Cadangan Projek Pertanian Komersil Tanaman Pisang Pos

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Cadangan Projek Pertanian Komersil Tanaman Pisang Pos Hau,

Gua Musang, Kelantan Tahun 2010.

1. Tujuan Dan Latar Belakang Projek.

1.1. Tujuan Projek

Projek ini dilaksanakan sepanjang tahun 2010 dengan tanaman pisang di


bawah Minister Key result (MKRA)/Key Performance Indicator (KPI) YB.
Menteri KKLW bagi tujuan mewujudkan sumber ekonomi/pendapatan masyarakat
Orang Asli yang masih belum lagi mempunyai sumber ekonomi dan berpendapatan
rendah.

1.2. Latar Belakang Projek :

a) Lokasi projek
Projek di Pos Hau ini terletak di kawasan pedalaman Jajahan Gua Musang,
Kelantan. Jauhnya dari Bandar Gua Musang kira-kira 56 km.

b) Status semasa tapak cadangan


Keluasan tanah yang dicadangkan untuk projek ini adalah 12ha,dimana setiap
KIR yang terlibat diperuntukan 0.2ha. Status tanah yang terlibat adalah tanah
kerajaan negeri di mana keadaan tapak cadangan masih lagi dalam keaadaan
belukar.

c) Jalan dan Pengangkutan


Jalan perhubugan ke tempat cadangan telah tersedia. Jalan yang
menghubungkan tapak cadangan projek dengan bandar terdekat Gua Musang
telah tersedia dan ini memudahkan urusan pemasaran hasil pertanian.
Pengangkutan adalah menggunakan pacuan empat roda ke tapak cadangan.

d) Penggunaan tanah
Tapak cadangan tersebut merupakan kawasan dusun dan belukar terbiar.
Kawasan tapak cadangan pernah digunakan untuk penanaman keledek dan ubi
kayu oleh penduduk kampung yang mana tanaman ini ditanam melalui
pengetahuan tradisi.
??????
e) Kesesuaian tanah
Melalui pemerhatian Unit Sosio-Ekonomi JHEOA Gua Musang,didapati tapak
cadangan merupakan tanah bukit (tanah mineral) dan dianggarkan 30%
daripadanya mempunyai kecerunan dibawah 250 dan 70% lagi merupakan
kawasan yang bertopografi melebihi 250.Tapak cadangan didapati boleh
ditanam dengan tanaman pisang dan nanas dengan suhu diantara 250C – 300C
sepanjang tahun. Sumber air yang terdapat di tapak cadangan adalah air hujan
dan sungai yang terletak agak jauh.

1
f) Latarbelakang peserta.
Seperti dalam kelulusan, projek di Pos Hau ini adalah seramai 50 orang.
Bagaimana pun, hanya seramai ??? orang sahaja yang dapat menyertai projek
ini. Walaubagaimana pun, kos yang di lampirkan adalah seramai 50 orang.
Senarai nama peserta dilampirkan dalam lampiran A.

2. Objektif Projek :

a. Mewujudkan sumber ekonomi bagi masyarakat Orang Asli yang tiada sumber
ekonomi.

b. Menambahbaikkan kedudukan ekonomi masyarakat Orang Asli khasnya yang


berada di luar bandar dan pinggir bandar.

c. Mempelbagaikan pendapatan bagi masyarakat Orang Asli khasnya dari kalangan


keluarga miskin/miskin tegar.

d. Pemindahan teknologi pertanian kepada masyarakat Orang Asli.

e. Menyediakan latihan/kursus berkaitan keusahawanan/pertanian berkesan.

3. Kaedah Pelaksanaan Projek.

3.1. Pelaksanaan

Projek ini akan dijalankan secara berkelompok oleh penduduk kampung dengan
bimbingan dan penyeliaan oleh Unit Sosio-Ekonomi JHEOA Gua Musang. Peserta
projek menjalankan kerja dengan tenaga sendiri bagi mengusaha tanaman.

4. Komponen Projek Dan Anggaran Kos Projek.

4.1. Komponen Projek.

a) Cadangan projek

Projek yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

i) Pisang- Pisang Berangan (????ha) untuk ???? peserta

2
b) Asas-asas pemilihan tanaman tersebut sebagai bidang usaha:-

i) Atas permintaan orang kampung sendiri


ii) Permintaan pasaran yang baik untuk komoditi tersebut
iii) Minat orang kampung
iv) Cuaca
v) Kedapatan sumber air.

4.2. Anggaran Kos Projek:

a) Anggaran kos projek meliputi kos-kos;

i) Kos penyediaan kawasan


ii) Input dan peralatan pertanian ( baja,racun, benih dan peralatan )
iii) Kos tenaga kerja
iv) Kos untuk pusat pengumpulan
v) Kos untuk stor menyimpan peralatan.

b) Anggaran kos bagi projek ini adalah seperti berikut;

Pisang (6 ha) – RM 205,000.00

- Lampiran mengenai kos dilampirkan dalam lampiran D.

