Temuramah Guru

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KOLEJ UNITI

PASIR PANJANG,PORT DICKSON

DIPLOMA PENDIDIKAN PRASEKOLAH

DPP 1112

GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

TEMURAMAH SEORANG GURU

SUHAILAH BTE ABD MALEK

7356

SEMESTER 1

GROUP D

TUGASAN 1

CIK MASDIANA BTE ABDUL RASID

25 JUN 2010
ISI KANDUNGAN
LATAR BELAKANG GURU

Nama beliau Vasentha Devi a/p Ankamuthu. Beliau berasal dari Melaka. Beliau dilahirkan
pada 25 Febuari 1966. Umur beliau 44 tahun. Nombor kad pengenalan beliau 661225-04-
5022. Puan Vasentha Dewi berbangsa India dan beragama Hindu. Pengalaman beliau
mengajar selama 15 tahun di Tabika Perpaduan Pulau Sebang Selatan,Pusat Rukun
Tetangga, Jalan Utama,Taman Mahsuri,78000 Alor Gajah,Melaka. Puan Vasentha Dewi
akan sambung belajar pada tahun ini di IPRM,Seremban. Beliau akan memgambil kursus
Diploma Pendidikan Prasekolah. Selain itu beliau sudah berumah tangga dan mempunyai
empat orang cahaya mata iaitu dua orang putera dan dua orang puteri Beliau berasa
gembira dengan kehidupan beliau sekarang. Beliau seorang guru dan ibu yang sangat
prinhati, penyayang, amanah dan baik hati. Beliau juga seorang isteri yang
bertanggungjawab. Beliau seorang juga yang tegas , boleh bawa berbincang ,dan seorang
peramah.

1
MENGAPA MEMILIH PROFESION PERGURUAN

Beliau memilih profesion perguruan ini kerana beliau sangat minat untuk mengajar kanak-
kanak. Bukan itu sahaja,beliau juga sangat suka pada kanak-kanak ini kerana kakak-kanak
ini sangat manja, comel, nakal,mempunyai berbagai ragam, karenah dan pewatakan yang
sangat lucu dan sebagainya. Kanak-kanak ini bagaikan permata yang dikurniakan oleh
Tuhan di muka bumi ini. Selain itu, Puan Vasentha Dewi berkata , beliau memilih bidang
perguruan ini kerana kanak-kanak ini bagaikan kain putih. Orang yang akan mencorakkan
mereka menjadi hitam,merah ataupun berwarna-warni ialah kita, ibu bapa mereka dengan
sebaiknya,kalau kita menjadi seorang guru yang kreatif dan bijak mencorakkan mereka.
Dengan kesedaran ini wajarlah kita sebagai pemimpin dan pendidik memberi perhatian yang
lebih berat kepada cara kita memberi pendidikan awal yang tidak formal di peringkat kanak-
kanak lagi. Kita sebagai guru mendidik kanak-kanak ini menjadi seorang bakal pemimpin
yang bertanggungjawab dan sebagainya di masa akan datang. Menjadi seorang guru ini
adalah kerja yang mulia kerana kita memberi ilmu serta mendidik mereka menjadi insan
yang berguna. Beliau memberitahu bahawa tugas menjadi seorang guru bukanlah hanya
mengajar kurikulum tetapi bertanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-
nilai murni yang tidak seharusnya diabaikan di dalam kelas ataupun di luar kelas. Melahirkan
insan yang mempunyai nilai positif di dalam hidup sejajar dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru juga wajar menjadi pendorong dan pembimbing kepada
pembelajaran kanak-kanak. Guru seharusnya menyediakan kanak-kanak ke arah mencapai
matlamat dan objektif-objektif yang dikehendaki itu serta perkembangan kanak-kanak pada
peringkat prasekolah. Dorongan dan galakan yang diberikan seharusnya bersesuaian
dengan kemampuan seseorang kanak-kanak. Guru hendaklah mencari pendekatan yang
dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi seseorang kanak-kanak itu. Aktiviti-
aktiviti yang dirancangkan oleh guru hendaklah membolehkan kanak-kanak mencapai
kejayaan mengikut peringkat kebolehan atau keupayaan mereka. Dalam memotivasikan
pembelajaran kanka-kanak,sifat-sifat kreatif perlu ada pada diri seorang guru itu.

