Pengalaman Bercuti Di Perkampungan Nelayan
Pengalaman Bercuti Di Perkampungan Nelayan
Pengalaman Bercuti Di Perkampungan Nelayan
Cuti sekolah telah pun bermula. Saya mengikut kawan karib saya, Din
pulang ke kampungnya untuk menghabiskan masa cuti sekolah selama
satu minggu. Kampung Din terletak di Rompin, Pahang. Kami menaiki teksi
ke sana.
Inilah kali pertama saya menaiki bot nelayan ke tengah laut. Bot
kami terumbang-ambing dipukul ombak apabila laut bergelora. Saya
berasa loya dan pening-pening lalat. Apabila bot kami sampai di tengah
laut, saya dan Din membantu datuknya melepaskan pukat untuk
menangkap ikan. Setelah berjam-jam di tengah laut, kami berjaya
mendapat hasil laut yang lumayan. Saya dan Din pun membahagikan hasil
tangkapan kami ke dalam raga yang disediakan.
Pada waktu senja, saya dan Din bermandi-manda di laut. Air laut
jernih dan dingin. Bayu laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sungguh
menyegarkan. Hati saya girang bukan kepalang. Saya juga berpeluang
untuk belajar cara-cara untuk menyirat jala daripada datuk Din.