Frasa Nama Dalam Binaan Ayat

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

BAB 1 PENGENALAN 1.

1 Latar Belakang

Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama yang, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, seperti frasa nama dan frasa nama (FN + FN) , frasa kerja dan frasa kerja (FK + FK), frasa nama dan frasa adjektif (FN + FA), dan juga frasa nama dan frasa sendi nama (FN + FS). 1.2 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti frasa dalam binaan ayat : Aspek frasa nama. 2. Menganalisis binaan frasa nama dalam teks tugasan. 1.3 Batasan Kajian

Meskipun kajian ini membincangkan Sintaksis dalam bahasa Melayu, namun fokusnya hanyalah kepada frasa dalam binaan ayat dalam aspek frasa nama. Kajian ini akan menyentuh secara khas kepada pengertian frasa, jenis frasa, fungsi frasa nama, konstituen frasa nama, jenis binaan frasa nama, jenis frasa nama dan juga susunan konstituen frasa nama.

1.4

Tatacara Tugasan 1

Tatacara yang telah kami gunakan dalam menyiapkan analisis ini adalah dengan membaca keseluruhan bab mengenai frasa nama dalam Tatabahasa Dewan, serta mengesan dan mengasingkan frasa nama yang terdapat dalam teks yang disediakan. Skala yang telah kami gunakan untuk membuat analisis ini adalah 10. 1.5 Definisi dan Konsep

Frasa dianggap oleh Zaba (1965) sebagai rangkai kata. Abdullah Hassan (2002 : 233) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan perkataan. Frasa didefinisikan oleh Nik Safiah et al. (1993 : 416) ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandung sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Daripada pendapat ahli bahasa tersebut, frasa terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata. Umpamanya, perkataan pokok dapat manjadi frasa kerana dapat diperluas seperti contoh berikut :Pokok Pokok jambu Pokok jambu batu Dua batang pokok jambu batu itu. Frasa nama oleh Nik Safiah Karin et al. (1993:556) ialah frasa nama yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama . contoh adalah seperti berikut : i) Ramli bapa saya kata nama khas ii) Si Tompok kucing saya kata nama khas iii) Persatuan itu belum mengadakan masyuarat kata nama terbitan iv) Beliau guru saya kata ganti nama diri 2

iiv) Itu bangunan Daya Bumi kata ganti nama diri tunjuk

BAB 3

2 PERBINCANGAN 2.1 Analisis Binaan Frasa Nama

Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan , maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang atau penerangpenerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Contoh-contoh bagi frasa nama mengandungi binaan inti + penerang adalah seperti berikut : Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara. Inti Penerang Predikat

FN Subjek

Kelakuan baik selalu mendapat pujian. Inti Penerang Predikat 4

FN Subjek Contoh- contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti + inti adalah seperti berikut : Ibu Inti bapa tidak perlu datang Inti Predikat

FN Subjek Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut : > Inti + penerang nama > Inti + penerang bukan nama

1) Inti + Penerang nama Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kata nama ; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan pelbagai jenis. Berikut merupakan jenis penerang kata nama dan juga contohnya. a) Inti + Penerang kata nama keturunan Frasa nama Orang Inti Suku bangsa Melayu Kadazan Penerang Nama Keturunan

b) Inti + Penerang nama jenis Frasa nama 5

Harimau Inti Gelang

bintang emas Penerang Nama Jenis

c) Inti + Penerang nama penyambut Frasa nama Penyendal Inti (Alat atau pelaku) Pemandu Pengarang pintu teksi cerpen Penerang Nama Penyambut

d) Inti + penerang nama gunaan Frasa nama Alat Inti batu Kayu e) Inti + penerang nama kelamin Frasa nama Orang Inti Ayam Anak lelaki jantan perempuan Penerang Nama Kelamin pemadam penanda pemukul Penerang Nama Gunaan

f) Inti + penerang nama tempat Frasa nama 6

Penduduk Inti Cina

bandar Melaka Penerang Nama Tempat

g) Inti + penerang nama arah Frasa nama Tingkat Inti pintu Bangunan atas hadapan balakang Penerang Nama Arah

h) Inti + penerang nama anggota badan Frasa nama Rantai Inti Sarung Kepala leher kaki lutut Penerang Nama Anggota Badan

i) Inti + penerang nama tenaga penggerak Frasa nama Kapal Inti Mesin Perahu api kaki galah Penerang Nama Tenaga Penggerak

j) Inti + penerang nama perihal atau perkara Frasa nama 7

Garis Inti surat

permulaan perjanjian Penerang Perihal

k) Inti + penerang nama milik Frasa nama pekerjaan Inti Bumbung Kawasan l) Inti + penerang nama khas Frasa nama Teluk Inti Kerajaan Gunung Siam Malaysia Jerai Penerang Nama Khas mereka sekolah Jerman Penerang Nama Milik

m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran Frasa nama Haji Inti YB Senator Sang Othman Fatimah Arnab Penerang Nama Panggilan atau Gelaran