2
PENGALAMAN MENJADI PENDIDIK

Pengalaman yang beliau lalui semasa menjadi seorang pendidik sangat mencabar kerana
kanak-kanak ini mempunyai berbagai karenah,ragam dan perwatakkan yang sangat
berbeza. Ini kerana kita seorang pendidik perlulah berbanyak bersabar dengan pelbagai
sikap mereka. Ini kerana dalam perkembangan seseorang kanak-kanak,peringkat
prasekolah ini adalah peringkat yang amat genting lagi penting. Apa yang berlaku dari umur
0 - 3 tahun akan memainkan peranan yang bergitu besar sekali sebab ketika inilah otak
manusia berkembang dengan pesat sekali. Segala yang didengari dan dialami akan
disimpan di dalam ingatannya. Jadi,untuk ,memberi pengetahuan yang sebaik
mungkin,pada peringkat inilah kanak-kanak haruslah dibekalkan dengan segala pengalaman
yang baru dibina.Pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal akan meninggalkan
kesan yang mendalam dalam ingatan mereka. Pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh
mereka juga membawa ke arah perkembangan otak dan potensi mereka ke tahap yang
amat maksimum. Di peringkat ini kanak-kanak mengalami proses perkembangan fizikal
yang agak perlahan tetapi peringkat proses pembelajaran mereka amat cepat. Pengalaman-
pengalaman yang baik akan dapat memberi kesan yang baik. Galakan dan rangsangan
yang positif adalah perlu untuk membantu mereka mencapai tahap perkembangan yang
diingini. Ketika ini juga dapat membentuk mereka kearah hala tuju yang diharapkan. Beliau
memberitahu bahawa penyampaian ilmu bukan sekadar menyampai ikut sesuka hati tetapi
melibatkan penguasaan teknik tertentu yang boleh memastikan ilmu yang disampaikan itu
dapat difahami dan dihayati oleh kanak-kanak itu.

