Modul 1

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

2

MODUL 1

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Huraikan tiga ciri usahawan yang efektif berdasarkan Stephen Covey. [6]

2 Huraikan tiga kelemahan memulakan perniagaan sendiri. [6]

3 Terangkan maksud program mentor-mentee, tujuannya dan bagaimana program


tersebut dilakszanakan dalam konteks pembangunan usahawan [4]

4 Huraikan dua kepentingan rancangan perniagaan sebuah syarikat percetakan buku


kepada pekerjanya. [4]

5 Analisis pasaran adalah suatu komponen rancangan pemasaran.Jelaskan perkara yang


berikut dalam analisis pasaran:
(i) Pasaran keseluruhan
(ii) Pasaran khusus [6]

6 Berikan tahap-tahap dalam perniagaan antarabangsa. [4]

7 Huraikan risiko -risiko syarikat multinasional yang berikut :


(i) Risiko ekonomi.
(ii) Risiko kredit.
(iii) Risiko pemiliknegaraan. [6]

8 Takrifkan maksud Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading) dan berikan
tiga butiran yang terkandung di dalam dokumen tersebut . [4]

9 Senaraikan empat peranan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan


Kepengunaan. [4]

10 Huraikan tiga kebaikan dan tiga kelemahan tanggungjawab sosial terhadap


organisasi. [6]
3

Bahagian B [50 markah]

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

Sani United Sdn Bhd (SUSB) : Wan Mohammad Sani Salleh

11 Datuk Wan Mohammad Sani Salleh ialah pemilik Sani Express merupakan seorang
tokoh bergelar usahawan semasa usia beliau 35 tahun. Beliau berasal dari Kuala Ibai,
Terengganu. Beliau seorang usahawan muda yang berinovasi dan memegang jawatan
Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan
Sani Hotel Sdn Bhd). Beliau menamatkan pengajian dalam diploma pengurusan perniagaan
Kolej Sunway pada tahun 1994.
Beliau memulakan perniagaannya dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di
Kuala Lumpur dan Terengganu. Selepas itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang
pengangkutan. Pengalaman silam menaiki pelbagai jenis bas mendorong beliau untuk
mengusahakan perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman. Sani United
meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double decker)
dengan servis yang lebih baik kepada penumpang. Pada 2008 Sani Ekspres berkembang luas
ke utara dengan menghubungkan antara bandar utama Butterwoth, Sungai Petani, Alor Setar,
Jitra, Cangloon, Kangar dan Kuala Perlis. Kini seluruh Semenanjung boleh mendapatkan
perkhidmatan Sani Ekspres kerana berkembangnya sistem perkhidmatan yang baik. Paling
menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara
langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Teknologi kemudahan dalam bas juga sangat memberi keselesaan pada penumpang.
Pada tahun 2003, Datuk Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan
pengangkutan. Ketika memulakan perniagaan tersebut, pelbagai cabaran getir terpaksa
ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.“Ketika itu saya
bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri,
menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,”
katanya. Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk
kepada sesiapa.Pada tahun 2006, pinjaman sebanyak RM2 juta diterima dan sehingga kini
menerima RM100 juta untuk keseluruhan perniagaannya.
Datuk Sani mempunyai visi yang jelas dan minat yang mendalam kerana keinginan
beliau merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri, "dulu menceburi industri
hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila
saya harus begitu. Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Saya
belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya
belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya
belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar ".Datuk Sharifuddin dijadikan inspirasi
dan memberi keyakinan kepada Datuk Sani selepas melihat rakannya itu berjaya dalam
perniagaan sebagai Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd. Mereka pernah
bersama-sama menjadi model, tetapi Datuk Sharifuddin meninggalkan bidang itu terlebih
dulu untuk berniaga sehingga berjaya.
4

Kini Datuk Sani telah menjadi salah seorang usahawan dan ahli korporat yang
semakin disegani ramai seterusnya menggapai impian menjadi tokoh korporat.

(Dipetik dan disesuaikan daripada http://ceritausahawan.blogspot.com/2014/01/kisah-


kejayaan-datuk-wan-mohammad-sani.html, dicapai pada 3 Ogos 2018)

Berdasarkan kajian kes halaman 3 dan halaman 4,

(a) jelaskan kaedah memulakan perniagaan yang telah di jalankan oleh Datuk Wan
Mohammad Sani Salleh [3]

(b) terangkan tiga sumber pencetus idea Datuk Wan Mohammad Sani Salleh untuk
menjalankan perniagaan pengangkutan. [12]

(c) jelaskan lima ciri usahawan yang ada pada Datuk Wan Mohammad Sani Salleh.
[15]

Jawab satu soalan sahaja.

12. Jelaskan lima jenis perniagaan antarabangsa yang boleh dimasuki oleh sesebuah
perniagaan. [20]

13. Jelaskan lima pihak berkepentingan secara langsung dalam menjalankan tanggungjawab
sosial sesebuah perniagaan. [20]

*** KERTAS SOALAN TAMAT***

You might also like