Teks Piato Sekolah Pemangkin Perpaduan

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Sekolah menjadi tempat terbaik menyemai semangat menghargai kepelbagaian kaum dan agama di Negara ini, sekaligus menjana

kekuatan besar demi masa depan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia 8 Mac 2012. Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Peringkat Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman

Sejambak kasih seharum kasturi buat Tuan Pengerusi majlis, barisan jemaah hakim yang intelek lagi berkarisma, penjaga masa yang setia dengan detik waktunya, pucuk pimpinan serta sidang dewan sekalian. Assalamualaikum warahmutullah hiwabarakatuh dan salam perpaduan salam 1Malaysia.

Sekolah Pemangkin Perpaduan

Demikianlah wahana perdana yang bakal saya ulas pada hari ini. Sebelum bahtera dilayarkan,

sebelum lidah menyusun bicara, ingin saya mendefinisikan maksud tajuk pidato saya Menurut kamus dewan edisi ke 3, halaman 1211: sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar. Pemangkin pula: Manakala perpaduan, halaman 955 bermaksud, penggabungan, peleburan atau persesuaian. Secara tuntasnya apa yang dapat kita simpulkan melalui tajuk pidato saya pada hari ini ialah

Sidang dewan sekalian, Fokus bicara saya yang pertama ialah sekolah wawasan pemangkin perpaduan. Setiap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan harusla bersama-sama menyumbang ke arah keharmonian dan perpaduan agar satu budaya yang aman, harmoni dan bersatu dapat diwujudkan. Justeru itu, pendidikan mengenai perpaduan seharusnya bermula di sekolah dengan memberi pendedahan awal di peringkat pusat asuhan,

sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi .di institusi inilah perpaduan dipupuk dan menjadi titik mula kepada kesepaduan antara kaum. Oleh itu, dasar kerajaan telah digubal bagi menubuhkan Sekolah Wawasan, dengan harapan semangat perpaduan dapat diwujudkan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambungkan antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penyambung dengan izin (link-way). Tujuan dan matlamat Sekolah Wawasan ini ialah: 1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid yang berbagai bangsa dan latar belakang. 2.Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari plebagai aliran. 3.Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi

demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu. 4.Untuk menggalakkan interaksi yang maksima antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Sehingga 2008, terdapat 5 buah komplek sekolah wawasan yang telah beroperasi dengan jayanya: 1.Kompleks Sek. Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak. 2.Kompleks Sek. Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah. 3.Kompleks Sek. Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang. 4.Kompleks Sek. Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor. 5.Kompleks Sek. Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak.

Sidang dewan yang dihormati sekalian Fokus bicara saya yang kedua murid agen perpaduan.

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi membangunkan identiti national, semangat kebangsaan, perpaduan dan cinta akan Negara di kalangat rakyat berbilang kaum di Negara ini. Lantaran itu, elemen-elemen yang wujud dalam system ini harus digembleng agar mampu menyumbang kepada perpaduan. Selaras dengan itu pada tahun 1986, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan pelaksanaan RIMUP. RIMUP adalah singkatan dari Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan. RIMUP juga telah menjadi sebahagian dari Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa.Ia bertujuan bagi :

melahirkan insan-insan yang berlainan kaum, agama, dan budaya dapat hidup dan bekerjasama dengan harmonis dapat mewujudkan masyarakat dan Negara yang aman dan damai.

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, serta suasana harmoni dikalangan semua peserta secara sedar dan terancang.

Melahirkan semangat persefahaman dan semangat toleransi dikalangan murid serta semua yang terlibat. Berkongsi kebudayaan, kemudahan, peralayan, tenaga, dan kepakaran, kegembiraan, keseronokan dikalangan semua pelajar dan peserta yang terlibat dalam semua acara yang diikuti bersama.

Sekolah dijadikan medium bagi menggarap semua elemen tersebut supaya menjadi kenyataan. RIMUP memberi peluang kepada guru-guru dan murid-murid dari sekolah berlainan aliran dapat berintegrasi dengan aktif dan positif. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan bola sepak, bola jaring, Sambutan hari guru, sambutan hari raya, sambutan tahun baru dan lain-lain lagi. Antara sekolah yang boleh dijadikan contoh ialah -

Focus bicara saya yang ke 3 aktiviti sukan pemacu perpaduan Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin pada 29 Jun 2011 di Majlis Penutupan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu Kementerian Pelajaran Malaysia akan memastikan dasar 1Murid 1Sukan akan menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di Negara ini. Menurut beliau juga, sukan dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Negara ini. Jelas dapat kita lihat disini bagaimana kerajaan komited untuk menjadikan sekolah sebagai agen penggerak yang memacu Malaysia kearah negara perpaduan. Disekolah anak-anak kita berkongsi kemudahan yang sama tanpa mengira jantina, kaum mahupun bangsa. mereka berkongsi kemudahan tidak kira dimana sahaja termasuklah dipadang sekolah. Pernahkah anda lihat bagaimana kehebatan sukan bola sepak yang menyatukan sesebuah negara.

Lihat sahaja negara Malaysia, bagaimana Skuad Harimau Malaya kita mampu mengumpulkan rakyat Malaysia yang berbagai lapisan masyarakat untuk duduk semeja dan bersorak bersama. Mengambilkira hal inilah elemen sukan menjadi satu perkara yang sangat praktikal untuk diterapkan bagi memupuk perpaduan. Dalam konteks persekolahan kita akan dapat melihat dimana, murid-murid akan berkonsi padang atau gelanggang untuk bermain. Secara tidak langsung, semangat kekitaan dan perpaduan dapat diwujudkan. Demi kemengan dalam sukan juga, kita lihat murid-murid akan bersorak menyokong satu sama lain tanpa mengambil kira faktor agama,bangsa dan warna kulit. Nah inilah buktinya sukan itu mampu memupuk semangat perpaduan dan pastinya ia hars disemai dari mereka masih kecil lagi. Selain tu juga, semangat setiakawan dan berpasukan dapat dipupuk serta mampu melahirkan atlit yang berkaliber hingga ke peringkat antarabangsa.

Sidang dewan yang bijaksana;

Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Pelajar sekolah hendaklah didedahkan awal tentang betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk ini. Mahu atau tidak, perkara ini turut melibatkan system pendidikan Negara kerana melalui pendidikan lah generasi muda dapat membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya sejajar dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Manamana Negara, termasuklah Malaysia, yang rakyatnya berbilang kaum, sangat bergantung kepada keutuhan perpaduan antara kaum dalam menjamin kesinambungan keamanan Negara. Oleh itu, usaha dan kegiatan yang boleh melebarkan jurang antara kaum hendaklah dibanteras dan ditegah sama sekali. Mencegah adalah lebih dari mengubati. Lebih baik kita hapuskan semua bentuk benih perkauman ini sebelum ia mengeluarkan buahbuah yang beracun yang boleh mengancam dan merosakkan keselamatan kita semua.

Hadirin sekalian ..rumusan dari apa yang saya perkatakan sebentar tadi ialah sekolah sememangnya mampu menjadi agen pemangkin perpaduan negara melalui yang pertama sekolah wawasan pemangkin perpaduan kemudian dibantu dengan isi mantap saya yang kedua murid agen perpaduan dan yang terakhir aktiviti sukan pemacu perpaduan. Ayuh semua..jadikan sekolah anda agen perpaduan agar keharmonian yang kita nikmati hasil perpaduan antara semua kaum ini terus kekal dan mampu dinikmati oleh generasi akan datang. Sekolah pemangkin perpaduan !!! Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatu.

You might also like