Contoh Teks Perbhasan-Pembangkang

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CONTOH TEKS KETUA PEMBANGKANG

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkanTerima kasih Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan pihak pembangkang,
perwakilan kerajaan, seterusnya ahli-ahli Dewan yang dihormati.Sebentar tadi Yang Berhormat Perdana Menteri
telah membentangkan satu usul iaitu
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM PERLU DIMANTAPKAN DEMI ALAM S EKITAR YANG LEBIH BERKUALITI

NAMUN SETELAH KAMI KAJI, KAMI TELITI,KAMI DAPATI TERDAPAT KELEMAHAN DAN
KETIDAKRELEVAN USULKERAJAAN PADA HARI INi
KAMI ____________ DEFINISI PIHAK KERAJAAN dengan menegakkan definisi kami di barisan pembangkang iaitu
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
_________

Beberapa minit yang lalu,perdana menteri bangun dan membentangkan premis pertama mereka di perwakilan kerajaan
iaitu…,______________________________________________________________________________________________
________________________________________ BIDASAN SAYA AMAT MUDAH
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________.

TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN UNTUK MEMINDA USUL PADA HARI INI, PIHAK
PEMBANGKANG TELAH MELETAKKAN SATU PREMISYANG AMAT SIMPLISTIK IAITU
_______________________________________________________________________________________________________________________
_____________RASIONALNYA IALAH
TERDAPAT KEKANGAN DAN HALANGAN DALAM PELAKSANAAN
UNTUK MENGUKUHKAN PREMIS PIHAK PEMBANGKANG BAGI MEragui USUL PIHAK KERAJAAN PADA
HARI INI, KAMI MELETAKKAN 3STRATEGI UTAMA IAITU, SAYA SELAKU KETUA PEMBANGKANG AKAN
MEMBENTANGKAN HUJAHPERTAMA IAITU
MALAYSIA KEKURANGAN PEKERJA MAHIR DAN PROFESIONAL DALAM PROSES PEMANTAPAN SISTEM PENGANGKUTAN
AWAM MANAKALA PEMBANGKANG KEDUA AKAN MENGEMUKAKAN DUA HUJAH IAITU
_1._PENGANGKUTAN AWAM YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MESRA
ALAM_________________________2._______________________________________________________________________________________
__________________________________________

PEMBANGKANG KETIGA PULA, SAYA TELAH AMANAHKAN UNTUK MEMBIDAS DAN MEMBETULKAN
KEPINCANGAN HUJAH PIHAK KERAJAAN YANG CUBA MERAIH SIMPATI AHLI-AHLI DEWAN UNTUK
MENERIMA USUL YANG MEREKA BENTANGKAN. SETERUSNYA, PEMBANGKANG KETIGA JUGA AKAN
MENGUKUHKAN HUJAH-HUJAH PEMBANGKANG UNTUK MEMINDA USUL PADA HARI INI.DENGAN IZIN
TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN SAYA MEMBENTANG HUJAH PERTAMA PEMBANGKANG
IAITU
MALAYSIA KEKURANGAN PEKERJA MAHIR DAN PROFESIONAL ALAM PROSS PEMANTAPAN

SEPERTI YG KITA SEDIA MAKLUM, MALAYSIA YG TERKENAL DENGAN NEGARA YG MAJU DAN KAYA DENGAN PELBAGAI
TEMPAT TEMPAT YG MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI.. AKAN TETAPI TAHUKH KITA BAHWA SEMEMANGNYA MALYSIA INI
MENGALAMI MASALAH KEKURANGAN TENAGA MAHIR. BUKTINYA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BHD (PSMB) ALI BADARUDDIN ABDUL KADIR BERKATA, BUAT
MASA INI, TENAGA KERJA BERKEMAHIRAN TINGGI DI MALAYSIA HANYALAH SEBANYAK 28 PERATUS
SAHAJA. Dimana kita sedia maklum juga bahawa ,pendatang dari bangladesh telah memonopoli bidang pekerjaan di
Malaysia. Bahkan gaji mereka melebihi gaji penduduk Malaysia sendiri. Sebelum ini, Bahagian Pekerja Warga Bangladesh
dan Jabatan Latihan telah menubuhkan pangkalan data dalam talian yang kini merekod lebih 1.4 juta pendaftaran dan
daripadanya hanya 7000 dihantar ke Malaysia sejak April 2013.ini bukan angka yg kecil malahan angka yg sangat besar.. hal
ini masih belum termasuk dengan pendatng asing secara haram dan pendatang asing dari Negara lain ..jadi rasionalnya,
dimana kah populasi rakyat malaysia yg mahir dalam hal ini? Tepuk dada tnya minda tepuk dahi fikirlah sendiri.