2)

Inti + Penerang Bukan Nama

frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerangpenerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu: a) Penerang penentu Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya yang boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu : Penentu hadapan Penentu belakang Penentu hadapan Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsurunsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Frasa Nama Penentu hadapan Beberapa Bilangan pucuk Penjodoh bilangan Inti senapang

Namun, kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan , misalnya *sebuah keberanian. Demikian juga, beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala, sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya *semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas. 9

Penentu belakang Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsurunsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Frasa Nama Inti Pemenang Bangunan b) Penerang kata kerja atau akar kata kerja Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Contohnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contoh lain adalah seperti berikut : Frasa Nama Inti Majlis Meja Penerang kata kerja bahas tulis Penentu belakang itu ini

c) Penerang kata adjektif

10

Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Rumah Sekolah d) Penerang kata adverba Penerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya : Frasa Nama Inti lawatan jawapan Penerang Kata Adverba julung kali sekali gus Penerang Kata Adjektif haram rendah

e) Penerang frasa sendi nama Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat.

Contohnya adalah seperti berikut ; 11

Frasa Nama Inti hadiah Penerang frasa sendi nama untuk Sendi nama f) Penerang bilangan ordinal Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan , misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya adalah seperti berikut Frasa Nama Inti lawatan cucu 3) Binaan Frasa Nama : Inti + Inti Penerang Bilangan Ordinal ketiga kesebelas abang Nama

Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

Terdapat dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan : a) Inti + inti dengan maksud sama erti 12

b) Inti + inti dengan maksud lawan erti Inti + inti dengan maksud sama erti Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya ; Frasa Nama Inti tubuh hutan inti + inti dengan maksud lawan erti perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan .Contohnya adalah seperti berikut : Frasa Nama Inti lelaki saudara jantan Inti perempuan saudari betina Inti badan rimba

2.1.1

Analisis Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Nama

Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kata nama ; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Terdapat pelbagai jenis kata nama yang menjadi unsur penerang, iaitu penerang nama 13

keturunan, jenis,penyambut, kegunaan, kelamin, tempat, arah, anggota badan, tenaga penggerak, hal atau perkara, milik , khas , dan juga gelaran. Penerangpenerang nama ini sebenarnya memberikan keterangan lanjut tentang aspek-aspek tertentu pada inti kata nama. Jadual analisis binaan frasa nama jenis ini adalah seperti dalam rajah 2.1.1 yang teletak pada halaman berikutnya.

Berdasarkan jadual 2.1.1, sebanyak 83 unsur kata penerang nama telah digunakan dalam buku yang dikaji. Analisis ini dibuat dengan menggunakan skala 10. Hal ini bermakna, bentuk kata ini diperoleh daripada muka surat 1 hingga muka surat 180,

14

dengan jumlah keseluruhan muka surat yang dikaji ialah sebanyak 19 muka surat daripada jumlah keseluruhan muka surat, iaitu 189. Mengikut jadual tersebut, penggunaan unsur penerang nama keturunan paling banyak digunakan dalam teks kajian ini. begitu juga dengan penerang penyambut, hal atau perkara, dan juga kata nama khas. Jenis-jenis ini banyak

digunakan dalan teks kajian berbanding penerang kata nama tempat, gelaran, milik,kegunaan, dan juga kelamin. Unsur yang paling sukar ditemui adalah unsur penerang nama tenaga penggerak, anggota badan dan juga arah.

15

2.1.2 Muk a surat

Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama Frasa Nama: inti + penerang bukan nama Bentuk-bentuk penerang bukan nama penentu hadapan belakang Kata Kata kerja adjektif atau akar kata kerja / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / Kata adverba Frasa Bilangan sendi ordinal nama Jumlah keseluruhan

1 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130 140 150 160 170 180

/ / / / -

/ / / / / / / -

/ / / / / /

/ / / / / / / / / / / / / / -

5 4 4 2 4 4 3 5 3 4 2 3 2 4 2 3 1 3 2 59

Jumlah Keseluruhan

Rajah 2.1.2 Berdasarkan jadual 1.2, sebanyak 59 unsur kata penerang bukan nama telah digunakan dalam buku yang dikaji. Analisis ini dibuat dengan menggunakan skala 16

