Karangan tg4 & 5

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

ISU PELANCONGAN

Pelancongan merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima puluh batu dari tempat kediaman tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan rekreasi atau mengisi masa lapang. Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti masa lapang yang popula di seluruh dunia. Pada 2004, terdapat lebih 763 juta ketibaan pelancong. Isi Penting Esei Pelancongan Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur selepas China dan Hong Kong. * Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik. Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan

rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong. Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong. Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini. Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah. Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur. Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini. Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri. Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu. Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya. FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN Bentuk muka bumi: Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung. Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau. Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi. Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.

Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi. Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi. Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya. Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik. Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai. Iklim: Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai. Suhu bawah 0 C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski. Pemandangan yang menarik: Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia. Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit. Gua yang menarik + cth gua. Kesan sejarah + cth lokasi. Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai. Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth. Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi. Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing. Ketersampaian kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi / jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan. Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong. Peranan agensi + (nama agensi + peranan). Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa. Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN . Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat. Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta + Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth. Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong. Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong. KEPENTINGAN PELANCONGAN Pendapatan negara + RM? . Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar. Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth. Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas. Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang. Menggalakkan industri kraftangan / desa. Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth. Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong. KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.

Kepupusan pokok berharga + cth pokok. Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari. Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan. Kemusnahan kawasan tadahan hujan. Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah. Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku. Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai. Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan. Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai. Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata. Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising. Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth. Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth. Menambah lesen agensi pelancongan. Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth. Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik. Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong. Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha). Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth. Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa. Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana. Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.

OBESITI

PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buahbuahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus. Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya

badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi. Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Perhatian : terdapat beberapa lagi isi yang boleh dimuatkan dalam esei pendek ini. sebagai contoh, sekiranya isu melibatkan masyarakat, anda boleh mencadangkan suatu kempen kesedaran dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Perkataan hari ini : 1. Pelbagai = berbagai-bagai 2. Mengelakkan = menghindarkan, menjauhkan, menyingkirkan 3. Punca = pangkal, sebab bermula, sumber, asal Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. KESAN-KESAN OBESITI - Aktiviti bersukan terhad - Kurang produktif - Perbelanjaan meningkat - Terdedah kepada penyakit kronik CONTOH JAWAPAN Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa di Negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun. Percaya atau tidak, penyakit obesiti kian membimbangkan di kalangan rakyat Negara ini. Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun pelbagai implikasi negatif berpunca daripada obesiti.

Antara kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti ialah aktiviti bersukan terhad. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut. Selain itu, mereka yang menghidap obesiti akan berisiko terdedah kepada penyakit kronik. Penyakit serius seperti serangan jantung, penyakit darah tinggi, diabetes dan barah buah pinggang sukar diubati malah rawatannya memakan kos yang tinggi, walaupun di hospital kerajaan. Seseorang penghidap obesiti juga akan menjadi kurang produktif. Hal ini demikian kerana masalah kegemukan akan menjadi faktor susah untuk bergerak, secara langsung pelbagai tugas fizikal tidak dapat dilaksanakan lalu membawa kepada paras produktiviti yang tidak memuaskan. Di samping itu, perbelanjaan akan meningkat kerana seseorang penghidap obesiti akan mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan cenderung untuk berbelanja besar semata-mata untuk membeli makanan. Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk. Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia masa depan yang bulat, boroi dan kurang produktif? Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat. (247 patah perkataan) Cara Mengatasi Masalah Kegemukan. 1.Berpuasa: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan SEJENIS protin SAHAJA seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kuih kerana kuih mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan. 2.Penjagaan makanan: Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasi sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakana yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-muih Tidak patut makan dengan banyak. Seperti yang ditulis diatas kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya.

3.Elakkan makanan ringan/ makanan segera: Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. Salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman den pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukan. 4.Bersenam: Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat befungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen. 5.Kawal nafsu makan: Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

Posted by Zurain Hartasha at 17:22 1 comment: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: BM Tingkatan 5 KARANGAN

Saturday, 29 September 2012

Sukan Lasak
Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah. Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang. Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi atau diperingkat sekolah seperti kata peribahasa kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya . Untuk berjaya dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke 24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap dan disinarkan untuk mewakili negara kelak. Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004 anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan Zahara Masaunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan dan permainan yang sudah

diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gangsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, dikatakan sukan ini melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat. Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari sekarang. Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. TERIMA KASIH KEPADA NUR AZIZAH ARRYANIE BINTI MORSHIDI

KARANGAN - Peranan pemimpin-pemimpin negara di dunia untuk mewujudkan keamanan sejagat.

Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara di dunia telah menggugat keamanan dan keharmonian masyarakat. Bincangkan peranan pemimpin-pemimpin negara di dunia untuk mewujudkan keamanan sejagat.

Pendahuluan : Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Petikan daripada peribahasa tersebut mendedahkan betapa besar sungguh impak daripada para pemimpin. Elok pemimpin eloklah rakyat, sebaliknya apabila pemimpin rosak maka rakyatlah yang akan menanggung sengsara. Pergolakan dan kempen berdarah yang melanda negara-negara Timur Tengah benar-benar

mendedahkan tembelang buruk para pemimpin yang gagal menguruskan negara dan rakyat masingmasing. Demi keamanan sejagat, para pemimpin di seluruh dunia hendaklah insaf bahawa mereka ialah penentu sama ada dunia ini sebagai syurga kehidupan ataupun menjadi pentas neraka yang sengsaranya bertimpa-timpa ibarat lautan yang tidak bertepi.

Isi-isi penting : Isi 1 : Para pemimpin harus sedar mereka sebenarnya memikul amanah bukan sebagai penyebar fitnah sedar akan tanggungjawab kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh berjuta-juta manusia berpunca daripada pemimpin peristiwa Perang Dunia adalah berpunca daripada sikap tidak bertolak ansur antara blok Triple Antante dan Triple Alliance Isi 2 : Pemimpin mesti peka terhadap order dunia sekarang yang lebih mengutamakan kebijaksanaan daripada kekerasan dan keganasan kejatuhan beberapa pemimpin di negara-negara Timur Tengah boleh dijadikan iktibar Isi 3 : Pemimpin-pemimpin blok negara kaya bertanggungjawab menyelamatkan kesengsaraan di negara-negara miskin dan tertindas membantu atas dasar kemanusiaan bukan atas dasar muslihat politik Isi 4 : Badan Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah diberi lebih peranan untuk menghalang penindasan pihak tertentu kuasa veto kumpulan negara kuasa besar tidak wajar diamalkan Isi 5 : Wujudkan musyawarah dan baiah pemimpin seluruh dunia bahawa dunia ini sebagai tempat keamanan dan berkasih sayang elakkan sikap tamak dan gila akan kuasa Kesimpulan : Berdasarkan kata-kata daripada Nabi SAW yang bermaksud, Tingkah laku rakyat adalah bergantung kepada tingkah laku pemimpin membuktikan bahawa peranan pemimpin adalah amat besar dalam menerajui order dunia. Kebobrokan dunia yang terjadi pada hari ini bukanlah berpunca daripada malapetaka alam mahupun kemiskinan dan sebagainya, tetapi akibat tiada sikap tolak ansur antara pemimpin. Oleh itu, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.

Posted by Zurain Hartasha at 08:16 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: BM Tingkatan 5 KARANGAN

KARANGAN - Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh remaja untuk merealisasikan cabaran tersebut. Pendahuluan : Tokoh pendidik dan motivasi terulung negara, Aminudin Baki pernah menyatakan, Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Kata-kata tersebut benar-benar menyuntik kesedaran kita agar insaf dan bangkit segera daripada lamunan. Sebagai anak nusa yang mempunyai jati diri, kita dibebani amanah untuk menggalas tanggungjawab kepada negara. Pemuda dan pemudi hendaklah segera bangkit dengan persediaan mental dan fizikal supaya dapat menjadi aset yang paling bernilai kepada tanah air tercinta. Isi 1 : Bersedia menjadi orang muda yang beriman dan bertakwa kepada Allah ketakwaan menjadikan kita lebih patuh, bersedia dan tinggi motivasi kita mempunyai garis panduan dan hala tuju yang jelas Isi 2 : Memperlengkap diri dengan pakej fizikal, mental, emosi dan sahsiah yang baik memenuhi prakarsa untuk memperlengkap diri sebelum boleh memberikan sumbangan Isi 3 : Memanfaatkan usia muda untuk berjuang di medan ilmu memperlengkap diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan masa belajar tanpa jemu dan mesti cemerlang Isi 4 : Mengenali potensi diri memilih bidang kemahiran dan profesional yang sesuai dengan bakat dan minat sebagai set lengkap yang digabungjalinkan dengan ilmu bagi memenuhi tuntutan pasaran kerja Isi 5 : Insaf akan tanggungjawab menyelamatkan negara bersemangat waja dan berjiwa patriotik utamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri dan kelompok Isi 7 : Menjauhkan diri daripada anasir perosak gejala samseng, dadah, berpelisiran dan sampah masyarakat dan membebankan negara

