Usaha-Usaha Meningkatkan Industri Pelancongan Di Malaysia

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

USAHA-USAHA MENINGKATKAN INDUSTRI PELANCONGAN

DI MALAYSIA
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca
pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing.
Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan
pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia
Tenggara. Industri pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan
pelancong asing sebanyak 2 juta setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai
usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di
Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang
mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan
ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai
contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian
pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi
dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan
pula seharusnya menyediakan penginapan hotel yang selesa dan
mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh
menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk membimbing atau
melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia. Dengan itu,
imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan ,
peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat
perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong
asing dapat membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan yang
sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai
yang menjadi destinasi pelbagai peancong dari dalam mahupun luar
negara. Di sana , mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk,
kraftangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan
penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf
hidup masing-masing.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga
untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar
negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah
dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia
yang berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh
menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan
tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau
Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua rakyat
Malaysia memainkan peranan pentinng untuk memajukan industry
pelancongan.
Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi meningkatkan industri
pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha dari satu pihak

sahaja tida akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam
industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan
daripada seluruh rakyat Malaysia.

Usaha-usaha Untuk Memajukan Sektor Pelancongan


Negara
Sektor pelancongan di negara kita berkembang maju dan menjadi sumber
pendapatan negara yang penting. Hal ini menyebabkan tempat pelancongan di
negara ini dibuka dengan banyak seperti cendawan selepas hujan. Kerajaan
telah menggerakkan semua agensinya untuk memastikan sektor pelancongan
berkembang pesat sejajar dengan pembangunan negara yang pantas. Namun,
masih ada ruang dan luang yang wajar dimanfaatkan oleh semua pihak untuk
memastikan semua pihak mendapat faedah daripada perkembangan sektor ini.
Jika ditinjau dengan mendalam terdapat beberapa langkah yang pragmatik untuk
memajukan sektor pelancongan di negara kita.
Antara langkah yang dapat diambil ialah pihak kerajaan memperkenalkan produk
pelancongan baharu yang dapat menarik minat pengunjung mancanegara
(negara-negara asing). Banyak produk pelancongan yang wajar diterokai oleh
pihak-pihak yang terbabit. Misalnya, kerajaan menggalakkan masyarakat
melibatkan diri dalam program inap desa dengan lebih banyak. Selain itu konsep
pelancongan kesihatan, agropelancongan, ekopelancongan, dan seumpamanya
hendaklah dikembangkan. Kita juga wajar memperkenalkan pelancongan musim
buah-buahan seperti musim durian, manggis, langsat, dan sebagainya. Produk
pelancongan yang diperkenalkan mestilah dapat menarik hati pelancongpelancong mancanegara. Biasanya pelancong luar mahu melihat sesuatu yang
tidak ada di negara mereka. Oleh itu, kita harus mengambil peluang untuk
memperkenalkan keunikan negara ini dengan mengetengahkan budaya hidup
dan kesenian masyarakat tempatan. Sebagai contoh, pelancong wajar dibawa
untuk tinggal bersama-sama masyarakat luar bandar dan mendalami cara hidup
mereka. Jadi, usaha kerajaan memperkenalkan produk pelancongan baharu
dapat meningkatkan sektor berkenaan.
Selain itu pihak kerajaan wajar menganjurkan karnival pelancongan di seluruh
pelosok dunia. Karnival pelancongan ialah kaedah yang berkesan untuk
memperkenalkan negara kita sebagai destinasi pelancongan. Dalam karnival ini,
banyak perkara yang dapat diketengahkan. Antaranya ialah tempat-tempat
menarik di negara ini, makanan yang pelbagai, dan juga kebudayaan
masyarakat pelbagai kaum. Selain itu karnival ini juga wajar menyediakan pakejpakej pelancongan yang kompetitif kepada masyarakat antarabangsa. Karnival

seperti ini hendaklah diadakan di seluruh dunia. Tumpuan hendaklah diberikan


pada rantau yang jauh seperti di Amerika Selatan dan juga Afrika. Sebagai
contoh karnival wajar diadakan di Brazil untuk menarik minat pengunjung di
sana datang ke Malaysia dan menghebahkan kehebatan negara kita, bak kata
pepatah tak kenal maka tak cinta. Oleh yang demikian, penganjuran karnival
pelancongan di luar negara merupakan langkah yang berkesan untuk
mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Seterusnya, kerajaan Malaysia juga wajar menganjurkan pelbagai acara
antarabangsa dengan lebih kerap. Pelbagai acara antarabangsa wajar dilobi agar
diadakan di negara ini. Sebagai contoh, penganjuran acara sukan antarabangsa
seperti Monsoon Cup, perlumbaan Formula 1, kejohanan badminton, dan
seumpamanya merupakan acara yang sangat mendapat perhatian peminat
antarabangsa. Dalam bidang seni pula, negara kita menjadi tuan rumah kepada
beberapa acara antarabangsa, contohnya Festival Muzik Dunia yang diadakan di
Sarawak pada setiap tahun. Kemampuan negara untuk menganjurkan acara
antarabangsa memang terbukti kejayaannya, bak kata pepatah duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Acara
antarabangsa ini hendaklah diadakan dengan lebih kerap dan dijadikan acara
tahunan. Dengan cara ini, lebih ramai pelancong akan mengunjungi negara ini
bukan sahaja untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang dianjurkan, malahan
untuk melawat ke tempat-tempat menarik di negara kita, bak kata pepatah
sambil menyelam minum air. Jadi, jelaslah penganjuran acara antarabangsa
dapat meningkatkan promosi pelancongan di negara kita.
Selain itu, satu daripada langkah-langkah untuk mempromosikan sektor
pelancongan negara ini adalah dengan mengadakan kempen Tahun Melawat
Malaysia dengan lebih berkesan dan melibatkan lebih banyak penyertaan. Tahun
Melawat Malaysia ialah kempen untuk menggalakkan pelancong datang ke
negara kita dengan lebih besar bilangannya. Kempen yang diadakan sepanjang
tahun ini menyediakan pelbagai acara untuk menarik minat pelancong datang ke
negara ini. Misalnya, pelbagai acara kebudayaan pelbagai kaum dipersembahkan
untuk para pelancong. Penyertaan pelbagai pihak digalakkan untuk
memeriahkan sambutan Tahun Melawat Malaysia ini lagi. Selain badan-badan
kerajaan, pihak swasta juga memikul tanggungjawab untuk mempromosikan
Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang kompetitif, bak kata pepatah berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hotel-hotel, syarikat penerbangan, dan
syarikat pengangkutan awam mestilah melibatkan diri untuk menjayakan
kempen ini. Jelaslah, kempen Tahun Melawat Malaysia dapat meningkatkan
sektor pelancongan di negara kita.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dapat dirancang dan
dilaksanakan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Semua
pihak hendaklah tampil dan menunjukkan iltizam yang tinggi untuk membantu
kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang hebat,
bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat
sagunya. Jika tidak, segala keunikan dan kehebatan budaya pelbagai kaum di

negara ini akan sia-sia dan tidak dapat diketengahkan untuk dinikmati oleh
pelancong tempatan dan mancanegara. Kerjasama dan kesungguhan semua
pihak yang terbabit akan menonjolkan Malaysia sebagai sebuah destinasi
pelancongan yang terkenal di dunia.

You might also like