Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11
2.
0 PERANAN KELUARGA DALAM MEMPERKEMBANGAN POTENSI
KANAK- KANAK Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan prasekolah. Ibu bapa adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke prasekolah. Oleh itu, ia adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk sama- sama mendidik anak-anak di prasekolah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada anak-anak. Kanak-kanak akan merasakan pembelajaran bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga apabila berada di rumah. Guru pula akan dapat mengembangkan peranan professional mereka sebagai pemudahcara pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran kanak-kanak mereka melalui taklimat dan perkongsian ilmu daripada guru. Pendek kata, ibu bapalah yang banyak menyokong perkembangan potensi, bahasa, sosial dan akademik kanak-kanak mereka. Ibu bapa merupakan saty unit asas keluarga dan peranannya sangat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Untuk mendapat pengurusan keluarga yang dinamik, proaktif dan menepati masa yang kian berubah. Peranan ibu bapa sangat pentng dan perlu dilihat secara makro dan semua ini terlibat secara komited. Dalam usaha mendirikan sebuah keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep melentur buluh biar dari rebung perlu diberi penekanan. Ibu bapa merupakan satu unit dan perlu menjalankan pengurusan yang proaktif. Keibubapaan merupakan kerja yang paling sukar sekali, tetapi kebanyakan ibu bapa menerima sedikit atau tidak mendapat latihan formal langsung dalam kemahiran keibubapaan. Namun demikian, ibu bapa seringkali dikritik bagi setiap kesilapan yang mereka lakukan. Ahli psikologi telah mengkaji amalan keibubapaan untuk para ibu bapa. Dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan Prasekolah, peranan ibu bapa dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi anak mereka boleh diwujudkan melalui konsep keibubapaan berkesan atau effective parenting. Konsep ini bertujuan untuk mencorakkan perwatakan atau personaliti si anak itu supaya ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkanya adalah baik dan sesuai dengan kehendak ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Jadi, menurut Rutter et al. (1970), peningkatan hubungan di antara faktor- faktor yang berkaitan dengan keluarga terhadap pencapaian literasi kanak-kanak. Hal ini telah menunjukkan penglibatan ibu bapa dan keluarga amat penting dalam memperkembangkan potensi kanak-kanak prasekolah di sekolah. Terdapat beberapa peranan keluarga dalam memperkembangan potensi kanak-kanak prasekolah seperti berikut:- 2.1 Jurulatih Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, peranan ibu bapa untuk memperkembangan potensi kanak-kanak prasekolah ialah sebagai jurulatih bagi kanak-kanak prasekolah. Ibu bapa perlu menyediakan ruang dan peluang belajar yang seluas-luasnya kepada anak-anak semasa di sekolah dan di rumah dapat membantu memperkembangkan potensi kanak-kanak. Walau sesibuk manapun, berilah sedikit masa untuk anak-anak. Pelaburan ini sangat bermakna untuk masa depan mereka. Ibu bapa juga jadikah mengawasi pelajaran anak-anak sebagai rutin harian. Hal ini demikian supaya dapat memastikan kerja rumah anak-anak disiapkan dengan betul. Pembelajaran di rumah juga dapat mengukuhkan pemahaman anak-anak terhadap pembelajaran yang dipelajari di sekolah pada hari ini tersebut. Dalam konteks pendidikan Prasekolah, kemahiran membaca memberi faedah kepada semua orang. Membaca tidak terhad kepada buku sahaja tetapi juga akhbar, majalah, arahan pada kotak, tanda jalan dan sebagainya. Ibu bapa sebagai juralatih perlu melatih anak-anak teknik membaca atau bercerita supaya dapat memperkembangkan potensi kanak-kanak dari segi bercerita. Dengan itu, ibu bapa boleh membaca bersama mereka dan mencetuskan imaginasi anak dengan meminta mereka menyambung cerita atau meneka kesudahan sesuatu cerita. Bercerita mengenai keluarga adalah salah satu cara yang mudah untuk mengajar anak-anak