Kesimpulan : Rumah kecil tiang seribu Rumah besar tiang sebatang Kecil-kecil ditimang ibu Sudah besar ditimang gelombang Demikianlah erti sebuah kehidupan yang menuntut banyak perjuangan dan pengorbanan. Oleh itu, kita harus bersedia untuk berhadapan dengan gelombang kehidupan yang kadang-kadang lebih mencabar daripada gelombang di tengah segara. Bukan senang untuk menjadi warga yang berguna kepada bangsa, agama dan negara, sebaliknya kita dituntut untuk melakukan persediaan yang rapi.

KARANGAN - Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Pendahuluan : Memetik sepotong peribahasa yang menyatakan, getah daun akan mengalir ke batang jua, menunjukkan bahawa anak-anak sudah pasti menuruti ibu bapa dalam hal tingkah laku dan sikap. Mengambil iktibar daripada peribahasa tersebut, amatlah penting kepada ibu bapa untuk menanami anak-anak dengan segala bentuk amalan yang positif seperti amalan berjimat cermat, kebersihan, dan budaya hormat-menghormati. Pelbagai langkah dan inisiatif perlu dilagangkan oleh ibu bapa agar anak-anak akan lahir daripada acuan tingkah laku yang baik yang dijanakan oleh ibu bapa. Hal sama pasti boleh dilaksanakan untuk melahirkan anak-anak yang sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Isi-isi penting : Isi 1 : Menjanakan amalan kebersihan bermula di rumah mendidik anak-anak agar sepanjang masa berada dalam persekitaran rumah tangga yang bersih, indah dan ceria sebagai sumber inspirasi sejadi anak-anak masih kecil Isi 2 : Ibu bapa sebagai sari contoh teladan imej dan pancaran personaliti ibu bapa sentiasa diperhatikan oleh anak-anak (ibu bapa sebagai role model) Isi 3 : Melaksanakan pendidikan rohani dengan mendekatkan diri anak-anak kepada Tuhan maha pencipta yang sangat bersih dan cantik (peribahasa Arab, Allah itu cantik dan amat menciptai sesuatu yang mencantikkan) Isi 4 : Mendedahkan anak-anak dengan persekitaran yang bersih dan cantik menunjukkan contoh bilik tidur, tempat makan, dan tandas lima bintang seperti di hotel dan pusat pameran seperti Casa Impian dll. Isi 5 : Mendedahkan anak-anak dengan landskap yang cantik dan selesa mata memandang konsep bersih diperluas bukan sahaja di dalam rumah tetapi kepada kehidupan yang lebih menyeluruh aktiviti keluarga membina taman mini dan landskap rumah. Kesimpulan : Sesungguhnya, tepatlah kata-kata bahawa, anak-anak apabila diajar erti kasih sayang mereka akan belajar mengasihi, apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab, dan apabila mereka diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi sumber rujukan dan terminoogi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Baik perihal yang ditunjukkan, justeru baiklah anak-anak.

KARANGAN - CIRI-CIRI PEMILIHAN RAKAN SEBAYA


Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.

Pendahuluan :

Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian. Isi-isi penting : Isi 1 : Rakan sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan maha pencipta orang bertakwa ialah orang yang baik memiliki wawasan dunia dan akhirat Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu) Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran memiliki minat dan cita-cita yang sama dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata) Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin) Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.

