gaji Biasa atau Anjakan Gaji
berdasarkan keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia;

(g) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan sekiranya:

(i) mengambil Cuti Rehat sebelum genap 28 hari dalam


tempoh pemangkuan kecuali Cuti Rehat atas sebab-
sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul
yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja; atau

(ii) bercuti 28 hari atau lebih berturut-turut selepas


mengenapkan 28 hari mulai tarikh memangku kecuali
atas sebab menghadiri kursus yang diarah oleh
Kerajaan, meninggalkan jawatan untuk menjalankan
tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan atau Cuti Sakit.
Tempoh tersebut hendaklah tidak melebihi 92 hari
berturut-turut.

(h) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya:

(i) mengambil cuti rehat sebelum genap 28 hari dalam


tempoh penanggungan kerja kecuali Cuti Rehat atas

4
sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara
terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja;
atau

(ii) meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu


(sama ada penanggungan kerja kali pertama atau
seterusnya) termasuk Cuti Bergaji Penuh selama 14
hari atau lebih secara berturut-turut dengan mengambil
kira cuti mingguan dan kelepasan am;

(i) layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif


Pegawai Kesihatan Awam secara penuh bagi Pegawai
Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau
Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan
mengikut mana yang berkenaan;

(j) layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)


kecuali kepada pegawai apabila berada dalam keadaan seperti
berikut:

(i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut;

(ii) Cuti Haji yang melebihi 28 hari berturut-turut;

(iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut;

(iv) Cuti Bersalin;

5
(v) cuti berkursus melebihi tiga (3) bulan kecuali Pegawai
Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Pelatih
Perubatan/ Pensyarah Perubatan (Pelatih) yang layak
di atas kadar sebenar/ separuh yang mengikuti kursus
Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana
berkenaan di bawah program kepakaran yang
dilaksanakan di dalam negeri mengikut Sistem
Terbuka/ Sistem Tertutup; atau

(vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii),


(iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturut-
turut.

(k) layak dibayar Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)


kecuali kepada pegawai apabila berada dalam keadaan seperti
berikut:

(i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut;

(ii) Cuti Haji yang melebihi 28 hari berturut-turut;

(iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut;

(iv) Cuti Bersalin;

(v) cuti berkursus melebihi tiga (3) bulan;

6
(vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii),
(iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturut-
turut; atau

(vii) pegawai Gred DG54 dalam Kumpulan Pengurusan dan


Profesional yang memangku jawatan Gred Utama/
Khas.

(l) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBBP untuk
berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan
atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian;

(m) baki Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum


memulakan cuti adalah dianggap tidak luput kecuali bagi
pegawai yang diluluskan CBBP melebihi 12 bulan. Tempoh
Cuti Rehat yang luput ialah:

(i) Cuti Rehat yang telah dikumpulkan sehingga


bermulanya Cuti Belajar; dan

(ii) Cuti Rehat dan/ atau Cuti Rehat Khas bagi tahun
semasa (tahun bermulanya cuti belajar) yang belum
dihabiskan.

Walau bagaimanapun, selepas tamat CBBP pegawai


dibenarkan mengambil Cuti Rehat mengikut baki Cuti Rehat
sebelum bercuti belajar tertakluk kepada maksimum 7 hari
jika pegawai masih mempunyai baki melebihi 7 hari.