bercerita. Secara tidak langsung, potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan atas bantuan ibu bapa. Bukan itu sahaja, semakin usia anak-anak bertambah, semakin banyak pengalaman pembelajaran yang dilalui. Ibu bapa sebagai jurulatih perlu menggalakkan anak-anak untuk merakamkan pengalaman mereka dalam bentuk penulisan walaupun ia hanya berbentuk perkataan tunggal. Ibu bapa perlu tunjukkan minat terhadap pembelajaran anak-anak dengan memberikan punjian dan dorongan kepada anak-anak. Hal ini demikian supaya mereka berasa keseronokan apabila belajar bersama dengan ibu bapa. Dengan secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan pengalaman yang seronok. Dengan itu, ia dapat memperkembangan potensi kanak-kanak dari segi penulisan. Dalam hal ini dirumuskan bahawa ibu bapa sebagai jurulatih dapat melatih kanak-kanak dari segi pelbagai bidang untuk memperkembangkan potensi mereka. Potensi kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan menujukkan minat terhadap pembelajaran anak-anak dengan memberikan pujian dan dorongan kepada kanak- kanak. Ibu bapa pelu meluangkan masa untuk bermain dengan anak-anak mereka supaya mereka dapat lebih mengetahui anak-anak mereka. 2.2 Mentor Ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sebagai mentor supaya dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan potensi mereka. Ibu bapa perlu menasihat, membimbing, menggalakkan, memudahcara, menyokong, menjaga dan lain-lain. Walaupun ibu bapa tidak semestinya tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu kerja rumah manakala boleh berhubung dan berbincang dengan guru anak mereka serta bertukar-tukar pendapat dengan guru mereka. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan guru. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Perkembangan anak-anak akan bertambah apabila ibu bapa dan guru saling berhubung. Selain itu, dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah, ibu bapa sebagai mentor boleh memberi galakkan kepada anak untuk melakukan kaedah penyelesaian masalah untuk menyiapkan kerja rumah iaitu jelaskan apakah tugasan dan apakah hasil yang diharapkan. Ia juga boleh menggunakan kemahiran menjana idea melalui sumbangsaran dan menentukan idea mana yang akan digunakan. Setersunya membuat perancangan dan menjalanakan perancangan tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan itu, ia dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan potensi dari segi menyelesaikan masalah. Di samping itu, ibu bapa sebagai mentor perlulah memiliki sifat yang tertentu. Ibu bapa perlu membimbing anak-anak menjana idea padahal bukan terus memberikan jawapan kepada anak-anak. Ibu bapa boleh berbincang dan merangka jalan penyelasaian dengan anak supaya kanak-kanak tidak terlalu bergantung kepada ibu bapa tanpa usaha sendiri. Pada pendapat saya, jika ibu bapa memberikan kaedah penyelesaian sendiri kepada kanak-kanak, ia akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menyelesaikan masalah dengan diri sendiri. Dengan itu, potensi kanak-kanak tidak dapat berkembang dengan lebih baik. Kesinambungan itu, ibu bapa juga haruslah mencelikkan akal anak-anak mereka dengan cara-cara yang pelbagai dalam penyelesaian masalah padahal bukan hanya berpandu kepada cara tertentu sahaja yang tidak dapat membantu memperkembangan potensi kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk cuba menyelesaian tetapi masih boleh mengubah strategi sekiranya gagal. Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat berani menghadapi kegagalan selepas beberapa cubaan telah dilaksanakan. Ibu bapa perlu memberi pujian kepada anak-anak mereka apabila mereka telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Pada pendapat saya, apabila kanak-kanak gagal menyelesaikan masalah mereka, ibu bapa tidak boleh marah anak-anak mereka sehingga mereka tidak mempunyai kehendak untu berterusan padahal ibu bapa perlu memberi bantuan kepada anak untuk mengesan potensi mereka supaya mereka tidak mudah putus asa. Bukan itu sahaja, saya mendapati bahawa ibu bapa juga perlu menerima anak- anak mereka dengan hati terbuka, penuh keikhlasan menerima setiap kelemahan atau kecenderungannya. Ibu bapa perlu mempunyai niat yang baik untuk menolong dan berusaha sedaya upaya apabila memberikan bimbingan dan dorongan kepada kanak- kanak. Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat meraskan ibu bapa sentiasa berada di sisi mereka. Ibu bapa juga memberikan pengetahuan secara positif dan memberangsangkan kepada anak-anak mereka. Dengan lain perkataan, ibu bapa perlu memberi bimbingan, nasihat dan kaunseling kepada anak-anak mereka supaya potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan dengan baik. Sikap hormat-menghormati pandangan antara satu sama lain bukanlah bererti setiap saranan ibu wajib dipatuhi atau anak tidak boleh melaksanakan sesuatu yang tidak dinyatakan oleh ibu bapa. Dalam konteks pendidikan Prasekolah di Malaysia, ibu bapa merupakan sebaik-baik contoh kepada anak-anak. Mereka perlu sentiasa menarik perhatian anak- anak mereka kepada perwatakan dan tingkah laku yang baik agar anak-anak dapat menjiwakannya. Dengan itu, potensi kanak-kanak dapat diperkembangkan suapaya dasar kependudukan baru negara yang menekankan kewujudkan satu generasi yang sihat, dinamik, produktif serta mempunyai nilai-nilai hidup dan moral yang tinggi. Negara memerlukan tenaga kerja yang mahir dan berfikiran positif. Lantaran itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memperkembangkan potensi kanak-kanak. Mentor ditakrifkan sebagai seseorang yang memegang peranan sebagai penyelia atau penasihat kepada pelajar atau pelatih serupa dengan tugas seorang guru atau kaunselor, tetapi lebih erat dengan anak didiknya. Mentor ini selalunya seseorang yang sangat berpengalamam dalam bidang yang sedang diceburinya.
2.3 Penyokong Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menyokong, mempertahankan dan menyakinkan anak. Pada pendapat saya, masalah yang dihadapai oleh ibu bapa ialah tidak tahu bagaimana hendak bercakap dengan guru tentang anak-anak mereka sendiri. Hal ini demikian kerana ibu bapa bimbang jika guru salah anggap terhadap mereka dan anak merka. Apa yang mereka ajar di rumah tidak sama dengan yang guru ajar di sekolah. Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu anak-anak dan guru-guru bekerja keras untuk mencapai kejayaan dengan memperkembangan potensi kanak-kanak. Kejayaan dalam pelajaran perlu diiikuti dengan kejayaan dalam hidup. Ibu bapa, guru dan komuniti mempunyai peranan masing-masing dalam hal ini. Guru-guru juga ingin tahu yang ibu bapa menyokong mereka. Dengan sokongan daripada ibu bapa, guru lebih fokus mengajar kerana mereka tahu apa yang mereka lakukan mendapat penghargaan. Ibu bapa perlu berbincanglah dengan guru anak-anak mereka pada awal tahun persekolahan. Potensi anak bergantung kepada apa yang ibu bapa, guru dan sekolah buat. Persekitaran dan komuniti menjadi medan kepada anak untuk menguji samada anak anada akan terus berkembang maju atau sebaliknya. Untuk menyokong dan menjamin potensi anak-anak dapat dikembang, ibu bapa perlulah datang ke sekolah untuk bertemu guru anak-anak, kehadiran ibu bapa akan menyemarakkan semangat anak kerana dia tahu di antara anda dan gurunya ada satu perkaitan. Dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah, ibu bapa perlu dengar dengan teliti apabila anak membuat rungutan terhadap guru tetapi jangan membuat apa-apa kritikan sebaliknya carilah kebenaran tanpa menyebelahi mana- mana pihak. Guru juga adalah ibu bapa, jadi sekiranya boleh berbincaglah dengan baik dan sihat. Kesulitan yang dihadapi anak dapat dirungkaikan. Secara tuntasnya, jika guru dan ibu bapa saling mengenali akan wujud suatu rasa hormat menghormati akan kepakaran masing-masing. Anak lebih mendengar cakap guru di sekolah dan pada masa yang sama lebih mengasihi kedua ibubapa dan keluarga di rumah. Sekiranya perasaan ini dapat dipupuk dan diperkembangkan, perkembangan potensi anak di sekolah, di rumah dan di dalam komuniti adalah