Pakk - Cikgu Mad Dan Asmah
Pakk - Cikgu Mad Dan Asmah
Pakk - Cikgu Mad Dan Asmah
TADIKA
Tadika merupakan akronim bagi Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan
dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. Walau bagaimanapun pengurusan tadika boleh
difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-
kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat
utama pendidikan di peringkat tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan
formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.
Tadika ditubuhkan berdaftar di bawah jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Setiap tadika yang
ditubuhkan wajib menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pembinaan
tadika pula haruslah merujuk kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh
Akta Pendidikan 1996. Konsep yang digunakan di Tadika ialah Konsep "Belajar Sambil
Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema".
Pembelajaran di tadika mengambil masa dua semester dalam satu tahun. Tadika boleh
menghasilkan 2 kelas dalam satu tahun iaitu tadika 1 dan tadika 2. Guru yang mengajar di
tadika merupakan guru terlatih dan mempunyai diploma atau ijazah dalam bidang pendidikan
kanak-kanak.
PRASEKOLAH
Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran
Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti
individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti
kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan
terhadap aktiviti ini dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan
sekolah bestari.
Peluang pendidikan prasekolah diberi kepada semua kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-
kanak serta perkembangan intelek mereka. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka
diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan
keperluan mereka.
TASKA
Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama Taman Asuhan
Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar.
Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir
bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Progrm
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi
meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan
keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.
PASTI
Pada tahun 1970-an cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula.
Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan
prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan
pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia
berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah
Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM. Seawal tahun 1980 telah
lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-
Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985, TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negari
Terengganu. Manakala di Kelantan, pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam
dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988. Di Kedah dan
beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang
diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas
negeri masing-masing.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988
telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS
dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di
peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI di
seluruh Malaysia.
Konsep yang digunakan di dalam pendidikan PASTI ialah berteraskan Al-Quran dan As-
Sunnah. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah
melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-
amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan. Mengambil kira potensi dan bakat
yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif,
psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang
sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan
peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan
negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian
supaya diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan di akhirat.
TASKI
Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI), Kedah mula dirangka oleh Ustaz Niamat Yusuf
pada tahun 1978. TASKI dirangka lantaran perlunya model pendidikan prasekolah
berteraskan Islam bagi menanam nilai-nilai murni Islam secara formal.
Pada tahun 1979, ABIM Kedah memulakan program pendidikan formal prasekolah yang
dikenali dengan nama TASKI iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam. Pendidikan di TASKI
adalah berkonsepkan Islam Iman Ilmu. Pada tahun 1982 pula, ABIM telah melancarkan
Kurikulum TASKI di Kolej Islam Kelang, peringkat kebangsaan. Antara kandungan
matapelajaran yang terdapat dalam Kurikulum TASKI komponen Al-Quran, Fardhu Ain,
Kemahiran Bahasa, asas matematik, asas perkembangan seni dan sains dan asas
Perkembangan Sains dan fizikal.
TABIKA KEMAS
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman
Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan
awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain yang diselaraskan dengan sifat
semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut
kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-
kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka
menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan
2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
PERMATA
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA merupakan satu program yang
menekankan program pembelajaran yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia
ada. Program ini diadaptasi dari konsep learning is fun through play dari Pen Green Centre,
Corby, England. Anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi,
eksplorasi dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
Kurikulum Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) disesuaikan mengikut acuan dan keperluan
kanak-kanak di negara ini walaupun konsep asalnya berpandukan amalan pusat asuhan di
luar negara iaitu dengan memberi penekanan kepada modul pendidikan yang sesuai dengan
perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.
PERMATA mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek
pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komunitimIni adalah bersesuaian untuk
membentuk personaliti anak yang seimbang, yakin diri, bijak bergaul dan penting untuk
pembangunan modal insan yang cemerlang,
HEAD START
Program Head Start adalah program kelolaan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia
Amerika Syarikat, yang menyediakan pendidikan komprehensif, kesihatan, pemakanan,
penglibatan ibu bapa dan perkhidmatan kepada kanak-kanak dan keluarga yang
berpendapatan rendah. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan
pembelajaran.
