Kertas 1 PDF

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2014

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MODUL 1

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,B,C dan D. Bagi
tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas
jawapan yang disediakan.

4. Penggunaan kalkulatur saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 18 halaman bercetak


Jawab semua soalan

1 Sebidang tanah telah dibeli oleh Farhana Husna Enterprise pada 1 Julai 2008 dengan
harga RM85 000. Pada tahun 2014, nilai pasaran tanah menunjukkan peningkatan
kepada RM120 000 selepas penilaian dibuat.
Berapakah nilai tanah yang akan direkodkan dalam penyata kewangan tahun 2014, jika
pihak pengurusan ingin melaporkan mengikut nilai saksama?

A RM35 000
B RM85 000
C RM120 000
D RM205 000

2 Berikut ialah ciri-ciri organisasi perniagaan

Ciri Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad


l Bilangan ahli 1 orang 2 hingga 20 orang Melebihi 2 orang
ll Penubuhan Mudah Sukar Mudah
lll Liabiliti Terhad Tidak terhad Terhad
lV Modal Sendiri Sumbangan Saham ahli
Pekongsi

Maklumat yang manakah benar?


A l dan ll
B l dan lV
C ll dan lll
D lll dan lV

2
3 Rajah di bawah adalah sebahagian daripada proses kitaran perakaunan.

Dokumen Buku Catatan P


Sumber Pertama

Apakah P?
A Lejar
B Jurnal
C Buku Tunai
D Imbangan Duga

4 Antara berikut, yang manakah liabiliti semasa?


I Gaji terakru
II Overdraf bank
III Insurans terdahulu
IV Sewa diterima terdahulu

A I, ll dan III
B I, ll dan IV
C I, lll dan IV
D II, lll dan IV

5 Pada 1 April 2014, Afifah Syamila telah memulakan perniagaan runcit dengan
memasukkan tunai ke dalam bank sebanyak RM18 000.
Apakah catatan bergu bagi urusniaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Tunai Akaun Modal
B Akaun Modal Akaun Bank
C Akaun Bank Akaun Tunai
D Akaun Bank Akaun Modal

3
6 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Aliesya.

RM
Aset bukan semasa 10 000
Aset semasa 6 980
Liabiliti bukan semasa 6 000
Liabiliti semasa 580

Berapakah ekuiti pemilik perniagaan berkenaan?

A RM10 400
B RM11 560
C RM22 400
D RM23 560

7 Apakah tujuan diskaun niaga?

A Menarik lebih ramai pelanggan


B Mengelakkan berIakunya hutang lapuk
C Menggalakkan pembeli membayar segera
D Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak

8 Jumlah jualan dalam invois yang dikirim kepada Encik Adam pada 3 Mac 2014 ialah
RM450. Syarat diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh sebulan. Hitungkan
jumlah yang harus dibayar oleh Encik Adam jika beliau membuat bayaran pada 5 April
2014.

A RM45
B RM405
C RM450
D RM495

4
9 Dokumen di bawah dihantar oleh Kedai Perabot Alia kepada pelanggannya:

SALINAN

NOTA DEBIT
Kedai Perabot Alia
50, Jalan Bakar Arang,
08000 Sungai Petani, Kedah

Kepada:
Kedai Runcit Murni
33, Jalan 3,
Taman Petani Jaya,
08000 Sungai Petani Kedah Tarikh:25 Mac 2014

NO INVOIS KETERANGAN JUMLAH(RM)


A007 Harga 5 buah rak terkurang caj RM30 150
(5XRM30)
JUMLAH 150
(Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Sahaja)

Alia
Pengurus

Apakah Buku Catatan Pertama yang digunakan oleh Kedai Perabot Alia untuk merekod
dokumen di atas.

A Jurnal Jualan
B Jurnal Belian
C Jurnal Pulangan Belian
D Jurnal Pulangan Jualan

5
10 Apakah dokumen yang digunakan dalam urus niaga tunai?

