Pluraliti Dan Masyarakat Pluraliti Di Malaysia

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 112

3.

Pluraliti dan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Pluralisme Budaya bukan fenomena baharu dlm Alam Melayu

Interaksi antara pelbagai budaya spt Arab pra Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang2nya sejak abad ke-5M

Pertemuan dan pertembungan budaya2 besar dunia telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dlm Alam Melayu

Fenomena kepluralitian budaya

2 Tahap Utama:
Kepluralitian budaya dalam Alam Melayu Kepelbagaian budaya di Malaysia

Pluralisme Budaya Alam Melayu

2 konsep utama yg sering digunakan utk menjelaskan ciri Alam Melayu pluralisme dan masyarakat pluralistik

Ciri2 masyarakat Alam Melayu hidup dlm kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan oleh mana2 pihak atau kuasa.

Ciri pluralisme Alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah yang fleksibel ini dirombak, diubah suai dan sebahagiannya terhapus dgn kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah

Eropah seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik

Pola masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi.

Terdapat unsur2 akomodasi dlm kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut contoh masyarakat Cina Baba

Pembentukan pola masyarakat pluralistik selepas kedatangan orang Eropah berbeza berbanding dengan sebelum mereka contoh kemasukan imigran Cina dan India ke TM atas galakan British.

Asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Namun kehidupan yg harmonis antara kaum tetap dan terus wujud dlm bentuk akomodasi sosial.

Akomodasi sosial telah membenarkan setiap kaum Melayu, Cina dan India menjalani kehidupan berasaskan sistem sosial masing2 secara harmonis

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu: Kesultanan Melaka

Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu

Empayar Melayu merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia The Venice of The East

Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka zaman pluraliti kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan dpd mana2 pihak.

Akomodasi antara pedagang dr China dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya masyarakat Baba

Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah

Penjajah British telah memperkenal prinsip, sistem, struktur dan dasar pentadbiran di Alam Melayu

Apabila penjajah British dtg menjajah Alam Melayu, khususnya TM, Eropah telah mengalami perubahan epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama

Masyarakat secara umumnya terpisah kepada dua: pihak menyokong agama; dan pihak menyokong sains moden.

Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan majoriti penduduk Eropah dan ini akhirnya menyebabkan agama menjadi anutan individu sahaja.

Dasar ini diteruskan oleh penjajah British terhadap tanah jajahannya, termasuk TM.

Pihak penjajah British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama (Islam di TM) dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah penguasaan sultan.

British turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa antara tiga unsur penting iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan

Ketibaan pemerintah kolonial telah membawa pertemuan menarik antara agama (dibaca Islam) dan negara (pentadbiran kolonial British)

Pertemuan ini berlaku dalam suasana empirikal yang berbeza, iaitu antara Islam sebagai agama dan para penganutnya dan negara kolonial sekular.

Pertemuan ini berlaku dalam konteks pemodenan yang diperkenalkan dan dirancang oleh kerajaan kolonial.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia

Pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu pada 3 komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Ketiga2 komuniti etnik tersebut telah memainkan peranan yang paling menyerlah dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi-politik British di TM.

Sebelum 1848, hampir kesemua penduduk TM terdiri dpd orang Melayu.

Perkembangan perusahaan bijih timah mulai pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah mulai awal abad ke-20 mengakibatkan penghijrahan orang Cina dan India secara besar2an ke TM

Menjelang thn 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu

Kewujudan pelbagai kaum yg mengekalkan kebudayaan masing2 telah mengakibatkan satu masyarakat majmuk di TM mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan.

Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti etnik Melayu, Cina dan India perjuangan mendapatkan kemerdekaan TM pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963

Kolonialisme British memberi dampak yang sgt besar terhadap masyarakat di Malaysia sama ada dlm bentuk material mahupun bukan material

British mula bertapak kukuh di TM melalui dasar campur tangan secara langsung dan tidak langsung

Campur tangan tidak langsung 1786 apabila P.Pinang diperoleh dr Kedah

Campur tangan secara langsung Perjanjian Pangkor 1874

1895 pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Pahang dan N.Sembilan

Perjanjian Persekutuan 1895 yg berkuatkuasa pd 1 Julai 1986 pembentukan Negeri2 Melayu Bersekutu (NNMB)

Perjanjian Bangkok 1909 Penasihat British di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Sabah menggalakkan penghijrahan masuk orang Cina utk bekerja di ladang2 getah dan tembakau.

Bilangan penduduk Cina di Sabah tlh meningkat dpd 27,801 pd 1911 kepada 50,056 pd 1931

Keluarga Brooke yg memerintah Sarawak menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong.

Bilangan penduduk Cina di Sarawak meningkat dpd kira2 5000 orang pd 1871 kepada 123,626 orang pd 1939

Pentadbiran British tlh memisahkan agama (dibaca Islam) dpd urusan sekular spt politik, pentadbiran, undang2, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

Politik
Politik Malaysia dipengaruhi oleh aspek etnik

Usaha untuk memelihara kestabilan politik yg bersandarkan kpd kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara

Konteks politik domestik, demokrasi di Malaysia telah berjalan lancar (terutamanya sejak pilihan raya umum pertama 1955) kerana orang Melayu, Cina dan India telah bersatu utk mendesak British memberikan kemerdekaan

Perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga2 kumpulan etnik utk bersatu dlm satu pakatan parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC)

Pakatan dlm parti Perikatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan etnik
R.K.Vasil, 1980

1957 1959, politik Malaysia telah melalui perjalanan yang berliku2 pergolakan dalaman anggota parti Perikatan

Era 1960an, politik Malaysia terus berkembang secara dinamik penubuhan Barisan Nasional (1974)

Rekod Barisan Nasional yg terus kekal memerintah sehingga kini sebahagiannya adalah kerana wujudnya kerjasma antara parti komponennya.

Dasar2 kerajaan dlm menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dgn perhubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekang pihak tertentu parti pembangkang yg cuba memecahbelahkannya

Perlembagaan
Persekutuan berlapis: Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah penerusan dpd Perlembagaan Persekutuan TM w/pun terdapat beberapa penambahan dan pengubahsuaian

Perlembagaan Persekutuan Malaysia undang2 tertinggi yang menjadi sumber kepada segala perundangan lain yang wujud di Malaysia

Perlembagaan merupakan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik di Malaysia

Perlembagaan tokoh Melayu merupakan panduan asas yg berlandaskan suatu kontrak sosial persetujuan antara kaum di Malaysia

2 peringkat kontrak sosial di Alam Melayu


Zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat) dan Sang Sapurba (mewakili raja atau pemerintah) Konteks masyarakat pluralistik hasil dpd syarat yang dikenakan oleh pihak British utk memberikan kemerdekaan kpd Tanah Melayu.

Antara perkara penting yang sering dikaitkan dgn kontrak sosial ialah soal kerakyatan

Orang Melayu bersetuju menerima kehadiran orang bukan Melayu dgn persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu

Pada masa yg sama, orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak2 istimewa orang Melayu.

Setiap kumpulan etnik mestilah mempunyai wakil mereka dalam bentuk parti politik dan kesemua mereka mestilah mencapai persetujuan untuk hidup bersama2 secara aman dan damai dalam negara Malaysia

1949 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee CLC); tanda awal ke arah menyelesaikan isu2 antara etnik di TM

Pendidikan
Sehingga Penyata Razak 1956, tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional di TM

4 aliran pendidikan yang berlainan; aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India adunan dan acuan pendidikan yang berbeza

Zaman penjajahan sistem pendidikan di TM terbahagi kepada 3 peringkat

1. Pendidikan British rendah dan menengah yg dihadiri oleh anak2 kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India

2. Sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dgn matlamat utk menjadikan mereka sebagai petani yg lebih baik sedikit dpd ibu bapa mereka

3. Sekolah vernakular Cina dan India

Selain perbezaan dlm aliran pendidikan, kerencaman sistem pendidikan juga dpt dilihat dpd sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya.

