Banding Beza Masyarakat Pluralistik Di Malaysia Sebelum Merdeka Dan Selepas Merdeka

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia

Banding beza masyarakat pluralistik di Malaysia sebelum merdeka dan selepas merdeka

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan keharmoninan sebagai keadaan


harmoni; kesesuaian dan keselarasan. Keharmonian adalah penting utuk mencapai
keharmonian.bersatu padu dan kukuh. Pembentukan keharmonian amat penting utuk
masyarakat yang berbilang kaum pluralisme dan masyarakat pluralistik (plural society)
merupakan konstruksi saintifik sosial dan hasil kajian empirical. Terdapat pelbagai maksud
untuk plurality. Pertamanya, pluralisme bermaksud; keadaan masyarakat terdiri daripada
pelbagai kaum. Keduanya, prinsip bahawa masyarakat pelbagai kaum boleh hidup bersama
dalam aman dan damai. Ketiganya, fahaman majmuk. Masyarakat pluralistik bermaksud
kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama di sesuatu tempat pada satu masa secara
dirancang atau dipaksa oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Pluralisme budaya
bermaksud percampuran budaya dalam kalangan pelbagai masyarakat atau bangsa dengan
masyarakat setempat. Pluralisme budaya di Alam Melayu terjadi disebabkan interaksi
budaya Arab pra-Islam, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Belanda, Sepanyol
dan British). Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia keharmonian negara perlu dikekalkan bagi
hidup dalam aman dan damai dan juga mengelakkan daripada berlaku persitiwa ngeri
seperti 13 Mei 1969. Power point slaid ini berkaitan dengan banding beza masyarakat
pluralistik di Malaysia sebelum merdeka dan selepas merdeka agar masyarakat hidup
harmoni di Malaysia.

Masyarakat pluralistik di Malaysia telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu


sebelum merdeka dan selepas merdeka. Sebelum merdeka telah dibahagikan kepada dua,
bahagian iaitu sebelum zaman penjajahan dan selepas zaman penjajahan. Manakala
selepas merdeka pula dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu politik, ekonomi dan
pendidikan. Sebelum merdeka pluraliti budaya di Tanah Melayu berlaku sejak abad ke-5
Masihi. Pembentukan pluralistik terjadi disebabakan oleh tersebarnya pengaruh Cina dan
India ke Tanah Melayu. Golongan pedagang Cina dan India adalah kumpulan yang mula-
mula hadir ke Tanah Melayu. Pada masa itu pula, Tanah Melayu menjadi pusat
perdagangan antarabangsa.

Alam Melayu sering menerima kehadiran pedagang asing telah menyebabkan


mereka menerima kehadiran masyarakat asing telah menyebabkan mereka telah menerima
pelbagai pengaruh asing secara tidak langsung. Raja Champa beragama Hindu dan
kemudiannya Islam telah berdagang dengan negara India, China dan Kepulauan Melayu. Di
bawah kuasa Portugis, Melaka menjadi tempat persinggahan beribu-ribu mubaligh Kristian
yang berlayar dari India ke Siam, China, Indo China dan Indonesia serta mempunyai
pengaruh Kristian Katolik. Pada tahun 1641, Portugis telah berjaya ditumpaskan oleh
Belanda. Pada akhir penguasaan Belanda, masyarakat pluralistik yang terdiri daripada
Melayu, Cina, India, Jawa dan Arab di Tanah Melayu.

Selepas merdeka dari segi politik pluraliti telah diteruskan oleh pentadbiran Tunku
Abdul Rahman. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh
kumpulan etnik lain. Seterusnya, Parti Perikatan telah ditubuhkan dengan berasaskan 3
kaum utama iaitu UMNO, MCA dan MIC. Selain itu, melalaui ekonomi pula Tunku Abdul
Rahman dapat menyisipkan dua perkara penting dalam pentadbirannya iaitu mengekalkan
hak istimewa masyarakat Melayu dan memastikan perkembangan dan pertumbuhan
ekonomi serta kemajuan negara secara keseluruhan. Di samping itu, sebanyak 145,000
ekor tanah telah dibuka oleh FELDA. Manakala, RIDA pula ditubuhkan untuk membaiki
iktisad rakyat di luar Bandar dengan member peluang dalam bidang perniagaan dan
perusahaan.

Masyarakat pluraliti dapat melahirkan perpaduan melalui pendidikan. Laporan Razak


1956 mencadangkan 2 jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Umum yang
menggunakan bahasa kebangsaan, manakala Sekolah Rendah Jenis Umum menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Seterusnya, Laporan Tahlib mengandungi empat
usul penting Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelajaran 1960. Antara aspek yang terdapat
dalam Laporan Rahman Talib ialah pendidikan sekolah rendah percuma untuk semua aliran,
pengajaran bahasa kebangsaan di semua sekolah, peperiksaan di peringkat sekolah
menengah adalah sama ada di dalam bahasa Melayu atau Inggeris, dan umur persekolah
dilanjutkan sehingga 15 tahun.

Kesimpulannya, masyarakat plulariti dapat membina bukan sahaja melalui


kedatangan penjajah membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil,
tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, dan pendidikan.
Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam
Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya. Usaha-usaha ke arah mempereratkan
lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana
aman dan damai.

Sebagai warga Malaysia kita haruslah bertolak ansur antara satu sama lain dan
menghormati adat resam dan budaya kaum lain. Kita juga perlulah mengikut dasar-dasar
yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu, kita haruslah mematuhi prinsip-prinsip
Rukun Negara agar dapat hidup dalam aman dan damai. Seterusnya, kita haruslah
melibatkan diri dalam program-program dan kempen-kempen yang dianjurkan oleh kerajaan
seperti PLKN dan Rakan Muda.

You might also like