PP Percubaan P1 2017

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bahagian A

[50 Markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Nyatakan dua perbezaan dari aspek perundangan antara Koperasi Kolej
Tingkatan Enam Seri Ipoh Berhad dengan Syarikat Marine Sdn. Bhd. [4]

(b) Takrifkan keuntungan dan berikan tiga kepentingannya kepada perniagaan.


[6]

(c) Huraikan maksud perniagaan antarabangsa dan senaraikan dua kepentingan


perniagaan antarabangsa kepada negara. [4]

(d) Huraikan dengan ringkas tiga kaedah pemeriksaan inventori dalam proses
pengeluaran. [6]

(e) Sistem Pembuatan Luwes (Flexible Manufacturing System) merupakan salah


satu daripada konsep pengeluaran moden yang digunakan masa kini.
(i) Perihalkan maksud Sistem Pembuatan Luwes
(ii) Senaraikan dua kebaikan sistem pengeluaran moden ini. [4]

(e) Terangkan bagaimana sesebuah syarikat penerbangan boleh menggunakan


strategi penentuan harga dalam menawarkan perkhidmatannya di pasaran.
[6]

(f) Perihalkan maksud jualan bersemuka dan nyatakan dua kebaikan jualan
bersemuka. [4]

(g) lakarkan matriks portfolio perniagaan seperti yang diketengahkan oleh Boston
Consulting Group (BCG). [4]

(h) Huraikan dua langkah-langkah dalam proses pemasaran. [4]

(i)
Syarikat SFGZA Sdn Bhd menanggung kos tetap untuk jualan pakaian sukan
sebanyak RM 360 000 setahun. Kos berubah seunit pakaian tersebut ialah
sebanyak RM17. Jumlah jualan pakaian sukan dijangka adalah sebanyak
120 000 unit. Tokokan atas kos adalah sebanyak 20%.
Berdasarkan harga tokokan kos dalam petikan di atas, hitung;
(i) Kos setiap unit pakaian
(ii) Harga jualan setiap unit pakaian
[4]

(j) Perihalkan dua perkaitan antara Jabatan Kewangan dengan Jabatan Pemasaran.
[4]
Bahagian B

[50 Markah]

a) Bank Islam Malaysia Berhad telah diperbadankan pada tahun 1983, bermatlamat
untuk membantu memenuhi keperluan kewangan penduduk Islam di Malaysia. Sejak itu, Bank
Islam telah mengembangkan perkhidmatannya dengan lebih meluas kepada masyarakat bukan
Islam bagi memenuhi prinsip Perbankan untuk Semua. Kini, dengan lebih daripada 70
produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang inovatif dan canggih, Bank Islam menawarkan
pelbagai jenis penyelesaian kewangan patuh Syariah kepada lebih daripada lima juta
pelanggannya. Sebagai sebuah bank runcit dengan perbankan pengguna, senarai produk Bank
Islam adalah pelbagai; daripada pembiayaan tradisional, simpanan dan penyelesaian pelaburan
khusus untuk pelanggan individu, hinggalah ke penyelesaian kewangan dan perbankan yang
direka bagi memenuhi keperluan kewangan pelanggan yang pantas berubah. Dalam memberi
perkhidmatan kepada pelanggannya yang sentiasa berkembang, Bank Islam percaya akan
kepentingan inovasi dan telah menghasilkan beberapa penyelesaian perbankan paling inovatif
untuk pasaran.
Bank Islam kini mula mensasarkan untuk mengembangkan perkhidmatan pelanggan
berasaskan perbankan digitalnya daripada 900,000 pengguna sekarang kepada dua juta
menjelang 2019, selari dengan matlamat digital yang sengit di peringkat global. Bagi
melaksanakan strategi tersebut, kerjasama strategik bank dengan firma perundingan perniagaan
dan teknologi global iaitu Syarikat Cognizant telah dibuat bagi membangunkan produk
teknologi kewangan (fintech) dalam rangkaian Bank Islam sebagai salah satu produk
baharunya. Dengan kolaborasi ini akan menjadikan Bank Islam lebih stabil dan selamat
terutama dalam urusan dan pelaburan perbankan digital ini, ketika dunia cyber menjadi salah
satu tumpuan produk dunia. Selain itu, perkembangan terbaru ini menyumbang kepada galakan
ekonomi digital dan memastikan Malaysia memainkan peranan utama dalam revolusi digital
global ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata bank itu dijangka
melancarkan sekurang-kurangnya satu produk fintech dalam tempoh terdekat ini.
Pembangunan produk baharu ini akan mampu membantu meningkat dan membangunkan
aktiviti perniagaan sasaran pasaran iaitu segmen pasaran peruncitan "atas talian dan segmen
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang suku kedua 2018. Hasrat ini dapat
membantu mempercepatkan dan memudahkan perkhidmatan perbankan untuk digunakan
oleh peniaga-peniaga atas talian (online) dan PKS di Malaysia , menyelesaikan pelbagai
masalah perniagaan berkaitan keperluan operasi.
Usaha digitalisasi Bank Islam termasuklah memperkenalkan bahagian digital baharu dalam
struktur korporatnya namun tetap mengekalkan aktiviti perbankan tradisionalnya bagi
memenuhi keperluan masyarakat. Bank Islam berhasrat untuk menembusi segmen pasaran di
luar bandar, dan meningkatkan suntikan kewangan untuk mengatasi masalah kewangan dan
fizikal. Oleh itu Bank Islam perlu membuat pelaburan dan bergabung modal dan keuntungan
untuk membolehkan produk fintech dilancarkan dengan segera.

(i) Huraikan persekitaran tugas dan persekitaran umum yang mempengaruhi


perkembangan Bank Islam. [30 M]
(ii) Huraikan strategi pembangunan pasaran dan pembangunan produk yang dilaksanakan
oleh Bank Islam. [8M]
3. Jelaskan empat jenis promosi jualan yang sesuai digunakan bagi menarik pelanggan
dalam sesuatu perniagaan. [12]

Atau

4. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi segmentasi pasaran. [12]

You might also like