A) Kedudukan Klien: Kaunselor Hendaklah Memastikan Bahawa Klien Dapat Duduk Dengan Selesa. Biasanya, Tidak Ada Meja
A) Kedudukan Klien: Kaunselor Hendaklah Memastikan Bahawa Klien Dapat Duduk Dengan Selesa. Biasanya, Tidak Ada Meja
A) Kedudukan Klien: Kaunselor Hendaklah Memastikan Bahawa Klien Dapat Duduk Dengan Selesa. Biasanya, Tidak Ada Meja
Penyelesaian terhadap masalah isteri yang curang a)Kedudukan klien: Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien dapat duduk dengan selesa. Biasanya, tidak ada meja yang mengasingkan dengan klien kerana ia boleh menghalang tingkah
laku tanpa lisan daripada diperhatikan oleh kaunselor b)Bertenang : Kedua-dua kaunselor dan klien hendaklah duduk dalam satu keadaan yang selesa supaya mereka boleh menyatakan sesuatu dengan nyata dan jelas. Bagi klien pula, keselesaan itu penting untuk mendorong dia bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang masalahnya. c)Kedudukan tubuh (posture) kaunselor : Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien. Amalan seperti ini adalah penting bagi menunjukkan kepada klien yang kaunselor itu minat mendengar apa yang diperkatakan klien. Dari semasa ke semasa, kaunselor boleh mengubah kedudukan tubuhnya untuk mendapatkan keadaan yang tenang. d)Ekspresi muka: Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, iaitu menunjukkan kaunselor itu sedia menerima klien. Jika kaunselor bermasam muka atau bermuram, ini memberikan mesej yang klien itu mungkin mengganggunya. e)Tentangan mata: Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Ia menunjukkan kaunselor meminati apa yang diperkatakan oleh klien dan adalah bersama klien secara fizikal dan mental. Walau bagaimanapun kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. . f)Soalan terbuka : Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar ialah menggunakan soalan terbuka. Ia memberikan peluang untuk klien bercakap lebih banyak lagi. Contoh: Cuba ceritakan apa yang berlaku pada diri anda. g)Dorongan minimum untuk bercakap: Dorongan minimum termasuk gerak isyarat anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu minat akan kata-kata klien. Contoh: Mmm, A-ha, Ya, Jadi? Dorongan minimum itu adalah penting untuk menggalakkan klien bercakap. . 2.Kemahiran Mendengar. . Dalam kaunseling, mendengar bukan merupakan aktiviti yang pasif. Carl Roger telah mewujudkan istilah mendengar dengan aktif. Ini bermakna kaunselor perlu membuat sesuatu yang positif. Ia melibatkan sikap dan tubuh badan yang menghantar mesej tanpa lisan kepada klien, iaitu, Pada ketika ini, anda merupakan orang yang paling penting dalam dunia. Kata-kata anda menarik minat saya. Kebajikkan anda adalah penting bagi saya. Dengan kata lain, tentangan mata dikekalkan. Tidak terdapat apa-apa gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian yang penuh dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.
Mendengar secara aktif memerlukan kaunselor, bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengenepikan apa yang diceritakan dengan hanya berkata Saya faham akan perasaan anda tetapi kaunselor merasakan apa yang sedang dirasakan oleh klien. Ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Ini juga bererti kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat idea-idea klien dan menyebut dengan tepat perasaan klien. Perasaan terpendam klien juga dapat ditafsir dengan tepat oleh kaunselor. Dengan kata lain, kaunselor dapat membuktikan kepada klien yang kaunselor telah mendengar, memahami serta menerima apa yang disampaikan kepadanya. . Mendengar secara aktif membawa dua kebaikan yang utama. Yang pertama, ia membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjut. Yang kedua, ia mempunyai kesan terapeutik. Bercakap kepada seorang pendengar yang aktif membolehkan individu itu meluahkan masalah-masalah dan ini boleh membawa kepada pelepasan emosi. Tambahan lagi, pendengar yang aktif itu akan memberikan satu lagi kesan, iaitu perasaan penting sebagai seorang individu kepada orang yang meluahkan masalah-masalahnya. . 3.Kemahiran Memandu Klien Sebahagian besar klien mempunyai fahaman diri yang terhad, iaitu tentang keperluankeperluan mereka, struktur-struktur bela diri dan cara-cara menyelesaikan masalah-masalah diri. Ada setengah-setengahnya menentang (dengan cara menggunakan mekanisme bela diri) fahaman tersebut. Pada peringkat ini kaunselor boleh membantu dengan cara memandu klien. Di bawah adalah cara bagaimana seseorang kaunselor boleh memandu klien ke tahap kesedaran diri yang lebih baik tentang keperluan-keperluannya. Kaunselor : Anda menyatakan perkara ini adalah balasan daripada Allah? Klien : Ya . Kaunselor : Ini menyebabkan anda berasa menyesal? Klien : Ya, itulah yang saya rasa sekarang. Kaunselor : Anda juga rasa inilah dosa yang paling besar anda lakukan? Klien : Ya . Kaunselor : Sanggupkah anda menceritakan bagaimana keadaan rumah tangga anda sekarang? Klien : Saya berkahwin pada tahun 2010 atas dasar suka sama suka, walaupun masih tidak mempunyai cahaya mata saya bahagia kerana dia seorang suami yang baik, penyayang dan cukup sempurna. Silapnya saya disini adalah kerana tidak tahan dugaan ketika berjauhan. Kaunselor : Anda katakan tadi bahawa anda tidak tahan dugaan ketika berjauhan. Apa sebab anda katakan begitu? Klien : Ya, suami saya bekerja di Sabah sementara saya di Kuala Lumpur, memanglah hidup saya tidak sama seperti isteri-isteri lain, setiap kali saya keseorangan, hanya telefon yang menjadi perantaraan antara kami. 4.Penjelasan Seolah-olah terbuka menggalakkan seseorang klien terus bercakap dan seterusnya memberikan lebih maklumat kepada seseorang kaunselor.
