Teks Syarahan Perpaduan 'Nikmat Keamanan Tunjang Perpaduan Di Malaysia'

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS SYARAHAN NIKMAT KEAMANAN TUNJANG PERPADUAN DI MALAYSIA

Sejambak kasih sekalung budi buat Pengerusi Majlis, panel hakim yang adil lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan detik-detik saat yang berlalu dan
mendatang, barisan guru-guru yang dihormati, seterusnya para hadirin yang budiman
penegak perpaduan negara.
Salam sejahtera! Salam Perpaduan! dan Salam 1 Malaysia!
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Mari kita selami dan mendalami sejenak, dalam kehidupan kita ini, adakah kita
telah benar-benar memahami erti nikmat kebahagian sebenar? Ada orang berkata,
mempunyai wang, kereta, rumah besar bak mahligai, aset serta simpanan yang
banyak, itulah kebahagian. Tapi, adakah itu nikmat kebahagiaan sebenar yang kita
inginkan?

Justeru itu, pada pagi yang berbahagia ini, saya ingin mengajak hadirin yang
budiman untuk bersama-sama menghalusi tajuk syarahan saya iaitu Nikmat
Keamanan Tunjang Perpaduan di Malaysia.

Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, keamanan bermaksud tenang, damai dan
tenteram, bebas daripada keadaan kacau bilau, peperangan, pergaduhan dan bebas
daripada gangguan yang tidak menyenangkan.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia, adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun


penduduknya berbilang bangsa, agama, adat resam dan budaya, namun kita tetap
mampu untuk hidup aman di bawah satu bendera pusaka iaitu Jalur Gemilang. Ramai
pemimpin dunia yang mengangumi keamanan dan kemajuan yang kita kecapi.
Kejayaan demi kejayaan yang kita perolehi ini tidaklah datang melayang, dan tidak pula
1

datang bergolek melainkan hasil daripada perpaduan dan kerjasama pelbagai kaum di
Malaysia.
Hadirin yang dikasihi,

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia sebuah negara yang dikurniakan


dengan nikmat keamanan dan kedamaian. Kita beruntung kerana tidak dibelenggu
dengan ketakutan dan kesengsaraan. Masih segar dalam ingatan kita, tragedi 27
Disember 2008 yang mana selama 22 hari, Israel dengan rakus dan ganas telah
membedil, menceroboh dan merobek keamanaan sebuah negara kerdil yang bernama
Palestin. Ribuan nyawa awam termasuk kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa
terkorban. Apakah kita tidak memikirkan apa perasaan ibu bapa mereka tatkala melihat
sekujur tubuh anak mereka di pangkuan, berdarah dan tak bernyawa?! Inilah harga
sebenar sebuah keamanan yang didamba-dambakan. Oh, begitu mahal sekali.

Hadirin yang dikasihi,

Jika di Palestin, bunyi dentuman dan percikan api meragut ratusan malahan
ribuan nyawa, akan tetapi di Malaysia, dentuman dan percikan bunga api ini
menandakan bermulanya perayaan besar seperti sambutan Tahun Baru Cina. Mantan
Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam amanatnya
sempena Tahun Baru Cina 2009 menegaskan bahawa Negara ini milik kita semua.
Oleh itu, marilah kita berusaha untuk mengekalkan keamanan dan kesajahteraan ini.

Hadirin yang budiman,

Hari ini, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang aman di mata dunia.
Namun, lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan. Walaupun ada
segelintir pihak yang cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dengan menimbulkan
isu-isu sensitif, namun semuanya di murnikan dengan semangat kekitaan 1 Malaysia.

Hadirin sekalian,

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sekiranya rakyat negara ini
tidak bersatu, bolehkan dan dapatkah negara kita terus kekal aman sehingga ke hari
ini? tepuk dada dan tanyalah hati. Ayuh! Kita pelihara dan jaga bumi Malaysia nan
bertuah ini! Marilah kita satukan tekad kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan
perpaduan dan keamanan tanpa mengira bangsa, pangkat, warna kulit dan agama.
Semai dan tanamkanlah benih kemesraan, nescaya akan tumbuhlah pohon perpaduan
di sekeliling kita.

Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum bicara ternoktah disini, izinkan saya
menyulam serangkap pantun buat hadirin yang ada di sini.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Sekian dan terima kasih.

You might also like