Pidato Rukun Negara
Pidato Rukun Negara
Pidato Rukun Negara
Sekalung apresiasi buat peneraju acara, kombinasi kehakiman penuh saksama dan sidang
hadirin- hadirat dihormati. Segak berdiri anak Malaysia pada hari ini, untuk
membicarakan denai-denai kejayaan dalam pelbagai lapangan, impak dari Rukun Negara.
Rukun Negara: Meniti 46 tahun menyatukan bangsa! Begitulah tadahan maudud bicara
yang akan saya perdendangkan buat santapan warga Merdeka.
Sidang saksi bervisi,
Sebelum bibir mengatur langkah, sebelum mulut petah berbicara, saya tampilkan intipati
yang membina bahteranya. Tiga ctusan minda akan dirungkai. Bermula dengan
pengenalan Rukun Negara peneraju falsafah penyatuan, kupasan idea kedua akan
membicarakan tentang suntukan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam kehidupan
seharian sebelum disajikan dengan kupasan ketiga yang akan membicarakan tentang
kepentingan Keluhuran Perlembagaan dalam integrasi nasional.
Sidang hadirin sekalian,
Rukun Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara yang telah berjaya
memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia. Kerelevanan Rukun Negara
tidak boleh dipertikai dalam menongkah arus perubahan agar rakyat sentiasa bersatu.
Rukun Negara, sebagai sebuah ideologi kebangsaan, terbahagi kepada dua aspek utama.
Aspek pertama merupakan aspirasi negara manakala aspek kedua ialah ikrar kita sebagai
rakyat Malaysia untuk membantu mencapai aspirasi-aspirasi berdasarkan kepada 5
prinsip teras.
Hayati ceetusan minda pertama Rukun Negara peneraju falsafah penyatuan. RUkun
Negara diangkat sebagai peneraju falsafah penyatuan kerana merupakan konsep terawal
yang diperkenalkan kepada rakyat untuk memupuk integrasii nasional, rentetan daripada
persitiwa 13 Mei 1969. Selepas itu, pelbagai dasar kerajaan yang mempunyai fungsi
untuk mewujudkan keharmonian dan penyatupaduan rakyat telah dihidangkan untuk
mencapai perpaduan dan mencipta satu masyarakat yang adil, seperti yang termaktub
dalam Rukun Negara.
Antara contoh dasar-dasar yang telah diperkenalkan bertunjangkan kepada aspirasi dalam
Rukun Negara termasuklah Dasar Eknonmi Baru. DEB bertujuan untuk mengurangkan
jurang ekonomi antara masyarakat Malaysia. HAsilnya, kekayaan negara berjaya
dibahagi sama rata dan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan selesa pada hari ini dengan
0% kemiskinan tegar berbanding tahun 1970.
Dasar lain termasuklah Dasar KEbudayaan Kebangsaan (1971) untuk menjamin satu cara
libaral terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai untuk dihayati bersama. Hasilnya
cukup jelas apabila tradisi pelbagai masyarakat dikongsi bersama dari segi makanan,
pakaian dan juga tarian, seperti yang dipertontonkan semasa sambutan Citrawarna dan
tercinta.
Ini kerana Perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum.
Manakan tidak, Perkara 3 menggariskan agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama
lain masih boleh diamalkan dengan aman dan damai. Perkara 11 pula merujuk kepada
kebebasan beragama. Maka, Rukun Negara melalui prinsip Keluhuran Perlembagaan
yang dihormati oleh rakyat memastikan kedaulatan undang-undang untuk menjamin
perpaduan dan mewujudkan integrasi nasional antara rakyat berblang bangsa.
Konklusinya, pencapaian negara hingga ke hari ini adalah kerana penyatupaduan rakyat
Malaysia ke arah pembentukan satu negara harmoni. Oleh itu, kita sebagai penyambung
warisan harus sentiasa memastikan negara aman damai, untuk anak cucu merdeka.