CONTOH KARANGAN PIDATO- 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan


Contoh pidato 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan Putera kepada tokoh terbilang, Lahir di Lipis, membesar di Pekan, 1 Malaysia formula dicanang,

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Setelah saya memperdengarkan pantun tersebut saya pasti, sudah ramai yang mengetahui wajah tampan yang terselindung disebaliknya. Beliau adalah Perdana Menteri kita yang Ke-6, Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, beliau kemudiannya tumbuh dan membesar di Pekan , Pahang. Pengalaman menyaksikan perjuangan serta aliran politik negara ketika pemerintahan ayahanda tercinta, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak, menjadikan beliau berinspirasi untuk berbakti kepada masyarakat juga negara. Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual, Encik Dzulkarnain Bin Mat, Yang berusaha Ketua Unit Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (2) Semester 3, serta para hadirin yang saya hormati. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sebuah pidato yang cukup bermakna dan penuh perisian. Insya-Allah. Tajuk pidato yang ingin saya sampaikan pada pagi ini ialah 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan . Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara makna atau definisi tentang apa yang diertikan dengan konsep 1 Malaysia yang sebenarnya. Hadirin yang saya kasihi sekalian, Menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, konsep 1 Malaysia adalah merujuk kepada cara kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia atau One People. Tindakan-tindakan yang kita ambil perulah berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita. Meskipun begitu, dasar afirmatif yakni dasar untuk menolong kaum Bumiputera tidaklah diketepikan namun sebaliknya dilaksanakan dengan cara adil dan saksama. Pertimbangan yang diberi kepada golongan Bumiputera yang layak wajar mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita akan keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Konsep 1 Malaysia menuntut pemimpin dan setiap warganegara untuk memainkan peranan masingmasing disamping melibatkan nilai tambah dan pembaharuan. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. 1 Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan1 Malaysia memerlukan kepimpinan yang bijak menafsir dan memahami tugasan yang diberi serta dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, bercakap benar, telus, ikhlas, amanah dan berkebolehan amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 1 Malaysia turut menjadi pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat. Hadirin yang dimuliakan, Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Konsep 1 Malaysia berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia kerana di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep ini juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. 1 Malaysia tidak hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia seperti yang dibawa oleh Malaysian Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia adalah dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza.

Sebenarnya konsep 1 Malaysia tetap berkait dengan dasar-dasar kerajaan yang terdahulu. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu dan bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan iaitu usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara. Usaha ini sudah lama dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kemudiannya, usaha ini disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Meskipun setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan juga negara. Saudara dan saudari, 1 Malaysia akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato Sri Najib Tun Razak iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Konsep yang bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada manamana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Untuk menjayakan konsep ini, semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging). Nilai-nilai murni yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia juga perlu diamalkan. Nilai-nilai murni ini dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Nilai-nilai tersebut adalah budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan serta integriti. Hadirin yang budiman sekalian, Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja pula memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. Disamping itu, rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri iatitu dikenali sebagai Tawaduk. Konsep penerimaan dan toleransi pula adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. Prinsip kesetiaan turut amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Hadirin hadirat yang dirahmati, Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. Pendidikan dan pengetahuan pula adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai

kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. Juga adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Peranan yang dijayakan rakyat akan mendapat manfaat dari komitmen kerajaan mlelalui tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebagai sebahagian dari konsep 1 Malaysia. Hal ini bermaksud bahawa di samping menekankan peri-pentingnya perpaduan rakyat Malaysia, kerajaan juga akan memberikan keutamaan kepada isu-isu yang dianggap penting oleh rakyat. Kerajaan juga menekankan prestasi dan pencapaian oleh semua kakitangan nya apabila berurusan dengan rakyat. Dalam kata lain, kerajaan amat memahami betapa pentingnya kecekapan dan kualiti perkhidmatan awam dalam meningkatkan mutu hidup rakyat justeru itu pendekatan mesra-rakyat akan diberi keutamaan oleh semua agensi-agensi kerajaan. Hadirin yang saya hormati, Tampaknya masa begitu cemburu dan berlalu pantas meninggalkan kita. Tidak dapatlah saya berpidato dan mengulas dengan lebih panjang lebar lagi. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin menyeru kepada diri saya sendiri serta haridin hadirat sekalian agar yakin dengan konsep yang dibawakan YAB Perdana Menteri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa konsep 1 Malaysia : Rakyat didahulukan, pncapaian diutamakan adalah satu pakej lengkap yang mampu menjamin keharmonian dan pembangunan Malaysia yang mapan sekiranya kita semua, yakni rakyat Malaysia memberikan kerjasama juga komitmen padu. Sekian, terima kasih.

