Badan Kehakiman

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.

Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SISTEM KEHAKIMAN

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA 1. Latar belakang kehakiman 2. fungsi utama badan kehakiman 3. bidang kuasa badan kehakiman 4. personel kehakiman 5. cara polis menahan seseorang 6. hak kebebasan diri 7. aturcara perbicaraan kes jenayah 8. contoh kes jenayah dan hukumannya 9. aturcara perbicaraan kes sivil 10. kelayaka peguam bela dan peguam cara 11. perkhidmatan perundangan 12. lembaga pengampunan 13. istilah umum kehakiman Huraian 1. Latar belakang kehakiman - perlembagaan negara ini menentukan doktrin pengasingan kuasa - perlembagaan memberikan kuasa kehakiman dan mahkamah - jenis mahkamah yang ada di negara ini Mahkamah awam - Mahkamah persekutuan - Rayuan - Tinggi - Sesyen - Majistret - Penghulu - Koroner

Mahkamah khas - Khas raja-raja - Syariah - Kanak-kanak - Tentera - Bumiputera - Perusahaan - Buruh 2. fungsi utama badan kehakiman - melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif , pihak tertentu atau orang

perseorangan - berkuasa mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang - menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan - mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta - membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggah - menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di negara ini - menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ( walaupun kapal tersebut berada di ruang atau lautan antarabangsa ) 3. bidang kuasa badan kehakiman - bebas daripada pengaruh mana-mana pihak - berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang diberikan dalam mahkamah - Keputusan mahkamah hukuman , denda ( boleh dirayu ) - YDA boleh kurangkan hukuman / ampun di mahkamah tentera / syariah di negeri tak beraja / wilayah persekutuan / mahkamah awam di wilayah persekutuan - Raja/ sultan atau YDB boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam dan syariah di negeri baginda sahaja 4. personel kehakiman - mahkamah persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara , Presiden Mahkamah Rayuan , 7 orang hakim mahkamah Persekutuan , pendaftar , jurubahasa , bailif dan sebagainya - mahkamah tinggi malaya seorang hakim besar dan 47 orang hakim lain beserta kakitangannya - mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak seorang hakim besar , 10 hakim lain dan kakitangan - bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah YDA - peseuruhjaya kehakiman yang bertaraf hakim mahkamah tinggi juga dilantik - mahkamah sesyen hakim dan pegawainya - mahkamah majistret majistret sebagai hakim dan pegawainya - mahkamah penghulu penghulu sebagai hakim tanpaa pegawai yang lain 5. cara polis menahan seseorang - sebelum seseorang ditahan ia hendaklah melalui prosedur : - seseorang membuat laporan yang dicatatkan dalam buku laporan polis - Polis membuat siasatan dan dakwaan jika terdapat bukti - Polis menangkap orang yang disyaki dalam suatu operasi - Polis mendapatkan waran tangkap / waran untuk menggeledah rumah yang disyaki / jika terdapat bukti , kes akan dibawa ke mahkamah - Bagi kes kesalahan kompaun , denda akan dikenakan kalau tidak dibayar kes akan dibawa ke mahkamah - Bagi kes jenayah yang menyalahi undang-undang kanun keseksaan jenayah , perbicaraan mahkamah diperlukan - Seseorang yang ditahan boleh diikat jamin ( deposit wang dan penyerahan pasport kepada mahkamah

jika perlu - Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau ditahan polis atas tuduhan jenayah melalui a. perintah saman mahkamah - dokumen yang mengandungi buti kesalahan dan mewajibkan tertuduh hadir dimahkamah pada hari dan masa yang dutetapkan b. waran tangkap - perintah yang diperoleh oleh pihak polis daripada mahkamah untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran tangkap c. penangkapan tanpa waran - boleh dilakukan mengikut jadual pertama kanun acara jenayah untuk kesalahan seperti rusuhan , pemalsuan mata wang , atau perhimpunan haram

6. hak kebebasan diri - seseorang yang ditangkap oleh polis hendaklah diberitahu tentang sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh - jika melebihi 24 jam hendaklah dihadapkan ke seorang majistret untuk mendaptksn perintah tahanan - orang kena tahan ( OKT ) boleh berunding dengan peguam - kalau dituduh boleh bela diri ( peguam bela / diri sendiri ) - kalau tak ada dakwaan ia hendaklah dilepaskan - kalau seseorang ditahan tanpa mengiku undang-undang dia boleh memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan dirinya - ornag yang telah dibebaskan / disabitkan dengan satu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesaahan itu sekatan terhadap hak kebebasan diri - ISA ( akta keselamatan dalam negeri ) kerajaan berhak menahan seseorang tanpa perbicaraan selama 2 tahun OKT boleh mohon habeas corpus - Seseorang boleh dikenakan buang daerah sungguhpun kekurtanagan bukti terhadap kesalahnnya ( kes rasuah sukan , kongsi gelap , sindiket pelacuran polis dapatkan perintah mahkamah tanpa melalui perbicaraan ) - Selain hukuman penjara seseorang pesalah juga boleh dibuang daerah setelah tamat tempoh hukumannya 7. aturcara perbicaraan kes jenayah - pihak mendakwa ( untuk kesalahan jenayah serius ) peguam negara atau penolong kanan pendakwa raya , jabatan peguam negara - pendakwa menanggung beban bukti ( terpaksa membuktikan bahawa orang yang didakwa bersalah hingga tidak ada keraguan yang munasabah ) - pihak mendakwa boleh panggil saksi untuk beri keterangan di mahkamah - saksi boleh disoal balas oleh pembela - peguam bela menggulung hujah

- disudahkan oleh pendakwa - sekiranya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa , tertuduh boleh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri - jika berjaya dibuktikan / wujud prima facie atau bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh bersalah, hakim akan mengarahkan tertuduh membela diri - cara a. memberi keterangan di kandang saksi / tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa b. memberikan keterangan bersumpah / tertakluk kepada soal siasat pihak pendakwa c. berdiam diri di mahkamah

BADAN KEHAKIMAN MALAYSIA ISTILAH KEHAKIMAN Posted: April 21, 2012 in Kenegaraan, Pengajian Am Kertas 1 0 Afidavit Pernyataan bertulis atas nama seseorang membuat pengakuan dalam kes sivil / kes jenayah. Alibi Bukti yang menunjukkan pada masa kesalahan yang dipertuduhkan, tertuduh berada di tempat lain. Appointee Orang yang dilantik akan diberi faedah apabila kuasa pelantikan dikuatkuasakan.

