Kajian Ragam Bahasa Di Sekolah

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

KAJIAN RAGAM BAHASA ANTARA GURU DI SEKOLAH

Ahmad Shukri bin Abd. Majid


Mohd Hairi bin Suhaimi
1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa juga adalah sebuah sistem
komunikasi bagi manusia berhubung sesama sendiri, bekerjasama,
memahami, bergaul, beramah mesra, menunjukkan emosi, perasaan dan
sebagainya. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahasa merupakan
sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg
lain).

Kesilapan penggunaan bahasa berlaku kepada sesiapa sahaja. Dalam


konteks pendidikan, kesilapan penggunaan bahasa ini berlaku kepada guru-
guru praperkhidmatan, guru-guru permulaan, guru-guru yang telah
berkhidmat sama ada yang mempunyai opsyen bahasa Melayu ataupun yang
bukan opsyen bahasa Melayu. Sikap pengguna bahasa sering dikaitkan
dengan kesilapan penggunaan bahasa.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2002), banyak pelajar beranggapan


bahawa bahasa Melayu itu mudah kerana bahasa itu ialah bahasa ibunda
mereka. Mereka lupa dan tidak mengetahui bahawa bahasa Melayu yang
digunakan seharian sebenarnya dialek Melayu yang banyak berbeza dengan
bahasa Melayu baku. Selain itu, pengaruh media massa juga menjadi
penyebab hal ini berlaku sehingga timbullah keadaan yang dikatakan

Tugasan 3 : Kumpulan
1
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

kesalahan, kesilapan dan kekeliruan bahasa.

2.0 Definisi Ragam Bahasa

Seperti manusia, bahasa juga mempunyi ragamnya. Keadaan ini timbul


kerana bahasa itu hak masyarakat dan masyarakatlah yang menentukan
pengunaan sesuatu bahasa tersebut. Ragam bahasa merupakan bahasa
perbualan yang merangkumi pelbagai aspek seperti perbualan dengan
seseorang yang lebih tua, lebih muda atau orang yang mempunyai pangkat
kehormat dalam kerajaan.

Menurut Halliday (1964) dalam buku The linguistic sciences and


languages, ragam merupakan satu unsur bahasa yang penting apabila bahasa
digunakan dalam berbagaibagai situasi. Bahasa haruslah menepati situasi
sosial supaya bahasa sesuai dengan keadaan sosial tertentu . Ragam bahasa
ialah kepelbagaian bentuk bahasa yang diucapkan oleh pemakainya untuk
tujuan tertentu. Zaba (1962) menyatakan bahawa ragam bahasa mampu
untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajamkan hasilnya kepada
pembaca dan pendengar.

Tugasan 3 : Kumpulan
2
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Bahasa sindiran Bahasa menggiat Bahasa mengejek

Bahasa merajuk Bahasa terbalik

Bahasa tempelak Bahasa herdik

Zaba
Bahasa melampau
15 Ragam
Bahasa
Pertanyaan ingkar
Bahasa naik

Bahasa seruan
Bahasa berulang /mengeluh
Bahasa bertimbal Bahasa bukan Bahasa jenaka

Kamaruddin & Siti Hajar (1997) pula menyatakan bahawa ragam


bahasa merupakan satu unsur bahasa dan bukannya unsur makna. Makna
yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa ragam.

3.0 Pernyataan Masalah

Mengkaji kepelbagaian ragam bahasa yang melibatkan guru-guru di Sekolah


Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

4.0 Kepentingan Kajian

i) Menyedarkan individu daripada bersikap negatif seperti ragam


bahasa herdik atau menggiat.

ii) Mengeratkan kemesraan seperti ragam bahasa jenaka.


Tugasan 3 : Kumpulan
3
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

iii) Menjaga air muka atau maruah orang lain walaupun berbahasa
dalam keadaan marah.

iv) Mewujudkan masyarakat bekejasama dan prihatin.

5.0 Objektif Kajian

i) Menyingkap dengan lebih mendalam tentang ragam bahasa .

ii) Dapat menilai bahasa yang baik, indah, kasar dan keras .

iii) Dapat membezakan situasi percakapan .

iv) Dapat mengenali dan menghormati sesama insan.

6.0 Soalan kajian

i) Sejauhmanakah penggunaan ragam bahasa wujud di sekolah?

ii) Apakah jenis-jenis ragam bahasa yang dapat dikaji dalam perbualan
guru dengan murid dan guru dengan guru?

7.0 Metodologi kajian

7.1 Kaedah Rujukan

Maklumat di internet dan rujukan buku-buku di perpustakaan.

7.2 Kaedah Pemerhatian

Dalam situasi sebenar penggunaan ragam bahasa oleh guru-guru di


Sekolah Kebangsaan Wan Sulaiman Sidiq, Alor Setar, Kedah Darul
Aman.