Program ini telah dilancarkan oleh pengarah Head Start iaitu Jule Sugarman pada tahun 1964.
Head Start pada mulanya dirancang sebagai satu program musim panas untuk mengajar
kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah dalam beberapa minggu.
Matlamat Headstart adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan sosial yang lebih tinggi di
kalangan kanak-kanak, khususnya keluarga mereka yang berpendapatan rendah. Kecekapan
sosial ditakrifkan sebagai keberkesanan setiap hari kanak-kanak dalam berurusan dengan
persekitaran sekarang dan tanggungjawab kemudian.Umur kanak-kanak yang mengikuti
program ini adalah antara tiga hingga enam tahun. Keluarga kanak-kanak turut mengikuti
program ini.
Program ini juga bukan sahaja untuk kanak-kanak dan keluarga yang berpendapatan rendah,
malahan, program ini juga untuk kanak-kanak yang rendah pencapaian dan kanak-kanak
kurang upaya.
KINDERGARDEN
Kindergarden (Jerman) dari segi bahasa "children's garden" atau taman kanak-kanak adalah
sebuah institut pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak. Istilah ini telah dicipta oleh
Friedrich Froebel untuk bermain dan aktiviti yang dijalankan oleh institut yang dicipta oleh Bad
Blankenburg sebagai pengalaman sosial untuk kanak-kanak untuk peralihan mereka dari
rumah ke sekolah.
Matlamat beliau adalah kanak-kanak haruslah dijaga dan dipelihara di sebuah Taman Kanak-
Kanak (childrens garden) seperti tumbuhan di taman. Istilah Kindergarden ini digunakan di
seluruh dunia untuk menggambarkan pelbagai intitusi yang berlainan yang telah dibangunkan
untuk kanak-kanak di antara umur dua hingga tujuh tahun, bergantung kepada negara itu
sendiri.
Banyak aktiviti yang dibangunkan oleh Frobel turut digunakan di seluruh dunnia di bawah
nama-nama lain. Menyanyi dan menanam tumbuhan telah menjadi sebahagian daripada
pembelajaran sepanjang hayat. Bermain, aktiviti, pengalaman, dan interaksi sosial kini
diterima secara meluas sebagai aspek penting dalam membangunkan kemahiran dan
pengetahuan kanak-kanak.
NURSERY SCHOOL
Nurseri adalah sebuah sekolah untuk kanak-kanak yang berumur di antara satu hingga lima
tahun. Pengajar bagi nurseri adalah golongan profesional yang berkelayakan tinggi. Peranan
guru di nurseri bukan hanya sebagai menyediakan khidmat penjagaan kanak-kanak malah
guru juga menyelia kanak-kanak dalam permainan pendidikan. Nurseri juga merupakan
sebuah institusi pendidikan pra sekolah iaitu sebahagian daripada pendidikan awal kanak-
kanak.
Institusi-institusi nurseri muncul di Perancis kira-kira tahun 1840, dan Societe des Creches
(pusat jagaaan kanak-kanak) telah diiktiraf oleh kerajaan Perancis pada tahun 1869. Pusat
jagaan harian telah ditubuhkan di kebanyakkan bandar-bandar di Eropah dan pusat-pusat
industri pada abad ke-19; yang pertama di Great Britain, misalnya, telah ditubuhkan pada
tahun 1860. Nurseri di England pula dikenali sebagai FS1 yang merupakan pendidikan asas
tahun pertama sebelum mereka pergi ke sekolah rendah
Matlamat kurikulum nurseri adalah pendidikan nurseri lebih meluas daripada bukan sekadar
penjagaan kanak-kanak, tetapi pendidikannya kurang berat daripada pendidikan sekolah
rendah.