7
(n) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira untuk tujuan
kekananan pegawai;

(o) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi


syarat yang ditetapkan;

(p) tempoh CBBP yang melebihi 92 hari, Cuti Haji atau Cuti
Tibi, Kusta dan Barah akan menjejaskan Cuti Rehat Tahunan
atau Cuti Rehat Khas pegawai. Tempoh tersebut tidak diambil
kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi
tujuan perkiraan Cuti Rehat Tahunan atau Cuti Rehat Khas;

(q) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira sebagai sebahagian


daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk
kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen;

(r) tempoh Cuti Bergaji Penuh akan diambil kira sebagai tempoh
perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan
ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain;

(s) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira dalam tempoh notis
peletakan jawatan;

(t) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai


mengambil Cuti Rehat melebihi kelayakan pada tahun semasa
termasuk Cuti Rehat yang telah dibawa ke hadapan. Pegawai
juga boleh dikenakan tindakan tatatertib;

8
(u) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai
mengambil cuti-cuti lain seperti Cuti Isteri Bersalin, Cuti
Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Cuti Latihan Pasukan
Sukarela yang melebihi kelayakan mengikut peraturan yang
berkuat kuasa. Tindakan ini hanya boleh diambil setelah
tempoh cuti yang terlebih itu ditolak daripada Cuti Rehat
yang pegawai layak pada masa itu;

(v) layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran Insentif


Wilayah kecuali bagi pegawai yang diluluskan CBBP yang
melebihi tempoh 12 bulan di luar negeri. Kadar Bantuan Sara
Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negeri
adalah mengikut lokasi institusi pengajian pegawai; dan

(w) tempoh cuti akademik semasa pegawai diluluskan CBBP bagi


tempoh 12 bulan atau kurang perlu ditolak dari jumlah Cuti
Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum bercuti.

Cuti Separuh Gaji

5.2 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Separuh


Gaji adalah seperti berikut:

(a) layak menerima separuh gaji bulanan;

(b) layak menerima separuh imbuhan tetap seperti Imbuhan


Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan
Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred
Khas;

9
(c) tidak layak elaun-elaun lain kecuali peraturan yang berkuat
kuasa menyatakan sebaliknya, contohnya Bantuan Sara
Hidup. Bagi pegawai diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji
(CBSG), pegawai akan menerima Imbuhan Tetap Perumahan
dengan kadar separuh daripada jumlah yang berkelayakan dan
elaun-elaun lain yang layak dengan kadar separuh;

(d) layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah kecuali bagi


pegawai yang berkursus melebihi tiga (3) bulan;

(e) layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang


berkuat kuasa seperti kemudahan perubatan dan Pemberian
Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA;

(f) jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan, tempoh


percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh Cuti
Separuh Gaji;

(g) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat


yang berkuat kuasa;

(h) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Separuh


Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi
pegawai yang diluluskan:

(i) CBSG;

10
(ii) Cuti Separuh Gaji kerana menghidap penyakit tibi,
kusta, barah dan penyakit seumpamanya yang
diperakukan oleh Lembaga Perubatan; atau

(iii) kombinasi cuti di atas.

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada


pegawai di perenggan h (i),(ii) dan (iii) adalah secara isyarat
dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah
pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali
tersebut, tiada lagi pergerakan gaji secara isyarat
dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Separuh Gaji yang
diluluskan seterusnya;

(i) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang


sedang memangku;

(j) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya


meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu
termasuk Cuti Separuh Gaji selama 14 hari atau lebih secara
berturut-turut dengan mengambil kira cuti mingguan dan
kelepasan am;

(k) layak dibayar separuh Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran


Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan
yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal
atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan mengikut mana
yang berkenaan;

11
(l) tidak layak dibayar BIPK dan BISP;

(m) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBSG untuk
berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan
atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian;

(n) baki Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum


memulakan cuti adalah dianggap tidak luput kecuali pegawai
yang diluluskan CBSG melebihi 12 bulan. Tempoh Cuti
Rehat yang luput ialah:

(i) Cuti Rehat yang telah dikumpulkan sehingga


bermulanya Cuti Belajar; dan

(ii) Cuti Rehat dan/ atau Cuti Rehat Khas bagi tahun
semasa (tahun bermulanya Cuti Belajar) yang belum
dihabiskan.