Kaunselor :Anda katakan anda tidak sama dengan isteri-isteri lain? Apa maksud anda tidak sama dengan isteri-isteri lain? Klien : Saya inginkan keadaan seperti isteri-isteri lelaki lain, mereka mendapat layanan dari suami dan sering dijemput oleh suami, setahun saya menunggu suami, saya mula timbul rasa bosan tinggal berseorangan dan sunyi. Saya cuba menyuruh suami saya bertukar ke Kuala Lumpur tapi tidak berjaya kerana tidak ada kekosongan. Kaunselor : Anda katakan anda bosan tinggal berseorangan? Apa yang anda lakukan untuk menghilangkan kebosanan tersebut? Klien : Saya banyak habiskan masa bersama kawan-kawan, keluar minum dan melepak di kelab malam. Kaunselor : Anda katakan anda banyak habiskan masa bersama kawan. Adakah kawan-kawan yang anda maksudkan itu lelaki? Klien : Ya Kaunselor : Jadi anda meluahkan segala masalah yang anda hadapi kepada dia? Klien : Ya, saya menceritakan masalah rumahtangga dan kesunyian yang saya hadapi. Kaunselor : Anda katakan anda menceritakan masalah yang dihadapi. Adakah dia dapat membantu anda? Klien : Ya, pada mulanya dia mendengar masalah yang saya hadapi, dia mula menaruh simpati dan selalu menemani saya dan menjadi pendengar setia. Kaunselor : Anda katakan dia selalu menemani anda. Jadi adakah setiap masa dia bersama anda? Klien : Ya, dia selalu bersama saya sehingga timbul rasa sayang dan saya telah melakukan dosa yang sangat besar. Kaunselor : Anda katakan anda melakukan dosa yang sangat besar. Apa dosa yang anda maksudkan itu? Klien : Saya telah terlanjur dengannya tanpa saya sedari saya sudah mengandung enam minggu.
Kenyataan-kenyataan atau soalan terbuka memberikan seseorang kaunselor maklumat untuk meneruskan perbualan. Dengan itu, soalan-soalan terbuka adalah amat penting pada peringkat awal sesi kaunseling. Semakin banyak maklumat diperolehi semakin cepat masalah dapat dikenal pasti. Sebaliknya soalan tertutup hanya memerlukan jawapan ya atau tidak. 5.Memberi Nasihat Nasihat merupakan cadangan dan seharusnya digunaka dengan waspada. Menurut Hadley cadangan dan nasihat adalah teknik-teknik yang sama dengan pujukan dan dengan itu, perlu digunakan dngan waspada. Arbuckle merasa yang tujuan utama perhubungannya dengan klien ialah membekalkan pengayaan persekitaran supaya klien dapat berkembang berdasarkan keupayaannya sendiri tanpa bergantung pada kaunselor. Seseorang individu yang membekalkan maklumat tidak lagi berfungsi sebagai kaunselor tetapi adalah berperanan sebagai pembimbing.
Kaunselor : Kliean : 6.Refleksi Idea Refleksi idea merupakan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor sebagai satu cubaan memahami klien. Ia membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa yang dinyatakan oleh klien. Lagipun, ia membolehkan klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri .
Klien : Kaunselor : 7.Refleksi Perasaan Dengan kemahiran ini, kaunselor akan balikkan aspek tentang emosi kepada klien. Ini dilakukan untuk meniggikan tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.