Pada setiap bilik darjah nurseri pula diwujudkan sudut bagi mata pelajaran seni kreatif,
sastera, sains, pra-matematik, drama dan perkembangan motor halus dan motor kasar.
Penggunaan alam sekitar turut diselitkan di dalam pembelajaran bagi merangsang imaginasi,
kreativiti, sosialisasi, penerokaan dan penemuan baru dalam masa yang sama mencabar
penggunaan otot perkembangan tubuh badan.
Child care atau Day Care adalah penjagaan kanak-kanak pada siang hari oleh orang selain
daripada penjaga kanak-kanak yang sah. Biasanya, penjaga kanak-kanak ini adalah seorang
yang bukan daripada ahli keluarga kanak-kanak tersebut. Day care biasanya adalah
perkhidmatan yang berterusan semasa tempoh tertentu seperti masa ibu bapa di tempat kerja.
Perkhidmatan ini juga dikenali sebagai Child Care di United Kingdom dan Australia dan Child
care atau Day care di Amerika Utara (walaupun Child care mempunyai makna yang lebih
luas). Child care disediakan di nurseri atau di Creches (pusat jagaan kanak-kanak dalam
bahasa Francis) atau disediakan oleh penjaga itu sendiri (nanny) dengan menjaga mereka di
rumah mereka sendiri.
Selain itu, Child care juga boleh dikendalikan dengan mengambil struktur yang lebih formal,
pendidikan, pembangunan kanak-kanak, disiplin malah pendidikan yang di ajar dalam
pendidikan awal kanak-kanak.
Di Australia, terdapat Child care yang digelar sebagai Family day care bagi perkhidmatan
penjagaan kanak-kanak bersama ibubapa atau keluarga. Sesetengah ibu bapa menyediakan
peruntukan nurseri untuk penjaga anak mereka berdekatan dengan tempat kerja ibubapa.
ELEMENTARY SCHOOL
Elementary school atau sekolah rendah adalah sebuah institusi di mana kanak-kanak
menerima pendidikan wajib peringkat pertama yang dikenali sebagai pendidikan asas atau
pendidikan utama. Elementery School adalah istilah pilihan bagi sesetengah negara,
terutamanya mereka di Amerika Utara, di mana istilah Grade School dan Grammar School
turut digunakan. Manakala di United Kingdom, India, Ireland, Pakistan, Bangladesh,
Australia, Amerika Latin, Nepal, Afrika Selatan, New Zealand, Malaysia dan dalam penerbitan
United Nations Educational, Scientific, and Cultural Organization (UNESCO), Elementary
School dikenali sebagai Primary School.
Murid bagi Elementary School adalah dari lima hingga 14 tahun. Mereka menyediakan
kurikulum terhad dengan penekanan kepada membaca, menulis dan mengira (the three Rs).
Sekolah-sekolah beroperasi pada sistem 'bersifat nasihat', di mana seorang guru menyelia
kelas besar dengan bantuan sebuah pasukan yang memantau, yang seringkali murid lebih
tua. Guru sekolah rendah dibayar melalui keputusan penilaian guru. Murid-murid mereka
telah dijangka untuk mencapai standard yang tepat dalam pembacaan, penulisan dan
aritmetik seperti membaca satu perenggan pendek dalam akhbar, bertulis daripada
pengimlahan, dan mengira jumlah wang dan pecahan.
Sistem sekolah telah berubah dengan pengenalan Akta Pendidikan 1944. Pendidikan telah
disusun semula kepada tiga peringkat progresif yang dikenali sebagai Primary Education,
Secondary Education dan Further Education. Di UK, sekolah-sekolah yang menyediakan
pendidikan rendah yang kini dikenali sebagai Primary School. Mereka umumnya memenuhi
keperluan kanak-kanak berusia 4-11 (Reception Tahun Enam atau di Ireland Utara dan
Scotland P1 untuk P7). Sekolah rendah sering dibahagikan kepada sekolah bayi untuk kanak-
kanak 4-7 dan sekolah-sekolah rendah untuk usia tujuh hingga 11.