Walau bagaimanapun, selepas tamat Cuti Belajar pegawai


dibenarkan mengambil Cuti Rehat mengikut baki Cuti Rehat
sebelum bercuti belajar tertakluk kepada maksimum tujuh (7)
hari jika pegawai masih mempunyai baki melebihi tujuh (7)
hari.

(o) tempoh Cuti Separuh Gaji tidak diambil kira untuk tujuan
kekananan kecuali diluluskan CBSG;

(p) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi


syarat yang ditetapkan;

12
(q) tempoh Cuti Separuh Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh
perkhidmatan yang melayakkan bagi perkiraan Cuti Rehat
Tahunan atau Cuti Rehat Khas;

(r) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira sebagai sebahagian


daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh di masuk
kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen;

(s) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira sebagai tempoh


perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan
ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain;

(t) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira bagi tujuan tempoh
notis peletakan jawatan;

(u) layak dibayar separuh Bantuan Sara Hidup atau Bayaran


Insentif Wilayah kecuali bagi pegawai yang diluluskan CBSG
di luar negeri. Bagi pegawai yang diluluskan CBSG di dalam
negeri, pegawai hanya layak menerima separuh Bantuan Sara
Hidup. Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang
diluluskan CBSG di dalam negeri adalah mengikut lokasi
institusi pengajian pegawai; dan

(v) tempoh cuti akademik semasa belajar yang diperoleh perlu


ditolak dari jumlah Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan
sebelum Cuti Belajar jika pegawai diluluskan CBSG bagi
tempoh 12 bulan atau kurang.

13
Cuti Tanpa Gaji

5.3 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Tanpa Gaji
adalah seperti berikut:

(a) tidak layak menerima gaji bulanan, imbuhan tetap dan elaun-
elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan
sebaliknya. Walau bagaimanapun, bagi Cuti Sakit Lanjutan
secara Cuti Tanpa Gaji, layak menerima Elaun Bantuan
bersamaan separuh gaji (tidak termasuk imbuhan tetap dan
elaun lain);

(b) tidak layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan


yang berkuat kuasa kecuali kemudahan perubatan;

(c) tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh


Cuti Tanpa Gaji jika pegawai belum disahkan dalam
perkhidmatan;

(d) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat


yang berkuat kuasa;

(e) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa


Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi
pegawai yang diluluskan:

(i) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);

14
(ii) Cuti Tanpa Gaji mengikut pasangan bertugas atau
berkursus di dalam atau di luar negeri;

(iii) Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak; atau

(iv) kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di atas.

Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi adalah


secara isyarat dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang
perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat
sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji
secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji
yang diluluskan seterusnya;

(f) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang


sedang memangku;

(g) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja bagi pegawai


yang sedang menanggung kerja;

(h) tidak layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran


Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan
yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal
atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan mengikut mana
yang berkenaan;

(i) tidak layak dibayar BIPK dan BISP;

15
(j) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBTG untuk
berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan
atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian;

(k) tempoh Cuti Tanpa Gaji akan menjejaskan pengiraan Cuti


Rehat Tahunan atau Cuti Rehat Khas. Tempoh tersebut tidak
diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan
bagi perkiraan Cuti Rehat Tahunan atau Cuti Rehat Khas;

(l) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira untuk tujuan
kekananan kecuali pegawai diluluskan CBTG;

(m) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi


syarat yang ditetapkan;

(n) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai


sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh
dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen;

(o) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh
perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan
faedah-faedah lain;

(p) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira bagi tujuan
tempoh notis peletakan jawatan;

(q) tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran Insentif
Wilayah; dan

16
(r) Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan kerana mengikut pasangan
bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri dan Cuti
Menjaga Anak tidak menjejaskan kelayakan Cuti Tanpa Gaji
di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C 1974 atau peraturan
lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

6. Jadual perbandingan kesan perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan


Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji adalah seperti di
Lampiran C.