Bagi aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka

Sistem pendidikan negara pasca merdeka telah berubah kepada satu corak baharu yang berorientasikan unsur2 tempatan

Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi

Pendidikan kebangsaan wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat membentuk identiti kebangsaan Malaysia

Penyata Razak 1956

Penyata Rahman Talib 1960

Matlamat utama dasar pendidikan - Menyatukan kanak2 dpd berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan 1957 bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan; bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa rasmi

Akta Pendidikan 1957


i. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan; ii. Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka di sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran; iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan bukubuku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia; dan iv. Bukan lagi berteraskan negara China dan India.

Persetujuan kepimpinan parti Perikatan thdp Penyata Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 melalui proses musyawarah mengiktiraf penggunaan bahasa Melayu sebagai alat utk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik2 lain.

Ekonomi
Selepas kemerdekaan 1957, kerajaan menggiatkan usaha utk mengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan sosiopolitik

Rancangan pembangunan ekonomi negara dibahagi kpd 4 peringkat

1. Rancangan pramerdeka
Rangka Pembangunan Persekutuan TM (1950 1955) dan Rancangan Persekutuan TM Pertama (1956 1960)

2. Perancangan selepas merdeka


Rancangan Persekutuan TM Kedua (1961 1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1966 1970)

3. Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru

4. Dasar-dasar Pembangunan Negara

Sistem ekonomi Malaysia berasaskan laissez faire atau sistem ekonomi pasaran bebas yang diadaptasi dpd warisan British

Era penjajahan, pihak British telah memperkenalkan sistem ekonomi moden. Namun demikian, sistem ekonomi tradisional masih dikekalkan kewujudan sistem ekonomi dualisme

Sistem ekonomi dualisme dua orientasi dan tumpuan yg berbeza namun bergerak seiringan dengan garis etnik

Sistem ekonomi moden yg mendominasikan keseluruhan organisasi pengeluaran Tumpuan perdagangan moden berasaskan perusahaan getah dan bijih timah Berorientasikan budaya bandar pasaran, corak pengurusan & teknik organisasi Mobilisasi modal berasaskan sumber2 bandar Di bawah kawalan British dan firma asing

Sistem ekonomi tradisional Diidentifikasikan dgn sektor ekonomi pertanian Komoditi utama padi dan perikanan Teknik pengeluaran, pemasaran, tenaga kerja serta modal didominasikan oleh etnik Melayu Berlandaskan budaya Melayu luar bandar

Ekonomi dualisme mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia

Sektor ketiga (tertiary sector) terdapat ketidakseimbangan antara etnik

Jurang purata pendapatan antara kumpulan etnik belum seimbang laporan Rancangan Malaysia Kesembilan

Purata Kasar Pendapatan Bulanan Isi Rumah (Ringgit Malaysia) mengikut Kumpulan Etnik 1999 dan 2004

Etnik Bumiputera Cina India Lain-lain

1999 1,984 3,456 2,702 1,371


Diubahsuai dpd rajah 16-3 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 -2010

2004 2,711 4,437 3,456 2,312

Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana dimensi ini menjadi salah satu asas utama dalam memupuk kerjasama antara kumpulan etnik.

Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik harus diatasi kerana ketidakseimbangan itu berpotensi sebagai punca pencetus konflik

Isu ketidakseimbangan ekonomi telah dianggap sebagai salah satu faktor yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969

Kesimpulan

Masyarakat plural Malaysia yang wujud kini merupakan hasil interaksi beberapa faktor sejarah

Pluraliti budaya terdapat di Alam Melayu sejak sekurang2nya abad ke-5 M

Perluasan pengaruh British di TM pada abad ke-19 dan 20 mengakibatkan penghijrahan masuk orang Cina dan India secara besar-besaran ke TM

Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing2, terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.

Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan TM mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya mempergiatkan usaha untuk mengeratka perpaduan nasional dan keharmonian kaum

You might also like