3
CABARAN SEPANJANG MENJADI SEORANG PENDIDIK

Cabaran utama seorang pendidik ialah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam
bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan. Cabaran yang
dilalui oleh beliau semasa menjadi seorang pendidik ialah menemui karenah pelbagai
kanak-kanak daripada etnik. Bukan itu sahaja,ibu bapa atau penjaga juga mempunyai
berbagai karenah dan cerewet,ada yang member kerjasama ada juga yang tidak ambil
peduli dengan semua ini. Beliau berkata, mengikut tradisi,tanggungjawab ibu bapa ialah
membesarkan kanak-kanak,manakala sekolah adalah tempat mereka menimba ilmu.
Pendapat ini sudah tidak tepat lagi kerana peranan guru terutama guru prasekolah telah
banyak berubah. Pengajaran dan pendidikan hendaklah menitikberatkan pemahaman ibu
bapa dan sensitiviti mereka terhadap pendidikan dan tumbesaran kanak-kanak. Guru-guru
hendaklah sama-sama belajar bagaimana bekerjasama dengan ibu bapa untuk
membesarkan dan mengajar mereka. Selain itu,cabaran yang dilalui oleh beliau ialah guru-
guru hendaklah memahami kesan kehidupan berkeluarga dan struktur keluarga yang akan
terjadi apabila ibu bapa melibatkan diri dalam komuniti sekolah. Tidak ramai di antara ibu
bapa yang menyedari hakikat bahawa kita boleh terlibat dalam sesuatu program. Ini kerana
ibu bapa terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga ada yang di antaranya lupa
untuk meluangkan masa dengan anak-anak mereka. Perhubungan di antara rumah dan
sekolah,guru perlu berinteraksi dengan ibu bapa untuk mendapat maklumat yang terkini.
Pembelajaran kanak-kanak prasekolah tidak melibatkan buku dan guru sahaja,tetapi juga
ibu bapa di rumah. Pembelajaran adalah gambungan dan sokongan sosialisasi di rumah
dan seterusnya di sekolah. Wujudkan kesinambungan atau kontinuiti di antara kedua
pendidik,iaitu di rumah dan di prasekolah. Beliau berkata lagi,ibu bapa sebagai pendidik
utama dan pertama memainkan peranan kritikal dalam mempertengahkan pertumbuhan
mental dan emosi kanak-kanak. Pengetahuan guru tentang pertumbuhan kanak-kanak
boleh mempengaruhi perkembangannya dengan rakan-rakannya serta perhubungan
dengan ibu bapa. Guru perlu menyampaikan secara jelas ciri-ciri kanak-kanak untuk
mempertingkatkan pengetahuan ibu bapa tentang anak mereka. Selain itu,bagi meluaskan
pengalaman dan pengetahuan,para guru prasekolah perlu mendedahkan dirinya pada
pendapat-pendapat atau pandangan-pandangan baru yang terdapat dan diperolehi dari
pelbagai sumber. Kemahiran guru dalam pendidikan prasekolah adalah untuk memupuk
4
perkembangan kanak-kanak ke arah yang diperlukan oleh masyarakat dan negara. Beliau
memberitahu lagi,bahawa guru adalah seorang pengganti ibu bapa di prasekolah. Guru
perlu mengawasi kanak-kanak semasa di pusat prasekolah. Guru wajib menentukan supaya
kanak-kanak berada di dalam keadaan selamat atau pun berasa selamat sebagaimana
berada dengan ibu bapa mereka. Guru hendaklah memberikan kasih sayang sebagaimana
yang di berikan oleh ibu bapa mereka di samping memupuk perasaan hormat menghormati.
Guru juga perlu menjalankan tugas-tugas asas ibu bapa seperti menentukan keselesaan
mereka untuk pergi ke tandas,menyediakan makanan dan minuman serta masa berehat.
Suasana di kelas yang dapat memenuhi keperluan emosi dan fizikal kanak-kanak hendaklah
diwujudkan. Puan Vasentha Dewi berkata lagi guru hendaklah sentiasa menunjukkan sifat
kasih sayang, tingkah laku yang lemah lembut, riang dan aktif, bermuka manis dan
menggunakan nada suara yang sesuai apadila bercakap. Sifat lemah lembut merupakan
sifat keibuan yang perlu dimiliki oleh seorang guru prasekolah yang baik. Sifaf pengasih
seorang guru prasekolah perlu sama dengan sifat pengasih seorang ibu sejati di rumah.
Sifat ini kalau dimiliki oleh seseorang guru prasekolah akan membuuat kanak-kanak seronok
dan menunjukkan minat yang lebih selesa untuk berada di dalam kelas. Ia juga akan
mendorong kanak-kanak cepat mesra dan menganggap guru sebagai sahabat yang
memahami dirinya. Bukan itu sahaja, guru perlu menjadi model kepada kanak-kanak supaya
mempunyai sifat-sifat yang baik dan melakukan perbuatan-perbuatan yang dipandang wajar.
Kanak-kanak memerlukan individu dewasa untuk dijadikan teladan. Guru perlu
menggunakan peluang yang baik yang di dapati diprasekolah untuk menunjukkan teladan
baik bagi menerapkan sikap positif pada kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari sesuatu
melalui pemerhatian dan peniruan. Sebagai model guru sentiasa perlu berhati-hati di dalam
percakapannya,tingkah lakunya dan sikapnya supaya unsure-unsur negatif tidak dicontohi
oleh kanak-kanak. Kanak-kanak bersifat pemerhati, setiap yang dilakukan oleh guru
menyerap dengan cepat dan ini akan diamalkan oleh kanak-kanak itu. Guru seharusnya
menjalinkan perhubungan yang baik dengan keluarga kanak-kanak, memahami masalah
dan minat mereka serta bertindak menjadi perantaraan di antara kanak-kanak prasekolah
dengan masyarakat. Guru memainkan peranan penting ke arah membentuk perkembangan
seorang kanak-kanak. Guru memerlukan kerjasama, sokongan dan perhubungan yang baik
dengan ahli-ahli masyarakat terutamanya bagi menyampaikan penerangan pendidikan
prasekolah. Guru harus menyertai dengan cergas aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
masyarakat.

5
Guru perlu melahirkan perasaan penuh simpati, hormat menghormati dan bertimbang rasa
terhadap ibu bapa mengetahui dan memahami kanak-kanak di bawah jagaannya, bukan
sahaja sebagai individu dalam satu keluarga tetapi juga dalam masyarakat. Guru
hendaklah pandai menyesuaikan diri sebagai seorang ahli masyarakat di tempat bertugas
serta melahirkan sikap bertimbang rasa dan jujur terhadap orang lain. Guru prasekolah
adalah seorang pembimbing yang sama pentingnya dengan ibu bapa. Guru memainkan
peranan penting dalam mendidik kanak-kanak bagi membentuk perkembangan menuju ke
arah dan aspirasi yang dharapkan.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENDIDIK YANG CEMERLANG