Tugasan 3 : Kumpulan
4
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

8.0 Dapatan kajian

Terdapat pelbagai ragam bahasa yang digunakan oleh guru di sekolah. Di


antaranya ialah bahasa sindiran, bahasa menggiat, bahasa mengejek, bahasa
terbalik, bahasa tempelak, bahasa herdik, bahasa melampau, bahasa rendah,
bahasa naik, bahasa turun, bahasa ingkar, bahasa seruan, bahasa ulang,
bahasa bertimbal, bahasa nafi dan bahasa jenaka.

8.1 Bahasa sindiran

Bentuk bahasa yang digunakan untuk menyindir orang tertentu.


Digunakan ialah secara tidak langsung, berbelit-belit, tidak
berterus terang.

Ayat contoh:

i) Kalau tak siapkan kerja sekolahpun tak pa, bukannya cikgu nak
marahkan hangpa.

ii) Amboi, bersihnya meja hang, macam lori bandaran!

8.2 Bahasa menggiat

Digunakan untuk mengejek atau mempersendakan seseorang.


Lazimnya kata-kata atau perkataan yang digunakan untuk
mengejek itu mengandungi dua makna, satu yang tersurat dan
satu lagi yang tersirat.

Contoh:
Tugasan 3 : Kumpulan
5
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

i) galah bagi orang yang tinggi lampai.

ii) gajah bagi orang yang gemuk.

iii) manja bagi murid yang kuat menangis.

Ayat contoh:

Tu dia aihh..tingginya budak tu..macam galah

8.3 Bahasa mengejek

Digunakan untuk mengejek hampir sama dengan ragam bahasa


yang digunakan untuk bergiat. Mungkin untuk bergurau senda
atau menyakiti orang lain.

Ayat contoh:

i) Amboi, gebunya pipi cikgu Rokiah, macam bulan!

ii) Anak orang kayapun pakai kasut kotoq!

8.4 Bahasa terbalik

Mempunyai tujuan atau muslihat tertentu atau ada udang di


sebalik batu.

Ayat contoh:

i) Baguih la tu, rajin-rajinlah hangpa ponteng sekolah

ii) Lain kali tak payah bawak buku teks mai sekolah, tambah berat beg
Tugasan 3 : Kumpulan
6
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

saja.

8.5 Bahasa tempelak

Digunakan untuk mencerca, mencela, menggunakan kata-kata


yang pedas dan keras dengan tujuan untuk membangkitkan
keburukan orang tertentu. Untuk menjatuhkan maruah seseorang.

Ayat contoh:

i) Dulu masa duit banyak hang lupa diri, la ni apa dah jadi..padan
muka hang.

ii) Kalau semua cikgu bodo, pasai apa ayah hang hantaq hang mai
sekolah ni.

8.6 Bahasa herdik

Digunakan untuk memaki-hamun atau menengking seseorang.


Intonasi atau nada suara yang digunakan adalah tinggi. Bahasa
yang digunakan adalah kasar dan kesat.

Ayat contoh:

i) Hang pi kluaq kelas.. Dahla kerja sekolah tak siap, hingaq


pulak tu.

8.7 Bahasa melampau

Mengherdik, menyindir atau menempelak, memaki hamun atau


mengada-adakan sesuatu semata-mata untuk menjatuhkan maruah

Tugasan 3 : Kumpulan
7
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

atau memalukan orang tertentu.

Contoh:

i) Hang tu dah la badan macam gajah, otak macam lembu, penyegan


pula tu.

ii) Muka saja come, tapi tulisan macam cakaq ayam.

8.8 Bahasa rendah

Menunjukkan seseorang itu tidak sombong, baik hati dan suka


merendahkan dirinya apabila berbual dengan orang lain.

Ayat contoh :

i) Aku tak pandai pun..Hang lagi pandai..

ii) Aku ni cikgu SPM saja, hang boleh la..ada ijazah.

8.9 Bahasa naik

Digunakan oleh orang yang lupa diri, bongkak, takbur, dan


sombong.

Ayat contoh:

i) Aku ni dahla pandai, hensome pulak tu.

ii) Kalau buat kerja itu biaqla nampak macam cikgu DG41 bukan
macam cikgu maktab.

8.10 Bahasa turun

Berlawanan dengan ragam naik. Mempunyai ciri-ciri yang sama

Tugasan 3 : Kumpulan
8
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

dengan ragam rendah. Mengunakan bahasa dengan tujuan untuk


merendahkan diri. Untuk berkomunikasi dengan lebih selesa.

Ayat contoh:

i) Hangpa kena paham, mak pak hangpa orang susah, hidup kais
pagi makan pagi saja.

8.11 Bahasa Ingkar

Digunakan untuk menunjukan keengganan , tidak mahu menurut


perintah , tidak mengaku salah atau memungkiri sesuatu.