PLAYGROUND PRESCHOOL
Playground Preschool telah ditubuhkan pada tahun 2002. Mereka menyediakan pendidikan
berkualiti kepada kanak-kanak yang berumur dari 1 setengah tahun hingga 6 tahun. Kanak-
kanak datang dari latar belakang budaya yang berbeza, sekali gus memupuk rasa hormat dan
interaksi merentas bangsa, kaum dan agama. Mereka juga memastikan saiz kelas kecil, bagi
membolehkan pengajar atau guru untuk memberi perhatian secara individu untuk setiap
kanak-kanak.
Early Childhood Education adalah pengajaran formal dan penjagaan kanak-kanak oleh orang
lain daripada keluarga mereka atau dalam persekitaran di luar rumah. Early Childhood
biasanya ditakrifkan sebagai sebelum umur persekolahan biasa iaitu lima tahun di
kebanyakan negara, walaupun Amerika Syarikat (AS) National Association for the Education
of Young Children (NAEYC) dan bukannya mentakrifkan 'early childhood' sebelum usia lapan
tahun.
Pendidikan Early Childhood Education menggunakan konsep learn throuh play. Kanak-
kanak disini tidak diberi pengajaran yang khusus dalam aspek sosial, emosi, kognitif,
linguistik, pembelajaran fizikal. Pengajaran di dalam pendidikan ini lebih berperanan dalam
membantu kanak-kanak mengenali identiti diri sendiri dan fungsi untuk berinteraksi dengan
orang lain.
Pendekatan Reggio Emilia merupakan falsafah pendidikan yang memberi tumpuan kepada
pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Pendekatan ini telah diasakan oleh Loris
Malaguzzi dan ibu bapa di kampung-kampung di sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang
Dunia II melalui kemusnahan dari peperangan itu, ibu bapa percaya, kanak-kanak
memerlukan pendidikan yang baru iaitu pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak
mereka. Ibu bapa juga menganggap bahawa pembangunan awal kanak-kanak ialah untuk
membentuk diri mereka sebagai individu.
Oleh itu, Loris telah membawa kepada penciptaan program yang berdasarkan prinsip hormat,
tanggungjawab, dan kemasyarakatan melalui konsep penerokaan dan penemuan dalam
persekitaran yang menyokong berdasarkan kepentingan kanak-kanak melalui kurikulum self-
guided.
BANK STREET
Bank Street diasaskan pada tahun 1916 oleh Lucy Sprague Mitchell sebagai "Bureau of
Educational Experiments" atau Biro Eksperimen Pendidikan. Mitchell adalah Dekan pertama
wanita di University of California, Berkeley. Fokus asal program beliau adalah kajian
pembangunan kanak-kanak dan pendidikan. Selepas dua tahun, beliau beranggapan bahawa
kanak-kanak adalah actual living subjects. Pada tahun 1918, sebuah nurseri Bank Street
dibuka. Sehingga tahun 1930-an, barulah bank street ini diiktiraf dan mula melatih guru.
Bank Street adalah program yang mengikut prinsip-prinsip pembelajaran iaitu pertama,
berdasarkan persekitaran yang menjadi keutamaan untuk memotivasikan manusia dan
kedua, kanak-kanak mesti berinteraksi dengan persekitaran mereka secara fizikal dan sosial
dan mentafsir pendapat mereka sendiri untuk mengekalkan pendidikan sepanjang hayat.
Maria Montesssori dilahirkan di Chiaravalle, Itally pada tahun 1870. Beliau merupakan doktor
perempuan pertama di Itali. Namun begitu, beliau begitu tertarik dengan cara kanak-kanak
belajar. Justeru itu, beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan falsafah.
