Anyaman
Anyaman
Anyaman
ANYAMAN
DEFINISI ANYAMAN
JENIS-JENIS ANYAMAN
Jenis Anyaman Bahan
Hasil anyaman
Anyaman
Mengkuang
Anyaman
pandan
Anyaman Buluh
Daun
mengkuang
Daun pandan
duri
Jenis-jenis
buluh yang
sesuai
Anyaman Lidi
Lidi kelapa
Anyaman ribu- Paku pakis ribu- Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas
ribu
ribu.
serba guna dan lain-lain.
Anyaman buluh
Cth: bakul pakaian
Anyaman Lidi
Cth: dulang
Anyaman ribu-ribu
ALATAN ANYAMAN
Penganyam harus mempunyai beberapa alat
kelengkapan semasa proses penyediaan daun,
pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang
diperlukan ialah:
Parang
Digunakan untuk memotong daun-daun pandan
dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga digunakan
untuk memotong atau menetak bahagian pangkal
dan hujung daun.
Pisau
untuk membuang mempulur daun dan duri
bahagian kiri dan kanan daun
Jangka
sisir kayu atau buluh yang bermata tajam untuk
melerai daun menjadi helaian kecil megikut lebar
yang dikehendaki
pelurut
Diperbuat daripada buluh(biasanya antara 17cm
panjang dan 4.5 cm lebar untuk melembutkan
daun
PROSES
PENYEDIAAN DAUN
2. Melayur daun
Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi
kekuning-kuningan. Proses ini dilakukan supaya
daun menjadi lembut
dan lebih tahan lama.
Daun yang lembut akan
memudahkan proses
menjangka.
3. Menjangka daun
Menjangka merupakan proses membelah/
mengoyak/ mencarikkan daun tersebut menjadi
bilah-bilah atau helaian
daun yang kecil.
Penggunaan alat jangka
diperlukan bagi proses ini.
Daun diletakkan di atas
peha yang telah
dialas dan jangka bermata
tajam dicucuk pada daun
dan ditarik pelahan-lahan.
4. Melurut
Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama
lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian
daun tersebut dilurut
menggunakan pelurut.
Proses melurut dilakukan
berulang kali supaya bilah
atau helaian daun menjadi
lembut dan tidak bergulung.
5. Merendam
Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau
ditongkolkan untuk direndam. Tongkol-tongkol
direndam di dalam tempayan yang mengandungi
air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar
sebanyak dua kali sehari.
Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam untuk
melunturkan warna asalnya (hijau). Ikatan
tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci dan
dijemur.
Warna
Kunyit
Kuning
Daun mengkudu
Hitam
Daun bemban
Hijau
Kapur sireh
PROSES MENGANYAM
Proses menganyam dilakukan dalam lima
peringkat dan memakan masa yang agak lama
bergantung kepada kecekapan tukang anyam
dan saiz anyaman
Proses ini perlu dilakukan dengan kemas dan
teliti bagi menghasilkan anyaman yang
menarik dan berkualiti
1. Lagang
Lagang merupakan tulang kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran
panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah
pandan/mengkuang dibentuk seperti V di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman
bermula.
2. Anyaman
Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari asas
melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk
empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman
digunakan.
3. Lepih
Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga
dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenisjenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas
dan tepi tulang belut
4. Sisip
Proses ini memerlukan alat penyisip bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk
memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk.
Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai
5. Kerat
Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman nampak kemas dan
menarik.
KELARAI
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi terutama dalam
kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan
utama.
Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang,
cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga
kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga
rumput.
Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung)
dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang).
Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti
siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau.
Kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga
dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi,
mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
(di sini unsur ini amat jarang diterapkan kerana agak sukar untuk
membentuknya dan memerlukan kemahiran yang tinggi bagi
penganyamnya)
TIKAR BERALAS
TIKAR RUBAI
Kelihatan bilah-bilah daun mengkuang yang sedikit tebal dan kasar
Kebiasannya saiz tikar jenis ini adalah besar dan memanjang, ia juga digunakan
untuk dibentangkan diruang tamu dan ibu rumah bagi keselesaan tetamu yang
hadir. Tikar rubai juga sesuai untuk dibentangkan juga di laman rumah atau
diluar rumah ketika persandingan pengantin diadakan didepan rumah. Dengan
ketahanan tikar ini kebanyakan orang dahulu menggunakannya untuk
menjemur padi sebelum di tumbuk dengan menggunakan lesung padi.
TIKAR PANDAN
Tikar pandan banyak digunakan untuk lapik tempat sembahyang dan tempat
tidur orang dulu-dulu, ianya lembut dan mudah rosak untuk kegunaan
berlasak ditempat lain.
ANYAMAN BAKUL
2.
2)
6)
Anyaman mudah
3)
Anyamkan
4)
7)