Tuan yg dipertua

Sejumlah 2.07 juta pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara direkodkan berada di negara ini setakat 31
Disember tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail
Abdul Muttalib berkata kemasukan warga asing itu khususnya didorong kebergantungan negara terhadap pekerja asing bagi
sektor-sektor yang dikategorikan sebagai kritikal. "Kekurangan minat pekerja tempatan menceburi sektor pekerjaan yang
tiada nilai komersial dan kebolehtahanan pekerja tempatan yang tidak kekal juga menyebabkan tenaga kerja asing menjadi
sandaran pelbagai sektor di negara ini," katanya. Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Che Rosli Che Mat
(PAS-Hulu Langat) tentang statistik pekerja asing serta usaha yang diambil kerajaan bagi menempatkan semula pekerja
tempatan dalam pelbagai sektor pekerjaan serta langkah mengurangkan pekerja asing secara berperingkat. Jelaslah disini
bahawa sememangnya Malaysia mengalami kekurangan pekerja tempatan yang mahir dan professional menyebabkan
kesukaran proses pemantapan kea rah alam sekitar yg lebih berkualiti ,. Persoalannya disini,mengapa kita perlu
menitikberatkan pekerja temptan berbanding pekerja asing?? dalam hendak menuju wawasan 2020 siapakah yg terlibat?
Sudah semestinya rakyat Malaysia sendiri. Oleh sebab itu dalam hendak mencpai tahap kelestarian alam yg sempurna ,rakyat
Malaysia lah yg perlu terlibat.saya bawakan satu analogy dimana kita hendak membina kediaman sendri dan perhidmatan
siap yg kita perlu cari, pertama orang yg kita sudah lama kenal ataupun yg baru kita kenal??. Seperkara lagi

CONTOH TEKS PENGGULUNGAN PEMBANGKANG




SALAM

 TERIMA KASIH SEKALI LAGI YANG BERHORMAT. TUAN YANG DIPERTUA, RAKAN-RAKAN


PEMBANGKANG, YANG BERHORMAT JEMAAH KABINET, SETERUSNYA AHLI-AHLI DEWAN YANG
DIHORMATI.


BERTEMU SEKALI LAGI DI ARENA PENGGULUNGAN.


 TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.


USUL PADA HARI INI BERBUNYI sistem pengangkutan awam perlu dimantapkan demi alam skitaryang lebih berkualiti


KAMI PIHAK PEMBANGKANG YANG PRIHATIN, CAKNA DAN BERTANGGUNGJAWAB
UNTUK MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT TELAH MEMBERIKAN DEFINISI DAN PREMIS
YANG PADU DAN JITU UNTUK MENEGAKKAN KEBENARAN


DARI AWAL PERDEBATAN PIHAK KERAJAAN MELAKUKAN BANYAK KESILAPAN YANG DILKUKAN SECARA INDIVIDU
ATAU BERPASUKAN.


PIHAK KERAJAAN GAGAL MEMBERIKAN DEFINISI SECARA KONSEP YANG MANTAP


PIHAK KERAJAAN JUGA TELAH MEMBERIKAN PREMIS YANG AMAT RAPUH DAN TIDAK
RASIONAL.HUJAH2 PIHAK KERAJAAN IBARAT GIGI2 YANG KURANG KALSIUM, SEKALI KU JENTIK
BERSEPAI SEMUANYA


UNTUK MENYOKONG USUL PADA HARI INI, PIHAK KERAJAAN TELAHMEMABERIKAN 3 HUJAH,
IAITU1. .........................................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................................................
.....................................................................2. ........................................................................................................................
............................................................................................................3..........................................................................................
.........................................


NAMUN TUAN YANG DIPERTUA, KETIGA-TIGA HUJAH PIHAK KERAJAAN DAPATSAYA SIMPULKAN
BAHAWA HUJAH-HUJAH TERSEBUT AMAT TIDAK RELEVAN DENGANPREMIS MEREKA UNTUK
MENYOKONG USUL.


