Apa Itu MBJ

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Apa itu MBJ?

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi
saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat,
pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan
organisasi.

Penubuhan MBJ

Semua agensi Kerajaan yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan
sumber manusia dan hal ehwal kewangan serta mempunyai kuasa untuk menimbang dan
membuat keputusan ke atas perkara-perkara tersebut adalah dikehendaki menubuhkan MBJ.
Bagi tujuan penubuhan MBJ, satu draf perlembagaan yang telah dipersetujui oleh Pihak
Pengurusan dan Pihak Pekerja perlu digubal terlebih dahulu dan hendaklah dikemukakan
kepada JPA untuk kelulusan.

Bidang dan fungsi

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja
dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di
antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat
menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan
produktif.

Perkara yang boleh dibincangkan

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan
bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun,
isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja.

Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan
kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan,
pentadbiran dan hal-hal lain.

Faedah MBJ

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan
hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja,kepuasan hati,
peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja,
sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan
perpaduan.

You might also like