Ifiber Optic)
Ifiber Optic)
Ifiber Optic)
KERTAS PENERANGAN
(B06 – 02- 04 – LE2 – IS1D)
210
4. THE VOICE EQUIPMENT IS IDENTIFIED, INSTALLED,
CONNECTED, TESTED AND DOCUMENTED
ACCORDING TO SPECIFICATION AND ESTABLISHED
PROSEDURES.
5. THE NON-VOICE EQUIPMENT AND CONNECTION IS
IDENTIFIED, CONNECTED TESTED, CONNECTION
TESTED AND RECORDED ACCORDING
SPECIFICATION AND ESTABLISHED PROCEDURES.
211
ISI KANDUNGAN
LE 2 – TEST LINE
212
No. & TAJUK TUGASAN TASK 02.05 - Test lines
PENERANGAN :
1.PENGENALAN
Cahaya telah mula digunakan untuk perhubungan sejak lebih 100 tahun dahulu lagi. Claude Chappe telah
membina telegrafi optik pada tahun 1790an di perancis.
Pada tahun 1870, John Tyndall telah mengkaji dan menemukan kaedah pantulan cahaya dalam beberapa
medium. Pada tahun 1962 semiconductor laser telah direka dan pada tahun 1970 Corning Glass Company telah
membuat satu implementasi menggunakan pandu gelombang cahaya untuk penghantaran jarak dekat.
AT&T dan GTE telah memasang sistem telefoni gentian optik yang membawa data dan maklumat komersial.
Sehingga sekarang gentian optik telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang termasuklah
komunikasi, industri, pertahanan dan lain-lain.
Gentian optik merupakan satu jalur yang nipis serta halus dimana ia membenarkan cahaya melaluinya, Gentian
optik juga boleh dikatakan sebagai ”circular light pipe”.
Gentian optik berupaya membawa isyarat dan tenaga optik dan ia juga mempunyai beberapa kebaikan serta
keburukan yang akan dibincangan kemudian.
Gentian optik tidak membawa isyarat elektrik tetapi ia membawa isyarat cahaya yang sama dengan isyarat
elektrik. Pada punca penghantar, isyarat elektrik akan ditukar kepada isyarat cahaya untuk dibawa melalui gentian
optik dan pada punca penerima pula, isyarat cahaya akan ditukar kepada isyarat elektrik untuk proses yang
selanjutnya.
Pancaran cahaya dalam gentian optik adalah mematuhi Hukum Snell serta fenomena Total Internal Reflection
(TIR) yang akan dibincangkan kemudian.
213
1.3 GAMBARAJAH BLOK SISTEM PERHUBUNGAN GENTIAN OPTIK
Tx
Light
Decoder
Detector
Rx
Gambarajah 1: Gambarajah Blok Sistem perhubungan Gentian Optik
Pada bahagian Penghantar (Tx), isyarat analog seperti suara atau video akan ditukarkan dalam bentuk denyut-
denyut digital. Denyut digital tadi digunakan untuk memancarkan sumber cahaya dengan pantas secara ”on” dan
”off ”. Sumber cahaya adalah samada Light Emitting Diode (LED) ataupun Injection Laser Diode (ILD). Denyut-
denyut cahaya tadi kemudiannya dipancarkan melalui sepanjang kabel optik pada jarak yang jauh.
Pengulang ( Repeater ) merupakan satu alat untuk memastikan isyarat yang dihantar adalah lebih efisien dimana
ianya menguatkan isyarat yang lemah antara stesyen.
Pada bahagian Penerima (Rx), terdapat pengesan cahaya (light detector )ataupun photocell. Jenis pengesan
cahaya, PIN diode ataupun APD ( avalanche photodiode ) adalah yang biasa digunakan.
Pengesan cahaya bertindak sebagai elemen penerima dan menukarkan isyarat cahaya yang diterima kepada
denyut-denyut arus elektrik. Denyut – denyut elektrik tadi dikuatkan dan dijanakan balik dalam bentuk digital dan
ditukarkan balik ke isyarat analog didalam decoder tadi dan isyarat asal dapat diterima pada bahagian penerima
semula.