5. Status Tanah / Tapak Projek.

Status tanah di tapak cadangan adalah tanah kerajaan negeri dan merupakan tanah
turun temurun masyarakat Orang Asli setempat.

6. Pelan Lokasi Dan Tapak Cadangan.

Pelan kawasan adalah seperti di lampiran C.

3
7. Kemudahan Asas Yang Sedia Ada Di Kawasan Projek.

Kemudahan asas yang sedia di kawasan Pos Hendrop adalah seperti berikut : -

a. Jalan berturap sejauh 80 KM


b. Pusat pentadbiran JHEOA
c. Dewan Orang Ramai
d. Surau
e. Gelanggang permainan
f. Pusat pentadbiran sekolah
g. Jalan balak sekitar kampung dan ke lokasi projek
h. Landing zone
i. Penempatan baru ( Program Bantuan Rumah )

8. Output dan Faedah Yang Dijangka Daripada Projek.

- Jadual pengeluaran hasil seperti yang terdapat di lampiran E

9. Justifikasi Keperluan Projek :

a) Tanaman Pisang Berangan

Skop bantuan yang diberikan seperti yang dicadangkan adalah RM2200 bagi tanaman
pisang dimana skop bantuan adalah merangkumi penyediaan kawasan serta input
pertanian dan peralatan. Seramai 30 KIR terlibat dengan tanaman pisang yang
berkeluasan 6 ha. Berdasarkan kepada skop bantuan yang dicadangkan kos untuk
tanaman pisang seluas 6 ha adalah RM66,000.00. Walaubagaimanapun, kos tersebut
tidak mencukupi dan memerlukan tambahan peruntukan berjumlah RM 139,000.00
menjadikan kos keseluruhan yang dipohon untuk tanaman pisang berkeluasan 6ha
adalah RM 205,000.00. Maklumat terperinci mengenai keperluan kos bagi tanaman
pisang adalah seperti yang terdapat dalam lampiran D.

4
Asas Pertimbangan memohon peruntukan tambahan :

i) Lokasi tapak projek yang terletak di pedalaman memerlukan kos pengangkutan dan
kos bahan input pertanian yang jauh lebih tinggi
ii) Memohon untuk menyediakan upah tenaga kerja bagi peserta Orang asli
sebanyak RM 11,700.00 sebagai insentif mengalakkan mereka menceburi bidang
pertanian. Selain itu, peruntukan tambahan yang dianggarkan berjumlah RM
25,200.00 untuk kerja-kerja membaris dan memancang (RM1,200.00) serta mengali
lubang, membaja dan menanam (RM24,00.00) juga dipohon.
iii) Memohon untuk membina stor peralatan,menyimpan baja dan racun yang
berjumlah RM20,000.00 untuk projek tanaman pisang dan nanas. Keperluan untuk
stor dilihat sebagai keperluan yang penting memandangkan kesemua baja,racun,
peralatan membaja dan peralatan pertanian hendaklah disimpan di dalam stor yang
berbumbung, berlabel, bersih dan kering.
iv) Memohon peruntukan tambahan untuk membina pusat pengumpulan dengan
anggaran RM20,000.00 lagi untuk projek tanaman pisang dan nanas.
v) Selain itu, peruntukan tersebut adalah untuk kos sistem pengairan berjumlah RM
12,000

10. Tempoh Masa Pelaksanaan Projek :

i. Tanaman Pisang Berangan – Tempoh matang berhasil – 12 bulan

*Tempoh masa perlaksanaan projek adalah Seperti yang dilampirkan dalam jadual gerak
kerja di lampiran E.

11. Ulasan Dan Perakuan Teknikal

Pentadbiran ini mengharapkan projek tersebut dapat di laksanakan dengan segera.


Namun begitu, mengharapkan teknikal di peringkat Negeri dan Ibu Pejabat dapat turut
bersama meninjau ke lokasi bagi dapat gambaran sebenar kesesuaian sebelum ia dapat
dilaksanakan dengan jaya. Ianya adalah bertujuan untuk memastikan segala
perancangan yang di buat kepada kumpulan sasaran akan dapat menafaat untuk
meningkatkan taraf ekonomi mereka.

12. Maklumat Tambahan

13. Penutup

Projek ekonomi yang berasasklan projek pertanian tanaman pisang diharapkan


mampu memberikan pendapatan yang agak baik kepada peserta projek dan dapat
mengalakkan lagi penglibatan mereka dalam bidang pertanian.

You might also like