STATUS PEGAWAI

7. Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji tidak
menjejaskan status pegawai sebagai penjawat awam. Pegawai tertakluk kepada
peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

8. Ketua Jabatan hendaklah menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan


seseorang pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan
Cuti Tanpa Gaji. Ketua Jabatan dikehendaki mengemas kini rekod cuti dan
perkhidmatan pegawai berkenaan atau mana-mana rekod perkhidmatan yang
berkaitan.

17
PEMAKAIAN

9. Semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun


(Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mematuhi
peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

( TAN SRI ISMAIL ADAM )


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM


MALAYSIA
PUTRAJAYA

Tarikh: 2 April 2009

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Berkanun
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

18
LAMPIRAN A

SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT PEKELILING


PERKHIDMATAN YANG MENGANDUNGI PERATURAN KESAN KE
ATAS PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG BERCUTI

Bil. Bilangan PP/ SPP Tajuk PP / SPP

1 Pekeliling Perkhidmatan Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan


Bil. 9 Tahun 1991 Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet
Mengenai Gaji Sektor Awam 1991

2 Pekeliling Perkhidmatan Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan


Bil. 7 Tahun 1993 Penanggungan Kerja

3 Surat Pekeliling Cuti Tanpa Gaji Tidak Boleh Diambilkira


Perkhidmatan Bil. 4 Untuk Tujuan Notis Peletakan Jawatan
Tahun 1996

4 Surat Pekeliling Pelaksanaan Perenggan 93 Pekeliling


Perkhidmatan Bil. 2 Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 Bagi
Tahun 1998 Mengambilkira Tempoh Cuti Belajar Tanpa
Gaji

5 Pekeliling Perkhidmatan Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi


Bil. 4 Tahun 2002 Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan

6 Pekeliling Perkhidmatan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan Bagi


Bilangan 15 Tahun 2002 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bidang
Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris

7 Pekeliling Perkhidmatan Panduan Pertukaran Pelantikan


Bil. 17 Tahun 2002

8 Surat Pekeliling Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar


Perkhidmatan Bil. 5 Bergaji Penuh, Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa
Tahun 2002 Gaji Di Bawah SSM

9 Pekeliling Perkhidmatan Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang


Bil. 14 Tahun 2005 Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus
Di Dalam Atau Di Luar Negeri

1
Bil. Bilangan PP/ SPP Tajuk PP / SPP

10 Pekeliling Perkhidmatan Bantuan Sara Hidup


Bil. 28 Tahun 2005

11 Pekeliling Perkhidmatan Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan


Bil. 17 Tahun 2007 Awam

12 Surat Pekeliling Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal


Perkhidmatan Bil. 17
Tahun 2007

2
LAMPIRAN B

SENARAI CUTI YANG BERKUAT KUASA PADA MAC 2009

1. CUTI BERGAJI PENUH:

(i) Cuti Rehat

(ii) Cuti Penggal

(iii) Cuti Rehat Khas (khusus untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

(iv) Cuti Sakit

(v) Cuti Kerantina

(vi) Cuti Bersalin

(vii) Cuti Kecederaan

(viii) Cuti Tibi, Kusta dan Barah

(ix) Cuti Berkursus

(x) Cuti Sabatikal

(xi) Cuti Membuat Kerja Penyelidikan

(xii) Cuti Sambilan (PDRM dan Jabatan Penjara)

(xiii) Cuti Haji

(xiv) Cuti Tambahan (Atas Sebab Kesihatan Guru)

(xv) Cuti Tanpa Rekod

(xvi) Cuti Sakit Lanjutan

(xvii) Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 bulan

(xviii) Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab Kecemasan Am

3
2. CUTI SEPARUH GAJI:

(i) Cuti Separuh Gaji

(ii) Cuti Sakit Lanjutan

(iii) Cuti Tibi, Kusta dan Barah

(iv) Cuti Berkursus

3. CUTI TANPA GAJI:

(i) Cuti Tanpa Gaji

(ii) Cuti Sakit Lanjutan

(iii) Cuti Menjaga Anak

(iv) Cuti Berkursus

(v) Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Mereka
Bertugas/ Berkursus Di Dalam/ Luar Negeri

