2017 Modul 3 Dokumen Perniagaan Sebagai Sumber Maklumat

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MODUL 3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT


Dokumen perniagaan merupakan bukti bertulis bagi setiap urusniaga.

Fungsi dokumen sumber


1. Sebagai bukti berlaku sesuatu urusniaga
2. Sebagai rujukan pada masa depan
3. Sebagai sumber rekod dalam buku-buku perakaunan
4. Menyediakan maklumat tentang sesuatu urusniaga
5. Sebagai peringatan kepada peniaga tentang hutang

DOKUMEN PERNIAGAAN
Dokumen bukan sumber Dokumen sumber
Dokumen perniagaan yang menjadi rujukan bagi Dokumen perniagaan yang menjadi sumber
urusniaga yang akan dan telah direkodkan maklumat bagi tujuan perekodan dalam
perakaunan
Sebut harga Bil tunai Makluman kredit
Katalog Keratan cek Memo
Pesanan belian Resit Invois
Nota serahan Baucar pembayaran Nota debit
Baucer tunai runcit Nota Kredit
Slip daftar tunai Bil bayaran
Slip bank Slip pindahan wang
Slip deposit cek Folio pelanggan
Makluman debit Slip transaksi
perbankkan elektronik

Soalan 1
Bil Fungsi dokumen Dokumen
1 Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk memesan barang secara rasmi
2 Dikirim oleh penjual kepada pembeli bersama barang pesanan sebagai
perakuan penerimaan barang
3 Dikeluarkan oleh penjual apabila pembeli menjelas kan bayaran serta merta
4 Dikeluarkan oleh penjual sebagai bukti penerimaan cek/tunai daripada
pembeli
5 Merupakan rujukan bagi pembeli apabila menjelaskan bayaran
menggunakan cek
6 Digunakan oleh perniagaan untuk mencatatkan semua jenis pembayaran
7 Disediakan oleh majikan kepada pekerja untuk mencatatkan pembayaran
gaji
8 Merupakan penyata bercetak yang dikeluarkan daripada mesin daftar tunai
penjual apabila pembeli membayar secara tunai
9 Borang yang dikeluarkan oleh bank untuk merekodkan penyimpanan wang
pelanggan
10 Dihantar oleh pihak bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan
bahawa akaunnya telah didebitkan atau dikurangkan dengan jumlah tertentu
seperti bayaran buku cek dan caj bank
11 Merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh pembekal perkhidmatan
kepada pelanggan setelah menggunakan perkhidmatan
12 Dihantar oleh pihak bank kepada pemilik akaun untuk memaklumkan
bahawa akaunnya telah dikreditkan atau ditambahkan dengan jumlah ter
tentu beserta dengan sebab seperti dividen dan faedah atas simpanan
13 Invois tambahan yang dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk
memberitahu bahawa akaunnya telah didebitkan bagi menambahkan
hutangnya kerana terkurang caj

1
MODUL 3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Bil Fungsi dokumen Dokumen


14 Dihantar oleh penjual kepada pembeli bagi memberitahu bahawa akaun
pembeli telah dikreditkan bagi mengurangkan hutangnya kerana pulangan
barang rosak, salah saiz atau salah jenama
15 Dokumen yang digunakan bagi merekodkan urus niaga yang berlaku di
antara pemilik perniagaan dengan entiti perniagaan
16 Merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh penjual untuk memaklumkan
tentang jumlah hutang yang perlu dibayar oleh pembeli
17 Penyata yang menunjukkan rekod bayaran satu caj yang dikenakan oleh
perniagaan perkhidmatan seperti sektor perhotelan
18 Merupakan dokumen yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan
untuk pemindahan wang

Soalan 2
Bil Urusniaga Dokumen
1 Meneruskan perniagaan alat tulis dengan baki-baki berikut : kenderaan
RM50 000, Inventori RM20 000, Akaun belum terima Mira RM 3 050 ,
Tunai RM400, overdraf bank RM800
2 Menjual secara kredit kertas A4 100 rim yang berharga RM 10 serim
kepada Niaga Fotostat. Jumlah RM1 000
3 Menjual secara tunai 20 kotak pemadam yang berharga RM 12 sekotak
kepada Toko Ibrahim. Jumlah RM240
4 Niaga Fotostat memulangkan 2 rim kertas A4 yang berharga RM10 serim
kerana salah jenama. Jumlah RM20
5 Membeli 12 gros pensil 2B daripada Pembekal Maju Gawa secara kredit
yang berharga RM100 segros. Jumlah RM1 200
6 Membeli 10 kotak pensil 2BB daripada Meery Alatulis dengan cek yang
berharga RM10 sekotak. Jumlah RM100
7 Membayar dengan cek RM1 200 kepada Pembekal Maju Gawa kerana
menjelaskan hutang
8 Membayar sewa dengan tunai kepada Jati Property kerana menyewa premis
kedai RM900
9 Menerima cek daripada Pembekal Jus Aroma kerana komisen jualan jus
RM700
10 Membayar bil elektrik secara tunai kepada Tenaga Nasional Berhad atas
bekalan elektrik RM350
11 Mengambil sekotak pensil 2BB yang berkos RM10 untuk kegunaan
anaknya. Jumlah RM10
12 Memasukkan wang tunai RM500 ke dalam bank perniagaan
13 Mengambil satu rim kertas A4 RM10 serim untuk tujuan promosi. Jumlah
RM10
Membeli sebuah kereta secara kredit RM20 000 daripada Auto Motors Sdn
14
Bhd
Membeli sebuah komputer secara tunai RM1 200 daripada Kedai Komputer
15
Net
16 Mengambil wang tunai daripada bank RM2 000 untuk kegunaan perniagaan
17 Mendapat pinjaman daripada Bank Rakyat Sdn Bhd RM20 000 untuk
memajukan perniagaan
18 Pemilik membawa masuk rak berkos RM1 500 untuk kegunaan perniagaan