10. Hal ini bermakna, bentuk kata ini diperoleh daripada muka surat 1 hingga muka surat 180, dengan jumlah keseluruhan muka surat yang dikaji ialah sebanyak 19 muka surat daripada jumlah keseluruhan muka surat, iaitu 189. Jadual tersebut menunjukkan bahawa secara keseluruhannya semua muka surat yang telah dikaji menggunakan unsur penerang bukan nama dalam ayat. Penggunaan unsur penerang bukan nama banyak diguna pakai oleh penulis dan ianya dapat dilihat pada muka surat 1, 20, 40, 50, 70, 90 dan 130. Manakala, pada muka surat yang lain hanya sedikit penggunaan unsur penerang bukan nama dalam ayat. Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang bukan nama dalam buku yang dikaji dapat dikesan melalui penggunaan bentuk-bentuk penerang bukan nama, iaitu penerang penentu( hadapan dan belakang), penerang kata kerja atau akar kata kerja, penerang kata adjektif, penerang kata adverba, penerang kata sendi nama dan penerang bilangan ordinal. Walaubagaimanapun, hanya 3 bentuk penerang bukan nama banyak digunakan dalam ayat iaitu penerang kata kerja atau akar kata kerja, penerang kata adjektif dan penerang kata sendi nama, sementara penerang kata penentu dan penerang kata adverba hanya jumlah yang sedikit. Penerang bilangan ordinal tidak terdapat dalam kesemua muka surat yang dikaji.

2.1.3

Analisis Binaan Frasa Nama : Inti + Inti

17

MUKA SURAT

FRASA NAMA INTI + INTI MEMBAWA MAKSUD KESAMAAN 7 MEMBAWA MAKSUD PERTENGTANGAN -

JUMLAH KESELURUHAN

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 110 120 130 140

4 2 9 3 7 1 5 3 4 3 5 6 2 9 1

4 2 9 3 7 1 6 3 4 3 5 6 2 9

150 160 170 180 190 200

8 6 5 3 4 7 JUMLAH KESELURUHAN

8 6 5 3 4 7 104

Rajah 2.1.3

18

Berdasarkan analisis daripada buku berkenaan, terdapat 104 frasa nama inti + inti. Sebanyak 103 frasa nama inti + inti yang mambawa maksud kesamaan dan 1 frasa nama yang membawa maksud pertengtangan. Penulis banyak menggunakan frasa nama yang membawa maksud kesamaan berbanding dengan frasa nama yang membawa maksud pertentangan. Terdapat beberapa perkataan frasa nama yang membawa maksud kesamaan yang diulang-ulang oleh penulis. Antaranya ialah

bahasa Melayu, bahasa Inggeris, orang asli, perdana menteri, bahasa kebangsaan, rukun Negara dan orang Melayu. Pengulangan bahas yang digunakan oleh penulis menjukkan bahawa penekanan mengenai sesuatu frasa nama itu banyak dilakukan kerana menggunakan frasa nama yang sama. Berbeza pula dengan frasa nama yang mempunyai makna petentangan kerana hanya terdapat stu penggunaan kata saja iaitu ibu bapa. menunjukkan bahawa penulis kurang menggunakan frasa nama Hal ini yang

menggunakan inti petentangan makna.

19

BAB 3 KESIMPULAN 3.1 Rumusan

Daripada apa yang telah dibincangkan dalam bab ini, bolehlah disimpulkan bahawa frasa nama dalam bahasa Melayu mempunyai binaan yang penuh peraturan dan kompleks. Namun demikian, jika dipandang dari sudut kedudukan unsur-unsurnya, binaan frasa nama boleh digambarkan seperti berikut: Bilangan + Penjodoh Bilangan + Gelaran + Kata Nama Inti + Kata Nama Inti + Penerang + Penentu Walau bagaimanapun, tidak semua frasa nama mesti mengandungi setiap unsur yang digambarkan di atas. Urutan kata dalam frasa nama bagi bahasa Melayu ada yang tetap dan ada yang berlaku pembalikan urutan. Perubahan urutan kadangkala

20

boleh mengekalkan erti atau menimbulkan perubahan erti. Ini dapat dibuktikan dengan dapatan analisis seperti dalam bab perbincangan yang telah dilakukan.

BIBLIOGRAFI Ahmad Khair Mohd Nor (2003). Pengantar sintaksis bahasa melayu : tatabahasa : ayat . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkeflee Yaacob (2011). Sosiolinguistik : wacana ppsmi dan yang indah bahasa. Kelantan : Penerbit BMS (Bunga Melayu Solutions)

21

You might also like