Pendekatan berinovasi Dr Maria Montessori adalah Pendidikan seharusnya tidak lagi akan
menjadi penyampaian pengetahuan, tetapi perlu menerima cara baru, mencari potensi yang
terdapat kepada seseorang manusia. Keberkesanan kaedah pengajaran Montessori telah di
demonstrasi pada penerbitan hasil kajian di jurnal AS, Science (29 September 2006) yang
menunjukkan kanak-kanak Montessori telah bertambah baik tingkah laku dan skil akademik
di Montessori.
Kaedah Montessori dalam pendidikan yang dihasilkannya dari pengalaman ini telah
kemudiannya dipraktikkan dengan jayanya keatas kanak-kanak dan ia adalah agak popular
di banayk tempat di dunia. Walau dengan banyak kritikan pada kaedah beliau pada awal tahun
1930- an dan 1940-an, kaedah pendidikan beliau telah dipraktikkan dan telah bangkit semula.
Ia kini boleh ditemui di enam benua dan seluruh Amerika Syarikat.
Sebelum akhir tahun 1907, Montessori telah mengasaskan 'Casa dei Bambini' atau Rumah
Kanak-kanak yang pertama, di Rom. Kaedah Montessori mula diperkenalkan di rumah kanak-
kanak ini. Terdapat dua prinsip yang terkandung di dalam kedah ini iaitu, kanak-kanak lebih
mudah belajar jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana
mereka berada, serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak ini
juga lebih digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. Prinsip kedua
ialah kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri .Kedua-dua prinsip ini telah
mengilhamkan usaha Montessori dari segi reformasi pendidikan, metodologi, psikologi,
pengajaran, dan latihan.
HIGH SCOPE
High Scope telah dikembangkan oleh David Weikart pada tahun 1962. HighScope
merevolusikan pendidikan awal kanak-kanak dengan pendekatan baru untuk pengajaran dan
pembelajaran. Berasaskan penyelidikan dan fokus kanak-kanak, Kurikulum High Scope
menggunakan proses yang telah direka dengan teliti yang dikenali sebagai "pembelajaran
penyertaan aktif " untuk mencapai hasil memuaskan dan positif.
Terdapat beberapa konsep yang digunakan oleg High Scope iaitu, pembelajaran aktif,
interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa, pembelajaran persekitaran, rutin harian,
eksperimen utama, dan penilaian.
Guru, ibu bapa, dan penyelidik pendidikan telah mengakui, Kurikulum HighScope bukan
sahaja membantu kanak-kanak cemerlang dalam bahasa dan pembelajaran kognitif, tetapi
juga menggalakkan berdikari, rasa ingin tahu, membuat keputusan, kerjasama, kesungguhan,
kreativiti, dan menyelesaikan masalah atau dalam maksud lain kemahiran asas yang
membantu menentukan kejayaan dalam kehidupan orang dewasa.
TE WHAARIKI
Te Whaariki ialah kurikulum untuk pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di New
Zealand. Kurikulum ini dirangka pada tahun 1996. Menurut Tyler (2002), penjagaan awal
kanak-kanak di New Zealand memiliki cara penyampaian yang pelbagai dan program ini juga
berkhidmat untuk komuniti yang pelbagai.
Terdapat dua prinsip asas yang terkandung dalam Te Whaariki. Pertama, terdapat skop untuk
pengajar pendidikan kanak-kanak untuk membangunkan program unik mereka sendiri dalam
rangka kerja Te Whaariki yang sesuai dengan tradisi budaya tempatan dan persekitaran.
Kedua, ia juga dapat menyesuaikan diri dengan memenuhi kepentingan dan aspirasi kanak-
kanak. Dengan cara ini, terdapat rujukan metafora yang dibuat untuk menghasilkan faktor-
faktor ini ke dalam mewujudkan satu kurikulum yang mantap, dalam erti kata lain, Whaariki
(tikar dianyam) untuk semua untuk berdiri di atas.