Klien : Kaunselor : 8.Penjelasan Idea atau Interpretasi Dalam situasi ini, seseorang kaunselor akan mengintrepretasikan apa yang dikatakan oleh kliennya. Dia menekankan pada aspek intelek kata-kata klien . Semasa menjelaskan idea, perkara-perkara berikut perlu diingati oleh kaunselor: i.Gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami klien ii.Jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi iii.Toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.
Klien : Kaunselor : 9.Konfrotasi Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. .
Klien : Kaunselor :
10.Ketika Ini (Immediacy) Ketika ini adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor untuk bertutur dalam suasana di sini dan ketika ini di antara kaunselor dan klien. Ia sebenarnya merupakan suatu pengakuan tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Biasanya, ia menyentuh perasaan dan perlu digunakan dengan berwaspada. Contoh: Tindakbalas kaunselor: . 11.Pendedahan Kendiri Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya. Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi. Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. Contoh: Klien : Kaunselor: Tindak balas kaunselor itu akan menyebabkan klien berasa lega dan selesa. Ia berasa sedemikian kerana pendedahan diri kaunselor yang juga mempunyai kesalahan. 12.Pemparafrasaan Dalam satu-satu sesi kaunseling, kaunselor perlu merumuskan satu-satu isi penting yang dinyatakan oleh klien dari semasa ke semasa. Ini bertujuan untuk menyemak kelemahan kefahaman kaunselor mengenai masalah yang disampaikan. Ia juga membantu kaunselor mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, pemparafrasaan boleh juga meningkatkan kefahaman diri klien tentang masalah-,masalah yang dihadapinya. Ini boleh juga membawa kepada kesedaran kendiri yang mungkin menimbulkan celik akal bagi klien menyelesaikan masalah-masalahnya. Contoh: Klien : Kaunselor:
13.Kesenyapan Penghentian sementara mempunyai berbagai-bagai erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan maklumat yang lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan diri dan mungkin akan dapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu.
Bagi memecahkan kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan tindakbalas berikut: i.Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh saya berkongsi? ii.Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya apa yang difikirkan tadi. iii.Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Boleh saudari ceritakan? 14.Penjelasan Masalah Di peringkat awal, proses kaunseling hanya menumpukan pada aspek yang mewujudkan perhubungan baik dan penuh kpercayaan serta mengadakan komunikasi secara terbuka. Tetapi satu matlamat kaunseling yang lebih penting ialah membantu klien menyelesaikan masalah. Oleh itu, adalah penting untuk masalah-masalah klien dikenal pasti. Untuk mencapai objektif ini beberapa langkah perlu : i.Tujuan awal ialah mengenal masalah itu, iaitu mengubah masalah umum kepada masalah spesefik. Contoh: Apakah maksud saudara apanila saudara mengatakan ____________?. ii.Memberikan peluang keoada klien untuk mengemukan alternative-alternatif. Contoh: Bagaimanakah anda akan cuba mengatasi masalah tersebut? iii.Klien digalakkan untuk meneroka alternatif-alternatif serta implikasi-implikasinya dan kemudian memilih yang manakah yang paling sesuai. Contoh: Pada pendapat saudara cara yang manakah yang lebih sesuai dan mengapa saudara memilih cara tersebut? iv.Akhirnya, klien perlu mengenal pasti perubahan atau kemahiran baru yang diperlukan untuk mencapai alternative yang dipilih itu. Contoh: Mari kita cuba mula dengan _________
15.Rumusan Rumusan adalah proses menggulungkan segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Ia akan mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara yang akan dibentangkan. Membuat rumusan merupakan suatu cara untuk menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang klien serta membantunya melihat kemajuan yang telah tercapai. Semasa membuat rumusan, seseorang kaunselor seharusnya menggunakan bahasa yang mudah dan jelas. Di samping itu, maklumat balik hendaklah didapati daripada klien tentang rumusan yang dibuat. Contoh: Mari kita cuba merumuskan apa yang telah kita bincangkan. Akhir sekali, sesi kaunseling akan ditamatkan dengan penilaian yang dibuat oleh kaunselor terhadap klien mereka. Penilaian ini penting bagi memastikan klien telah mencapai tahap kefahaman yang jitu terhadap masalah dan telah mampu untuk mencari jalan keluar dari musibah yang menimpa mereka. Perubahan boleh dilihat melalui dari beberapa sudut
antaranya ialah perubahan air muka, gerak geri dan pertuturan seperti keyakinan diri yang tinggi, kefahaman yang jelas tentang akidah dan tawakal pada Allah atas musibah yang menimpa diri.