Pidato Memartabat Bahasa Melayu Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tetamu kehormat, guru-guru, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Memartabatkan Bahasa Melayu. Sesuai dengan Slogan 1Malaysia, kita juga harus menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan digunakan dengan meluas, bahasa Melayu memang perlu diutamakan dan dipertahankan. Tambahan pula bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang digunakan sebagai alat untuk perpaduan kaum di negara kita. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dimartabatkan untuk menjadikannya lebih berkualiti dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Selain itu, kita berharap agar bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang dinamik dan sentiasa mengalami proses penambahbaikan untuk menjadikannya lebih relevan mengikut arus perubahan zaman. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak sejak kecil. Antara usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu adalah dengan memupuk kesedaran tentang pentingnya bahasa Melayu kepada anak-anak sejak kecil. Oleh itu, kesedaran tersebut perlulah ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Dalam hal ini sudah tentu peranan tersebut perlu dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bertutur dengan anak-anak. Ibu bapa juga haruslah menerangkan kepentingan bahasa Melayu di negara kita dan juga sejarah bahasa Melayu yang telah dijadikan lingua franca pada zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15. Sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak kecil, seperti

kata pepatah, Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa dan sampai bila-bila. Hadirin sekalian, Indikator saya yang kedua adalah melalui kempen dan peranan media massa. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam perkara ini perlulah menjalankan kempen untuk memartabatkan bahasa Melayu. Pihak yang bertanggjawab dalam hal ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar cinta akan bahasa Melayu. Sebagai contohnya, pihak DBP perlu bekerjasama dengan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang lain untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa Melayu. Media massa turut memainkan peranan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana, media massa memang berkesan dalam mempengaruhi orang ramai. Oleh hal yang demikian, sudah pasti perkara ini akan membuahkan hasil dan dapat meningkatkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat di negara kita. Sekiranya penggunaan bahasa Melayu semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa ini setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia Perkara ini dapatlah disamakan seperti kata pepatah, Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain di dunia ini. Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Indikator saya yang ketiga ialah akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menurut Akta 32 iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, pindaan 1994, perlulah diperkasakan. Dengan perkataan lain, kerajaan perlulah menguatkuasakan akta parlimen ini iaitu akta yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pada papan tanda atau iklan. Secara tidak langsung, pihak swasta juga perlu patuh akan akta atau undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu ini. Hal ini dibuktikan melalui kenyataan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Oktober 2009, iaitu Pejabat Peguam Negara sedang meneliti pindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 Dan Akta Pendidikan 1996 bagi memberi kuasa kepada DBP untuk mendenda sektor awam dan agensinya yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan mereka seperti pengendalian mesyuarat, penyediaan minit mesyuarat, urusan surat-menyurat dan majlis rasmi. Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kesalahan penggunaan bahasa tersebut menyebabkan mereka boleh didakwa dan seterusnya didenda. Oleh hal yang demikian, sudah pastilah bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan di negara kita. Hadirin sekalian, Indikator saya yang keempat ialah memperkasakan peranan pihak penguatkuasa. Pihak berkuasa seterusnya perlu memberikan kuasa yang mencukupi kepada pihak penguatkuasa atau pemantau semasa menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pihak penguatkuasa ini sepatutnya dibenarkan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang ingkar atau tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contohnya, pihak penguatkuasa bahasa ini perlu diberikan kuasa untuk menyaman, mendenda atau mendakwa pihak yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu seperti yang telah diluluskan oleh parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan dijadikan sebagai pengajaran dan menakutkan pihak yang tidak mematuhi peraturan yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Hal ini sudah tentu akan memberikan impak kepada pihak yang tidak mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan seharian. Kesimpulannya, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu perlulah dipergiat dari sekarang. Selain itu, semua pihak perlulah berganding bahu untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu tanpa mengira kaum. Sekiranya perkara ini tidak diberikan penekanan, ditakuti nanti bahasa Melayu akan dipinggirkan daripada menjadi bahasa utama yang juga menjadi bahasa rasmi negara kita. Jadi, marilah kita bersama-sama memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu agar bahasa ini akan terus berkembang dan ditingkatkan martabatnya dengan menguar-uarkan slogan Bahasa Melayu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. sumber: Atin Syuhada Posted by Zurain Hartasha at 21:13 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: BM Tingkatan 5 KARANGAN KARANGAN PIDATO - Fungsi Bahasa Melayu Tajuk : "Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia. Pucuk manis permatang budi, pucuk purut digetus rusa; Yang manis bernama budi, Yang indah bernama bahasa. Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, pengarah Institut Humaniora Malaysia, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia. Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mulia ini, demikian juga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu, sebagaimana bahasa-bahasa lain juga, mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala;