KETIGA-TIGA HUJAH MEREKA, TELAH GAGAL MENUNJUKKAN BAHAWA
......USUL YG MEREKA BENTANGKAN WAJAR DILAKSANAKAN


MEREKA HANYA CUBA UNTUK MENGGABURI MATA AHLI DEWAN DENGAN JANJI2 MANIS TAPI PALSU
IBARAT MENANAM TEBU DI TEPI BIBIR SAHAJA


 TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN.


DARI AWAL PERDEBATAN, SELAKU PEMBANGKANG YANG DIBERI BERWIBAWA ,KAMI TELAH
MEMBUAT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN TERHADAP USUL PADA HARI INI.


SAYA TELAH MEMBERIKAN DEFINISI YANG MANTAP DAN AMAT MUDAH DIFAHAMI.


UNTUK MEMINDAUSUL PADA HARI INI, KAMI TELAH MELETAKAKKAN SATUPREMIS YANG KUKUH
IAITU …(usul)


RASIONALNYA IALAH …(dasar)
 


BAGI MEMANTAPKAN LAGI PREMIS KAMI UNTUK MENOLAK USUL, KAMI TELAHMENGEMUKAKAN TIGA
HUJAH YANG DISOKONG OLEH FAKTA DAN BUKTI YANGKONKRIT. TIGA HUJAH KAMI IALAH

 
1.
……………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………….…2.
……………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………….3.
……………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………….…


OLEH ITU TUAN YANG DIPERTUA DAN AHLI-AHLI DEWAN, TIDAK ADA LAGIKERAGUAN, YANG GELAP
DAH JADI TERANG, YANG BENGKOK TELAH LURUS. USULKERAJAAN AMAT TIDAK RELEVAN DAN TIDAK
MEMBERI MANFAAT JIKA DILULUSKAN.


NAMPAKNYA KERAJAAN KITA PADA HARI INI, TIDAK MEMBUAT PERSEDIAAN YANGCUKUP SEBELUM
MEMBENTANGKAN USUL. HUJAH-HUJAH YANG DIBENTANGKANUMPAMA MENANAM TEBU DI BIBIR
SAHAJA.


 JANGANLAH AHLI-AHLI YANG BERHORMAT TERPEDAYA DENGAN JANJI MANIS TAPIPALSU YANG
DILEMPARKAN OLEH MEREKA DALAM USAHA MENGABURI PEMIKIRANAHLI DEWAN UNTUK MENERIMA USUL.


AKHIRNYA, SAYA MENYERU KEPADA AHLI-AHLI DEWAN MENGGUNAKANBIJAKSANAAN DAN
KEWARASAN UNTUK BERSAMA DENGAN KAMI PIHAK PEMBANGKANG PADA HARI INI DEMI
.MEMBINA SEBUAH NEGARA BANGSA YANG BERSATU PADU YANG MENJADITERAS KEPADA PEMBANGUNAN DAN
KEMAJUAN NEGARA.


MARILAH BERSAMA-SAMA PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENOLAK USUL PADAHARI INI IAITU …
SEBULAT SUARA TANPA KOMPROMI.