To grow up as competent and confident learners and communicators, healthy in mind, body,
and spirit, secure in their sense of belonging and in the knowledge that they make a valued
contribution to society. (New Zealand Ministry of Education 1996)
Kurikulum itu sendiri diasaskan atas beberapa prinsip yang boleh digabungkan ke dalam
program pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan kepentingan dan aspirasi kanak-kanak
(Tyler 2002). Panduan prinsip tersebut adalah seperti berikut:
Pengupayaan (Whakamana)
- Lebih luas keluarga dan masyarakat adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum awal
kanak-kanak.
- Kanak-kanak belajar melalui hubungan responsif dan reciprocal dengan orang, tempat dan
benda.
TUTORIAL 2
Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui,
sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat diperkemaskinikan. Masalah
pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak
dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan
menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan
permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus
menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin,
1994).
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka
dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah
kurikulum merupakan orang yang penting dalam
________________________________________
Faktor murid, kehendak dan keperluan masyarakat
Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas ytang melibatkan
kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat
dan kehendak penyempurnaan kendiri. Kurikulum yang akan dibentuk sewajarnya dapat
memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai muriod
dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, kurikulum yang dibentuk akan menyediakan segala
ilmu pengetrahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara
menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial (Ee Ah Meng, 1995).
Perancangan kurikulum yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu
memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu
dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum
tersebut.
Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari peringkat
bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem
pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan.
Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu,
kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang
berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan
mereka hadapi kelak.
________________________________________
Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya
Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut
mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang
kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan
ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan
sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya
menjadikan bidang itu terus berkembang. Perekembangan ini penting dalam pembentukan
kurikulum supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu -ilmu baru ini dapat
dissalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman.
Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu
meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan
perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum,
meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kurikulum itu sendiri.
TUTORIAL 3
KONSEP
Untuk mewujudkan Untuk menumpukan
pendidikan yang pendidikan dalam
berasaskan perkara-perkara
keseimbangan fizikal, asas sahaja.
intelek dan rohani.
Maria
Montessori
Model-
model
Kurikulum
Montessori
- Pembentukan
individu menekankan
perkembangan
intelektual secara
umum terhadap
sesuatu subjek
Frobel
Head Start
- Menyediakan - Kanak kanak umpama biji
pengalaman untuk benih, ibubapa dan pendidik
kanak kanak untuk umpama tukang kebun,
memasuki alam kindergarten pula ialah taman
kehidupan Matlamat untuk kanak kanak.
masyarakat dengan - Kanak kanak perlu belajar
jayanya dalam persekitaran terancang
dan berkembang melalui main.
MODEL KANDUNGAN ( PENGURUSAN BAHAN )
Frobel Taman knk2 dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian. Sekurang
kurangnya di cat dengan warna terang , bilik yg senang dimasuki cahaya,
dipenuhi dgn taman taman, binatang & gambar2.
Dilengkapi kerusi meja yg sesuai. Ruang bilik yg selesa bagi memudahkan
perjalanan aktiviti.
Kelas prasekolah dipenuhi dengan pemandangan, bunyi bunyian & objek2
utk kanak kanak yg mempunyai bentuk yg mudah, saiz & warna.