A Invois
B Baucar
C Makluman Debit
D Makluman Kredit

11 Antara berikut, manakah padanan yang betul?

Buku Catatan Pertama Dokumen Sumber


A Jurnal Pulangan Jualan Nota Debit (Salinan)
B Jurnal Pulangan Belian Nota Kredit (Asal)
C Jurnal Jualan Invois (Asal)
D Jurnal Belian Invois (Salinan)

12 Jurnal Belian berikut diperoleh daripada Kedai Sayang pada 30 April 2014.

Jurnal Belian
Tarikh Butir Jumlah (RM)
2014
Apr. 5 Mimi Enterprise 1 450
21 Syarikat Abang Sdn. Bhd. 3 700

30 X 5 150

Apakah X?

A Akaun Belian
B Jumlah Belian
C Pelbagai Pemiutang
D Jumlah Jurnal Belian

6
13 Antara berikut, butir yang manakah dicatat dalam Buku Tunai Runcit?

I Tambang
II Gaji kerani.
III Komputer pejabat
IV Upah mencuci pejabat.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14 Antara berikut, urus niaga manakah merupakan catatan kontra?

A Tunai di tangan dibankkan


B Tunai daripada jualan stok dibankkan
C Tunai dikeluarkan dari bank untuk kegunaan peribadi
D Tunai peribadi pemilik dimasukkan ke dalam bank perniagaan

15 Encik Ziyad membeli sebuah motosikal secara kredit daripada Kedai Motor Jebat untuk
kegunaan perniagaannya. Apakah akaun yang terlibat bagi urus niaga tersebut?

Akaun didebitkan Akaun dikreditkan


A Belian Kenderaan
B Kenderaan Kedai Motor Jebat
C Kedai Motor Jebat Kenderaan
D Belian Kedai Motor Jebat

7
16 Apakah fungsi Imbangan Duga ?

A Mengira untung kasar


B Menghitung jumlah modal
C Menunjukkan prestasi perniagaan
D Menyemak ketepatan catatan bergu

17 Petikan Imbangan duga berikut diperoleh daripada Perniagaan Gagah.

Imbangan Duga pada 31 Mac 2014


Debit Kredit
RM RM
Belian dan Jualan 38 500 46 900
Penghutang dan Pemiutang 7 800 6 500
X 5 000

Apakah X ?
A Modal
B Overdraf bank
C Sewa diterima
D Diskaun diberi

18 Pada 31 Julai 2013, Syarikat Mutiara Sinar Sdn. Bhd. telah membayar premium
insurans tahunan RM360. Tempoh perakaunan syarikat tersebut berakhir pada 31 Mac
2014. Hitungkan belanja insurans bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mac 2014.

A RM120
B RM180
C RM240
D RM360

8
19 Maklumat di bawah diperoleh daripada buku Gemilang Enterprise pada 31 Mac 2014.

RM
Untung kasar 20 000
Sewa 3 600
Gaji 4 200
Kenderaan 6 000
Tunai 500
Kadar bayaran 1 800

Berapakah untung bersih perniagaan tersebut bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 ?

A RM4 400
B RM9 900
C RM10 400
D RM18 800

20 Pilih padanan yang betul.

Butiran Komponen
A Kadar bayaran terakru, sewa diterima terakru Aset semasa
B membaiki,
Kadar tunaiterdahulu,
bayaran dan gaji sewa diterima terakru Liabiliti semasa
C Insurans terdahulu, komisen diterima terakru Aset semasa
D membaiki,terdahulu,
Insurans bank dankomisen
kadar bayaran
diterima terdahulu Liabiliti semasa
membaiki, kadar bayaran dan alatan pejabat

9
21 Maklumat berikut diperoleh daripada Imbangan duga Mansoon Sdn. Bhd pada 31 Mac
2014.
Debit Kredit
RM RM
Penghutang 20 000
Hutang lapuk 300

Perniagaan Mansoon Sdn. Bhd. telah mewujudkan peruntukan hutang ragu sebanyak 6%
atas penghutang bersih. Berapakah peruntukan hutang ragu pada 31 Mac 2014 ?

A RM 900
B RM1 182
C RM1 200
D RM1 218

22 Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaan Pearl Cindy Sdn. Bhd.