Beliau memberitahu bahawa untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang perlulah
banyak membaca buku berkenaan dengan psikologi kanak-kanak ini kerana kanak-kanak
mempunyai pelbagai sikap yang berlainan. Selain itu juga,seorang pendidik perlulah
mempunyai fikiran terbuka ini kerana seorang pendidik akan berhadapan dengan pelbagai
sikap ibu bapa kanak-kanak ini. Pendidik yang berfikiran terbuka akan mempertingkatkan
prestasi akademik pelajar kerana mereka menjdi idola pilihan pelajar. Dalam ajaran Islam,
sikap dan budaya berfikiran terbuka ini sudah lama dipraktifkan. Selain itu, pendidik yang
berfikiran terbuka sentiasa bersedia menerima sebarang kelemahan dan kekurangan yang
dimiliki oleh pelajarnya. Setiap kesulitan dan kesusahan yang dihadapi mampu ditangani
dengan baik kerana sikap keterbukaan ini. Sikap rendah diri dan menyedari bahawa tidak
ada manusia yang sempurna akan membantu setiap pendidik untuk menerima pandangan
orang lain, walaupun orang yang memberikan pandangan itu kedudukan lebih rendah atau
usia yang lebih muda. Kesedaran sedemikian akan sentiasa membantu pendidik untuk
memberikan ruang kepada setiap pelajar dalam memberikan komen. Berkeyakinan tinggi
adalah berkait rapat dengan kepercayaan diri serta keberanian seseorang pendidik dalam
menyalurkan maklumat kepada pelajar.Mestilah berkeyakinan tinggi,mempunyai komitmen
yang tinggi terhadap kerjaya. Keyakinan yang tinggi juga dapat membantu pendidik
menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

6
Pendidik perlu sentiasa bersikap dan berfikiran positif. Pendidik perlu melafazkan ungkapan
kata-kata yang optimistik. Tanpa keyakinan diri yang tinggi, pendidik akan mudah brasa
gugup, menggelabah, pucat, darah gemuruh, dan panik serta berasa tertekan. Usaha tanpa
keyakinan umpama membawa air di dalam bekas yang bocor. Selain itu, perancangan
pengajaran adalah disediakan secara sistematik oleh seseorang pendidik dengan
berpandukan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Perancangan yang teliti akan memastikan
setiap waktu mengajar digunakan sebaik mungkin bagi tujuan menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada kanak-kanak. Disamping itu, seorang guru atau bakal pendidik
haruslah mempunyai rancangan pengajaran agar kanak-kanak tidak merasa cepat bosan
atau hilang tumpuan semasa di dalam kelas. Selain itu, guru perlulah memberi komunikasi
dua hala semasa didalam bilik darjah. Di samping itu, kita juga boleh bertanyakan kepada
guru yang lebih berpengalaman dalam bidang pra sekolah ini. Orang yang cemerlang ialah
apabila diberikan tugas, maka dia melakukan dengan penuh kesungguhan dan
bertanggungjawab. Pendidik yang bertanggungjawab ialah pendidik yang menjalankan
segala tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk memastikan segala matlamat dan objektif tugasnya tercapai dengan
cemerlang. Untuk menjadi seorang pendidik yang cemerlang, seseorang itu perlulah
bertanggungjawab terhadap kanak-kanak semasa didalam bilik darjah sehingga mereka
pulang kerumah. Beliau berkata lagi,penampilan menarik merupakan kunci paling penting
bagi seseorang pendidik untuk memenangi hati pelajar. Kegagalan pendidik untuk
mempamerkan penampilan menarik menyebabkan kanak-kanak hilang minat dan
menjauhkan diri daripadanya. Aspek yang paling penting dalam penampilan menarik dalam
keadaan fizikal yang kemas. Seorang guru atau pendidik haruslah berpenampilan menarik
agar kanak-kanak ini kelihatan ceria. Seorang pendidik perlulah mempunyai sifat kreatif ini
kerana sifat kreatif akan membawa ke alam penerokaan baru melalui pemikiran yang lebih
luas. Daya kreatif yang tinggi merujuk kepada sifat mencari sesuatu kelainan dalam
menjalankan tugas dan peranan sebagai pendidik. Daya imaginasi yang tinggi juga menjadi
asas yang utama untuk menjadi pendidik yang kreatif. Situasi sedemikian akan
menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran tanpa menjemukan kanak-kanak.
Semasa guru menjallankan aktiviti seharian, guru sepatutnya menarik cara-cara yang lebig
kreatif supaya menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih bermakna dan
berkesan. Pendidik yang cemerlang bukan hanya berperanan sebagai penyampai ilmu
tetapi juga sebagai pembimbing kepada kanak-kanak. Untuk menjadi peembimbing yang
baik, pendidik perlu merangsang, menyakinkan, dan memberi sepenuh tumpuan kepada
keperluan kanak-kanak yang sedang berhadapan dengan ilmu.