Yang buta tidak teraba-raba, Yang pekak tidak tertanya-tanya, Yang kecil tidak terambin-ambin, Yang pendek tidak tertinjau-tinjau. Menurut Kamus Dewan (2006), istilah fungsi bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud bahasa pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya. Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia. Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran

kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang, bagaimanakah bahasa Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum? Persoalan inilah akan saya jawab satu persatu dalam wacana, Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia. Tuan hakim yang bijaksana lagi arif. Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tuan-tuan dan Puanpuan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 Am dan Pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa, "Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen." Maka terbuktilah bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripada belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua urusan pentadbiran dan perdagangan. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak mahu bahasa Melayu dipinggirkan sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan fungsi sebagai bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr. Mahathir Mohamed. Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita. Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, di persidangan-persidangan, seminarseminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa selain bahasa Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Dengan hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan dalam urusan pentadbiran negara. Para hadirin yang dihormati sekalian.

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata perpatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, atau berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negara berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama ada di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara. Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakat Melayu dan bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan mendapat laba yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri 'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysia yang bekerja dengan syarikatsyarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara. Beberapa universiti di luar negara seperti di Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan sebagainya menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing. Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu adalah bahasa i1mu di Sekolah-sekolah termasuk di maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Bahasa IImu

pula ialah bahasa komunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa Melayu banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar bidang berkenaan. Salah satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkan disampai dan dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi. Sehingga kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang Sains dan teknolog dan sedang berkhidmat di pasaran. Telah sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan khidmat mereka ibarat duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pakar-pakar yang mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pula menetaskan tenagatenaga khidmat yang lain. Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalam bidang keagamaan seperti dalam bidang penyebaran ilmu agama Hindu-Buddha dan kemudian Islam. Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnya merupakan pusat penyebaran agama Hindu-Buddha ke seluruh dunia. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa ilmu menyebar ajaran agama Islam. Walaupun agama Islam turut membawa bahasa Arab, namun penyebaran Islam di Asia Tenggara adalah menggunakan bahasa Melayu tulisan Jawi. Fungsi itu ternyata kekal sehingga kini agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan menjana pemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlaku kekurangan hendaklah ditambah, jika berlaku kebocoran hendaklah ditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak semua bahasa adalah lengkap dan sempurna. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan. Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai bidang ilmu hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan lagi bahasa Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia Tenggara. Sehingga kini telah banyak istilah dan konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi dan sebagainya. Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa. Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan, pemakaian, tatabahasa dan lainlain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan, di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa. Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat. Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia, digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami oleh semua golongan masyarakat. Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada zaman penjajahan, telah menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura hinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun yang ke-7 Masihi. Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, e-mail dan lain-lain lagi. Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutu keperluan kepada setiap individu dan berkau pada setiap hari. Kini ramai yang

berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan melahirkan pendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat dan perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia juga memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia. Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itu tadi, konklusinya di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita. Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi wahana penyebaran i1mu di semua peringkat institusi pendidikan, dan sebagai lambang bahasa pengantar untuk memberi dan menimba ilmu sejagat. Rumusan seterusnya ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannya menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Dan yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan semua golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat. Hadirin dan hadirat sekalian. Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan dikagumi. Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala dan mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun; Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan; Alang-alang bahasa dijulang, Biar kekal sepanjang zaman. Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

You might also like