2
MODUL 3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Diskaun niaga
Potongan harga senarai barangan yang diberikan oleh pembekal pada masa belian dibuat
Tujuan diskaun niaga diberikan adalah untuk menggalakkan pembelian secara pukal

Diskaun tunai
Potongan harga daripada harga invois yang diberikan oleh pembekal
Diskaun tunai diberikan adalah untuk menggalakkan pembayaran invois pada kadar segera

Soalan 1

Asal A2311
INVOIS
NURSERY MEERA
909, Jalan Maju
08000 Sungai Petani
Tarikh : 3 Mei 2016
Kepada
Pohon Mekar
168, Jalan Tuah
08000 Sungai Petani

Harga Seunit Jumlah


Kuantiti Butir
(RM) (RM)
700 Bunga kekwa 7.50 2 500.00
200 Bunga Mawar putih 4.00 800.00
100 Anak pokok Durian 10.00 1 000.00
4 300.00
Tolak : Diskaun niaga 20% 860.00
Jumlah 3 440.00
(Ringgit Malaysia : Tiga ribu empat ratus empat puluh sahaja

10% 5 hari, 5% 14 hari


Syarat serahan : Angkutan dibayar
K. & K. di K

Leez meera
Penerima Pengurus

a. Berapakah bayaran yang perlu dijelaskan oleh Pohon Mekar sekiranya bayaran dibuat pada 5
Mei 2016

b. Berapakah bayaran yang dijelaskan oleh Pohon Mekar sekiranya bayaran dibuat pada 9 Mei
2016

c. Berapakah bayaran yang dijelaskan oleh Pohon Mekar sekiranya bayaran dibuat pada 23 Mei
2016

3
MODUL 3 DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT

Soalan 2
Salinan No.001
INVOIS
POHON MEKAR
168, Jalan Tuah
08000 Sungai Petani
Tarikh : 6 Mei 2016
Kepada
Toko Ibrahim
177, Jalan Kolam Ayer
08000 Sungai Petani
Harga Seunit Jumlah
Kuantiti Butir
(RM) (RM)
50 Bunga kekwa 10.00 500.00
500.00
Tolak : Diskaun niaga 10% 50.00
Jumlah 450.00
(Ringgit Malaysia : Empat ratus lima puluh sahaja)

10% 5 hari, 5% 14 hari


K. & K. di K

Nnasha Leez
Penerima Pengurus

Hitungkan jumlah yang perlu dijelaskan oleh Toko Ibrahim sekiranya


tarikh pembayaran adalah pada

(i) 10 Mei 2016


(ii) 19 Mei 2016
(iii) 26 Mei 2016

Soalan 3
Encik Chandran, seorang peniaga kedai runcit membeli barang daripada Pemborong Lim. Maklumat
yang berikut dipetik daripada invois yang dikeluarkan oleh Pemborong Lim
Tarikh invois : 10 Mei 2016
Harga senarai dalam invois : RM3 000
Syarat diskaun : Diskaun niaga 20%
Diskaun tunai : 10% 7 hari, 5% 14 hari

Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika Encik Chandran membuat pembayaran pada 15 Mei 2016

Soalan 4
Maklumat yang berikut diperolehi daripada Perniagaan Zabidi

2016
Mei 1 Membeli barang niaga daripada Perniagaan Chin pada harga senarai RM6 400, kurang
diskaun niaga 20%
8 Menjelas hutang Perniagaan Chin dengan cek. Syarat diskaun 10% 7 hari, 5% 14 hari

(a) Hitung amaun diskaun niaga yang diterima oleh Perniagaan Halim
(b) Hitung amaun bersih yang perlu dibayar oleh Perniagaan Halim pada 8 Mei 2016
(c) Jika Perniagaan Halim menjelaskan bayaran pada 20 Mei 2016 ,berapakah amaun bersih yang
perlu dijelaskan

You might also like