sangat baik. 2.4 Sentiasa bermaklumat Ibu bapa sentiasa bermaklumat terkini dengan apa yang berlaku di sekolah. Perkara yang perlu sentiasa ketahui oleh ibu bapa ialah mengetahui perkembangan potensi anak-anak di sekolah dan kerja kursus serta kerja rumah perlu dipantau. Ibu bapa juga perlu kekal berhubung dengan guru anak dengan membekalkan telefon, faks, emel dan sebagainya. Selain itu, dalam konteks pendidikan, ibu bapa mestilah mempunyai pengetahuan tentang perkembangan potensi kanak-kanak, strategi pendidikan dan strategi pengubahsuaian tingkah laku supaya dapat mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan potensi anak-anak mereka seperti mana yang di cita-citakan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu bolehlah dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri si anak itu sendiri. Persekitaran luar merangkumi suasana di mana si anak diasuh dan berkait rapat dengan faktor-faktor seperti taraf sosioekonomi, budaya serta hubungan dengan adik -beradik serta kawan -kawan di sekelilingnya, peralatan di rumah atau di sekolah dan media massa. Faktor dalam diri sendiri termasuklah taraf kesihatan, taraf pemakanan pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar, pengamatan terhadap diri sendiri (sama ada dia berasa rendah diri atau sebaliknya) dan ciri-ciri serta bakat semula jadinya yang sedikit sebanyak terdapat dalam baka yang diwarisinya. Setiap komponen yang memainkan peranan dalam mempengaruhi perkembangan potensi dan tingkah laku seseorang kanak-kanak itu perlu difahami oleh ibu bapa. Terdapat beberapa matapelajaran yang memerlukan latihan secara berterusan untuk membentuk ketajaman pemahaman. Contohnya Matematik. Ibu bapa boleh membimbing anak membina jadual yang seimbang antara pembelajaran kemahiran dan mengingat, di antara kemahiran membuat karangan dan merancang suatu eksperimen atau mengkaji sejarah. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu membimbing anak belajar dalam tempoh yang pendek, misalnya setiap 30 minit sebelum rehat. Semasa membaca, anak boleh membuat peta minda, menjawab soalan atau membuat nota. Menjawab soalan boleh menajamkan pemahaman dan memperkukuhkan ingatan. Membina ayat pula dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kank. Jumlah pelajaran yang diingati dan difahami lebih penting berbanding masa yang digunakan. Hal ini demikian kerana keluk lupaan boleh dipertingkatkan semula menjadi 100% jika seseorang murid menggunakan 10 minit untuk mengulangkaji dan menulis semula nota dalam jangka masa 24 jam selepas pengajaran. Intihanya, ibu bapa mempunyai maklumat yang berkaitan dengan anak-anak semasa di sekolah. Dengan itu, ibu bapa dapat membantu anak-anak memperkukuh pembelajaran di rumah supaya perkembangan potensi dapat dikembangkan dengan baik. 2.5 Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah Peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu memperkembang potensi anak-anak ialah ibu bapa menyediaan suasana pembelajaran di rumah dalam situasi yang aman dan bahagia. Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi perkembangan potensi kanak-kanak. Selain itu, pada pendapat saya, ibu bapa perlu menyediakan ruang belajar khas. Hal ini demikian supaya kanak-kanak dapat belajar dalam situasi yang selesa tanpa gangguan luaran. Perkara asas yang perlu dilakukan untuk menyediakan ruang belajar khas ialah tempat itu boleh menjadi kekal atau suatu sudut boleh dilapangkan dan dijadikan tempat belajar. Keselesaan seperti suhu, edaran udara dan cahaya perlu diberi perhatian supaya anak-anak dapat belajar dengan selesa. Kemudahan- kemudahan lain untuk ruang belajar ini boleh ditambah mengikut keseleseaan kanak- kanak supaya dapat meningkatkan kehendak belajar mereka sehingga potensi mereka dapat diperkembangkan dengan sepenuhnya. Di samping itu, ibu bapa boleh membantu anak-anak membuat jadual waktu belajar secara bersama-sama supaya kanak-kanak tidak berasa tertekan sebab atas persetujuan sendiri. Jadual belajar hendaklah memasukkan masa untuk