Head Start Ditetapkan oleh Asociation for the Education of young children
Panduan Kurikulum
Membina pengetahuan dan kemahiran dalam setiap aspek perkembangan
Pembelajaran sebagai proses interaktif menerusi penerokaan aktif dan
interaksi
Bahan hendaklah yang konkrit, boleh dilihat dan bersesuaian dengan
kehidupan
Menyediakan peluang luas untuk perkembangan minat, menggunakan aras
keupayaan, perkembangan dengan gaya pembelajaran dijangkakan
Guru menyediakan pelbagai aktiviti dan perlatan adan meningkatkan tahap
kesukaran, kerumitan dan cabaran pada setiap aktiviti
Aktiviti luar dirancang setiap hari untuk membina kem motor kasar
TUTORIAL 4
PENGARUH MODEL-MODEL LUAR DENGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
TUTORIAL 6
RANCANG AKTIVITI SESUAI DENGAN BIDANG PEMBELAJARAN PERMATA YANG
DIPILIH
Membaca:
-Aktiviti awal baca - pendidik menunjuk gambar dan membacakan buku besar kepada bayi
dan kanak-kanak kecil
-Aktiviti awal tulis pendidik memberi buku/kertas kepada kanak-kanak untuk menconteng
Bercerita:
-kanak-kanak dibacakan cerita atau membaca sendiri
-Menceritakan semula cerita yang dibaca atau diceritakan
-Bercerita dan berlakon, berdrama dan melakon peranan
Menyanyi:
-Kanak-kanak diajar menyanyi lagu kanak-kanak, nursery rhymes, lagu PERMATA, lagu
Negaraku, lagu negeri, lagu-lagu patriotik, lagu-lagu sambutan hari-hari perayaan, lagu dari
pelbagai budaya, dan lagu-lagu popular semasa.
Berzikir dan berdoa:
-Kanak-kanak Islam sentiasa diajar berzikir, bertasbih dan tahmid, selain membaca doa
sebelum dan selepas aktiviti dijalankan.
Aktiviti Sudut Bacaan:
-Kanak-kanak berpeluang meneroka bahan bercetak, perkataan, nyanyian, bahasa
berirama.
-Membantu kanak-kanak menggunakan bahasa ekspresi dan reseptif dalam berkomunikasi
Aktiviti tulisan
-Kanak-kanak PERMATA digalakkan melakar, menconteng, melukis dan menulis untuk
memastikan mereka menguasai awal literasi.
TUTORIAL 7
RANCANG SATU AKTIVITI MENGIKUT TUNJANG DALAM KSPK YANG DIPILIH
PERMAINAN TRADISIONAL
SERAK LIDI
Bahan
Lidi berukuran 10 sentimeter panjang
Cara bermain:
1. Bermain mengikut giliran
2. Jumlah pemain 3-5 orang
3. Membuat undian untuk menentukan pemain yang akan memulakan permainan itu.
4. Pemain pertama akan menggenggam lidi-lidi dan melepaskan genggaman secara pantas.
5. Kemudian pemain akan memilih lidi induk untuk mencungkil keluar anak lidi.
6. Jika ia berjaya, ia akan meneruskan permainan .Jika dia gagal, permainan tersebut akan
ditamatkan. Pemain kedua akan melakukan seperti pemain pertama.
DATUK HARIMAU
Bahan:
Topeng
Tongkat
Cara bermain
1. Guru menjemput seorang murid menjadi Harimau (seberang haiwan buas yang makan
manusia)
2. Murid murid berdiri di belakang Datuk Harimau. Jarak antara mereka dengan Datuk
Harimau ialah 5 kaki (1.5 meter)
3. Sambil murid-murid berjalan di belakang harimau, mereka berteriak Pukul berapa Datuk
Harimau.Datu Harimau akan menjawab . Contohnya Pukul 1 atau Pukul 4.
4. Apabila Datuk Harimau menjawab,Pukul 12atau Aku laparia menoleh ke belakang dan
cuba menangkap murid-murid. Murid-murid akan lari bertempiaran menyelamatkan diri
PANDANGAN IBNU SINA DALAM PENDIDIKAN
Beliau mencadangkan supaya aktiviti bermain, hiburan dan rehat perlu diselang selikan.
Kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar mata pelajaran tetapi hanya dibenarkan bagi mata
pelajaran yang sesuai dengan sifat dan bakatnya. Ibnu Sina mencadangkan belajar dan
bermain secara berkumpulan bersama rakan sebaya dan bukan sebaya.
TUTORIAL