Kertas Kerja Projek Inovasi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

PROGRAM EKSPLORASI BAHASA


HARI BAHASA MELAYU
________________________________________________________________

TARIKH :
18 FEBRUARI 2014

TEMPAT :
TAPAK PERHIMPUNAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG JAYA

ANJURAN :
PANITIA BAHASA MELAYU
SK KEBANGSAAN PUCHONG JAYA
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk menjalankan satu Projek Inovasi
yang melibatkan warga sekolah bagi memenuhi syarat Latihan Mengajar (LM)
Program pensiswazahan Guru , Pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah
Rendah) Dengan Kepujian Ambilan Mac 2011 ( Kohort 1).

2.0 PENGENALAN

Sistem Bahasa merupakan sebahagian komponen yang terdapat dalam sukatan


kurikulum KBSR Sekolah rendah. Setiap komponen ini perlu dikuasai oleh murid.
Sistem Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada
bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan
intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi
dan sintaksisi manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan
istilah yang terdapat dalam mata pelajaran lain.

Corak dan budaya pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi kebiasaan bagi
murid dan suasana ini kurang merangsang minat dan kehendak naluri mereka.
Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak aktif dan naluri suka
bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini memerlukan kreativiti dan
teknik yang menarik.

Program Eksplorasi Bahasa Hari Bahasa Melayu ini merupakan aktiviti yang
menjadi platform kepada pencapaian kendiri murid selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sifat kepimpinan juga dapat
dipupuk dalam aktiviti berkumpulan dengan melihat kerjasama yang diberikan
setiap murid bagi menjayakan aktiviti yang dijalankan. Selain itu, ia juga memberi
peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka
dalam berbahasa.
3.0 JUSTIFIKASI

Sistem bahasa merupakan tunjang dalam Bahasa Melayu. Penguasaan sistem


bahasa yang baik mampu meningkatkan kefasihan dan kemampuan untuk
menuturkan bahasa Melayu dengan betul. Pembelajaran secara menarik
berbentuk permainan dapat meningkatkan minat untuk mempelajari dan
menguasai bahasa Melayu sekaligus merubah situasi belajar iaitu belajar kerana
minat dan bukan kerana terpaksa.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:-

Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta

menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu;

Membaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan/PKSR berasaskan

kepada sasaran yang ditetapkan iaitu minima 80% kelulusan dan minima

20% yang memperoleh keputusan cemerlang;

Menunjukkan semangat kerjasama antara guru mata pelajaran Bahasa

Melayu;

Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam

pelbagai situasi;
Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya

pembelajaran berterusan;

Memperkembang ingatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan

penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan

berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses

penulisan yang sesuai dan betul.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,

dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan

menulis;

Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan

karya bukan sastera;

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat

patriotik, dan semangat kewarganegaraan.


5.0 TARIKH, MASA & TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 18 Februari 2014 29 April 2014 (Setiap hari


Selasa)
Masa : 7.20 pagi 7.30 pagi
Tempat Program : Tapak Perhimpunan & Dewan Sekolah

6.0 PESERTA/ SASARAN


Murid-murid Pra Sekolah
Murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN


Pertandingan
Persembahan
Aktiviti Bahasa

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Penaung:
EN. MOHD AMIN B. BAHARI
(Guru Besar SK Puchong Jaya)

Penasihat:
EN. ARIFFIN B. AWANG
(GPK Kurikulum)

Pengerusi :
PUAN NGA SIONG HUONG
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)
Penyelaras Program :
PN. NOR AZILA BT ABDUL JAMIL

Setiausaha :
PN. NORIMAH BT ZAKARIA

Naib Setiausaha :
En. Mohan A/l Batumalai

Bendahari :
En. Islahuddin B Ibrahim

AJK :

Hadiah dan Cenderahati


Puan Siti Zahera Bt Ibrahim

Hakim
En. Ariffin B Awang (GkPentadbiran)
Pn. Tee Lin Choo (GPK HEM )
Pn. Raja Ainon Bt Raja A Rahman (GPK koko)