kerja rumah, menelaah dan mengulangkaji pelajaran. Jadual perlu disediakan setiap hari dan minggu. Keadaan akan lebih baik apabila menasihati anak-anak memecahkan masa membaca kepada menjawab soalan yang berkaitan. Ibu bapa juga bolej nasihatkan anak membuat kerja rumah terlebih dahulu sebelum menelaah. Kesimpulannya, penyediaan suasana pembelajaran di rumah dapat membantu memperkembangkan potensi kanak-kanak dengan temankan ibu bapa bersama-sama untuk belajar. Ibu bapa juga perlu memastikan bahawa kanak-kanak tidak menghabiskan masa belajar dengan bermain atau berbual kosong apabila berkongsi tempat belajar bersama-sama dengan anak-anak lain. Hal ini demikian kerana ia juga akan menyebabkan pembaziran masa sahaja. 2.6 Penjaga Pengawasan terhadap perkembangan dan pertumbuhan bayi selepas lahir dari semasa ke semasa adalah penting kerana ini merupakan satu-satunya cara untuk mengenal pasti sebarang keadaan yang luar dari kebiasaan Walaupun kerajaan telah menyediakan program-program bagi mengawasi perkembangan kanak-kanak , usaha - usaha ini tidak akan berjaya tanpa kesedaran pihak ibu bapa tentang peranan mereka dalam mengawasi perkembangan dan tumbesaran anak mereka. Dalam konteks penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah, mendisiplinkan anak adalah satu proses yang berterusan. Setiap detik dalam kehidupan anak itu merupakan satu pengalaman. Oleh itu, perwatakannya dari semasa akan terbentuk daripada setiap pengalaman yang bermula dari dalam rahim ibunya dan berterusan sehingga akhir hayatnya. Oleh itu, ibu bapa memain peranan untuk memastikan agar anak mereka sering didedahkan kepada pengalaman-pengalaman positif yang meninggalkan kenangan-kenangan manis kepadanya supaya dia dapat menyedari bakat yang ada padanya dan berbangga terhadap setiap pencapaiannya. Selain itu, amalan, sikap san nilai-nilai yang ada pada ibu bapa banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka sendiri. Mereka harus memikirkan sama ada ciri- ciri ini sesuai dengan keadaan, masa dan juga sifat-sifat yang terdapat pada anak mereka. Umpamanya, mendisiplinkan anak dengan cara merotan mempunyai kesan yang negetif terhadap anak itu. Sebaliknya, banyak kaedah positif lain yang boleh meningkatkan daya pemikiran dan kematangan sosial sianak. Cara gayanya keibubapaan sudah semestinyalah sedikit sebanyak akan mempengaruhi seseorang anak apabila dewasa dan seterusnya menjadi ibu atau bapa pula. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa yang sewaktu kecilnya menjadi mangsa penganiayaan orang tua mereka cenderung untuk menganiayai anak-anak mereka sendiri. Di samping itu, ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak- anak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus. Pada pendapat saya, desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa. Justeru, mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak. Bukan itu sahaja, dalam konteks pendidikan di Malaysia, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak- anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang mempunyai potensi yang tinggi. Secara keseluruhan, keluarga merupakan mercu tanda kemakmuran negara dan menggalas tanggungjawab yang berat untuk memperkembang potensi anak-anak. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak melepaskan batuk di tangga. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu anak remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara ini dapat menjadi pemimpin yang berkaliber kelak. Impian Perdana Menteri untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dimakbulkan, sekali gus menjadikan negara Malaysia berdiri gah di persada dunia. Untuk mempertingkatkan potensi anak-anak, ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan potensi anak-anak mereka dengan lebih mendalam lagi terutamanya dari segi kekuatan dan bakat semula jadi yang dimilikinya. Dengan ini, ciri-ciri positif yang dimiliki oleh anak-anak mereka dapat dipupuk dan dirangsang untuk memperkembangan potensi mereka dengan lebih cemerlang.