Hukum Snell menyatakan bahawa kelajuan cahaya adalah berbeza dalam berlainan medium yang lutsinar
( transparent ).
Cahaya bergerak perlahan dalam medium yang indek pembiasannya ( Refraction index) tinggi.
nmedium = C/Vmedium
dimana c= kelajuan cahaya
v = kelajuan cahaya dalam medium tersebut
214
Contoh : nudara = 1.0003 , nair = 1.33 , nGlycerin =1.47 , nKaca =1.52.
Q2 Sinar biasan
Sinar biasan
sinar tuju
pantulan
pantulan
sinar tuju
sinar tuju
Q1 Q2 pantulan
Gambarajah 2
Jika cahaya bergerak dalam medium yang berindek biasan tinggi ke dalam medium yang berindek biasan rendah,
sudut biasannya adalah jauh sedikit dari garisan normal dan begitu juga sebaliknya.
Core
Cladding
Coating
215
Bahagian tengah gentian dikenali sebagai teras ( core ). Pada bahagian inilah perambatan cahaya berlaku. Perlu
diingatkan bahawa teras bukanlah merupakan satu tiub yang kosong, sebenarnya ia merupakan satu bahan yang
diperbuat daripada campuran pelbagai bahan seperti silica,pasir ,kaca dan sebagainya untuk membentuk suatu
gentian yang mempunyai indek biasan yang tinggi.
Bahagian yang mengelilingi core adalah cladding dimana indek biasannya lebih rendah daripada indeks biasan
teras bagi memastikan cahaya senantisa boleh merambat didalam teras tadi dan kedua-dua core dan cladding tadi
di saluti dengan ’buffer’ ataupun ’coating’ sebagai pelindung.
NA merupakan keupayaan cahaya memasuki ruang di dalam sesuatu gentian optik. NA juga menentukan sudut
tuju yang basar bagi pancaran cahaya yang memasuki gentian dimana ia juga membenarkan TIR bahagian core-
cladding. Dengan erti kata lain, NA juga boleh ditafsirkan sebagai sudut yang membenarkan gentian menerima
kemasukan cahaya dan membenarkan ianya merambat dalam teras gentian.
NA = SinQA
NA yang besar merupakan sudut penerimaan cahaya yang lebih besar dan lebih baik manakala NA yang kecil
memerlukan cahaya yang tinggi dalam satu arah sahaja.
NA boleh dinyatakan sebagai
NA = SIN QA
NA = √n2core –n2cladding
Perambatan cahaya dalam gentian optic dengan sudut yang berbeza – beza dikenali sebagai mod perambatan.
Mod juga bergantung kepada sudut perambatan cahaya. Mod perambatan dalam gentian optic ditentukan dengan
Normalized Frequency Parameter ( V number ). Parameter ini yang dgunakan meliputi diameter teras, panjang
gelombang cahaya ( wavelength )yang digunakan juga bukaan numeric ( NA )
Dan
216
NA boleh dinyatakan sebagai
NA = SIN QA
NA = √n2core –n2cladding
Perambatan cahaya dalam gentian optic dengan sudut yang berbeza – beza dikenali sebagai mod
perambatan. Mod juga bergantung kepada sudut perambatan cahaya. Mod perambatan dalam gentian
optic ditentukan dengan Normalized Frequency Parameter ( V number ). Parameter ini yang dgunakan
meliputi diameter teras, panjang gelombang cahaya ( wavelength )yang digunakan juga bukaan numeric (
NA )
Dan
Perlu diingatkan, apabila V number bagi step index fiber mencapai 2.405 dengan panjang gelombang
diberi, gentian tersebut hanya dapat menampung hanya untuk single mode. Untuk lebih jelas lagi, bila
diameter teras dan NA terlalu kecil,hanya satu mod sahaja yang merambat dalam gentian tersebut. Mod
tersebut adalah “ Single Mode Fiber “
QA
217
1.5.3 Jenis-Jenis Gentian Optik
Gentian optik secara amnya diklasifikasikan bergantung kepada indek profail serta dimensinya.