Urusetia / Fasilitator
Semua guru Bahasa Melayu

Persiapan Tempat Majlis Pelancaran & Penutup


Puan Nor Azila Bt Abdul Jamil

Siaraya
En. Andreas Hong Ah Lam
Dokumentasi
Puan Roszitah Bt Shariff

Buku Aturcara
Puan Zainab Bt Ajis

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran 1

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Kad manila 6 RM0.60 RM3.60

Kad Mounting 6 RM3.00 RM18.00

2 RM1.70 RM3.40
Gunting

1 RM2.00 RM2.00
Gam

1 rim RM10.00 RM10.00


Kertas A4

70 helai RM0.80 RM56.00


Laminate

50 helai RM1.00 RM50.00


Kertas Glossy

10 RM3.00 RM30.00
Pen Marker

3 meter RM3.00 RM9.00


Plastik Pembalut

2 RM5.50 RM11.00
Pelekat Kertas
(Tack)
JUMLAH RM 197.00
11.0 PENUTUP

Diharapkan program Hari Bahasa Melayu Eksplorasi Bahasa ini sedikit


sebanyak dapat membantu murid-murid untuk mengingati semula pembelajaran
yang telah dipelajari dengan aktiviti yang berkonsepkan permainan dan
persembahan. Selain itu, diharapkan juga program ini dapat memberikan satu
impak yang positif kepada murid-murid dan seterusnya kepada pencapaian
prestasi sekolah.

Disediakan Oleh:

_________________________
(NOR AZILA BT ABDUL JAMIL)
Penyelaras Eksplorasi Bahasa ,
Hari Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.
.
Disemak Oleh:

____________________
(PUAN NGA SIONG HUONG )
Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.

Disahkan Oleh,

_____________________
( )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya.
TENTATIF PROGRAM
PROGRAM EKPLORASI BAHASA HARI BAHASA MELAYU
SK PUCHONG JAYA

HARI/TARIKH CADANGAN AKTIVITI FASILITATOR

SELASA Majlis Pelancaran Pn. Nor Azila


(18 FEBRUARI Program Eksplorasi Bahasa En. Andreas
2014) Ucapan Ketua Panitia Pn. Zainab
Ucapan dan Perasmian Pn. Roszitah
oleh Guru Besar Semua Guru
Persembahan Murid Bahasa Melayu
Nyanyian Lagu Cintai
Bahasa Kebangsaan.
SELASA Tahap 1 Pn. Roszitah
(25 FEBRUARI Menyatakan Penjodoh En. Andreas
2014) Bilangan bagi objek
yang ditunjukkan
Tahap 2
Menyenaraikan judul
buku cerita yang En. Mohan
pernah dibaca
SELASA Melafazkan pantun dua Pn. Zainab
( 4 MAC 2014 ) kerat dan empat kerat Pn. Norimah
SELASA Pra Sekolah Pn. Nga
(11 MAC 2014 ) Mari Mengeja En. Islahuddin
Tahap 1 dan Tahap 2
Teka Silang Kata
SELASA Sehari Bersama Kamus En. Mohan
(18 MAC 2014 ) Murid mencari makna Pn. Norimah
perkataan yang
diberikan oleh guru.
contoh : Sinonim
SELASA Menyatakan Maksud Pn. Zainab
( 1 APRIL 2014 ) Simpulan Bahasa En. Mohan
SELASA Tahap 1 En. Andreas
( 8 APRIL ) Permainan Bahasa Pn. Norimah
Tahap 2
Mendeklamasikan
sajak

SELASA Pra Sekolah Guru Pra


( 15 APRIL ) Mari Mengeja Semua guru
Tahap 1 dan Tahap 2 Bahasa Melayu
Aktiviti bercerita yang
berunsurkan tauladan

SELASA Tahap 1 Pn. Nor Azila


( 22 APRIL ) Melengkapkan Pn. Nga
perkataan
Tahap 2
Membentuk ayat yang
gramatis berdasarkan
perkataan yang diberi

SELASA Pra Sekolah Guru Pra


(29 APRIL) Permainan Bahasa En. Islahuddin
Tahap 1 dan Tahap 2
Membaca dialog
Majlis Penutup dan Pn. Nor Azila
Penyampaian Hadiah Semua guru
Bahasa Melayu

*Aktiviti yang tertera adalah cadangan, sekiranya ada sebarang cadangan


aktiviti lain yang lebih sesuai boleh juga dilaksanakan dan sangat dialu-
alukan.

You might also like