Ayat contoh:

i) Saya tidak ambik duit budak-budak tu.

ii) Bukan saya yang buat cerita tu, cikgu.

iii) Sudahlah cikgu, kami dah tak larat nak meeting sampai petang ni.

8.12 Bahasa seruan

Memanggil dengan suara yang sederhana dengan tujuan untuk


menganjurkan atau mengusulkan sesuatu. Bertujuan untuk
mendapat perhatian orang.

Ayat contoh:

i) Amboi , cantiknya cikgu baru tu!

ii) Selamat pagi, cikgu!

iii) Cikgu, esok ada meeting lagi ka?

Tugasan 3 : Kumpulan
9
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

8.13 Bahasa ulang

Digunakan untuk memastikan sesuatu yang diucapkan itu


difahami atau untuk memperkukuhkan hujah yang telah
disampaikan.

Ayat contoh :

i) Jangan! Jangan! Jangan hangpa buat keja tu lagi . Nanti hangpa


yang rugi.

ii) Apa yang hangpa buat ni tak baik untuk hangpa, takdak faedah
untuk hangpa lepas tu tak dak manafaat untuk mak pak hangpa.

8.14 Bahasa bertimbal

Bermaksud mempertimbangkan atau membandingkan dua perkara


atau dua benda.

Ayat contoh :

i) Cikgu ni , lagi murah lagi dia tawaq pulak.

ii) Semakin banyak saya bagi muka, makin mua pula perangai hangpa.

8.15 Bahasa nafi

Digunakan untuk menunjukkan maksud menolak , menidakkan,


tidak mengakui dan menyangkal.

Ayat contoh:
Tugasan 3 : Kumpulan
10
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

i) Bukan. Bukan saya yang jahanamkan printer tu.

ii) Saya tak pernah pi pun ghumah budak tu.

8.16 Bahasa jenaka

Digunakan untuk tujuan bergurau , menggelikan hati ataupun


dengan tujuan untuk mewujudkan suasana lucu atau
menghiburkan hati. Sering digunakan di dalam situasi yang tidak
formal.

Ayat contoh:

i) Ingatkan Neelofa, rupanya Cikgu Hasmah.

ii) Amboi, comenya Kak Sal hari ni, serupa pegawai bank .

9.0 Kesimpulan

Ragam bahasa merangkumi semua aspek dalam sesuatu bahasa. Ragam


bahasa juga merupakan sesuatu yang dikatakan pelengkap dalam bahasa
Melayu dan penggunaannya agak meluas di seluruh Malaysia . Kesalahan
penggunaan bahasa ini haruslah ditangani oleh sebuah pihak. Sebagai
pengguna bahasa, kitalah yang seharusnya lebih bertanggungjawab
menggunakan bahasa yang betul. Untuk memastikan penguasaan bahasa kita
menjadi baik, setiap pengguna bahasa haruslah rajin membuat rujukan dan
membaca buku yang berkualiti.

Tugasan 3 : Kumpulan
11
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood, & Inderbir Kaur.(1995). Beberapa Kajian terhadap


Kesalahan Bahasa, Jurnal Dewan Bahasa, Jld. 39, Bil. 6. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Media Printext (M) Sdn. Bhd.

Asiah Idris. (2003). Penyimpangan dalam Penggunaan Bahasa: Tidak Tahu


atau Tidak Mengambil Tahu? Dewan Bahasa: Disember 2003. Kuala

Tugasan 3 : Kumpulan
12
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu


di Malaysia, Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Baskaran Nadeson. (2000). Analisis Kesalahan Bahasa Dalam Karangan


Murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Jurnal
Penyelidikan MPSAH, Sungai Petani, Kedah.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1995). Gaya Dewan Edisi Ketiga, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goh O. S. (1991). Pengajaran Tatabahasa KBSM: Masalah dan


Pelaksanaan, Jurnal Dewan Bahasa, 4-6, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Institut Perguruan Batu Lintang (2008). Jurnal Penyelidikan 2008. Kuching:


Institut Perguruan Batu Lintang.

Koh Boh Boon (1989). Perspektif-prespektif dalam Pengajaran Bahasa


Malaysia: Analisis Kesalahan Kesalahan Ejaan dan Tatabahasa
Bahasa Melayu Yang Dilakukan oleh Sekumpulan Siswazah. Kuala
Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. (2007). Liku-liku Bahasa. Shah Alam: K Publishing Sdn
Bhd.

Tugasan 3 : Kumpulan
13
SCLM 5013 BAHASA DAN MASYARAKAT

Zainal Abidin Ahmad. (2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III Edisi
Baharu. Cetakan Pertama Edisi Kedua 2000. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

http://search.yahoo.com/search?p=ragam+bahasa&ei=UTF-8&fr=fp-top
http://www.google.com/search?hl=en&ie=ISO-8859-1&q=ragam+bahasa
http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm

Tugasan 3 : Kumpulan
14

You might also like