SEKIAN, MOHON MEMBANGKANG

 
CONTOH Teks pembangkang kedua

Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakanpembangkang dan


seterusnya ahli-ahli yang berhormat sekalian.Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.Tuan yang
dipertua,Usul masih tetap sama iaitu
KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGIPUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.
 Namun, sebagai pihakpembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat dinegara ini, kami
tetap terus tidak bersetuju dengan usul yangdigagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi.Tuan yang
dipertua,Bertindak selaku pembangkang kedua, saya bertanggungjawabmempertahankan pindaan definisi
yang dibuat oleh ketuapembangkang sebentar tadi secara ringkas.Menurut Ensiklopedia bebas Bahasa Melayu,
WikipediaMalaysia,
Sains dan Teknologi ialah pengetahuan berkaitanpembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan
proses untuk menyelesaikan masalah manusia.
Bukan didefinisi menurutkamus dewan edisi ke 4 sebagai sebenarnya tidak manakala
Punca sebagai sumber atau asal. Seterusnya, kami takrifkan. Peningkatan
sebagai sesuatu yang sedang berlaku dan masih berterusan. Frasa gejala sosial menurut Puan Ramlah
Yong,Pengarah Kesuma JAKIM sebagai perubahan negatif dan jelik yangberlaku dalam aspek kemasyarakatan
seperti pergaulan,persahabatan atau aktiviti sosial.Tuan yang dipertua,Menjadi tanggungjawab saya juga
untuk membidas ketiga-tiga hujahpihak kerajaan. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.(bidas ketiga-tiga usul
pihak kerajaan)Tuan yang dipertua,Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadapusul
yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dantidak bersetuju dengan usul
KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGIPUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.
 Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukankami.Hujah kedua kami dibawah kata kunci
 sains dan teknologi pemberimaklumat dan informasi.
 Suatu ketika dahulu, pelajar perlu membawa kalam dan papan batuke sekolah. Selepas pengenalan pensil dan
kertas, sistem ini dianggapmaju. Kini zaman semakin berubah, dimana sesetengah pelajar hanyaperlu
membawa komputer riba. Semua nota dan latihan yang diberikan hanya perlu dimasukkan ke dalam CPU
(Central ProcessingUnit)–mohon izin tuan yang dipertua
. Lihatlah betapa moden dancanggihnya pendidikan masa kini. Hal ini lebih memudahkanpendidik dan para
pelajar menjadi celik teknologi maklumat. Pelajar-pelajar di sekolah rendah, menengah dan di institut
pengajian tinggimudah mendapat bahan untuk tugasan mereka melalui jaringaninternet. Segalanya hanya di
hujung jari. Lebih membanggakan, kitadiperkenalkan dengan sistem PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) atau
lebihdikenali sebagai pendidikan atas talian membolehkan penuntuthanya duduk di rumah dan boleh
mengikuti kuliah masing-masingmelalui sistem ini. Jelas tuan yang dipertua kemajuan sains danteknologi tidak
mendatangkan gejala sosial sebaliknya banyakmendatangkan faedah atau manfaat kepada masyarakat.
 
 Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya hidangkan pula contohke dua. Tuan yang dipertua, dewasa ini,
pelajar tidak perlu lagi keperpustakaan untuk membuat rujukan sebaliknya hanya dengan satusentuhan
tangan, semua judul buku yang terdapat dalam sebuahperpustakaan akan terpampang di skrin komputer.
Sistem ini
dikenali sebagai ‘on
-
line library’ –
 
mohon tuan yangdipertua.
 Maklumat mengenai buku-buku dimasukkan dan bagaikankilat, buku yang dicari dapat ditemui. Tuan yang
dipertua, jelaslahbahawa
sains dan tekologi pemberi maklumat dan informasi.
 Seterusnya tuan yang dipertua,Hujah ketiga pihak pembangkang di bawah kata kunci
sains danteknologi memudahkan urusan manusia.
 Yang berhormat rakan-rakan lama dari pihak kerajaan, sudah teranglagi bersuluh, Sains dan teknologi banyak
memberi kemudahankepada manusia. Contohnya alat-alat yang dapat memudahkanurusan kerja manusia
seperti mesin basuh, periuk nasi elektrik,penghawa dingin dan sebagainya telah banyak berjasa kepada
kitasemua. Semua alat-alat moden ciptaan kemajuan sains dan teknologibanyak berjasa kepada manusia.
Selain itu, urusan-urusanpembayaran juga boleh dijalankan di mesin-mesin ATM–mohon tuan yang dipertua
 dan juga melalui pembayaran di internet. Jelas kita lihat bahawa kemajuan sains dan teknologi bukan
medatangkankesan buruk kepada sosial manusia.Contoh seterusnya, tuan yang dipertua, dengan ciptaan sains
danteknologi juga segala urusan sama ada dalam bentuk perniagaan danperdagangan menjadi mudah. Pada
zaman pascamerdeka ini,pelbagai ciptaan baru wujud bagi memudahkan urusan perniagaan.Contohnya, mesin
faksimile, e-mel atau surat elektronik dansebagainya memudahkan peniaga-peniaga membuat urusan jual
belibarangan tanpa perlu pergi ke tempat tersebut. Dengan hanyamenekan beberapa butang tertentu, urusan
perniagaan dapatdijalankan. Melalui sistem ini, masa, wang dan tenaga dapatdijimatkan. Nah! Sudah jelas dan
nyata bahawa
sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.
CONTOH TEKS PEMBANGKANG KETIGA

