Kelab Adat Perpatih

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KELAB ADAT PERPATIH

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai
dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi
pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah
Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti
yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998
menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan
secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari ketogeri yang berikut:-

1. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
2. Hobi dan rekreasi;
3. Sukan dan permainan;
4. Badan beruniform; atau
5. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar (Pengetua / Guru Besar).

Kelab Adat Perpatih telah dicadangkan penubuhannya di sekolah-sekolah


seluruh Negeri Sembilan pada tahun 2006. Cadangan penubuhan kelab ini adalah
bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan adat perpatih kepada generasi muda
bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam dan ianya tidak disalah ertikan.
Penubuhan Kelab Adat Perpatih ini adalah berdasarkan kerjasama antara Unit Adat
Perpatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Persatuan Sejarah Malaysia, Negeri
Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sebagai pelaksana program

Di awal penubuhan Kelab Adat Perpatih di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan


mendapat sambutan yang agak menyakinkan. Walaubagaimanpun bilangan sekolah
tersebut semakin berkurangan kerana ketiadaan modul yang khusus untuk kelab
berkenaan menjalankan aktiviti. Guru-guru yang dilantik oleh pihak sekolah tidak ada
ilmu pengetahuan berkenaan adat perpatih. Akibat dari pengurangan ini, Unit
Kokurikulum jabatan pendidikan Negeri Sembilan mencadangkan agar aktiviti kelab ini
diserapkan kedalam kelab kebudayaan sekolah / kelab yang seumpama dengannya .

Tahun 2016, satu usul telah dibangkitkan agar Kelab Adat Perpatih ini dijadikan
sebagai aktiviti kokurikulum tambahan kepada murid – murid sekolah di Negeri
Sembilan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Sembilan, walaubagaimana pun
ianya tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehingga kini
jabatan ini masih belum mendapat surat kelulusan dari Kementerian Pendidikan
Malaysia yang membenarkan Kelab Adat Perpatih ini boleh dijadikan sebagai aktiviti
kokurikulum tambahan kepada murid-murid. Langkah yang diambil oleh jabatan ini
untuk membantu adalah aktiviti ini diserapkan kedalam aktiviti kelab kebudayaan di
sekolah. Walau bagaimanapun pergerakannya masih terbatas. Keahlian Kelab Adat
Perpatih yang aktif pada tahun 2016 :

1. SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah


2. SMK Alam Beraja, Palong 11
3. SMK Batu Kikir (Model Khas), Batu Kikir
4. SMK Tuanku Besar Burhanuddin, Seri Menanti
5. SMK Seri Jempol, Bandar Seri Jempol

Aktiviti yang dijalankan bergantung kepada program-program yang dijalankan oleh


Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Antaranya adalah :

1. Olek Adat Perpatih (Luak Rembau)


2. Olek Adat Perpatih (Luak Sungai Ujung)
3. Seminar Adat
4. Adat Benar (Luak Johol)
5. Olek Dato’ Jempol (Luak Tanah Mengandung)
6. Pesta Adat Perpatih sempena Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan

2018, SMK Tuanku Muhammad, Kuala Pilah dengan bantuan pihak Unit Adat Perpatih,
Lembaga Muzium Negeri Sembilan sedang mengusahakan suatu modul bagi
memperkasakan Kelab Adat Perpatih dan usaha itu sedang berjalan sehingga kini.

Antara Kekangan yang berlaku didalam mengaktifkan Kelab Adat Perpatih ini
adalah:

1. Kekurangan guru yang mahir dalam Adat Perpatih


2. Tiada modul yang khusus untuk dijadikan panduan kepada perjalanan aktiviti
3. Tidak ada aktiviti yang dapat menarik minat generasi muda ke arah mempelajari
kehidupan beradat ini kerana persekitaran masyaratkat itu sendiri tidak
megamalkannya secara serius.
4. Kerjasama dari Dato’ – Dato’ Adat atau orang orang yang berpengalaman
berkenaan Adat Perpatih sukar untuk diperolehi

Berkaitan dengan pemarkahan PAJSK, ahli-ahli kelab Adat Perpatih ini dikira
pemarkahannya melalui Kelab Kebudayaan atau kelab-kelab yang seumpama
dengannya kerana tiada bahagian yang spesifik diperuntukkan untuk kelab ini.

You might also like