2013 RM
April 6 Membeli alat tulis pejabat secara tunai 500
Okt. 15 Membeli alat tulis secara kredit daripada Ali Stationary 600
2014
Mac 31 Stok bekalan alat tulis yang belum digunakan 200

Berapakah jumlah alat tulis yang dicatat dalam Akaun Untung Rugi ?

A RM200
B RM900
C RM1 100
D RM1 300

10
23 Manakah butir yang perlu direkodkan di sebelah kredit Buku Tunai semasa mengemaskini
Buku Tunai bagi penyediaan Penyata Penyesuaian Bank?

A Caj bank
B Pindahan kredit
C Dividen pelaburan
D Faedah atas simpanan

24 Maklumat berikut daripada Perniagaan Shazwina:

BukuTunai (petikan ruangan Bank)


Dt Kt
RM RM
2013
April 12 Angkutan (no. Cek 101345) 353

Penyata Bank (petikan)


Tarikh Butir No.cek Debit Kredit Baki
2013 RM RM
April 12 Cek 101345 333

Jumlah angkutan tersalah catat dalam Buku Tunai. Apakah catatan yang perlu dilakukan
dalam Buku Tunai untuk membetulkan kesilapan tersebut?.

A Debit RM20
B Kredit RM20
C Debit RM333
D Kredit RM333

11
25 Penyata Bank yang diterima oleh Perniagaan Safia pada 31 Mei 2013 menunjukkan
baki kredit RM1 190, manakala Buku Tunainya berbaki debit RM780.
Apakah sebab perbezaan baki ini?

A Arahan tetap RM410


B Cek tak layan RM410
C Cek belum dikemukakan RM410
D Deposit belum dikreditkan RM410

26 Manakah butir yang diambilkira dalam penyediaan belanjawan tunai?

I Hutang lapuk
II Ansuran pinjaman
III Susut nilai kenderaan
IV Pembelian aset bukan semasa

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

27 Puan Fizo menerima gaji pokok RM3 900 dan elaun-elaun berikut pada bulan April 2014 :

RM
Bantuan sara hidup 250
Elaun perumahan 400

Beliau juga membuat caruman kepada KWSP sebanyak RM505.00.


Berapakah gaji kasar Pn Fizo?.

A RM3 395
B RM3 755
C RM4 055
D RM4 550

12
28 Encik Mawar menerima gaji kasar RM6 000 sebulan. Kadar Caruman KWSP bahagian
pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12% .

Berapakah jumlah gaji bersih Encik Mawar setahun? .

A RM55 440
B RM64 080
C RM79 920
D RM88 560

29 Antara berikut, siapakah yang diwajibkan mencarum dengan PERKESO?

A Pemilik Perniagaan Milikan Tunggal


B Buruh Myanmar di tapak pembinaan
C Operator Pengeluaran di Kilang Eletronik
D Pembantu Perubatan di Klinik Satu Malaysia

30 Ang Zhi Long adalah rakan kongsi di dalam satu perkongsian. Beliau menerima gaji
tahunan sebanyak RM10 000. Pada pertengahan tahun, beliau telah dibayar gaji
sebanyak RM4 500.

Hitung gaji yang perlu dicatatkan ke dalam Akaun Semasa Ang Zhi Long.

A RM4 500
B RM5 500
C RM10 000
D RM14 500

13
31 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perkongsian Haikal dan Hakim pada
31 Mac 2014.

RM
Untung bersih sebelum pelarasan 26 110
Faedah atas modal :
Haikal 960
Hakim 1 920
Pembahagian keuntungan Haikal dan Hakim ialah 1 : 4

Rakan kongsi bersetuju untuk membuat pelarasan bagi perkara berikut:


(i) Hutang lapuk adalah RM320

Berdasarkan maklumat di atas, berapakah kongsi untung Haikal ?