Sekalung apresiasi buat Tuan Yang Di-Pertua Dewan, angkatan delegasi kehakiman yang
bermahkotakan keadilan, barisan kerajaan yang dihormati tetapi tidak sekali-kali kami geruni,
seterusnya pejuang-pejuang barisan pembangkang intelektif, serta kulawangsa dewan yang dikasihi
sekalian. Assalamualaikum w.b.t serta salam persidangan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Usul pada hari ini berbunyi “Pengambilan Buruh Asing Penyelesaian Krisis Tenaga Buruh”. Namun,
saya selaku pembangkang ketiga akan mematahranapkan indikator-indikator yang dikemukakan
oleh pihak kerajaan. Berdirinya saya pada pagi ini adalah untuk menegaskan pendirian kami kepada
sidang dewan bahawa sesungguhnya “Pengambilan Buruh Asing Bukanlah Penyelesaian Krisis
Tenaga Buruh kerana Pengambilan Buruh Asing Bukanlah Faktor Tunggal Dalam Penyelesaian Krisis
Tenaga Buruh”. Dengan kata lain, usul ini kami terima sebahagian, sebahagian lagi kami kurang
bersetuju KERANA kami tidak nampak kayu ukur yang jelas daripada pihak kerajaan dalam
mempertahankan usul ini.

Berapa peratuskah tenaga buruh asing yang diperlukan untuk menyelesaikan krisis ini ? Saya cabar
pihak kerajaan, saya cabar. Hari ini saya tidak becakap kosong tetapi meniti pada fakta.
Bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan yang dari tadi ibarat tin kosong
disepak anjing, digigit, dihidu dan dikencing, bunyinya melenting-lenting, bikin kepala pusing, tetapi
isinya kosong.

Kulawangsa dewan yang dihormati sekalian,

Sebelum kaki menongkah arus gelombang perbahasan yang lebih mendalam serta menampilkan
bukti-bukti baru, molek kiranya saya ranapkan hujah pihak kerajaan  yang telah diutarakan sebentar
tadi.

Berdirinya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi telah menyatakan bahawa

Itu kelemahan dan kepincangan mereka yang pertama.


Kemudian bangkitnya Timbalan Perdana Menteri pula telah menyatakan bahawa

Itu kelemahan dan kepincangan mereka yang kedua.

Tuan Yang Di-Pertua Dewan,

Tiba masanya saya tampilkan bukti-bukti baru bagi menguatkan lagi pendirian kami iaitu
“Pengambilan Buruh Asing Bukanlah Penyelesaian Krisis Tenaga Buruh kerana Pengambilan Buruh
Asing Bukanlah Faktor Tunggal Dalam Penyelesaian Krisis Tenaga Buruh”. Hasil daripada metodologi,
kami dapati bahawa terdapat banyak kelemahan serta kepincangan pada indikator-indikator yang
telah diutarakan oleh barisan kerajaan.

Sidang perwakilan sekalian,

Seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi, pengambilan
buruh asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah termasuklah penurunan
purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta
menjejaskan imbangan pembayaran, dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan dalam negara. Hal
ini telah dibuktikan dengan pengaliran matawang keluar secara tidak terkawal. Laporan ini telah
dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2014. Peningkatan pengaliran keluar
matawang Ringgit Malaysia sebanyak 25% ini telah menyebabkan kos sara hidup rakyat tempatan
juga turut meningkat tidak sejajar dengan peningkatan inflasi.

Inflasi meningkat disebabkan nilai matawang yang semakin menurun. Dengan kata lain, disebabkan
terlalu banyak pengaliran keluar matawang tempatan, kadar inflasi dan kos sara hidup juga turut
meningkat.  Adakah ini yang dikatakan menyelesaikan krisis tenaga buruh? Di mana kebaikannya
Yang Berhormat? Ini mendesak rakyat. Saya cabar Yang Berhormat, saya cabar. Buktikan di mana
kebaikan dan keberkesanannya. Buktikan sekarang Yang Berhormat. Nampak? Mereka diam. Diam
bererti setuju.