7
Sebagai satu profesion ke arah pembentukan kanak-kanak yang berilmu,
bertanggungjawab, berkebolehan, dan daya saing, pendidik atau guru perlulah peka kepada
tuntutan perubahan yang berlaku sama ada di luar ataupun dalam persekitaran kanak-
kanak. Dengan menyerdari betapa besarrnya tanggungjawab membimbing kanak—kanak
demi mencapai kemajuan sepenuhnya, para pendidik perlulah bersedia untuk
menyempurnakan profesion ini dengan lebih peka dan terbuka demi pembentukan
warganegara yang cemerlang.

NASIHAT KEPADA BAKAL-BAKAL GURU

Nasihat yang diberi oleh beliau ialah jangan sesekali berputus asa dan teruskan usaha
dengan gigih, jangan mudah mengalah dan yakin pada diri kita mampu melakukannya
dengan baik. Menjadi seorang yang penyayang, mempunyai kedudukan yang kukuh,
mengikut perkembangan semasa,berpenampilan yang menarik,mempunyai hati yang
mulia,pegangan agama yang kuat, seorang ceria,peramah,sentiasa memberi pendapat
tentang perjalanan masa depan,boleh di jadikan idola mereka,sentiasa mengambil berat
keadaan kanak-kanak dan bijak menangani segala masalah,sentiasa menampirkan
senyuman yang manis,member perhatian yang sama rata kepada kanak-kanak
tersebut,sentiasa mempunyai perwatakan yang menarik,mengajar dengan yakin dan ada
sedikit unsurlawak atau lucu supaya kanak-kanak tidak berasa bosan.Sentiasa mengambil
peluang menghadiri krusus motivasi untuk meningkatkan semangat kerja. Sentiasa mencari
ruang dan peluang untuk meningkatkan kerjaya.selain itu, mempunyai kekuatan serta jati diri
yang tinggi. Oleh itu, setiap bakal-bakal guru perlulah bijak mengintegrasikan nilai-nilai iman
dan ilmu bagi membentuk akhlak yang mulia dalam memajukan jati diri masyarakat Negara
ini. Dengan keadaan sedemikian, bakal-bakal pendidik haruslah memainkan peranan aktif
sebagai agen dan pemudah cara untuk mencapai setiap impian murni yang termaktub
dalam wawasan pendidikan negara.

8
Beliau memberitahu lagi, pendidik yang berkesan akan menggunakan strategi, teknik, dan
bahan yang dapat merangsang anak didik mereka untuk memanfaatkan pengalaman sedia
ada dan menggunakannya untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Sesuai dengan
harapan dan peranann ini, bakal-bakal guru perlu sentiasa memperbaharuhi semangat dan
iltizam pada setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari ini dalam melaksanakan tugas dan
tanggungawab yang diamanahkan dengan lebih efisien. Setiap bakal-bakal pendidik
perlulah berfikiran terbuka dan berpandangan jauh dalam melaksanakan tanggungjawab
yang diamanahkan. Apabila bakal-bakal guru menjunjung tanggungjawab yang
diamanahkan, maka cita-cita untuk membangunkan masyarakat Negara ini agar menjadi
cemerlang, gemilang, dan terbilang pasti dapat dizahirkan.

RUMUSAN

Puan Vasentha Dewi memberitahu bahawa guru memainkan peranan penting dalam
membawa perubahan di dalam sistem pendidikan selaras dengan perkembangan semasa
dan membentuk sahsiah murid sesuai dengan perkembangan dan keperluan masyarakat.
Guru seharusnya bersikap dinamik bagi menggerak dan membolehkan pendidikan sentiasa
berkembang maju yang sering berubah meningkat semasa ke semasa. Guru harus memikul
tanggungjawab sebagai agen perubahan dan penyebar ilmu yang membawa perkembangan
dan kemajuan sekolah dan masyarakatnya. Guru seharusnya melaksanakan cabaran-
cabaran dalam perubahan sistem pendidikan yang baru kepada murid bagi melahirkan
generasi yang cemerlang, terbilang dan geemilang. Beliau berkata lagi, pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kehamonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

You might also like