Teori Organisasi Klasik Henri Fayol
Teori Organisasi Klasik Henri Fayol
Teori Organisasi Klasik Henri Fayol
Pengurusan dan pentadbiran sekolah merupakan tunjang utama bagi kecemerlangan prestasi
sekolah. Seorang pemimpin yang baik harus megetahui dan memahami corak pengurusan dan
pentadbiran yang efisian. Sekiranya saya manjadi seorang pengetua atau guru besar saya akan
mengaplikasikan teori Pengurusan Dan Pentadbiran organisasi klasik yang telah diperkenalkan oleh
Henri Fayol . Beliau telah memperkenalkan 5 prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan,
pengarahan, koordinasi dan pengawalan.
Prinsip perancangan meliputi aktiviti-aktiviti berhubung dengan ramalan tindakan yang akan
diambil pada masa hadapan dan penentuan arah haluan organisasi agar ia dapat berkembang dan
mencapai matlamat-matlamatnya. Prinsip penyusunan ialah fungsi ini berhubung dengan pembentukan
struktur autoriti, tanggungjawab dan tugas- tugas. Prinsip pengarahan ialah aktiviti ini berkaitan dengan
pengarahan kakitangan bawahan, aspek-aspek komunikasi, perlakuan pengurusan, pemberian ganjaran
dan penghukuman. Prinsip penyelarasan ialah fungsi penyelarasan berkaitan dengan aktiviti
mengabungkan bahagian-bahagian untuk mewujudkan kerjasama bagi mencapai matlamat organisasi.
Prinsip pengawalan ialah pengawalan ke atas perjalanan aktiviti organisasi itu penting agar ia tidak
terpesong atau lari daripada dasar dan perancangan organisasi. Fungsi pengawalan ini juga meliputi
penilaian pencapaian bahagian-bahagian dan organisasi keseluruhannya. Menurut beliau, prinsip dalam
pengurusan perlu sebagai satu garis panduan.Oleh itu, ia perlu diubah mengikut kehendak masingmasing. Prinsip Fayol telah mengemukakan 14 prinsip pentadbiran iaitu Pembahagian Kerja, Autoriti dan
tanggungjawab, Disiplin, Keselarasan perintah, Keselarasan Pengurusan, Mementingkan Organisasi
Daripada Kepentingan Individu, Ganjaran Gaji/pengupahan, Pemusatan, Hirarki atau rantaian berskalar,
Ketertiban/susunan, Ekuiti, Kestabilan kakitangan, Inisiatif dan semangat setiakawan.
Pada pandangan saya, jika saya dilantik sebagai guru besar / pengetua akan mengamalkan
kebanyakan prinsip yang dinyatakan oleh beliau dalam pengurusan saya. Contohnya seperti saya akan
memastikan semua tugasan dibahagikan mengikut kebolehan guru supaya kepakaran dibina dan
produktiviti ditingkatkan.Selain itu saya memastikan perancangan yang rapi untuk mencapai objektifnya
tanpa kekeliruan. Saya juga akan memastikan keselaran perintah diamalkan bagi megelakan pengurusan
dan pentadbiran tidak terancam.
Kelebihan teori pengurusan dan pentadbiran henri fayol ialah objektif yang telah ditentukan pasti
akan dicapai kerana dengan adanya prinsip keselarasan perintah dan keselarasan pengurusan seorang
ketua sahaja akan memberi arahan. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan konflik di
dalam penerimaan dan pemberian arahan. Teori ini juga dapat mewujudkan semangat kekitaan di antara
anggota organisasi. Pemimpin juga perlu mengamalkan prinsip ekuiti bagi memberi layanan dan keadilan
yang seimbang untuk melahirkan ketaatan terhadap organisasi. Bayaran atau insentif galakan dapat
diberikan kepada pekerja. Ini akan menjadi motivasi bagi mereka untuk mencapai visi dan misi sesebuah
organisasi.
Kelemahan teori ini ialah , teori ini lebih memberi tumpuan kepada autoriti berbanding dengan
demokrasi. Maksudnya, pengurus berhak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa untuk menarik
seseorang supaya menurut arahan itu. Keadaan ini boleh mengakibatkan stress kepada staf
sokongnanya. Malah tidak dapat mencapai objektif organisasi. Kepuasan kerja guru akan terjejas dan
secara tidak langsung ini akan melahirkan perasaan benci terhadap pihak pengurus. Akhirnya prestasi
sekolah akan terjejas.
Terima Kasih.