A RM4 582
B RM4 646
C RM4 710
D RM5 798

32 Apakah butiran yang direkodkan di sebelah debit dalam akaun semasa pekongsi?

A Gaji pekongsi
B Kongsi Untung
C Faedah Atas Modal
D Faedah Atas Ambilan

14
33 Berikut ialah Akaun Realisasi dalam pembubaran perkongsian Dishalini dan Varshini
yang berkongsi untung atau rugi perniagaan mengikut nisbah 2:3.

Akaun Realisasi
RM RM
Kenderaan 30 000 Bank 8 000
Lengkapan 2 000 Modal Varshini 25 000
Stok 4 700 Diskaun diterima 200
Penghutang 3 000
Belanja Realisasi 300

Berapakah untung atau rugi realisasi setiap pekongsi?

Dishalini Varshini
RM RM
A Untung realisasi 2 720 4 080
B Untung realisasi 4 080 2 720
C Rugi realisasi 2 720 4 080
D Rugi realisasi 4 080 2 720

34 Petikan Jurnal Am berikut diperoleh semasa pembubaran Perkongsian Nabila dan


Syamimi.
RM RM
Dt Akaun pemiutang 6 400
Kt Akaun Realisasi 400
Kt Akaun Bank 6 000

Apakah yang dimaksudkan dengan butiran Akaun Realisasi RM400?


A Membayar belanja realisasi
B Baki pemiutang yang belum dijelaskan semasa pembubaran
C Keuntungan yang diperoleh selepas penjelasan hutang kepada pemiutang
D Menerima diskaun daripada pemiutang kerana menjelaskan hutang semasa
pembubaran.

15
35 Modal berdaftar Dunia Kota Berhad terdiri daripada :
5 000 000 unit saham biasa bernilai RM1.00 sesaham dan
2 000 000 unit 5% saham keutamaan bernilai RM0.50 sesaham.
Syarikat menerbitkan 2 000 000 unit saham biasa dan semua saham keutamaan pada
nilai tara.
Berapakah modal diterbitkan?

A RM2 050 000


B RM2 100 000
C RM3 000 000
D RM4 000 000

36 Modal diterbitkan ialah 2 000 000 unit saham biasa bernilai RM0.50 setiap satu dan
1 500 000 saham keutamaan 8% bernilai RM0.50 setiap satu. Berikut ialah keuntungan
yang diperuntukkan bagi tahun 2009 hingga 2012.

Tahun Keuntungan Diperuntukan


2009 RM150 000
2010 RM70 000
2011 Tiada
2012 RM125 000

Berapakah jumlah dividen tertunggak saham keutamaan bagi tahun 2011 ?


A RM48 000
B RM60 000
C RM72 000
D RM80 000

16
37 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri saham biasa?
I Dividen dibayar terdahulu
II Mempunyai hak mengundi
III Mempunyai hak menuntut dividen tunggakan
IV Kadar dividen bergantung kepada keuntungan syarikat

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

38 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Ezjoy bagi tahun berakhir 30 April
2014:
RM
Jualan tunai 35 000
Jualan kredit 45 600
Belian tunai 29 800
Belian kredit 32 110
Penghutang 8 600
Pemiutang 9 400
Modal 58 000

Berapakah tempoh purata bayaran hutang oleh Perniagaan Ezjoy?


A 55 hari
B 69 hari
C 90 hari
D 107 hari

17
39 En. Badaruddin, pemilik Perniagaan Maju Badar ingin mengetahui kemampuan
perniagaannya membayar hutang jangka pendek bagi satu tempoh perakaunan.

Apakah analisis yang sesuai digunakan oleh En. Badar bagi tujuan tersebut?

A Peratus untung kasar atas jualan


B Kadar pusing ganti stok
C Pulangan atas modal
D Modal kerja

40 Maklumat berikut diperoleh daripada buku perakaunan Kedai Perabot Sasa pada
31 Mac 2014:
RM
Jualan 65 000
Stok pada 1 April 2013 6 500
Stok pada 31 Mac 2014 5 500

Untung kasar adalah 40% daripada jualan. Hitungkan kadar pusing ganti stok kedai ini.
A 4.33 kali
B 6.50 kali
C 10.83 kali
D 15.17 kali

18

You might also like