Assumpsit Tindakan Common Law diambil atas seseorang yang melanggar janji/menipu. Autre conuict Alasan menghalang pandakwaan jenayah apabila banduan itu mendakwa bahawa dia telah dibicarakan dan disabitkan untuk kesalahan yang sama masa itu. Bail Jaminan iaitu tertuduh diikat jamin dan dikehendaki hadir ke mahkamah pada waktu yang ditetapkan, sekiranya tertuduh gagal hadir, maka wang cagaran penjamin dirampas. Bailiff Orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menyampaikan writ/ saman kepada seseorang. Bona fide Dengan baik hati dan jujur tanpa fraud atau penyertaan dalam perbuatan yang salah. By-law/bye-law Undang-undang kecil dibuat oleh pihak berkuasa untuk penyelarasan. Certiorari Permohonan terhadap Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rendah Common Law Sebahagian undang-undang England yang dirangka dan ditadbir oleh mahkamah lama Common Law berasaskan amalan masyarakat Negara itu dan dalam bentuk lisan. Consensus ad idem Persetujuan atas perkara yang sama dalam membentukkan kontrak. Coroner Seorang yang ditugaskan menyiasat keadaan kematian seseorang yang mati dibunuh atau mati dalam keadaan mencurigakan. Cy-pres Doktrin memboleh mahkamah mengarah pelaksanaan niat seseorang pewasiat menerusi cara yang hampir dihajati apabila didapati pewasiat telah membuat sesuatu niat yang umum. Deed Surat perjanjian bertujuan membuktikan persetujuan dibuat oleh pihak-pihak terbabit. De facto Dari segi persoalan fakta Defendan Tertuduh dalam kes perbicaraan. Ekstrinsik Keterangan lain yang diberi berkaitan dengan sesuatu dokumen bertulis. Ex parte Permohonan oleh plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran defendan (tertudh) Fustus officio Kesalahan yang sama tidak boleh diulang bicara di mahkamah yang sama selepas keputusan telah dibuat oleh mahkamah berkenaan. Habeas Corpus Writ diperoleh daripada mahkamah yang mengarah seseorang yang berada dalam tahanan pihak berkuasa dihadapkan ke mahkamah untuk mendengar dan membela dirinya. Injuksi Perintah mahkamah supaya defendan melakukan /tidak melakukan sesuatu perkara. Levi Pengutipan dan pengumpulan wang secara paksa menerusi cukai.

Mandamus Writ dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi mengarah seseorang/ sesebuah badan menjalankan kewajipan untuk orang awam. Mandatory Hukuman yang patut dilaksanakan. Biasanya melibatkan kesalahan yang berat. Mortage Gadai janji Penalty Dendaan / pembayaran wang dibuat kerana mungkir janji atau sesuatu yang bertentangan dengan syarat dalam kontrak. Petition Rayuan bertulis kepada kerajaan atau mahkamah. Plaintif Seseorang yang mengambil tindakan undang-undang terhadap tertuduh. Prima facie Keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai bukti kesalahan tertuduh. Status quo Berada pada kedudukan asal Quarantine Pengasingan seseorang di tempat khas akibat wabak penyakit berjangkit. Saman Dokumen dengan nama tertuduh dikehendaki menghadirkan diri di Mahkamah pada masa yang ditetapkan. Sheriff Melaksanakan arahan-arahan hakim dalam perbicaraan. Sapina Arahan terhadap seseorang untuk hadir ke mahkamah kerana berkaitan dengan perbicaraan. Ultra vires Perbuatan yang melampaui batas undang-undang Void Terbatal kerana sah Waran Perintah diberi kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang/ menghadapkannya ke mahkamah Writ Dokumen dikeluarkan atas nama YDA disertakan dengan cop mohor kerajaan / mahkamah memerintah seseorang melakukan sesuatu / menghalangnya daripada melakukan sesuatu. Contohnya, writ dikeluarkan memerintahkan defendan hadir dari kes sivil

Bab 4 Konsep Pengasingan Kuasa Posted: 6:30 PTG | Author: keller Purple

| Filed under: Koleksi Nota-Nota Pengajian Am Doktrin Pengasingan Kuasa

1 Doktrin ini dikemukan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.

2 Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara ahli falsafah kepada tiga buah badan yang bebas, iaitu: (a) Badan perundangan (b) Badan eksekutif (c) Badan Kehakiman

3 Kuasa ketiga-tiga buah badan ini mempunyai peranannya yang tersendiri.

4 Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk: (a) mengelakkan pertindahan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa (b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu (c) membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain

Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

1 Doktrin pengasingan kuasa yang diambil oleh Malaysia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa kuasa asal

2 Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.

3 Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.

4 Di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggotan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang.

5 Di peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.

6 Beberapa ciri negara Malaysia adalah seperti berikut: (a) mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak westminster) (b) mempunyai raja berperlembagaan (Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong)

(c) mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri) (d) mengamalkan doktrin pengasingan kuasa (e) mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan

You might also like