Gentian jenis ini banyak digunakan dalam komunikasi dan mempunyai diameter teras diantara 50-100μm dengan
indek biasan yang tetap disepanjang teras. Gentian jenis ini mempunyai NA yang besar dan lebih mahal serta
diameter yang besar membolehkan ianya senang digunakan.
Walaubagaimanapun, ia mempunyai lebarjalur yang terhad dan tidak sesuai untuk perhubungan jarak jauh.
Gentian jenis ini juga mempunyai diameter teras antara 50-100μm dan indek biasan berbeza-beza di sepanjang
diameter. Gentian jenis ini mempunyai lebarjalur yang sederhana dan membenarkan perambatan dengan mod
yang kurang dan ia mempunyai tahap pengecilan yang rendah.
218
c) Single Mode Fiber.
Gentian jenis ini hanya membenarkan hanya satu jenis perambatan dengan panjang gelombang yang
ditetapkan untuk ianya beroperasi. Saiz diameter adalah kecil diantara 4-8μm. Ia mempunya lebar jalur yang
terbaik dan penyerakan yang rendah.
Gentian jenis ini adalah paling popular digunakan untuk perhubungan rangkaian jarak jauh. Size diameter yang
kecil serta fleksibel membolehkan ianya digunakan secara meluas didalam beberapa aplikasi pengesan gentian
optik.
219
1.6 KEBAIKAN KABEL GENTIAN OPTIK
Dengan lebarjalur yang besar maka lebih banyak kapasiti maklumat boleh dibawa. Tambahan pula
sekarang ini, kebanyakan syarikat telekomunikasi sedang menambah penggunaan perghantaran maklumat
secara digital dan dengan lebarjalur yang besar maka ianya membenarkan bit rate yang tinggi dan lebih
banyak saluran boleh dibawa dalam satu kabel.
Mudah untuk dibuat penyelenggaraan dan kelihatan kemas semasa proses pengkabelan seperti didalm
pesawat, bangunan, kenderaan dan sebagainya.
Oleh kerana tiada pengaliran arus elektrik dalam gentian optik maka tidak ada kesan pancaran
electromagnet dan boleh melalui kawasan- kawasan bervoltan tinggi.
f) Fleksibel
i. Studio TV digital, yang menggunakan data yang boleh dibawa oleh fiber optik sangat sesuai
dengan keperluan TV digital yang membolehkan ia membawa jutaan bit dalam setiap detiknya.
ii. Jalur bawah laut - Aplikasi dalam bidang ini telah dilakukan dengan menghubungkan Amerika
dan Eropah dengan fiber optik yang berada dibawah laut.
iii. Pengganti satelit - Hal ini dilakukan kerana fiber optik lebih baik dalam menghadapi gangguan-
gangguan dibandingkan komunikasi satelit, yang mempunyai masalah dengan gangguan pada
atmosfera.
iv. Bidang kesihatan, teknologi fiber optik boleh digunakan dalam jenis tertentu dalam
menggunakan operasi laser.
220
v. LAN yang efesien dan berkapasiti tinggi dan besar pada syarikat, hospital, sekolah dan
organisasi lainnya yang menggunakan fiber optik secara khusus. Hal ini digunakan untuk
mendapatkan data-data komputer seperti video dan suara, yang relatif besar.
vii. Half dupleks – Penghantaran data berlaku pada kedua – dua arah tetapi hanya satu arah
sahaja boleh berlaku pada satu masa.
viii. Dupleks – Penghantaran data berlaku pada kedua – dua arah dan boleh berlaku pada masa
yang sama
221
SOALAN
1. Gentian optik _____________________ isyarat elektrik tetapi ia membawa isyarat cahaya yang sama
dengan isyarat elektrik.
2. Nyatakan jenis-jenis gentian optik .
3. Berikan 3 kebaikan gentian optik.
RUJUKAN
1. Nota Fiber Optik , Kolej Latihan Telekom, 2001
2. Nota Fiber Optik, In-House Training Adtec Kulim, 2006
222