(vi) Cuti Bagi Mengikuti Kursus Luar Kampus di Malaysia

4
LAMPIRAN C

JADUAL PERBANDINGAN KESAN PERKHIDMATAN KE ATAS


PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH (CBP), CUTI
SEPARUH GAJI (CSG) DAN CUTI TANPA GAJI (CTG)

Kategori Cuti
Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji
1 Gaji Bulanan Layak gaji penuh Layak separuh gaji Tidak layak

2 Imbuhan Tetap Layak imbuhan penuh Layak separuh imbuhan Tidak layak
(ITKA/ITK/ITJU/ITGK,
ITP)

3 Kemudahan Layak semua kemudahan Layak kemudahan Tidak layak


tertentu seperti kemudahan kecuali
perubatan dan perubatan
Pemberian Subsidi
Yuran Pengasuhan
TASKA

4 Tempoh percubaan Diambil kira sebagai Dibekukan mengikut Dibekukan mengikut


(pegawai belum sebahagian daripada tempoh cuti tempoh cuti
disahkan) tempoh percubaan

5 Menduduki PTK Layak Layak Layak

6 Pergerakan Gaji Tahunan Layak Pergerakan Gaji Layak Pergerakan Gaji Layak Pergerakan
(Biasa atau Anjakan Tahunan Tahunan secara isyarat Gaji Tahunan secara
Gaji) sekiranya cuti melebihi isyarat jika tempoh
180 hari dalam satu cuti melebihi 180
tahun kalendar bagi hari bagi CTG
pegawai yang diluluskan Mengikut Pasangan,
CBSG, CSG kerana CBTG dan Cuti
menghidap penyakit tibi, Menjaga Anak.
kusta dan barah.

7 Elaun Pemangkuan i. Tidak layak jika Tidak layak Tidak layak


mengambil Cuti
Rehat sebelum
genap 28 hari dalam
tempoh
pemangkuan kecuali

5
Kategori Cuti
Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji
Cuti Rehat atas
sebab-sebab
kecemasan serta
Cuti Sakit secara
terkumpul yang
tidak melebihi
daripada 6 hari
bekerja; atau

ii. Tidak layak jika


bercuti melebihi 28
hari kecuali
berkursus,
meninggalkan
jawatan atas tugas
rasmi atau cuti sakit
yang tidak melebihi
92 hari

8 Elaun Penanggungan i. Tidak layak jika Tidak layak jika tempoh Tidak layak
Kerja mengambil cuti cuti melebihi 14 hari
rehat sebelum genap berturut-turut
28 hari dalam
tempoh
penanggungan kerja
kecuali Cuti Rehat
atas sebab-sebab
kecemasan serta
Cuti Sakit secara
terkumpul yang
tidak melebihi
daripada 5 hari
bekerja; atau

ii. Tidak layak jika


tempoh cuti
melebihi 14 hari
berturut-turut

9 Bayaran Insentif Pakar/ Layak elaun penuh Layak elaun separuh Tidak layak
Bayaran Insentif Pegawai
Kesihatan Awam

6
Kategori Cuti
Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji
10 Bayaran Insentif i. Layak elaun penuh Tidak layak Tidak layak
Perkhidmatan Kritikal kecuali Cuti Rehat,
(BIPK) Cuti Haji dan Cuti
Sakit yang melebihi
28 hari berturut-turut,
Cuti Bersalin dan
kombinasi mana-
mana jenis cuti
tersebut yang
melebihi 28 hari
berturut-turut;

ii. Layak BIPK di atas


kadar sebenar/
separuh bagi Pegawai
Perubatan, Pegawai
Pergigian dan
Pensyarah Pelatih
Perubatan/ Pensyarah
Perubatan (Pelatih)
yang mengikuti
kursus Sarjana
Perubatan atau
Pergigian yang mana
berkenaan di bawah
program kepakaran
yang dilaksanakan di
dalam negeri
mengikut Sistem
Terbuka/ Sistem
Tertutup.