Sidang perwakilan sekalian,

Selain itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh BNM pada tahun 2008, jumlah pengaliran
matawang ke luar negara adalah sebanyak RM 9.18 billion. Jumlah buruh asing pada masa itu pula
sebanyak 2.1 juta orang. Ini bermakna kadar matawang keluar sebanyak RM720 sebulan. Ini
menyebabkan saya keliru dengan Yang Berhormat di barisan kerajaan. Nak dikatakan buta
Matematik, mungkin ya mungkin tidak. Nampak macam tak pandai mengira. Patutlah ekonomi
merosot. Maaf ya, Yang Berhormat. Teguran membina ☺

Sidang perwakilan sekalian,

Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi juga ada mengatakan bahawa syarikat pembekal
buruh asing mampu membawa masuk buruh asing ke negara kita tetapi tidak mampu menyediakan
latihan perindustrian seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP). Kenyataan ini telah dikuatkan lagi
dengan fakta yang dikeluarkan oleh Menteri Perindustrian kita yang juga merupakan Menteri Ketiga
di barisan kerajaan. Menurut statistik yang baru sahaja beliau keluarkan semalam di sidang media
Astro Awani, hanya 43.85 % sahaja buruh asing benar-benar bekerja, selebihnya hanya menumpang
peluang rakan-rakan untuk datang ke sini, dengan kata lain, makan gaji buta.

Hal ini berlaku kerana pengambilan buruh asing secara pukal. Ini menyebabkan tiada saringan atau
tapisan secara telus & teliti terhadap kemahiran buruh asing tersebut. Nampak ? Yang Berhormat
Menteri Ketiga senyum kambing di seberang sana kerana fakta yang telah beliau keluarkan semalam
menjadi bukti untuk meneguhkan pendirian kami sekaligus mematahkan pendirian mereka dengan
sendirinya.

Tuan Yang Di-Pertua Dewan,

Oleh kerana pengambilan buruh asing yang tidak ditapis sebaiknya, maka wujudlah implikasi seperti
keterencatan pembangunan. Keterencatan pembangunan ini adalah disebabkan pengambilan buruh
asing yang tidak terkawal dan tidak ditapis sebaiknya. Maka tidak hairanlah mereka boleh melambat-
lambatkan kerja kerana gaji tetap dibayar secara harian. Ini juga turut merugikan syarikat. Adakah ini
yang kita mahu ? Gaji terus dibayar tetapi pembangunan terencat sampai di situ. Sedarlah wahai
sidang dewan. Ayuh bersama kami. Kita capai gagasan & wawasan 2020 dengan hasil tenaga buruh
tempatan.

Tuan Yang Di-Pertua,

Sudah berapa banyak bukti saya tampilkan dan sekarang kita beralih pula kepada bukti kami yang
seterusnya. Mengikut statistik yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara, kadar kemiskinan
golongan termiskin bagi buruh asing bertambah daripada 6% pada tahun 1995 kepada 9.9% pada
tahun 1999. Secara tidak langsung, kemasukan pekerja asing juga merupakan penyumbang kepada
peratus kemiskinan di Malaysia. Semakin ramai pekerja berpendapatan sama atau kurang daripada
golongan berpandapatan lebih daripada garis kemiskinan.

Sidang perwakilan sekalian,

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan mendedahkan bahawa 80% daripada pekerja asing di sektor
perladangan dikesan sebagai pembawa virus HIV. Berdasarkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan,
65.82% daripada mereka adalah penagih dadah. Ini jelas membuktikan bahawa pengambilan buruh
asing mendatang lebih banyak lagi masalah, bukan sebagai penyelesai krisis tenaga buruh. Kami
berani berkata begini kerana kami masih tidak nampak kayu ukur yang jelas daripada barisan
kerajaan dalam memperjuangkan usul sebagai satu cadangan yang boleh kita terimapakai.

Sidang perwakilan sekalian,

Kita sedar bahawa kerajaan sekarang ini gigih membangunkan negara. Yang Berhormat di barisan
kerajaan harus ingat bahawa kalian terkenal dalam memperjuangkan pembangunan modal insan.
Tetapi, bila orang tanya siapa yang menyelesaikan krisis tenaga buruh ? Yang Berhormat menjawab,
“orang luar”. Tidak malukah Yang Berhormat dengan jawapan itu? Orang luar yang tidak
berpelajaran tinggi itu diagung-agungkan. Ini bermakna Yang Berhormat meletakkan buruh asing itu
lebih tinggi daripada Yang Berhomat. Di mana modal insan tempatan ? Di mana ?
Tuan Yang Di-Pertua,

Sebelum saya mengundur diri, ingin saya tegaskan sekali lagi pendirian barisan kami iaitu
“Pengambilan Buruh Asing Bukanlah Penyelesaian Krisis Tenaga Buruh kerana Pengambilan Buruh
Asing Bukanlah Faktor Tunggal Dalam Penyelesaian Krisis Tenaga Buruh”.

Sekian, mohon terus membangkang.

You might also like