11 Bayaran Insentif Subjek Layak elaun penuh Tidak layak Tidak layak
Pendidikan (BISP) kecuali Cuti Rehat, Cuti
Haji dan Cuti Sakit yang
melebihi 28 hari berturut-
turut, Cuti Bersalin dan
kombinasi mana-mana
jenis cuti tersebut yang
melebihi 28 hari berturut-
turut.

7
Kategori Cuti
Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji
12 Ikatan untuk berkhidmat Terikat mengikut ikatan Terikat mengikut ikatan Terikat mengikut
dengan Kerajaan kerana kontrak untuk kontrak untuk ikatan kontrak untuk
diluluskan Cuti Belajar berkhidmat dengan berkhidmat dengan berkhidmat dengan
Kerajaan atau dikenakan Kerajaan atau dikenakan Kerajaan atau
tuntutan ganti rugi tuntutan ganti rugi dikenakan tuntutan
sekiranya melanggar sekiranya melanggar ganti rugi sekiranya
syarat-syarat perjanjian syarat-syarat perjanjian melanggar syarat-
syarat perjanjian

13 Kelayakan Cuti Rehat i. Kelayakan Cuti i. Kelayakan Cuti Kelayakan Cuti


(Tahun Semasa atau/ dan Rehat tidak luput Rehat tidak luput Rehat luput
Cuti Rehat kecuali diluluskan kecuali diluluskan
Dikumpulkan) CBBP melebihi 12 CBSG melebihi 12
bulan. bulan.

ii. Cuti Belajar 12 bulan ii. Cuti Belajar 12


dan kurang, tempoh bulan dan kurang,
cuti akademik tolak tempoh cuti
daripada Cuti Rehat akademik tolak
yang ada tertakluk daripada Cuti Rehat
kepada maksimum 7 yang ada tertakluk
hari. kepada maksimum 7
hari.

14 Kadar Cuti Rehat Kadar Cuti Rehat Kadar Cuti Rehat Kadar Cuti Rehat
berkurangan jika Cuti berkurangan bagi semua berkurangan bagi
Haji, Cuti Tibi, Kusta Cuti Separuh Gaji semua Cuti Tanpa
dan Barah serta CBBP kecuali CBSG yang Gaji kecuali CBTG
yang melebihi 3 bulan kurang 3 bulan yang kurang 3 bulan

15 Cuti Rehat Melebihi Tidak layak dibayar Tidak berkaitan Tidak berkaitan
Kelayakan emolumen dan boleh
diambil tindakan
tatatertib

16 Kekananan Diambil kira Tidak diambil kira Tidak diambil kira


kecuali diluluskan kecuali diluluskan
CBSG CBTG

17 Kenaikan pangkat Layak jika memenuhi Layak jika memenuhi Layak jika
syarat syarat memenuhi syarat

8
Kategori Cuti
Aspek Perkhidmatan Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji
18 Tempoh Perkhidmatan Dimasuk kira Dimasuk kira Tidak dimasuk kira
dimasuk kira bagi tujuan
perkiraan faedah
persaraan
19 Bantuan Sara Hidup Layak penuh Layak Separuh Tidak layak

20 Tempoh Notis Peletakan Diambil kira Diambil kira Tidak diambil kira
Jawatan
21 Kelayakan Cuti Tanpa Tidak berkaitan Tidak berkaitan Tidak menjejaskan
Gaji dibawah Perintah bagi CTG mengikut
Am Bab C (1974) pasangan bertugas/
berkursus dalam/ luar
negeri dan Cuti
Tanpa Gaji Menjaga
Anak

You might also like